Bermula hari ini 15 Oktober 2021, ibu ayah bolehlah berlapang dada. Tidak perlu lagi memikirkan berkaitan kos data internet yang selama rasa terbeban untuk ditanggung setiap bulan bagi memastikan pembelajaran anak-anak belajar secara dalam talian berjalan lancar. Ini memandangkan dengan adanya Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang diperkenalkan cukup berbaloi dan rugi jika dilepaskan begitu sahaja.
Sebagai mana umum ketahui, tawaran ini adalah sebuah pakej prabayar baharu khusus bagi membantu anak-anak kita dan golongan remaja memperoleh akses Internet untuk pembelajaran dalam talian dari rumah tanpa sebarang kekangan data disamping mempertingatkan produktiviti dengan tawaran yang mampu milik.
Melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia, ia merupakan pakej prabayar, hadir dengan harga langganan RM30 untuk 3 bulan, dan pengguna akan menerima data sebanyak 20GB bagi tempoh tersebut.
Pada masa yang sama, pakej ini turut memberikan data 1GB secara percuma setiap hari untuk tujuan produktiviti – seperti pembelajaran atas-talian, bekerja dari rumah, dan sebagainya.
Pakej Remaja Keluarga Malaysia ini akan ditawarkan oleh Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia, dan juga YTL, untuk tempoh selama enam bulan, sehingga 15 April 2022 kelak.
Memetik berita lanjut di Harian Metro pada tarikh 14 Oktober 2021 dimaklumkan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pakej diperkenalkan ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam memastikan setiap rakyat mempunyai akses kepada internet pada harga patut.
Menurutnya, Pakej Remaja Keluarga Malaysia adalah pakej prabayar khusus untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah.
Katanya, dengan bayaran RM10 sebulan dan dibayar RM30 untuk tiga bulan mereka akan mendapat data 20 gigabyte (GB), selain diberikan data 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari dan akses internet tanpa had.
“Pengguna boleh melakukan aktiviti seperti penghantaran mesej dan melayari internet manakala data produktiviti, pembelajaran dalam talian serta bekerja dari rumah boleh dilakukan tanpa kekangan data,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga di kementeriannya hari ini.
Ads
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Mohammad Mentek.
Pada majlis pelancaran ini beliau turut menyerahkan kedua-dua pakej berkenaan kepada penerima yang layak untuk menikmati manfaat tersebut.
Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia ditawarkan oleh enam syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL untuk tempoh selama enam bulan sehingga 15 April 2022.
Annuar berkata, Pakej Peranti Keluarga Malaysia pula membolehkan pengguna memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan voice over long term evolution (VoLTE) secara percuma.
“Peranti ini dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan dengan 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.
“Kita berharap pakej ini akan memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan. Saya menyarankan supaya wakil rakyat dapat memanfaatkan peluang ini untuk menaja pelajar yang tidak berkemampuan dengan mendaftarkan pakej-pakej tersebut dan saya juga menaja 1,000 individu untuk kedua pakej terbabit.”
Ads
“Mereka boleh tampil berbincang dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terbabit dalam program ini,” katanya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
“junjung kurnia Tuanku mencemar duli perkenan berangkat ke rumah patik dan berPungPang.
Demikian menurut perkongsian oleh Pereka Fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim yang teruja dalam masa yang sama terharu apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah berkenan mencemar duli memasak di kediamannya.
Perkara itu dikongsikan di laman sosial Instagram milik beliau yang memaklumkan Tunku Azizah telah memasak lima jenis lauk dalam masa sejam setengah sahaja.
Pereka fesyen terkenal tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim terharu apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah berkenan mencemar duli memasak di kediamannya.
“Gulai nenas udang, asam pedas ayam daun kesom, pindang serani ikan jenahak, ikan bilis masak kicap dan sayur buncis udang kering,” jelasnya melalui live video di Instagram.
‘Agongnya’ personaliti Baginda
Malah melalui Instastory pula, Rizalman turut menyiarkan bagaimana Tunku memasak di dapur dengan cara tersendiri.
Dalam pada itu, ramai pengikut Datuk Rizalman turut teruja selain mengakui pereka fesyen berkenaan cukup bertuah kerana berpeluang bersama dengan Permaisuri Agong.
First lady yang dikagumi
makeupbyzarifahmr Kalau saya ni dah tak keruan tuanku mai dapoq. halia dengan lengkuas pun dah takleh nak beza ?
yatinor_abu_bakar First lady yg dikagumi..humble n suka tgk cara dia masak..simple tp nmpak sedap2..
fatin.vs.food Untungnya Malaysia ada permaisuri sprti baginda~ ???
Lambang wanita melayu terakhir
lizamatzin Ada satu part Duli Yg Maha Mulia Tuanku Permaisuri sebut ‘dok aih’ masa nak tambah serbuk asam kat lauk udang dan nenas tu … sooo comel … sooo spontan … sayangnya pada Permaisuri Agung kita yg sangat humble dan simple yet sooo beautiful and gebu gebas … kalah gebu gebas Dato’ … hehehe
surianie40330 Bertuahnya dato..semua syg kat dato..Alhamdulillah
suzaityibrahim Tuanku lambang wanita melayu terakhir. Ampun Tuanku. sgt meminati.
sherry_aljamalullail Untung dan istimewa bila Permaisuri menjunjung kasih berkunjung ke rumah rakyat biasa. Masya Allah.
Ibarat tengok mak masak
emma_razak Bertuah nya dato dpt sama2 memasak dgn Tuanku Permaisuri, klu sy dah ketaq tgn nih. Sgt2 humble, ibarat kita duk tgok mak2 kita yg masak.. Mau nangis terharu klu sy. ?
noralizaali Bertuahnya Dato dpt Permaisuri bertandang d rumah. Siap masak sama2 sekali….sesuai dgn rumah dan dapur mcm mahligai untuk sambut Permaisuri yg kita sayangi. She is so beautiful. MasyaAllah ?
queqiss umpama mimpi dlm mimpi raja permaisuri agong masuk ke dapur (siap memasak) dato’ rizalman…very casual yet classy, tq dato’ sudi share this very prestigious yet humbly moments???
Kadang kala cara hidup akan membuatkan kita hidup dalam tidak sihat. Walaupun makan makanan yang sihat, namun jika emosi tak kawal, ia akan memakan diri untuk jangka masa panjang.
Sebagaimana perkongsian puan Aminah Mat Yusoff yang menyentuh mengenai pesanan seorang doktor kepada wanita setiap kali datang mendapatkan rawatan di kliniknya.
Pesan seorang doktor kepada setiap wanita yang datang ke kliniknya. In Sha Allah yang membaca, mengamalkan dan menyebarkan moga beroleh pahala dan manfaat. Peristiwa ini berlaku ketika saya masih lagi menuntut di UKM. Taqdir Allah ketika cuti sem, saya membawa ibu ke salah sebuah klinik di Pasir Mas. Seperti biasa ibu saya menerima rawatan daripada Doktor dan dibekalkan beberapa jenis ubat.
“Ibu awak demam biasa sahaja, tapi ada perkara penting yang ingin saya sampaikan..setiap wanita yang datang ke klinik saya akan dapat maklumat ini supaya dapat bantu lebih ramai orang diluar sana” Beritahu Doktor berkenaan sambil tangannya menarik laci meja.
Daripada laci dikeluarkan dua keping gambar dan diletak di atas meja. “Cuba tengok gambar ini”? Saya cuba mengamati gambar yang dimaksudkan..Allahuakbar, terkejut bercampur ngeri kerana terpampang depan saya gambar seorang wanita yang mengidap breast kanser…kecut perut dibuatnya.
“semakin hari semakin ramai wanita yang mengidap penyakit ini dan ia agak sukar untuk dipulihkan, jika sembuh sekalipun ia akan menjadi seorang wanita yang tidak sempurna dari segi fizikal dan emosi”
6 PESANAN UNTUK WANITA SALAH SATUNYA ELAK KANSER
Ingat pesan saya dan sampaikanlah kepada wanita diluar sana.
1. Jaga hati, jangan buruk sangka dan fikir yang bukan-bukan tentang orang lain kerana sekali kita memberi ruang ia bersarang di dalam hati, selamanya dia akan kekal malah semakin membesar. Inilah benih yang menyuburkan sel kanser, kecuali mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa berfikiran positif.
2. Jangan melayan perasaan sedih yang berpanjangan, itulah perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan mudhorat. 3. Jangan berdendam kerana perasaan marah dan tertekan akan menjadi baja kepada breast kanser.
4. Jangan memendam perasaan, masalah akan membuatkan seorang wanita lemah, tidak bermaya dan kerap keletihan. Luahkanlah kepada seseorang yang kita percayai dan ingatlah Allah juga sentiasa ada untuk mendengar keluhan kita.
5. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu diluar kudrat seorang wanita, kerana Allah SWT jadikan wanita sangat bebeza dengan lelaki. Jadilah seorang wanita yang lemah lembut tapi miliki jiwa yang sihat dan kental kerana itulah fitrah semula jadi yang telah ditetapkan.
6. Akhirnya, masaklah untuk keluarga makanan yang baik-baik, kerana dari air tangan seorang isteri dan Ibu menjadi penentu kepada tahap kesihatan sebuah keluarga.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi asbab untuk seluruh wanita menjadi sihat In Sha Allah.