Pada musim perayaan ini. boleh dikatakan kaum wanita gak sibuk di dapaur. Jika tidak menghadiri rumah terbuka, pastinya mereka sibuk di dapur menyediakan juadah untuk para tetamu yang bertandang.
Sampaikan ada yang terpaksa duduk di dapur kerana tidak henti-henti menyediakan juadah bagi para tetamu. Tapi mesti anda tidak selesa kan bila ada tetamu yang tiba-tiba muncul di dapur untuk membantu.
Kadang kala peralatan di dapur rumah ini boleh mendatangkan ‘aib’ pada tuan rumah. Al maklumlah,kuali berkerak itulah yang yang paling kita suka pakai. Namun, ada satu peralatan yang harus anda bersihkan agar ia nampak bersih seperti papan pemotong.
Jika ianya nampak kusam, pasti ramai yang akan ragu-ragu dengan kebersihan sewaktu anda menyediakan makanan.
Ads
Papan pemotong terutamanya yang plastik memang mudah kotor dan menjadi kehitaman lebih-lebih lagi jika ia banyak digunakan dalam aktiviti memasak seharian. Kadang-kala jika dicuci dengan sabun pun kesannya masih tidak tanggal.
Berikut adalah cara mudah dan berkesan untuk membersihkan papan pemotong plastik anda. Memang nampak macam baru! Jom cuba. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
Ads
BAHAN-BAHAN:
* Limau nipis
* Baking soda
* Cuka
CARA-CARA:
* Ambil limau dan belah dua.
* Kemudian ambil Baking Soda dan tabur pada permukaan papan pemotong.
* Gosok papan pemotong menggunakan potongan limau tadi. Biar selama 10 minit.
* Ambil potongan limau dan gosok lagi pada permukaan papan pemotong.
* Seterusnya tuang cuka.
* Gosok lagi sehingga semua kotoran hilang.
Ads
Boleh guna berus besi untuk menyental. Bilas hingga bersih. Hasilnya papan pemotong anda kelihatan lebih bersih dan seakan baru.
Mungkin ada di antara anda yang pernah mengalami situasi anak kecil menangis dengan kuat. Bukan itu sahaja, kelakuannya berubah, matanya terbeliak/meliar ke atas pada tempat yang sama terutamanya waktu maghrib?Pasti membuatkan anda cemas dan bingung apakah yang berlaku bukan?
Ini berlaku disebabkan oleh rumah anda mungkin dimasuki jin. Menurut Ustaz Azhar Idrus, 10 minit sebelum maghrib pastikan pintu rumah dan tingkap telah ditutup untuk elak rumah dimasuki oleh Jin bernama Ummu Sibyan. Ummu Sibyan ini hanya akan masuk ke dalam rumah yang mana pintu dan tingkap terbuka luas.
Mengulas mengenai isu tersebut, Dr Taufiq Razif berkongsi mengenai anak perempuannya yang mengalami situasi yang sama.
Mungkin panduan yang diberikan oleh doktor ini dapat membantu ibu bapa di luar sana yang mungkin mengalami situasi yang sama.
Maryam Soolihah pernah menangis dengan memandang siling rumah. Tangisan dia masa tu memang dasyat!
Dengan mata bulat memandang ke atas memang buat saya rasa tak sedap hati. Saya tahu tangisan bayi ni kebanyakannya normal kecuali tangisan yang disertai :
– demam tinggi
– jadi taknak menyusu langsung
– muntah-muntah
– penafasan laju
– sawan
– perut kembung
– tak berak dan tak kencing
– cirit birit yang cair ataupun beserta darah
Kalau yang ni memang sebaiknya kena bawa bayi jumpa doktor tapi si Maryam ni normal je cuma tangisan dia tu melampau-lampau dan mata dia selalu pandang ke atas.
Saya jenis tak percaya bab syaitan, jin dan alam ghaib ni kecuali yang ada dalam Al Quran dan Hadis. Rupanya memang ada sejenis jin pengganggu anak kecil yang disebut dalam Hadis. Namanya Ummu Sibyan.
Hadis Ummu Sibyan tu Hadis daif tapi larangan untuk tak bagi anak-anak keluar waktu senja, tutup pintu waktu senja dan tak digalakkan buka pintu pada waktu senja ni memang ada dalam Hadis Sahih.
Nak tahu anak kita kena gangguan ‘luar’ waktu senja ni senang je. Kalau ada tanda ni mungkin dia tengah diganggu :
1. Menangis pada waktu senja
2. Ada pintu yang terlupa nak ditutup
3. Anak normal dan takde sakit apa-apa
4. Cuba gerakkan badan dan kepala anak kita masa dia menangis. Kalau dia tetap pandang pada satu tempat, ada kemungkinan kena gangguan la tu.
Kalau dah jadi camtu cepat-cepat cari pintu atau tingkap yang tak tertutup tu dan tutup segera dengan baca Bismillah. Amik air, baca Ayat Kursi 3x dan hembus pada air. Sapu air tu sambil usap pada wajah anak kita. Kalau tak reda jugak cuba azan dalam rumah ye.
p/s : Jangan pulak ingat semua tangisan bayi ni sebab gangguan. Kebanyakannya normal je insyaAllah. Biasa la budak-budak nak membesar tapi ilmu tentang tangisan bayi ni semua mak ayah wajib tahu. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu sebab sangat ramai mak ayah yang tahu tentang info ni.
Apabila menyebut tentang Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pasti ramai yang akan mengaitkan Baginda dengan masakan. Manakan tidaknya, anak raja ini cukup sinonim dengan hobinya yang suka memasak. Bahkan, Baginda tidak kekok berada di dapur.
Sebelum ini media juga sering kali memaparkan kisah Raja Permaisuri Agong yang turun padang memasak juadah untuk mangsa banjir ketika meninjau keadaan penempatan tersebut.
Benarlah kata orang tua-tua, kalau nak kenal orang perempuan, lihat bagaimana dia di dapur. Mungkin itulah yang dimaksudkan Al-Sultan Abdullah. Walaupun Al-Sultan Abdullah mengakui tidak dapat berkongsi banyak mengenai sifat Tunku Azizah di dapur kerana jarang berada di sana.
Namun di sebalik riak wajah Yang di-Pertuan Agong itu, ibarat tersimpan banyak cerita mengenai sifat Tunku Azizah di dapur.
“Awak kena ke dapur dengan dia, demikian komen Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika ditanya wartawan mengenai perwatakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Kelebihan dia sangat tegas dan ambil berat dengan integriti staf. Kalau telefon atas meja, ia mesti tersusun elok. Hal sama juga untuk susunan atas meja makan,” kongsi baginda sambil menyusun satu persatu telefon bimbit serta alat perakam suara milik wartawan di atas meja, untuk menunjukkan cara susunan mengikut gaya Tunku Azizah.
Sementara itu, Tunku Azizah bertitah, Tuanku tidak panggil ‘Darling’ atau ‘Sayang’.
“Tuanku selalu panggil saya Ji, sebab itu nama saya sudah dikenali dengan panggilan Jiji atau Zizi. Saya pula panggil Tuanku, Alam atau Ba dan saya rasa, Tuanku suka dipanggil Ba.
“Masa mula-mula kahwin Tuanku ada kata, tidak akan panggil antara kami dengan panggilan Honey, Sweet Heart atau Darling, nanti kalau gaduh Honey entah ke mana,” cerita Tunku Azizah.
Bagaimana pun Tunku Azizah mengakui, romantik antara mereka datang secara semula jadi.
“Ia secara automatik. Tak perasan pun kami ini romantik. Kami pasangan romantik
dengan cara tersendiri.
“Saya tidak rasa kami ni romantik sangat. Media selalu rakam momen yang tidak kami perasan macam masa suapkan lauk. Bagi saya ia adalah perkara natural (melayan suami) seperti letakkan lauk untuk suami.
“Kemungkinan berlaku selisih faham, itu adalah asam garam hidup berumah tangga. Sama juga seperti pasangan suami isteri yang lain. Dalam sebuah perkahwinan kita mesti jadi kawan baik pasangan dan boleh berkomunikasi. Itu yang saya dan Tuanku lakukan.
“Untuk membentuk harmoni itu penting dan adakalanya kita perlu lupakan semua perkara lain dan gembira untuk satu sama lama lain. Jangan ambil kesempatan dengan pasangan.
“Memang ada ketika kita marah antara satu sama lain tetapi kehidupan perlu diteruskan. Perkahwinan sesuatu yang kita usahakan untuk gembira, bukan ambil mudah antara satu sama lain. Kita perlu saling berusaha. Sedangkan lidah lagi tergigit,” titah Tunku Azizah.
Mengimbas kembali perkahwinannya yang disifatkan separa diatur, Tuanku Azizah bertitah pertemuan pertama berlaku di padang polo di Johor ketika usianya 12 tahun dan Sultan Abdullah pula berusia 13 tahun.
Selama 13 tahun berkawan dan bercinta, hanya surat, aerogram dan telefon yang menjadi penghubung setiap minggu. Istimewanya, semua surat itu masih tersimpan rapi sebagai kenangan berharga percintaan jarak jauh baginda berdua.
“Ayahanda saya dulu sangat tegas, betul-betul ikut cara Islam, mana boleh keluar bersama, pergi tengok wayang atau minum kopi. Ya, kami tidak pernah. Apatah lagi pegang tangan. Setiap kali Tuanku nak jumpa saya, kena buat temujanji dan makan tengah hari bersama ayahanda saya.
Nenda saya dan nenda Tuanku mahukan perkahwinan ini. Melihat ayahanda saya yang begitu tegas, nenda saya selalu ajak Tuanku datang Johor untuk bermain polo. Saya kenal Tuanku 13 tahun dating sekali pun tak ada. Jumpa Tuanku di padang polo. Cinta padang polo.
“Ketika umur saya 23 tahun, Tuanku pernah tanya adakah saya mahu menjadi isterinya satu hari nanti. Saya jawab, adakah Tuanku anggap saya ni cukup baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya.
Tapi Tuanku tidak ajak saya kahwin. Tuanku beritahu ayahandanya supaya mengumumkan dia akan mendirikan rumah tangga dia akan mendirikan rumah tangga pada hari keputeraan baginda pada Oktober 1985, tetapi tidak cakap dengan siapa.
Ayahanda saya pula tidak tahu mengenai pengumuman itu. Apabila rombongan Pahang sampai, ayahanda saya tanya, adakah dia nak atau ini perkahwinan yang diatur? Jika diatur oleh ibu bapa, saya tidak terima. Kalau dia sendiri mahu, saya terima.
Selepas tiga hari, barulah ayahanda kata “Bah lupa nak tanya Azizah nak ke tak nak, tapi Bah dah terima,”. Saya bernikah pada Mac dan bersanding pada 19 Julai (1986). Antara Mac dan Julai, walaupun sudah jadi suami isteri yang sah, tetap tak boleh keluar. Saya di Johor, Tuanku di Pahang.
Majlis perkahwinan diadakan di Johor dengan penuh istiadat kerana anak Agong berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang. Titiek Soeharto selalu kata, itulah satu-satunya majlis perkahwinan yang berlarutan sampai jam 5 pagi. Pada hujung Julai ni, kami nak bersanding lagi,” titahnya.
Hati ibu ayah mana yang tidak risau bila mengenangkan anak yang bakal mengambil peperiksaan besar seperti Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , diuji dengan pelbagai rintangan dalam pembelajaran kesan daripada pandemik Covid-19.Apa yang pasti, cabaran tahun ini cukup luar biasa.
Andai sebelum ini melalui pengalaman anak terdahulu, jika semakin hampir dengan bulan-bulan peperiksaan, bolehlah juga kita sebagai ibu ayah menggalakkan anak-anak untuk menyertai mana-mana Seminar Motivasi, Seminar Skor A, Seminar Menjawab Soalan dan pelbagai lagi seminar dan kelas tambahan sebagai salah satu usaha untuk anak-anak dapat menduduki peperiksaan dengan yakin dan tenang.
Namun demi menjaga dan memastikan keselamatan anak-anak terhindar daripada bahaya Covid-19 di samping kita juga mahu mereka dapat belajar di rumah dengan selesa dan tenang, sewajarnya ibu ayah ambil inisiatif untuk memperkenalkan kepada anak-anak tentang rancangan yang dibawakan oleh Astro Tutor TV.
Ini memandangkan terdapat dua program istimewa sepanjang November ini bagi membolehkan anak-anak dapat belajar dengan teknik pembelajaran yang lebih menyeronokkan bersama personaliti kegemaran mereka dan pastinya bersama guru-guru yang hebat.
Geng Rajin Belajar
Dalam program ini Erissa, Wafiy, & Mia Sara begitu teruja untuk menjadi teman belajar anak-anak anda.
Mereka akan berkongsi teknik belajar untuk lebih fokus termasuk berkongsi pelbagai tip dan saling memberi motivasi untuk sama-sama mengulangkaji.
Menariknya juga setelah puas belajar anak-anak akan dihiburkan dengan nyayian dan sebagainya yang pastinya lebih interaktif.
Geng Rajin Belajar akan bersiaran setiap hari pada pukul 3.00 petang di saluran Astro Tutor TV, 603 bermula 2 hingga 6 November ini.
PELAN A+ SPM
Di program Pelan A+ SPM pula, memberi peluang kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan untuk mengulangkaji dan belajar bersama guru-guru terbaik dalam subjek-subjek tertentu.
Bahkan bukan itu sahaja, di saat-saat persiapan akhir untuk menduduki peperiksaan adalah penting juga untuk mengetahui soalan-soalan ramalan. Dan semua itu dikongsikan di sini bagi membantu anak-anak skor di dalam peperiksaan SPM nanti.
Pemilihan tenaga pengajar program Pelan A+ SPM ini bukan biasa-biasa, bahkan cukup berpengalaman.
Antara tenaga pengajar adalah seperti Cikgu Suguz untuk subjek Bahasa Melayu, Puan Jowana untuk subjek Bahasa Inggeris, Encik Shankar mengajar untuk subjek Matematik, Dr. Jay dan Dr. Melissa untuk subjek Sains dan subjek Sejarah diajar oleh Cikgu Rosle dan Cikgu Mike Mahen. Hebat bukan?
Tenaga pengajar ini dipilih khas untuk membantu pelajar memahami apa yang dicari oleh penanda peperiksaan, berkongsi cara yang lebih mudah untuk mengingati formula, pemahaman konsep yang lebih baik dan macam-macam lagi.
Oleh itu, jangan terlepas untuk menontonnya, bakal ditayangkan pada 13-28 Nov 2020 di saluran Astro Tutor TV 603 setiap Jumaat dan Sabtu pada jam 3.00 petang.
Jadi inilah dua program yang cukup bermanfaat untuk anak-anak kita dan jangan lepaskan peluang keemasan ini memandangkan ianya adalah PERCUMA. Bahkan selain dapat disaksikan di televisyen, anak-anak juga boleh menontonnya melalui komputer riba atau telefon pintar di AstroGo.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.