Pasir kristal menyerap lembapan dan air. Jadi najis kucing akan menjadi kering dan mudah diuruskan. Tahukah anda pasir kristal kucing juga mampu menghilangkan kulat dalam almari.
Bagi anda yang menggunakan perabot jenis MDF board (medium density fiber bord), particle bord, compressed bord atau seangkatanya, memang mudah naik kulat. Hal ini akan kerap berlaku jika keadaan persekitran lembap dalam tempoh yang lama dan kedap. Hal ini kerap berlaku pada almari baju, rak buku dan sebagainya.
Pasir Kristal Kucing Boleh Hilangkan Kulat Dalam Almari?
Walaupun sudah dilap dan dibersihkan pun, masih ada lagi kelihatan kulat wujud terutamanya di bahagian yang telah dibersihkan. Ini berlaku disebabkan oleh spora dan keadaan atau kondisi ruang tersebut masih lembap.
Pasir kristal kucing dikatakan mampu menghilangkan masalah kulat dalam almari. Melalui perkongsian Bijen Mohd lelaki ini berkongsi bagaimana cara menggunakan pasir kristal kucing untuk menghilangkan kulat dalam almari.
Kulat mudah membiak di permukaan perabot murah sebab sifatnya yang mudah menyerap lembapan kerana diperbuat daripada habuk kayu.
Jadi misi kita adalah memikirkan supaya udara di dalam ini sentiasa berada dalam keadaan kering.
Oleh itu, kita gunakan gel silika yang selalu terdapat di dalam kotak pembukusan barang dan beg. Konsep macam Thirsty Hippo-lah lebih kurang. Tapi nak kumpul gel ini banyak-banyak makan tahunlah jawabnya.
Ads
Begini Cara Nak Buat
Ikuti langkah-langkah berikut:
1.Cara mudah adalah beli gel timbang kilo atau alternatifnya beli kristal kucing di kedai haiwan peliharaan.
Ads
2. Kemudian bungkus masuk dalam bekas dan jangan lupa tebuk lubang agar ia dapat berfungsi dengan baik.
3.Oh ya, kristal ini boleh dikitar semula kalau mahu. Setahun atau dua tahun sekali, anda boleh jemur semula di bawah terik mentari atau ‘salai’ atas kuali di dapur.
4.Jika anda beli gel silika yang boleh berubah warna bila kandungan air tinggi, lagi mudah nak nampak.
5. Bungkus banyak-banyak dan gunalah di tempat yang sepatutnya seperti di dalam rak, perabot, storage box, luggage bag dan sebagainya.
Ads
Gel silika ni menyerap lembapan di dalam udara. Bukan menyedut air.
Satu lagi tip, jika anda bungkus wayar, dawai besi atau barang dalam plastik dan diletakkan dalam storage box, pastikan letak sekali gel ini dalam plastik tersebut. Ini kerana udara yang terperangkap dalam plastik itu masih ada lembapan. Jadi kalau biar lama-lama nanti wayar akan ada kesan kotoran.
Gunakan plastik yang berlubang supaya pengaliran udara baik dan tidak terperangkap dalam plastik.
Ini rupanya setelah dua tahun. Masih berkilat macam ditinggalkan dulu. Habuk-habuk sawang adalah sikit tapi kehadiran kulat langsung tiada.
Dua tahun yang lalu bersihkan kulat, saya spray dan lap dulu guna Dettol Disinfectant Spray. Baru saya isi barang dan letak dua kotak gel silika di dalamnya. Nampak berhasil eksperimen saya. Selamat mencuba!
Setiap antara kita pasti ada impian yang tersendiri tentang masa depan yang ingin dicapai. Begitu juga apa yang dikongsikan oleh saudara Miza Ahmad tentang impiannya untuk memiliki sesuatu dan sekali gus keluar dari kepayahan hidup.
Nyata semua itu dapat dicapai dengan adanya pendidikan. Ayuh kita baca perkongsian penuh daripadanya agar dapat juga menyuntik inspirasi kepada keluarga kita.
Ini perkongsiannya.
Dulu-dulu aku dan Impian.
Sebagaimana insan lain, aku juga mempunyai impian sejak kecil. Aku ingin memliki sebuah rumah yang cantik, basikal BMX, sebuah motorsikal, sebuah Kereta dan yang paling utama adalah membina sebuah rumah yang serba lengkap buat kedua ibubapaku.
Aku ingin semua impian Abah dan emak tercapai selagi hayat mereka masih ada. Aku impikan apa yang dimilki oleh orang lain juga dimiliki oleh abah dan emak…
Namun aku tahu, impian tak semudah merealisasikannya. Apatah lagi dengan keadaan keluarga aku yang hanya mampu memenuhi keperluan hidup semata-mata. Apa yang orang miskin boleh capai. Nak makan seharian pun banyak yang perlu dikorbankan..
Namun aku berjaya menunaikan impian hidup aku sejak kecil. Bagaimana? PENDIDIKAN.
Benarlah apa yang abah dan emak buat dahulu kepada aku. Pakaian dipakai sehingga lusuh selusuhnya dan koyak rabak, kasut sekolah yang dijahit, berjalan kaki kesekolah dengan menempuhi kebun-kebun yang lecak dan semak, tidak pernah bercuti sekeluarga, makan seadanya walaupun kangkung longkang pelbagai resepi, katil tanpa kayu, tilam tanpa span dan kekabu….
Namun KEPERLUAN SEKOLAH LENGKAP SELENGKAPNYA PERSIS ORANG KAYA. malahan lebih lengkap daripada orang kaya..
Melalui pendidikan aku berjaya memperolehi pekerjaan yang menyebabkan aku berkemampuan menunaikan segala Impian. Justeru, usahlah berkira dalam pelaburan pendidikan anak-anak kerana ia adalah pelaburan masa depan kita dan mereka dan aku pernah melaluinya.
Deco Radio, Tangga, Basikal dan tempayan serta Batok adalah deco kehidupan dan impian semasa aku kanak-kanak
Aku Seorang Lelaki
sumber : Miza Ahmad Dilar via Deco Rumah Ku Syurga Ku
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Solat tahajjud merupakan solat sunat yang dikerjakan di waktu malam. Ada banyak keistemewaan bila seseorang melakukan solat tahajjud secara istiqomah dalam kehidupan sehari-hari.
Pun begitu untuk bangun tengah malam bagi mendirikan solat tahajjud walau hanya 2 rakaat, nyata bukanlah perkara mudah untuk dilakukan.
Untuk menyuntik semangat dan motivasi pada diri kita yang baru ingin membiasakan diri, apa kata kita baca perkongsian daripada wanita ini. Semoga bermanfaat.
BAGAIMANA MAHU ISTIQAMAH UNTUK BANGUN BERTAHAJJUD?
Saya tidak tahu bagaimana untuk mengajarkannya, namun inilah yang telah saya lakukan…
1. Pertama-tama sekali, saya mula bertahajjud setelah membaca:
“Doa Di Saat Tahajud Bagaikan Anak Panah Yang Melesat Tepat Mengenai Sasaran” (Imam Syafi’i)
Saya merasakan ianya adalah suatu usaha yang perlu saya lakukan tanpa “modal” bagi merubah nasib saya. Rugi besar jika tidak dilakukan. Modalnya untuk kita mengubah nasib, adalah hanya dengan meninggalkan selimut dan bangun malam.
Barangkali keadaan saya yang sangat memerlukan dan tempat tidur yang tidak begitu selesa ketika itu sangat memudahkan saya untuk bangkit di tengah malam….
2. Kali pertama saya berdoa ketika bertahajjud adalah lebih 9 tahun lalu. Saya tidak malu untuk mengaku bahawa saya sudah berusia 41 ketika itu.
Saya duduk beralaskan sejadah yang dihamparkan di atas lantai simen yang sejuk. Saya telah berdoa untuk perkara yang langsung tidak munasabah dengan keadaan saya ketika itu, iaitu untuk bersujud di hadapan Kaabah.
Sedangkan saya tidak punya wang dan pekerjaan. Bahkan sedang sangat susah masa tu…
3. Oleh kerana kesukaran hidup saya waktu itu, ianya sungguh menghimpit… Hinggakan saya telah meletakkan kebergantungan saya hanya kepada Allah. Tidak ada yang lain. Cinta kepada manusia telah banyak mengecewakan. Tapi tidak kepada Allah. Yakin itu….
Barangkali kekecewaan dan ujian yang datang berkali itulah yang membuatkan saya sangat bergantung hanya kepadaNya.
4. Pada permulaannya saya paksa diri untuk bangun malam. Kerana yakin bahawa doa dalam Tahajjud sangat mustajab. Saya tahu sungguh berat. Tapi paksalah diri kita.
5. Biarpun dalam keadaan letih, mengantuk, tidur lewat atau apa sahaja, saya tetap gagahkan diri untuk bangun. Tidak susah jika kita benar-benar berkehendak. Susah bagi yang masih belum benar-benar mahu. Orang yang benar-benar mahu pasti akan sanggup melakukan apa sahaja kerana sangat berkehendak.
6. Lama kelamaan ianya menjadi habit. “Body clock” saya membuatkan saya sering terjaga sekitar jam 4 pagi. Ianya memudahkan saya untuk bertahajjud. Rasa bersalah jika terjaga dan tidur lagi….
7. Jika kita dapat paksa diri untuk bangun malam selama 2 ke 3 minggu tanpa henti, ianya akan menjadi habit. So you have to create that new good habit in you (untuk bangun malam).
8. Bila dah biasa buat, akan timbul rasa addicted untuk melakukannya pula. Seolah jika tak buat sehari….rasa tak best nanti.
9. Ada yang tanya saya mengapa sudah bertahun mereka bertahajjud namun doa mereka seperti tidak termakbul lagi.
Maka, boleh jadi kita perlu semak diri kita dari sekecil-kecil perkara, contohnya sejauh mana kita ikhlas terhadap diri kita dan orang lain. Boleh jadi kita ini sering suka berjanji namun sering melupakan atau tidak menepati.
Mungkin kecil, bahkan sangat kecil… Seperti ketika kita minta orang PM kita untuk membeli online, kemudian bila orang PM kita diamkan sahaja pula. Kecil kan?
Atau kita sering bebelkan suami sendiri dengan suara kecil. Ya suami tidak dengar… tapi, itulah….dosa….
Atau sering tidak ikhlas bila lihat posting di Facebook, nampak gambar orang…. Hati kita sebut yang tidak baik, tangan kita klik “like”, dan kita tulis kata-kata pujian. Fikiran kita tidak “align” dengan hati kita. (Ini saya ajarkan dalam Secret Group saya dengan lebih mendalam).
Semua contoh ini kelihatan kecil, belum yang besar-besar, tetapi boleh jadi menjadi “filter” kepada doa kita. “Filter” itu bermaksud seperti penghalang kepada rezeki. Anda faham bukan?
10. Allah memberi dengan cara yang berbeza. Boleh jadi kita minta rezeki, Allah hadirkan jodoh. Kemudian jodoh itulah yang menjadi laluan bagi rezeki kita. Boleh jadi kita minta agar dipermudahkan urusan, Allah lindungi kita dari kemalangan atau sakit demam. Boleh jadi juga, doa kita belum termakbul sekarang, tapi akan datang.
Namun yakinlah, Allah akan mengabulkan doa kita tidak lambat dan tidak cepat, bahkan tepat pada waktunya.
Miracle of Tahajjud
Sekali minta, berkali Allah bawa.
Usia bukan penghalang buat pelakon Vanidah Imran, 48, berjaya menamatkan pengajian Sarjana Seni Persembahan (Drama).
Ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu menjadi seorang daripada penerima ijazah daripada lebih 7,682 pelajar yang menamatkan pengajian pada majlis konvokesyen ke-61, Universiti Malaya berlangsung Sabtu lalu (12 Mac lalu) di Dewan Tunku Canselor universiti berkenaan.
Ibu kepada Mikail Aimran dan Maryam Rashika itu menggenggam sarjana danmenyarung jubah konvokesyen pada sidang ke-15 istiadat berkenaan yang berlangsung sejak 5 hingga 13 Mac.
Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 ini terlebih dahulu bergelar graduan ijazah sarjana muda Pengajian Bahasa Inggeris pada tahun 2015 di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Kata bintang filem Red Kebaya itu, perjalanan empat tahun bagi melengkapkan tempoh pengajian itu bukan sesuatu yang mudah.
Apatah lagi perlu mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu, pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM), tuntutan seni dan belajar pada masa sama.
“Pergelutan itu memang bukan calang-calang. Ia tak mudah langsung, tetapi saya bersyukur kerana dirahmati. Saya memiliki kawan yang sama-sama buat sarjana termasuk Hasif Roslan dan Mohamad Shukri Mohd Tahir.
“Kami bertiga berjanji, walau apa jua cabaran akan menamatkan pengajian sarjana ini. Kami saling memberi motivasi dan membakar semangat antara satu sama lain.
“Saya juga beruntung kerana tak pernah putus sokongan daripada kawan lain seperti Prof Madya Aminah Rhapor, penyelia (Dr Marlenny Deenerwan), keluarga dan anak,” katanya.
Vanidah berkata dua anaknya sudah memahami rentak dan cara kehidupan.
“Anak saya tahu bila ibu mereka perlu lunaskan itu dan ini. Contohnya kalau saya kena mengadap tesis, tarikh akhir serahan tugasan dan sesi virtual. Tambah pula berdepan fasa genting di era pandemik COVID-19.
“Kalau saya tak sempat masak dan sediakan makanan, mereka pandai-pandai buat makan sendiri atau tempah dari luar,” katanya.
Vanidah pernah mengakui sebelum ini betapa ruginya tidak menyambung pengajian ketika masih muda.
“Apabila belajar di usia melewati angka empat siri dengan tuntutan tanggungjawab serta komitmen sebagai ibu dan anak, ia bukanlah fasa mudah.
“Berbanding masa muda, kita kurang bebanan. Tapi saya terima segala-galanya dengan lapang dada. Menyambung pengajian ketika ada anak kecil dan keluarga itu lebih buat saya jadi kuat.
“Namun sebanyak mana tekanan, tanggungjawab mahupun suntikan motivasi atau nasihat daripada orang lain, pada akhirnya kita yang mengharungi ‘battle’. Nak buat terbaik atau sebaliknya terserah kepada diri sendiri,” katanya.
Vanidah juga beruntung kerana faktor motivasi lain diterimanya datang daripada ayah tercinta.
Bapanya selama ini sebenarnya seakan tidak gemar melihat diri beliau memilih jalan sebagai anak seni. Bagi bapanya, kerjaya seni dilihat tidak mampu menjamin masa depan dan berharap suatu hari nanti Vanidah akan membuat keputusan atau benda lain.
“Bapa tak pernah jemu dan berhenti meminta saya sambung belajar. Kata-katanya seperti sampai bila nak kerja berlakon balik lewat pagi terus berbekas. Saya bersyukur Tuhan gerakkan hati untuk saya jadi realistik sekali gus sambung belajar.
“Orang selalu kata buat sesuatu harus ambil kira nasihat ibu bapa. Ternyata apa yang bapa saya tekankan selama ini ada keberkatannya. Saya tak pernah menyangka akan dapat tawaran masuk dunia akademik termasuk bergelar pensyarah.
“Itu semua antara hikmah yang dihamparkan apabila saya mula membuat keputusan besar dalam hidup untuk mengutamakan sisi akademik selain mengimbangi kehidupan hakiki. Paling penting bapa yang tidak menentu tahap kesihatannya masih berpeluang menyaksikan kejayaan ini,” katanya.
Menghampiri tiga dekad bergelar anak seni, Vanidah optimis keputusan menyambung belajar juga didorongi pelbagai faktor termasuk termasuk realiti pentas hiburan itu sendiri yang masih goyah tanpa jaminan konkrit.
“Pentas seni di Malaysia bukan industri yang stabil selagi kita tak ada undang-undang untuk melindungi pemainnya. Ketika itulah saya terdetik memilih pilihan lain (sambung belajar) untuk merubah kehidupan dan buat keputusan lebih baik.
“Saya boleh terus merungut mengenai kerapuhan gelanggang seni, tapi ia seolah-olah tidak membawa pengakhiran bermakna. Sampai bila pun nak merungut ibarat ia takkan habis. Saya kena buat sesuatu termasuklah menyambung pengajian sarjana selepas menggenggam ijazah.
“Ia keputusan untuk masa depan saya dan anak. Saya harap ia juga dapat jadi contoh dan motivasi untuk anak ke depan nanti,” katanya.
Sekalipun akur dengan resam turun naik dunia seni, minat dan kecintaannya menghidupkan karakter lakonan tak pernah terpadam.
“Saya nikmati apa yang dilakukan selama ini dengan penuh rasa. Seperti mana saya cabar diri untuk sambung belajar selain mengajar, lakonan juga sudah sebati. Saya tak cakap tidak suka berlakon, namun industri itu sendiri sejak jejak bermula tahun 1993 sampai sekarang masih ada sisi ‘hitam’nya.
“Anak seni masih bergelut tanya hak atau perkara sama. Namun ibarat tiada siapa ambil peduli. Malah saya dengar daripada pelakon senior pun yang berjuang sekian lama, ia tak memberi apa-apa justifikasi mahupun perubahan. Akhirnya terpaksa menelan semua itu seperti tiada apa-apa berlaku.
“Sebanyak mana pun sayang dan cinta saya terhadap dunia seni, ada titik anjakan untuk saya buat sesuatu sebagai pilihan iaitu dengan mengutamakan pendidikan untuk perubahan kehidupan dan masa depan saya serta anak,” katanya yang bersemangat berkongsi ilmu dan pengalaman kepada generasi muda (pelajar).
Katanya lagi, kejayaan menamatkan pengajian ini juga lebih kepada kepuasan diri.
“Saya tak cuba buktikan apa-apa atau kepada sesiapa pun. Saya puas kerana suka belajar benda baru. Matlamat diri sendiri pun bertitik tolak kepada apa yang mahu dicapai dengan mencabar diri keluar dari zon selesa.
“Anak seni tak kira di depan atau belakang kamera juga sebenarnya ada yang mempunyai tahap pendidikan baik. Tapi sering dilihat seperti tin kosong. Macam ketika terbabit dengan penggambaran drama Kudeta (versi drama untuk filem Daulat) ada antara kru seperti pasukan tatarias sebenarnya berpelajaran tinggi,” katanya.
Tambah Vanidah, Ameen Mustajab yang juga ketua tatarias bagi drama itu (Kudeta) terbitan Laguna Pictures sebenarnya pernah menjadi akauntan di Jabatan Akauntan Negara.
“Ameen sendiri pernah skor A untuk subjek matematik tambahan. Pembantu jurusolek drama itu ada antara mereka memiliki ijazah senibina dan kejuruteraan sivil. Begitu juga di bahagian menjaga ‘wadrobe’ ada yang menggenggam ijazah kejuruteraan elektrik, perniagaan serta kewangan.
“Namun hakikatnya ramai berfikir orang kreatif dalam industri seni ini tak berpelajaran tinggi terutamanya pekerja belakang tabir. Yang mereka fikir, rasa atau nampak semuanya negatif tanpa ada sekelumit rasa mahu bertanya.
“Saya harap janganlah memandang sebelah mata dengan pukul rata. Cuma ada yang belajar pandai memilih untuk masuk ke industri seni. Sebenarnya anak seni ini lagi sensitif, penuh rasa empati, dan memahami orang lain.
“Tak dilupa, masa di penggambaran filem Imam pun saya berpeluang mengenali kru yang ada sarjana pengajian Islamik dan bakal sambung peringkat Doktor Falsafah. Malah ada mempunyai lulusan Universiti Al-Azhar di Egypt, Mesir,”katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.