Walaupun bekerja tentu para ibu hadapi kekangan masa. Namun hati tetap ingin masak menu istimewa untuk Keluarga.
Ingin cuba sarapan untuk suami dan anak berasaskan roti. Boleh cuba resipi oleh puan Norhayati Hashim.
Jejari Roti Bersalut Tepung Bestari
Memang sedap..rangup je..tak serap minyak!
Bahan-bahan
Ads
Roti gardenia
Tepung pilihan hati..tepung bestari(asli)
**nak guna yg spicy@blackpaper pun boleh…ikut citarasa
Potong roti jadi jejari.
Cara penyediaan
1. Buat bancuhan tepung basah & kering…asingkan.. ( 2 bekas tepung, 1 basah & 1 kering )
**kalau guna tepung bestari ni telur x perlu tambah..dah cukup semua dalam tepung tu..garam perasa bagai pun tak perlu..
Ads
2. Masukkn roti dalam tepung basah..salut2 sebati…letak pulak tepung kering…..gaul2 rata biar semua roti kena..
3. Goreng lah! Sampai warna brown…angkat…tos minyak pada tisu dapur tu.
apakah ramuan dan cara memasak hingga dapat menghasilkan rasa ayam goreng kunyit yang enak, perkongsian daripada Haja Saleh ini diharap dapat membantu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kanak-kanak secara semulajadinya memang mudah tertarik pada warna. Apa lagi kalau warna-warni. Pasti buat mata tak bergerak memandang.
Makanan yang berwarna pasti jadi tarikan anak-anak kita. Tak percaya? Jom buat resipi ni.
Bukan hanya kaya warna, malah cara nak buatnya pun senang sahaja. Perkongsian ibu muda, Zai Seroy Asyraf di facebooknya mendapat perhatian netizen.
Menariknya, ibu muda ini hanya guna empat bahan sahaja untuk buat samperit khas untuk anak-anak ini. Menarik dan paling penting samperit paddle popnya menjadi kesukaan anak-anak.
Jom kita cuba.
Samperit Susu Paddle Pop
Bahan-bahan:
250gm mentega
100gm tepung ubi
1/2 tin susu manis
450gm tepung jagung
Pewarna merah jambu, biru dan kuning.
Cara-cara:
1. Campurkan mentega dengan susu manis. Gaulkan rata tetapi jangan terlalu lama.
2. Masukkan tepung ubi bersama tepung jagung dan uli hingga adunan tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan adunan kepada tiga warna dengan warna pink (strawberi), kuning (vanila) dan biru (keladi). Gentelkan menjadi kecil dan buat sampai habis adunan.
4. Ambil sedikit setiap warna dan gabungkan menjadi satu. Bila da siap cantumkan senang la nak masukkn dalam acuan…
5. Masukkan ke dalam acuan samperit dan paipkan di atas dulang yang telah disapu dengan mentega.
6. Letakkan coklat cip di bahagian tengah.
7. Bakar selama 13 minit dengan suhu 170 C, panas atas dan bawah. Pastikan letak loyang di rak paling bawah supaya tak hangus atasnya.. 😉
8. Angkat dan sejukkan.
Kredit: Zai Seroy Asyraf.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesekali di hujung minggu ada baiknya kita mencuba resipi yang enak dan istimewa buat seluruh keluarga. Nasi beriani antara sajian istimewa yang boleh kita sajikan buat anak-anak dan suami.
Tapi bosan juga jika asyik dengan beriani ayam, daging atau kambing. Apa kata kali ini pikat selera anak dengan nasi beriani udang yang sedap lagi terangkat. Perkongsian blog chekiahcollection.blogspot.my ini buat kita rasa lebih berselera. Jom cuba.
Dah 2 3 hari fikiran asyik dok teringat ingat nak try test masak nasi briyani udang sebab selalu asyik masak nasi briyani ayam jadi kali ni tukar pulak nak tengok jadi camna. Nasi briyani udang ni tak lah sepemes nasi briyani ayam tapi hasilnya tak mengecewakan…sedap…!!!
NASI BERIANI UDANG
Bahan-bahannya:-
500gm udang besar -bersihkan
1 kg beras bathmati -basuh dan toskan
1/2 cawan lobak merah -potong dadu
2 biji buah tomato -potong dadu
1/2 cawan tomato soup
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar rempah beriani -bancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
Garam
Bahan Tumis:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 helai simpulan daun pandan
Bahan Lain:
1/2 cawan gajus yang dipanggang terlebih dahulu
Sedikit hirisan daun ketumbar
1/2 cawan kismis bawang goreng
Cara Memasaknya:-
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan paste rempah briyani dan masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak
3. Masukkan beras dan goreng rata.
4. Masukkan udang, buah tomato, lobak merah, pati ayam dan garam (sesuaikan rasa). Kacau rata.
5. Masukkan air dan susu cair. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi dah kering, taburkan gajus, hirisan daun ketumbar dan kismis
7. Kacau rata (gembur) nasi sehingga semua bahan taburan tadi bersatu dengan nasi
8. Tabur bawang goreng semasa menghidang dan boleh lah di makan bersama salad, dalca atau acar timun.
Serbuk rempah briyani jenama Baba’s..apa2 jenama pun ok jer!
Setelah semua bahan-bahan dicampurkan, tanaklah nasi macam biasa
sebelum digembur..kalau tak nak letak taburan semua ni pun tak apa ini.
Inilah hasilnya 1st try Nasi Briyani Udang
Sumber: chekiahcollection.blogspot.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rasanya tak perlu diperkatakan lagi mengenai kelebihan ulaman herba yang satu ini. Pegaga sebenarnya cukup banyak khasiatnya buat tubuh kita.
Samada dimakan mentah bersama nasi sebagai ulam atau rajin sikit boleh hasilkan jus pegaga. Sama-sama punya khasiat yang tersendiri.
Bagi yang amalkan selalu, pegaga juga cukup baik untuk kesihatan kulit malah buat kulit lebih anjal dan sihat. Hebat kan? Nak jus yang sedap dan rasa lain sikit boleh ikut resipi cara Nur Aida Md Zainuddin ni. Sedap!
Pegaga banyak tumbuh meliar tahap kena cabut buang. Jadi hari ni kita cuba buat jus pegaga lemon tanpa gula.
Bahan-bahan:
1 genggam pegaga
1 biji lemon
Air secukupnya
1. Masukkan air dan pegaga dalam pengisar.
2. Kisarkan semuanya hingga sebati.
3. Potong lemon dan letak hirisan lemon dalam mug.
4. Tuang air pegaga dan sedia diminum.
5. Nak simpan dulu bagi sejuk pun okei.
Hmmm rasa dia boleh tahan…. takla teruk sangat. Walaupun tak letak gula tapi rasa masam lemon boleh cover. Sedap!
Ektra Info
Khasiat Jus Pegaga
– menegangkan kulit dan meningkatkan antioksidan
– tingkatkan kecerdasan minda
– merawat parut pembedahan
– hilangkan kesan selulit dan kulit tegang sewaktu mengandung.
– rawat demam panas
– atasi masalah buasir dan penghadaman
– sejukkan badan dan segarkan tubuh
– kurangkan tahap kolesterol dalam tubuh
Sumber: Nur Aida Md Zainuddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...