Khusus untuk lelaki moden hari ini, sebaiknya elakkanlah memangku komputer riba di atas paha ketika melakukan kerja. Mengapa?
Penyelidik menyarankan lelaki mengelak meletakkan komputer riba di atas paha kerana haba komputer dikatakan boleh menjejaskan kualiti sperma.
Meletakkan komputer riba di atas paha boleh meningkatkan suhu pada skrotum sehingga 2.7° Celsius (jika digunakan) dan 2.1° Celsius jika tidak digunakan.
Ads
Suhu di bahagian bawah komputer riba boleh meningkat sehingga 31 hingga 40° Celsius, iaitu empat hingga 13 darjah lebih tinggi daripada suhu badan normal.
Kajian lain mendapati, jumlah sperma boleh menurun sebanyak 40 peratus jika suhu pada skrotum meningkat satu darjah Celsius. Bayangkan kesannya jika suhu pada anggota itu meningkat melebihi dua atau tiga darjah Celsius.
Ads
Secara purata, lelaki mampu menghasilkan di antara 100 hingga 300 juta sperma setiap hari dan sekurang-kurangnya 80 juta sperma diperlukan bagi membolehkan seseorang wanita mengandung.
Bagi yang sukakan aktiviti berkebun, mencuba untuk menanam apa sahaja di rumah tentunya menjanjikan satu kepuasan berganda.
Ilham menanam kangkung yang sifatnya menjalar di balkoni rumah mungkin tidak terfikirkan oleh kita.
Ibarat satu cabaran paling mudah, tanaman yang dirasakan sukar untuk ditanam ini sebenarnya cukup mudah untuk hidup subur. Tanam di balkoni rumah pun mampu hidup segar dan bugar.
Ini cara yang dikongsikan oleh Baja AB Plus Premium. Paling menarik tak perlukan kos hebat pun, hanya guna penapis dan besen sahaja. Selamat mencuba.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Sediakan bekas untuk menakung air baja di bahagian bawah.
2. Sediakan penapis yang sama saiznya dengan besen di bahagian bawah.
3. Isikan air baja AB Plus sehingga melepasi sedikit dari dasar bekas yang berlubang-lubang. Taburkan benih-benih kangkung seperti di dalam gambar.
4. Tutupkan dengan kain gelap beberapa hari sehingga akar dan pucuk kangkung keluar (seperti taugeh).
5. Apabila pokok kangkung sudah mempunyai daun, pokok kangkung sudah boleh di letakkan kepada cahaya matahari. Pastikan paras air kena pada akar pokok.
6. Keadaan pokok kangkung apabila diletakkan di cahaya matahari secara terus.
7. Pokok kangkung sudah boleh dituai apabila memasuki minggu ke 3 dan 4.
Selamat mencuba!
Sumber – Baja AB Pus Premium
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Diuji dengan anak yang disahkan menghidap sakit jantung bukan semudah yang disangka. Namun inilah yang perlu dilalui oleh pempengaruh, Khairul Abdullah atau Superdaddy.
Anaknya sulungnya, Khaleef disahkan menghidap masalah jantung iaitu Coarctation of the aorta, iaitu masalah salur darah utama yang sempit dan juga injap Bicuspid aortic valve di mana injap jantungnya tak cukup macam orang normal.
Malah anak kuat Khaleef juga didiagnos sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD) dan juga Attention Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD) pada usia 6 tahun dan diberikan kad OKU. Bukan satu ujian kecil yang dilalui oleh keduanya.
Atas dasar rasa tanggungjawab sebagai seorang bapa dan prihatin, melalui Facebooknya, bapa penyayang dan kental ini berkongsi simptom atau petanda anak berkemungkinan sakit jantung. Cuba periksa ini untuk panduan kita semua.
Nak share dengan mak ayah simptom-simptom sekiranya anak kita berkemungkinan ada sakit jantung macam anak aku ni.
Anak aku Khaleef ada dua isu jantung yang ia hanya dikesan bila dia dah umur 8 tahun. Masalah jantung ni memang ada sejak lahir tetapi sebab masih belum fully developed maka ia tak dapat di kesan.
Isu pertama ialah saluran aorta sempit (Coarctation of the aorta). Ini salur utama yang menghantar darah dari jantung ke seluruh anggota badan.
Bila ada isu ini, akan pasti ada isu lain yang wujud bersama iaitu flap injap yang tak cukup (Bicuspid aortic valve) yang mana orang normal ada 3 flap (kelopak) injap tapi dia ada 2 sahaja.
Isu ni kita semua tak akan perasan sebab simptom dia akan cuma nampak bila anak semakin membesar.
So, mak ayah perhati tanda-tanda ini yer:
1. Anak cepat penat. Bila berjalan lama atau jauh, bila bermain, dia lebih slow dari budak lain sebaya dia.
2. Selalu mengadu sakit kaki, lenguh kaki. Berjalan jauh sikit dah sakit kaki dan lenguh. Bermain lebih sikit pun akan mengadu sakit, tak larat. Kadang-kadang kaki cramp.
3. Kaki kerap sejuk. Tengahari panas pun kita pegang kaki dia sejuk. Waktu dia aktif ke hulu hilir pun kita pegang kaki dia sejuk. Seluruh kaki atau bahagian bawah kaki sentiasa sejuk tak kira masa.
4. Pucat. Muka pucat, bibir pucat, badan pucat, kuku pucat.
5. Bernafas laju, dan jantung dia pun laju. Bila dia aktif, boleh rasa kat dada dia tu macam nak meletup.
6. Kerap mengadu sakit kepala. Ini disebabkan tekanan darah dia tak stabil dan setiasa tinggi. Cuma kita tak perasan sebab jaranglah mak ayah nak check blood pressure anak.
7. Kerap mengadu pening (dizzy), rasa nak tumbang, tak boleh berdiri lama.
8. Kerap hidung berdarah.
9. Kerap pengsan.
So, kalau anak-anak ada simptom seperti di atas, jangan ambil ringan. Jangan jadi macam aku, simptom anak dah muncul 2-3 tahun sebelum itu lagi.
Khaleef selalu mengadu sakit kepala, dia akan selalu di belakang ketika berjalan, bermain sebab dia tak larat. Selalu suruh aku dukung. Paling obvious kaki dia sentiasa sejuk. Malam sejuk, tengahari panas pun sejuk, duduk main buaian kat taman pun sejuk.
Tak pernah tahu itu simptom sakit jantung. Tak pernah terfikir nak check blood pressure anak pun setiap kali anak mengadu sakit kepala. Rupanya bila check, nohh aihhh mencanak tinggi bacaannya. Pergi ke hospital, doktor dah marah aku dah.
Doktor atau pihak hospital kena buat echo, kalau just check biasa memang takkan jumpa apa-apa. Kalau hospital takde kemudahan atau pakar maka kena refer anak ke hospital yang ada pakar untuk check.
So mak ayah, kalau anak ada simptom macam aku cerita kat atas, tolong bawa anak ke hospital. Kalau doktor cakap takde apa, minta doktor refer ke pakar jantung. Biar pakar jantung check, dan buat echo scan. Kalau memang betul takde apa, Alhamdulillah.
Tapi kalau memang ada something, at least kita dah ambil langkah awal. Takde rasa ralat sangat. Aku share semua ni based on pengalaman aku, pembacaan aku dan of course dari doktor-doktor pakar yang merawat anak aku ni. Kalau ada info yang aku salah, mohon betulkan.
Alhamdulillah, semalam Khaleef dah selesai prosedur besarkan stent di aorta dia. Prosedur ni akan kena buat lagi lepas ni. Akan ada isu injap juga dan isu lain yang akan muncul semasa dia sedang membesar ni. Akan banyak kali lagi tidur di IJN ni nanti.
Tetapi aku bersyukur sebab aku dah bagi yang terbaik, doktor-doktor juga dah buat yang terbaik, nurse-nurse juga jaga dia dengan sangat baik.
Selebihnya aku berserah. Semoga pengalaman aku dan Khaleef ni ada pengajaran dan manfaat buat semua mak ayah di luar sana.
Sama juga dengan perasaan bahagia, kesedihan juga adalah sebahagian daripada kehidupan. Bahkan hingga ada yang mengaitkan wanita dan tangisan tidak dapat dipisahkan.
Menangis menjadi salah satu cara untuk melegakan sesuatu yang menyesakkan di dada. Pun begitu sedarlah bahawa tangisannya itu bukan kerana wanita lemah. Bukan juga tanda dia merintih memohon simpati dan belas kasihan sesiapa.
Malah menurut perkongsian Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah, air mata seorang wanita itu tinggi nilainya.
Di saat seorang wanita menangis di hadapanmu, bukan tanda dia lemah. Namun betapa kuat dirinya menahan dan memendam demi sebuah kebahagiaan.
Peganglah tangannya dengan sebuah pengertian, maka dia akan bersamamu selamanya.
Jika kamu membiarkannya pergi, maka pergilah dia bersama tangisannya selamanya.
Lihatlah anak matanya, rasakan kesakitan yang terpendam dari dalam dirinya.
Hitunglah setiap titis air matanya. Kamu akan lihat betapa beratnya beban dari deras air matanya.
Para suami,
Menangis Bukan Kerana Lemah
Sedarlah bahawa tangisannya itu bukan kerana dia lemah. Bukan juga tanda dia merintih memohon simpati dan belas kasihan darimu.
Dia menangis kerana tak dapat menanggung beban dari dalam hatinya. Dia meronta-ronta, merintih dan lemas dalam kesedihan tak bertepi.
Waktu ini, fikirkan sejenak apa yang kamu lakukan untuknya.
Hanya kamu sahaja yang tahu jawapan itu.
Pertimbangkanlah baik-baik.
Kerana satu saat nanti, kamu mungkin akan terlambat untuk mengucap sepotong ayat, “Abang minta maaf!”
Masa itu segalanya sudah terlambat. Tak mampu dibaiki dan diungkapkan apa-apa untuk lagi.
Maka jangan kita biarkan keadaan itu berlaku pada kita.
Tanya Diri
Sedarlah bahawa, Allah kuatkan bahu wanita untuk menjaga anak-anakmu.
Allah lembutkan hatinya untuk menyelimuti hatimu hingga tenteram.
Allah berikan naluri yang kuat untuk tetap saling menyayangi walau pada saat itu wanita itu dikhianati berkali-kali.
Maka, layakkah kita mengasari dan menyakiti hatinya disebabkan oleh ego kita yang meninggi? Tentu tidak, bukan.
Moga kita buka mata dan hati. Moga Allah beri kita hidayah untuk mencipta kebahagiaan berumahtangga.
Sumber : Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Berpesan-pesan pada para suami isteri hari ini.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.