Rasanya sambal ni memang dah jadi kegemaran rakyat Malaysia. Tambahan lagi kalau sambal paru garing. Makan dengan nasi kosong sedap sungguh tak perlu tambah lauk lain pun dah cukup.
Resipi ni sesuai untuk sesiapa yang baru kahwin atau yang baru nak berjinak-jinak ke dapur. Bahan dan caranya pun mudah sahaja.
Resipi Sambal Paru Garing Sedap
Bahan-bahan:
1 kg paru
1 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit
Minyak
10 ulas bawang ros
Ads
6-8 biji cili api merah (siam)
4 bawang putih
1 inci halia
Kiub ayam
Gula kabung (gula melaka)
Ads
Cara memasak:
– Basuh bersih paru dan rebus bagi ia lembut.
– Selepas itu, keluar dan toskan airnya.
– Hiris nipis-nipis dan gaul dengan garam dan kunyit.
– Kemudian, goreng dalam minyak banyak hingga garing. Angkat dan sejukkan.
– Kisar bawang ros, cili api merah, bawang putih dan halia. Kisar guna blender kering atau tumbuk menggunakan lesung batu. Jangan letak air.
Ads
– Panaskan 3 sudu minyak (guna minyak goreng paru tadi).
– Masukkan bahan kisar, letak sedikit garam dan separuh kiub ayam serta 1/2 buku gula kabung (gula melaka).
– Masak atas api perlahan hingga gula larut. Gaul rata. Tutup api.
– Apabila sambal sejuk, paru pun sejuk baru masukkan paru dan gaul hingga rata.
– Simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup.
– Sedap makan begitu sahaja atau makan dengan nasi panas + telur mata. Selamat mencuba.
Kredit: Azizah Salleh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Waktu minum petang bersama keluarga menjadi antara masa santai yang boleh dimanfaatkan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.
Untuk lebih istimewa, ada baiknya kita sebagai ibu sediakan menu istimewa seperti yang dikongsikan oleh Farah ini.
CHEESEKUT SEDAP
Bahan-bahan:
1 pek biskut Hupseng Deluxe Cracker
1/2 tin susu pekat
250g cream cheese
4 sudu besar susu segar/ fresh milk
susu segar untuk celup biskut
milo atau nestum untuk tabur
*sudu besar = sudu makan
Cara-cara:
1. Masukkan susu pekat, cream cheese dan susu segar ke dalam mixer. Mix sampai sebati. Farah malas nak guna mixer, guna blender je. Dah dari dulu guna blender buat cheesekut. Terpulang pada korang masing-masing.
2. Sediakan bekas yang sesuai.
3. Ambil sedikit campuran cream cheese tadi, buat satu lapisan nipis di dalam bekas.
4. Ambil biskut hupseng, celup sebentar di dalam susu segar dam lapiskan di atas cream cheese sehingga siap satu lapisan.
5. Tambah lagi satu lapisan nipis cream cheese diatas lapisan biskut.
6. Ulang sehingga campuran creamcheese yang tinggal cukup untuk menutupi permukaan paling atas.
7. Tuang lebihan cream cheese di lapisan paling atas.
8. Tabur topping yang korang suka.
9. Simpan dalam peti ais semalaman.
10. Potong kecil-kecil untuk makan.
Ha, senang je kan?
sumber: farah sanusi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
Kuih ketayap mempunyai rasa yang sangat sedap, berinti kelapa yang manis dan digulung pula dengan kulit yang dimasak seakan lempeng. Ditambah pula dengan warna hijau daun pandan, menjadikan kuih ketayap mempunyai keenakannya yang tersendiri.
Jadi buat anda yang teringin untuk mencuba menyediakan sendiri menu ini untuk dijadikan sebagai menu sarapan atau minum petang, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Resepi merupakan salah satu masakan Korea yang amat sedap dan menarik. Japchae adalah sejenis masakan yang menggunakan suhun atau glass noodle khas Korea yang diperbuat dari tepung keledek sebagai bahan utamanya.
Suhun ini akan direbus kemudian digaul bersama hirisan sayur-sayuran yang berwarna warni, malah bagi sesetengah resepi japchae juga menambah hirisan daging didalam resepinya.
Malah msakan ini merupakan menu diraja untuk santapan golongan bangsawan namun seiring peredaran masa, japchae mulai dinikmati oleh orang kebanyakkan kerana cara penyediaan amat mudah.
jadi jika ingin kelainan bagi hidangan seisi keluarga, apa kata cuba masakan Korea ini pula. Cara buat simple dan sihat dengan kandungan sayur yang pelbagai jenis.
Sebagaimana perkongsian puan Zurina Zulkefli ini yang menunjukkan cara membuat resipi ini.
Japchae Korea.Selalu orang keliru Japchae ni suhun ke? Saya jawab bukan, Japchae ni hidangan yang menggunakan mi kaca (sweet potato glass noodles), secara fizikal lebih kurang suhun tapi dari bahan yang berbeza. Tekstur mi kaca ni lebih kenyal berbanding suhun yang sedikit halus. Boleh rujuk gambar akhir. Hari ni saya masak Japchae untuk bekal minum petang suami di tempat kerja. Rasa Japchae ni sedap sebab campuran sayur yang banyak. “Kalau saya nak cuba masak Japchae, tapi guna suhun tak boleh ke?” Boleh je, guna resepi yang sama tapi pastikan suhun yang dimasak tidak terlalu kembang. Saya kongsi resepi di setiap gambar ya.
Mi kaca yg diambil separuh dari paket, rebus selama 5 minit. Sehingga lembut, angkat dan toskan. Letak tepi.
Ini dia mi kaca atau nama lain, Sweet Potato Noodles. Saya beli ni di pasaraya besar (Lotus/Aeon/Shopee pun ada). Harga lebih kurang RM11 tapi boleh guna 3 kali hidangan. Saya letakkan Mi Kaca sebelah Suhun, supaya nampak perbezaan
Campuran sayur mesti mempunyai 5 jenis warna yang pelbagai. 1. Hijau – Sayur pak choi atau bayam, rebus dan toskan. 2. Kuning – Telur ayam dimasak dadar. 3. Jingga – Lobak merah, dihiris memanjang dan sangai di atas kuali dengan secubit garam. 4. Putih – Bawang Holland, dihiris dan disangai. 5. Hitam – Cendawan shitake /kulat hitam / daging perap kicap. Hiris memanjang masak.
Sos hitam: ✓ 3 sb kicap cair/masin ✓ 3 sb kicap pekat ✓ 2 sb sos tiram ✓ 2 sb minyak bijan ✓ 1 sb gula/gula perang ✓ 1 sk garam Campurkan kesemua sekali dan masak di atas kuali sehingga sebati.
Tuangkan sos hitam ke atas mi kaca yang direbus tadi.
Gaul sebati.
Masukkan campuran sayur tadi.
Gaul rata.
Tambah biji bijan yang telah disangai.
Japchae yang sudah digaul bersama campuran sayur. Sedia dihidang.