Menu sate ayam adalah antara hidangan kegemaran keluarga. Tidak perlu tunggu hari raya, hidangan ini boleh di makan pada bila-bila masa. Memang mudah dijamah hidangan ini apabila banyak restoran menyediakan hidangan ini.

Namun, jika nak buat sendiri pun tentu menarik. Boleh cuba resipi ini. Rasanya pun enak serta nak buat pun mudah. Juga disertakan dengan resipi kuah kacang sekali. Boleh cuba hujung minggu ni.

Jom buat!

Puas hati bila buat sendiri. Lagi sedap makan camtu je pon, dah sedap. Walaupun makan berdua je.. Saya lagi suka buat sendiri. 1 ekor ayam dapatlah, 40cucuk. Tu pon buat besar-besar.

Resepi sate ayam merecik (untuk 1ekor ayam)

BAHAN

-1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci dan toskan)
kulit ayam jgn buang ye, potong kecik, n perapkan sekali isi ayam). 

p/s: Inilah rahsianya jadi lebih enak!

Bhn blend

-2 labu bwg besar **
-5 ulas bwg merah (xnk letak pon Xpe, letak lg sedap)**
-1 labu bwg putih **
-2 Inci halia**
-4 btg serai **
(satukan kesemua bhn n blend dgn sdikit air)

Bhn perap
-2 keping gula melaka (potong kecil2/hiris2)
-1 ½ cwn gula (kena manis, baru sedap)
-2 sk garam
-4 sk serbuk kunyit
-3 sb jintan manis

CARA:
-dlm bekas besar, masukkan isi ayam yg tlh ditoskan.. Masukkan bhn blend + bhn perap..
-gaul sebati..
-boleh tambah apa yg kurang, gula/garam..
-perap semalaman Klu nk sedap.. (sy perap blk keje smlm, ptg td baru bkr)

IKLAN

-bila dh perap, baru cucuk ye..
-nk sedap, selitkan kulit ayam dibhgian tgh..
-lebihan perapan td,ambil sedikit, letak dlm mangkuk kecil, n tambahkan sedikit minyak masak.. (untuk renjiskan masa bakar, guna 1 btg serai ketuk hujungnya)
-sy bakar td, dlm 5min dah Masak, sbb dh perap semalaman..
-masa bakar tu renjiskan dgn bhn renjis ye.. Biar sate tu, basah je..

Mkn camtu pon dh sedap, sbb dah cukup rasa..
Selamat mencuba

KUAH KACANG

Gambar hiasan

Bahan:

IKLAN

-1 ½ cwn kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit, n blend/tumbuk separa halus. Sy blend je, jgn hlus sgt ye)

-segenggam cili kering (potong, rebus) **
-2 labu bwg besar **
-2 Inci halia **
(blend bhn bertnda **dgn sdikit air)

-1 btg serai (ketuk)
-2 kpg gula melaka
-1/2 cwn gula
-garam
-3 cwn air
-1 kotak santan
-2 kpg asam keping

Cara:
-panaskan minyak, jgn sikit sgt, jgn byk sgt..
-tumiskan bhn blend, masukkan serai.. (tumis smpai pecah minyak)
-masukkan kacang, gaul sebati..
-masukkan air, biar mndidih.. (api slow)
-Nmpk dh kering sikit, masukkan santan, gula melaka, gula, garam, n asam..
-masak sampai kuah Jd pekat..
-rasakan n boleh tmbh apa yg kurang..
-siap

**

Kalau  tak nak letak santan pon tak pe, just guna air je..
Kalau saya suka letak santan..

credit : Siti Norizan‎