Umumnya, seorang wanita dengan sendirinya tahu betapa pentingnya menjaga kecantikan diri sama ada dalaman dan luaran untuk kebaikkan dirinya juga. Tidak kiralah sama ada selesa mengamalkan teknik moden mahu pun mewarisi cara tradisional daripada orang tua dulu-dulu.
Matlamatnya satu, untuk kelihatancantik, sihat dan bertenaga. Untuk itu dikongsikan petua atau resipi untuk menyediakan minuman herba yang jika diamalkan bagus untuk penjagaan sistem dalaman wanita.
Resipi ini dikongsi oleh Esah Lah Via MAHN.
Ads
“Nk cantik,nk sihat dalaman xperlu belanja mahal2x..yg penting kena ada rajin….ni la yg k.esah dok amal tiap kali lepas period utk pulihkan kembali sistem2 dalaman kita org pmpuan ni…xsusah pon guna ja apa yg ada kt dapuq tu…”
Ads
BAHAN-BAHAN:
Halia,kunyit,halba,asam keping n madu
Ads
CARA PENYEDIAAN :
Masuk air penuh periuk.
Masukkan semua bahan dan direbus sampai tinggal setengah.
Biarkan suam dan impan dalam peti ais, amal minum tiap2 malam sampai abis.
Selain itu, ada lagi perkongsian tentang penjagaan dalaman wanita yang telah kami kongsikan di sini. Apa yang pasti nak cantik kenalah ada usahanya dan jangan malas.
Pun begitu, jika mahukan 5 pilihan air rebusan yang terbaik untuk diamalkan seperti Air Asam Kunyit, Air Rebusan Serai dan yang lainnya berserta resipi, boleh dapatkan info penuh dengan KLIK di sini. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahaja ayam percik, tentu ada yang sudah dapat membayangkan betapa enaknya rasa ayam bersama kuah percik yang dibakar dengan arang. Keaslian rasanya cukup istimewa dan tidak dinafikan ayam percik yang dibakar bukan sahaja berbeza rasanya malah aroma ketika dibakar sudah cukup membuatkan sesiapa yang ada di sekitar kawasan membakar ayam berasa tidak sabar untuk menikmati hidangan yang cukup menyelerakan itu.
Namun apa yang menjadi kesukaran bila teringin hendak sediakan ayam percik dengan rasa yang enak dan beraroma namun tiada pula ruang untuk membakar, Puan Nor ‘Aini Muhaimin ada cara untuk selesaikannya.
Menurutnya, ada cara untuk membakar menggunakan dapur gas namun menggunakan arang. Menarik bunyinya bukan? Jadi jom kita lihat perkongsiannya dan bolehlah diguna pakai untuk yang teringin sangat menikmati ayam percik yang dibakar dengan arang.
Ini perkongsiannya;
“Ayam percik kelantan harini. Ini cara saya bakar ayam atas dapur gas tapi guna arang. Dapur tidak kotor dan ayam pun bau arang.”
Bahan-bahan yang diperlukan ketika membakar
“Saya guna kuali yang sudah lama dan tidak digunakan. Bara arang tu saya buat dahulu.. bila arang dah jadi bara, saya masukkan dalam kuali. Api gas tu tujuannya untuk memanaskan lagi arang yang belum jadi bara dan untuk memaksimumkan kepanasan bara.
Bila semua arang sudah jadi bara, boleh la tutup api gas tu. Abu bara tu tak bersepah-sepah sebab ianya berkumpul dalam kuali tu je.
Resepi kuah percik:
Bawang besar 3 biji*
Bawang putih 5 ulas*
Lada kering*
Sedikit belacan*
Halia*
Ketumbar 2 sudu*
Asam keping sekeping
Santan KARA 2 kotak
Cara penyediaan :
1. Blender semua bahan bertanda * dan kemudian masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan santan, garam gula dan asam keping.
3. Sentiasa kacau supaya tak berketul-ketul. Bila sudah pekat, tutup api.
Laluan hidup pelakon Laila Nasir, dalam membesarkan dua anak lelaki sejak kematian suami tercinta kira-kira lapan tahun lalu tidak semudah disangkakan.
Biarpun kelibatnya dalam dunia lakonan tidaklah segah pelakon lain, namun wajahnya sering menghiasi kaca TV. Keupayaannya memegang watak baik mahupun antagonis dengan baik membuatkan namanya jarang tercicir daripada senarai pilihan penerbit mahupun pengarah.
Lemah & Lost Lepas Suami Pergi
Menelusuri sisi sebagai seorang ibu, akui damatis ini, ia bukan semudah disangkakan. Sementelah suami tersayang pergi buat selama-lamanya.
“Menjadi ibu tunggal sekelip mata selepas suami meninggal dunia merubah segala-galanya. Tapi ketika itu saya bernasib baik memandangkan kedua anak sudah bersekolah menengah. Jadi mereka sudah pandai bawa diri.
“Saya juga menjaga mereka tanpa bantuan sesiapa. Waktu itu ada ketika saya bagai lemah dan ‘lost’. Tapi anak jadi suntikan semangat untuk saya kerja lebih kuat.
“Awalnya memang sukar untuk saya membahagikan masa antara kerjaya seni dan tanggungjawab. Manalah nak uruskan anak dan ‘shooting’ selain berniaga,” tambahnya lagi lebih-lebih lagi anak-anaknya masih kecil dan dia satu-satunya tempat mereka bergantung.
Ibu jadi nadi dan pembakar semangat
Dek kerana itu, dia cuba positifkan diri dan tidak menjadikan gelaran ibu tunggal sebagai penghalang.
“Tak mudah sebenarnya nak mengharungi hidup tanpa suami. Dengan pandangan itu ini daripada masyarakat. Tapi saya tak larut dengan semua itu. Saya tanamkan semangat positif dalam diri.
“Dalam soal membesarkan anak, saya pasti mahukan yang terbaik untuk mereka tanpa fikir lelah. Kalau kita tak buat itu ini, ibarat takkan ada yang lakukan semua diingini. Jadi, belajarlah buat semua sendirian.
“Keluarga terutama emak menjadi nadi dan pembakar semangat buat saya. Terutamanya emak yang banyak membantu menjaga anak dan memberikan semangat. Doa ibu itu kan sangat mukjizat,” katanya lagi.
Anak ikut jejak Dalam bidang seni
Berkongsi mengenai perkembangan anak-anaknya, Laila mendedahkan anak bongsunya kini mulai berminat untuk mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni.
“Cuma yang bongsu itu lebih kepada minat kerja belakang tabir dan bercita cita nak jadi pengarah kelak. Dia baru tamat pengajian dalam jurusan perfileman di Kuala Lumpur Film School.
“Sekarang tengah menjalani latihan praktikal di bawah seliaan Adlin Aman Ramlie. Sebagai ibu saya tumpang bangga dan mendoakan yang terbaik untuknya,” katanya yang baru sahaja selesai penggambaran drama Cinta Yang Tertangguh arahan Amie Maziah.
Tidak sekadar aktif Dalam dunia lakonan, Laila juga turut mengusahakan bisnes minyak wangi dan pelbagai sambal bilis sejak 2014 lagi. Terbaru, Laila menerima Anugerah Kelantan Business Ikon Awards pada 17 Disember lalu.
“Dengan dunia berlakon dan berniaga itulah saya dapat membesarkan anak serta meneruskan kelangsungan hidup,” katanya lagi.
Me Time Penting Untuk Kualiti Emosi Ibu-ibu, Ambillah Masa Untuk ‘Menikmatinya’
Ibu-ibu zaman sekarang setiap hari dihambat dengan pelbagai kesibukan sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Penat memikirkan soal kerja yang perlu disiapkan mengikut jadual, fikirkan anak yang bersekolah, tugas mengurus rumah tangga, pendek kata semuanya perlu ‘dihadap’ dalam satu masa.
Menjadi seorang isteri dan ibu, bukanlah semudah yang disangka. Lebih mencabar apabila wanita juga bekerja bagi tujuan membantu meringankan beban suami. Begitulah rutin yang perlu dilalui oleh seorang wanita yang bergelar isteri dan juga ibu.
Melalui perkongsian Ustazah Asmak Husin beliau mencadangkan agar kaum wanita menyisihkan waktu untuk ‘me time.’
Dari pagi kita terkejar-kejar untuk uruskan anak-anak ke sekolah. Kemudian bergegas ke tempat kerja.
Pulang ke rumah, uruskan pakaian dan makan minum keluarga. Itu belum masuk kerja dakwah dan aktiviti masyarakat.
Bagi yang bergelar suri rumah dari pagi hingga malam di rumah pasti akan ada masa kita stres dan burn out.
Sebab itu sangat penting para ibu peruntukan masa untuk “me time”. “Me time” sangat penting untuk kualiti emosi dan perasaan seorang ibu.
1. Join gang muslimat surau.
2. Cari geng ngaji taman.
3. Yang berminat seni, join team marhaban kampung.
4. Bersenam di taman.
5. Tidur lepas anak pergi sekolah ( sekali sekala).
6. Facial muka atau spa.
7. Bercuti.
8. Join NGO.
9. Baca buku.
10. Tonton drama/movie (sekali sekala).
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.