Boleh dikatakan tepung gandum antara tepung yang sering digunakan dalam membuat kuih muih dan kek. Paling tidak tepung gandum dibeli untuk dijadikan lempeng atau jemput-jemput untuk hidangan ringkas seisi keluarga.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

Pun begitu, perasa atau tidak tepung gandum juga sebenarnya dijual dengan jenisnya yang berbeza. Mungkin jika anda tidak teliti, merasakan tepung gandum semuanya sama.

Contohnya seperti tepung gandum jenama Cap Lili ini, satu dibungkus  warna biru dan satu lagi berwarna hijau ini!

Jika tidak diperhatikan, sering juga pengguna tersalah beli dan akhirnya menyebabkan kuih muih atau kek yang dimasak tidak menjadi. Ini kerana tepung gandum didatangkan dengan 2 pilihan; all purpose flour ataupun white flour.

Jadi apa beza antara keduanya?

Nak tahu detail ini seperti yang dikongsikan oleh Mr Roti di akaun facebooknya. Semoga ianya memberi manfaat buat semua.

Barang dapur jenis tepung ni memang sama sama tepung gandum. Tetapi ada perbezaannya

Yang hijau tu all purpose flour sesuai untuk buat mee, roti, pasta, pancake ( kadar protein sedang) ada campuran bahan lain.

IKLAN

Patut Harga 2 Tepung Ni Berbeza & Rupanya Kegunaannya Pun Tak Sama!

Yang biru itu ( wheat flour) gandum tanpa campuran lain. Sesuai untuk buat kuih muih.

Kalau guna yang hijau untuk beberapa jenis kuih, akan lembik dan melekat.

Dan kalau guna yang biru untuk buat roti pulak, nanti roti kita tak lembut, sebab tak ada campuran gluten dalam tepung biru tu.

Yang biru tu subsidi kerajaan (tak eksport ke luar, harga dia dibawah kawalan kerajaan)

Sebab tu harga yang hijau lebih mahal.

IKLAN

Cara buat sendiri tepung naik sendiri.

Bahan-bahan

500 gm tepung gandum.
7 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus.
Semua bahan-bahan diatas ayak 3 kali supaya ringan.
Siap boleh simpan dalam bekas bertutup…tak payah beli tepung naik sendiri dah.

Bila nak guna tepung naik sendiri guna aje yang dah buat tu.

 

IKLAN

Sumber : MrRoti

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI