Bila melangkah ke dapur, pisau antara peralatan dapur yang teramatlah penting. Pisau yang tumpul atau sudah tidak elok lagi untuk digunakan boleh buat hati jadi berang ketika hendak memasak.
Apatah ketika pulang daripada kerja dan ini akan menambah sakit hati ketika hendak memasak. Bagaimana memastikan pisau sentiasa tajam dan terjaga dengan cantik walaupun telah lama digunakan. Ada caranya. Cuba petua ini.
Asah Selalu
Pisau yang tajam haruslah diasah permukaannya lebih kerap. Jangan malas kerana inilah cara untuk memudahkan proses memasak anda dengan lebih pantas. Biasakan diri untuk mengasahnya setiap kali hendak digunakan. Biarkan sentiasa tajam.
Pilih Pengasah Sesuai
Ads
Ada juga pengasah yang tidak kena dengan jenis pisau yang anda gunakan. Namun ada juga yang lebih senang mengasah pisau menggunakan lesung batu yang digunakan untuk menumbuk sambal.
Tidak salah, namun kenalah bijak menggunakannya agar kena pada semua mata pisau. Jika tidak, beli sahaja pengasah jenis bulat dan panjang, khusus untuk mengasah.
Simpan Tempat Kering
Ads
Setiap kali selepas menggunakannya, pastikan pisau diletakkan di tempat yang kering seperti di dalam laci atau sebagainya.
Selain lebih selamat, ini juga dapat menjaga mata pisau lebih lama. Malah ulu pisau jenis kayu juga tidak mudah reput kerana disimpan di tempat yang kering dan terjaga.
Jaga Dengan Teratur
Ads
Selepas digunakan pastikan pisau dibersihkan kotorannya dan dilap dengan kain yang bersih. Ini penting bagi memastikan tiada sebarang kotoran seperti getah yang terlekat di mata pisau, yang pastinya akan membuatkan mata pisau tumpul.
Gunakan Minyak
Jika perlu, ketika membersih atau selepas mengasah mata pisau, sapukanlah sedikit minyak dipermukaannya dan simpanlah kemas di dalam laci. Ini bagi memastikan mata pisau sentiasa tajam dan licin. Harus cuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
[su_quote]Sepatutnya bila hujung minggu adalah hari berehat untuk ibu-ibu yang bekerja. Namun hakikatnya, hujung minggu adalah merupakan hari untuk menyingsing lengan. [/su_quote]
Begitulah kebiasaannya, pada hari Sabtu dan Ahad adalah hari di mana seorang ibu akan mengemas rumah, membasuh dan melipat kain, memasak dan pelbagai lagi tugas lain dilakukan dari awal subuh hingga malam hari. Tidak siap-siap kerja yang dilakukannya. Ada sahaja yang harus dibuat.
Bagi meringankan beban kerja di hujung minggu, sebenarnya ada caranya. Nak tahu bagaimana? Buatlah jadual kerja harian untuk seminggu.Cara ini pastinya hujung minggu anda akan menjadi lebih relaks dan membahagiakan!
Isnin
Hanya buat pembersihan major untuk tandas sahaja. Jika waktu pagi tidak sempat pastikan anda lakukan sebelum tidur.
Selasa
Jadikan hari membersihkan habuk, peruntukkan sekurang-kurangnya 15-30 minit untuk melakukan tugas-tugas ini.
Rabu
Hari ini pula dikhaskan untuk melakukan tugas vacuum. Sebaiknya buatlah awal pagi sebelum anda mandi. Tidak memakan masa yang lama pun.
Khamis
Kali ini buat tugas mop lantai. Sama juga sebaiknya lakukan awal pagi sebelum mandi untuk bersiap ke tempat kerja.
Jumaat
Bersihkan ruang dapur sambil-sambil itu bolehlah buat sarapan ringkas untuk di bawa ke pejabat.
Sabtu & Ahad
Tidak perlulah tumpukan sepenuhnya pada tugas-tugas membersihkan rumah. Mungkin hanya berikan sedikit tumpuan pada ruang bilik dan melipat pakaian sahaja. Selebihnya anda ada banyak masa untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga tercinta.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
10 tahun menanti bukanlah satu tempoh yang singkat. Nyata sabar itu indah bila apa yang dinantikan sudah ada di depan mata.
Bagi pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 50, tiada yang lebih bermakna bila cahaya mata yang dinantikan selama ini sudah ada di depan mata. Semalam, isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40 selamat melahirkan bayi lelaki.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya kira-kira jam empat petang semalam, Adam Corrie memaklumkan isterinya bersalin di sebuah pusat perubatan swasta di Ampang.
“Alhamdulillah, bidadari saya sudah selamat melahirkan BabyLee tadi. Jutaan terima kasih yang mendoakan kesejahteraan kami.
“Senyum selalu, selalu bersangka baik, Insya Allah hati tenang,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mendapat respon dari pengikut instagramnya termasuklah rakan artis yang lain. Rata-rata menghulurkan ucapan tahniah dan turut meluahkan rasa terharu dengan kehadiran insan baru dalam hidup mereka.
Adam Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazema pada 2008. Mac lalu, pelakon yang terkenal menerusi filem KL Gangster ini mengumumkan berita kehamilan isterinya juga menerusi akaun Instagram.
Baru-baru ini, isterinya dimasukkan ke hospital dek kerana kesihatan yang kurang memuaskan. Walaupun pada awalnya dikatakan dia bakal melahirkan anak secara pembedahan, namun tidak jadi dan hanya ditahan diwad untuk pemeriksaan lanjut. Namun, semalam Fazema selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Tahniah dari kami team Majalah Keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan merupakan satu perjalanan yang indah jika kedua suami dan isteri saling berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi dalam rumah tangga yang dibina.
Oleh itu terima seadanya pasangan walaupun dia bukan seorang yang romantik.
Sebagaimana perkongsian ini.
When You Married A Simple Man ——————————— Seperti biasa, tajuk sahaja dalam Bahasa Inggeris. Gempak sikit kononnya.
Ya. Suami saya seorang yang simple. Baik dari tutur kata sehinggalah perbuatannya. Simple.
Dan saya yakin ramai suami diluar sama ‘simple’ macam suami saya.
Simple 1 ——– Tak payah nak expect kata-kata romantis dari dia. Tak payah nak sedih dia tak cakap ‘I love you’ kat kita. Cukuplah tengok dia santuni kita dan anak-anak. Itu bukti dia sayang. Kalau dah kepingin sangat, cakap je terus terang, tak perlu buat-buat merajuk sebab suami kita bukan hero hindustan (itupun dalam movie je) yang sentiasa rajin menunjukan sikap romantis. Nehi kabi nehi.
“Bang, I love you. Cakap balik kat sayang I love you.”
“Lebiu.” Ringkas. Dan saya puas hati, bahagia gila. Contented.
Tak payah nak mengada-ngada, “Betul ke abang sayang kat sayang ni?” Memang mencari kesedihan.
Simple 2 ——— Beli baju raya. Seperti biasa, kita ni isteri apa pun nak tanya suami.
“Abang, ok tak baju ni?”
“Ok.” Sepatah
“Abang tahun ni nak pakai warna apa?”
“Ikut sayang.” Sempoi.
Sakit hati? Buang masa. Saya anggapkan jawapan ini endorsement dari encik Hubby. Takde masa saya nak banding-banding dengan suami orang.
Bahagiakan diri.
“Bang, tahun ni sayang nak kita pakai baju kaler ni. Abang pakai kurta tau.”
“Ok.”
“Yey!!!”
Mudahkan. Gi shopping, asal muka encik hubby manis, hakak ok.
Simple 3 ——— ‘Seronoknya tengok suami dia anak dah ramai pun dok pegang tangan bini dia.’
Tak payah. Tak payah la mengundang stress untuk diri sendiri. Pegang tangan anak-anak tu. Perhatikan apa encik hubby pegang.
Kalau pergi membeli belah, dia offer nak dukungkan anak kecil, itu cukup romantis pada saya.
Logik. Simple. Anak 4, kecil-kecil, dah kalau nak berpegang tangan laki bini sapa nak pimpin anak-anak.
Balik rumah dalam bilik pimpin la puas-puas.
Settle.
Simple 4 ——— Time kita demam, kalau sayalah, selagi boleh buat sendiri, memang saya buat sendiri. Makan ubat, mandikan anak-anak, apa sahaja.
Susah, susah sekali dapat dengar Encik Suami tanya, “Sayang ok?”
Kecil hati? Buang masa.
Cukuplah kita tengok dia ambil alih urusan kita waktu kita sakit. Terutamanya menguruskan anak-anak.
Hulurkan ubat apatah lagi. Memang takla. Terukkah suami saya? Tak langsung. Simple. Dia tengok saya masih ok walaupun demam panas, jadi semuanya berjalan seperti biasa.
Pernah demam dan pergi kerja. Kalau kitalah, jika suami kita demam dan keluar bekerja, agak-agak berapa puluh kali kita text?
“Abang ok?”
“Abang dah makan ubat?”
“Abang lalu ke makan?”
Suami simple kita jawab,
“Ok.”
“Dah.”
“Ok je.”
Geram? Takda makna. Dia reply message pun besar rahmat dah.
Dan bila kita demam, haram sekalipun nak tanya khabar kita time kerja. Tak payah nak majuk-majuk. Chill. Text dia.
“Abang, since abang lupa bini abang tengah demam, dan haram sekali bertanya khabar, sayang nak buat laporanlah bahawa sayang ok.”
” lupa sayang tengaj demam.” Jujurkan.
Kecil hati? Takde makna. Dia bersikap jujur pun rahmat besar dah. Balik rumah nanti cubit manja la sikit lepaskan geram.
Simple 5 ——— You tak cakap, I tak tau.
Simple principle.
Jadi rugi besar kalau kita kecil hati hanya sebab dia tak respon ‘bisikan’ hati kita.
Apa kau ingat laki kau wali boleh baca kata-kata dalam hati?!
Jangan hint. Kelak kita yang kecewa.
Mudah sangat berkomunikasi dengan orang simple. Jangan buat ayat complicated, nanti tak sampai.
Ayat Salah – “Abang, dah lama kita tak makan tomyam kedai tu kan. Sedap kan. Kedai tu punya tomyam paling sedap.”
Suami simple jawab,”Ha ah.” Then bye bye.
Ayat yang betul,
“Abang, balik kerja nanti kita terus singgah kedai siam tu sayang nak beli tomyam.”
Done. Tomyam dapat, hati tak sakit.
LELAKI SEORANG YANG SIMPLE
Dan, saya bahagia melayari bahtera dengan lelaki simple ini. Saya belajar untuk tidak menjadi terlalu ‘perempuan’. Yang suka mengungkit, yang suka membesarkan perkara yang kecil, yang suka kecil hati atas perkara remeh, yang suka mengidolakan suami orang, yang suka merasa kita sahaja teraniaya.
Ni nak tanya, agak-agak mudah ke suami kita nak hidup dengan manusia complicated bernama ‘PEREMPUAN’ ni?
Dan berapa kali kita dengar mereka mengeluh dan membebel kerana tidak puas hati dengan kita?
Bandingkan. Nak buat kira-kira atas kertas pun boleh. Lihatlah siapa lebih redha dalam sebuah perkahwinan.
Kita atau suami?
Sayangilah dan cintailah suami kita kerana Allah. Terimalah dia seadanya bagaimana dia sentiasa menerima kita seadanya.
P/s status ini bersifat general. Adapun dikalangan kita ada juga yang suasana rumahtangganya jauh berbeza dari kebanyakan kita. Itu tidak termasuk dalam penceritaan saya ini. Harap maklum.