Perkongsian daripada seorang ibu ini tentang apa sebenarnya yang diharapkan dan diimpikan oleh anak perempuan daripada lelaki bergelar ayah.  Ini penting agar hati anak perempuan tidak terasa kosong malah diisi dengan penuh rasa kasih dan sayang daripada seorang lelaki bergelar ayah.

Oleh itu, ikuti perkongsian penuh daripada Puan Nurul Ilyani yang dipetik daripada siri ceramah Ustaz Nouman Ali Khan. Jom semak.

Ni Sebenarnya Anak Perempuan Kita Mahukan. Rasa Diterima, Dipuji, Dikagumi Oleh Bapanya Sendiri!

Jangan biarkan lelaki asing mengetuk pintu hati anak gadis kita sebelum tiba masanya..

Saya membuka siri ceramah beliau. Dalam bahasa Inggeris. Saya suka. Saya suka. Ustaz Nouman Ali Khan, pendakwah yang sangat saya senangi. Antara intipati kali ini:

Tahukah anda apakah self-esteem yang paling penting bagi anak gadis kita?

Bukan rasa dia pandai. Bukan rasa dia hebat.

IKLAN

Tapi diterima, dipuji, dikagumi oleh bapanya sendiri.

Perasaaan self-esteem tinggi apabila dikagumi oleh ayahnya sendiri bakal menyahkan lelaki-lelaki ajnabi yang cuba menggoda anak gadis kita.

Awak cantik pakai tudung.
Awak sangat menarik bila membantu ibu.
Hubby

Ayat-ayat di atas, jangan sampai keluar dari mulut lelaki ajnabi. Tapi biar keluar dari mulut ayahnya sendiri.

Pernahkah ayah-ayah memuji anak gadis begini? Jika belum, lakukan sekarang.

IKLAN

Bilakah kali terakhir ayah-ayah memuji anak gadis begini? Jika sudah lama mulakan semula.

 

Dengan ini self-esteemnya naik dan dia tidak ‘lapar’kan pujian lelaki lain yang boleh menjerumus dia ke kancah maksiat dan kebinasaan.

Ayah,
Anak perempuan mahu didengari. Anak perempuan mulutnya becok dan banyak cakap biasanya. Kadang-kadang cerita pasal kawan yang dia bergaduh. Kadang-kadang cerita tentang permainan patungnya.

IKLAN

Ayah fokus. Jangan buat tidak tahu. Jangan terus masuk bilik. Tidur.

Ayah dengar dulu. Jangan sekali-kali tengok hp. Ayah fokus.

Biar ayah jadi sosok yang dihormati, dikagumi dan tempat rujuk, bukan nanti lelaki ajnabi datang mengetuk pintu hatinya.

Ketika itu ayah tidak lagi dapat mempengaruhi.

Rujukan: Siri kuliah Ustaz Nouman Ali Khan.

sumber : Ummu Ilham@Nurul Ilyani

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI