Semenjak dua menjak ini, isu curang semakan menjadi-jadi di laporkan. Bukan sahaja dikalangan artis atau selebriti namun orang awan juga turut terlibat. Malah di laman sosial ramai yang ‘kantoi’ curang apabila pasangan mereka sendiri menangkap perlakuan pasangan mereka itu.
Pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah tampil membuat satu kenyataan berkaitan isu curang dalam rumah tangga meraih tumpuan warganet yang sememangnya ‘panas’ dengan isu ini.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Fadzilah menulis bahawa sesuatu hubungan yang retak gara-gara dicurangi takkan pernah kembali normal walaupun kita berusaha untuk menjernihkannya semula.
Menurut Fadzilah, biarpun hubungan pasangan itu reda dengan pujukan namun luka tetap akan terpahat di hati biarpun sudah memaafkan.
“Hubungan takkan pernah kembali normal apabila pasangan berlaku curang.
“Benar, kita boleh memaafkan. la boleh dilafazkan dan keadaan nampak seperti kembali normal. Si dia ‘move on’ dan begitu juga dengan kamu.
Ads
“Tetapi kita kena sedar ni, memaafkan tak bererti melupakan. Sungguh, pasangan memujuk, “takpalah. Lupakanlah semua tu, maafkan saya ya.’
“Lalu, kamu pun mengiyakan. Niat untuk reda tetapi bukan senang nak lupakan. Luka di hati, kan? Siapa yang tahu,” kongsinya di Instagram.
Sehubungan dengan itu, Fadzilah yang sudah lama mengendali ribuan kes curang rumahtangga masyarakat turut memberi pesan terhadap mana-mana pasangan yang berlaku curang agar bersedia dengan kehilangan pasangan kelak.
“Maka buat kalian di luar sana yang bermain kayu tiga di belakang pasangan kamu, beringatlah sebelum terlambat.
Ads
“Ingatlah bahawa sebuah kepercayaan itu umpama kaca. “Once broken, considered sold.” Sekali pecah, kalian yang kena menanggung ‘harganya’.
“Maka siaplah untuk kehilangan pasangan, hatinya, kepercayaannya dan sudah cinta,” pesannya.
Pelakon Harris Annuar yang merupakan anak kepada usahawan terkenal, Kak Ton telah mendedahkan bahawa dia bakal bergelar bapa selepas memaklumkan isterinya, Asha Merican kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka.
Pelakon berusia 30 tahun itu telah berkongsi berita gembira tersebut sebaik kandungan isteri memasuki fasa trimester ketiga.
“Sebenarnya isteri saya dah mengandung banyak bulan, tapi kami memilih untuk merahsiakan. Jantina anak pun kami dah tahu tapi bila dah lahir nanti baru kami kongsi,” katanya.
Bercerita lanjut, Harris yang juga anak kepada usahawan terkenal Zaiton Hassan atau popular dipanggil Kak Ton berkata, isterinya mengalami mabuk atau alahan tertentu yang dianggap sangat unik.
“Isteri saya ada alahan yang pelik, dia tidak boleh dengar lagu-lagu Melayu atau Bahasa Inggeris nanti dia akan muntah tapi itu untuk trimester pertama.
“Tapi kalau nak elakkan dia daripada muntah kena bawa dia masuk ke dalam tangga kecemasan. Bila bau simen akan elakkan dia dari bau muntah.
“Asha juga alahan tidak boleh bau badan saya membuatkan saya terpaksa memakai sabun badannya agar miliki bau yang sama.
“Lebih kelakar lagi apabila kulit dia jenis sensitif dan hanya menggunakan sabun mandi untuk bayi, jadi dengan saya sekali guna sabun yang sama,” katanya.
Selain simptom berkenaan, Asha juga lebih gemar menikmati lauk Asam Pedas selain pernah mengidam untuk makan di depan Pantai Klebang, Melaka.
Sementara itu, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu turut berkongsi kejadian lucu dimana dia menyangka alat ujian kehamilan adalah kit ujian kendiri COVID-19 sewaktu isterinya melakukan kejutan.
“Saya dengan dia pergi mini bulan madu di Cameron Highland, petang itu saya pergi joging apabila balik dari joging dia buat kejutan dengan letak alat ujian kehamilan bawah selimut.
“Mula-mula saya ingat dia positif COVID-19 sebab saya tak pernah tengok alat itu. Rupanya dia cakap dia mengandung, menangis juga saya masa itu,” kongsinya.
Dalam melayari bahtera rumahtangga, tidak dinafikan faktor kewangan adalah sangat penting terutamanya apabila sudah mempunyai cahaya mata. Malah pasangan yang tidak mempunyai simpanan sewaktu bujang haruslah berusaha untuk membuat tabungan apabila sudah berkahwin.
Jangan mengharapkan pada pendapatan pasangan sahaja untuk menampung kekurangan anda malah seeloknya anda dan pasangan haruslah bijak mengatur kewangan anda agar tidak sesak sewaktu memerlukan.
Nak tahu bagaimana caranya? Ikuti panduan ini.
1. Kira Perbelanjaan Bulanan
Bagi anda yang tidak pernah ambil tahu perbelanjaan kasar bulanan, anda harus lakukannya segera. Ini bagi memastikan perbelanjaan anda tidak melebihi pendapatan bulanan anda.
Baki dari anggaran kasar anda itu, barulah anda aturkan untuk perbelanjaan lain yang tidak berapa penting tetapi ingat agar meletakkan 20% dari baki tersebut sebagai simpanan.
2. Jangan Bergantung Pada Pendapatan Sampingan
Ramai di antara masyarakat Malaysia sekarang membuat kerja sampingan. Malah ada yang berhempas pulas membuat dua atau tiga pekerjaan yang lain dalam satu masa.
Tidak dinafikan, pendapatan sampingan ini kadang kala lebih dari pendapatan tetap namun anda harus ini, ianya tidak boleh dimasukkan dalam pendapatan tetap yang anda dapati setiap bulan kerana jumlah tidak menentu.
Jangan terlalu bergantung pada jumlah tertinggi yang pernah anda dapat dari pendapatan sampingan ini tetapi letakkan ia sebagai ‘simpanan’ bagi mengelakkan anda boros berbelanja.
3. Letak Target Untuk Beli Barang
Bagi anda yang boros berbelanja, sudah sampai masanya untuk anda ubah sifat itu. Tidak dinafikan setiap diantara kita mempunyai keinginan untuk mendapatkan barangan yang di minati.
Tapi ingat, sifat ini akan memakan diri. Sebaliknya anda senaraikan dulu barangan mengikut keperluan. Jika sesuatu yang anda inginkan itu adalah jumlah yang besar. letak target untuk memilikinya. Berbelanjalah ikut kemampuan anda.
4. Beli Hanya Bila Perlu
Dalam era sekarang, perniagaan online pastinya memudahkan anda untuk mendapatkan barangan yang diinginkan. Tapi ingat! Jangan terpedaya dengan iklan atau strategi pemasaran yang ditonjolkan sebaliknya anda membeli barangan yang perlu sahaja.
5. Bijak Menabung
Bagi yang bakal menimbang cahaya mata, anda perlu membuat kajian dan carian untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat bagi tujuan tabungan dan pelaburan untuk anak.
Pelaburan yang diyakini selamat dan menguntungkan seperti Amanah Saham Bumiputera dan tabungan di Tabung Haji antara yang menjadi pilihan ibu bapa.
6. Ambil Insurans Nyawa
Mungkin ramai menyangka insurans sesuatu yang membazir kerana hanya membuat pembayaran untuk sesuatu yang tidak diketahui berlaku. Namun, pernahkah terfikir apa yang terjadi jika ditakdirkan sesuatu yang buruk terjadi kepada anda.
Bagaimana dengan nasib keluarga anda?
Pilih skim insurans yang bertepatan dengan belanjawan bulanan anda kerana sekarang pelbagai skim ditawarkan oleh banyak syarikat. Jangan takut untuk bertemu ejen insurans untuk mendapatkan nasihat skim insurans nyawa terbaik untuk anda berdasarkan jumlah
perlindungan, umur dan jenis pekerjaan.
7. Perlindungan Perubatan Untuk Keluarga
Selain kos sara hidup harian, kos perubatan anak-anak perlu dititikberatkan oleh ibu bapa. Dengan adanya pelan perlindungan insurans, anak-anak mempunyai akses kepada rawatan dan ubat-ubatan terbaik jika berlaku komplikasi kesihatan.
8. Buat Bajet Keperluan Rumah
Membesarkan anak memerlukan kos yang tinggi. Untuk itu, perancangan kewangan teliti diperlukan. Anda perlu mencatatkan barangan keperluan rumah dan anak setiap bulan beserta kosnya untuk menjamin kelangsungan kos hidup.
Kos pakaian, lampin, susu formula, perubatan dan vaksinasi adalah antara kos yang perlu diberi keutamaan. Kegagalan untuk merancang dan berfikir ke depan mungkin akan menyusahkan ibu bapa apatah lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di bandar besar.
9. Tabung Kecemasan
Malang sentiasa tidak berbau. Namun anda perlu sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan. Mungkin jumlah simpanan tabung kecemasan tidak mencukupi untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang, tetapi dengan memulakan tabung kecemasan sedikit sebanyak dapat membantu anda mencapai kestabilan kewangan
Penting untuk anda memulakan tabung kecemasan seawal mungkin kerana ia mengambil masa yang agak panjang untuk mencapai jumlah sasaran simpanan kecemasan anda. Jangan tangguh dan mulakan tabung kecemasan anda sekarang.
Simpan mengikut kemampuan anda dan terus berdisiplin dalam menyimpan. Bak kata pepatah, ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan.’
[TIP KEWANGAN]
Tiada Tabung Kecemasan Punca Keluarga Di Bebani Hutang. Ini Cara Untuk Hidari Dari Masalah Ini
Masak daging ini, kalau tak kena dengan caranya, alamat berjam-jamlah tunggu daging itu empuk.
Daging sememangnya menjadi antara makanan kegemaran ramai tapi boleh jadi spoiI mood kalau dagingnya Iiat, susah bila nak kunyah. Sudah la liat, suka menyangkut celah gigi pulak tu.
Walaupun sudah menggunakan bermacam petua namun masih tidak berkesan untuk lembutkan daging. Reneh berjam pun daging tetap Iiat.
Oleh itu, di artikel kali ini, admin akan kongsikan satu petua lembutkan daging yang gerenti menjadi!
Seorang pengguna laman sosial Facebook, Mahamidah Hamdan atau lebih mesra dipanggil Cikgu Ida telah menurunkan petua untuk melembutkan daging dengan mudah hanya menggunakan satu bahan sahaja.
Jom lihat perkongsian lengkap oleh Cikgu Ida di bawah. Selepas ini tak perlu pening kepala lagi nak fikir cara nak empukkan daging. Mudah dan berkesan!