Bila petang-petang begini, mulalah tekak nak makan macam-macam jenis dessert. Terasa bertambah puas hati jika dapat menjamah Bubur Biji Delima Thai  (Tub Tim Grob) yang penuh warna warni.

Keenakan rasanya sukar digambarkan apatah lagi dengan rasanya yang gummy. Sekali gus menjadikan rasa tak puas untuk kita terus menguyahnya. Begitu juga dengan bentuknya yang comel dan seakan biji delima, menjadikan sesiapa pun tidak sabar untuk menikmatinya.

Untuk itu, bagi yang belum pernah mencuba resipi ini, apa kata sediakan bahan-bahan yang diperlukan sebagai mana yang dikongsikan oleh Puan Juniyatie Aqilah ini. Diharapkan dapatlah kiranya dijamu kepada ahli keluarga saat minum petang nanti.

Jika anda terlebih rajin, apa salahnya buat banyak sedikit untuk diberikan kepada jiran. Agar sama-sama merasa keenakan hidangan nan satu ini. Selamat mencuba!


BUBUR BIJI DELIMA

BAHAN-BAHAN:

Penuh Warna Warni,  Bubur Ni Anak-anak Mesti Teruja Nak Makan!

1/2 cawan tepung ubi

1/4 cawan air suam

1 sudu tepung jagung

Pewarna merah

BAHAN KUAH :

IKLAN

 

Susu cair

Gula melaka

CARA BUAT :

1) Sapukan 1 sudu tepung jagung pada tisu (saya letak tisu tebal-tebal supaya senang menyerap air pada adunan tepung ubi kayu)

Penuh Warna Warni,  Bubur Ni Anak-anak Mesti Teruja Nak Makan!

 

2) campurkan 1/2 cawan tepung ubi kayu dgn 1/4 cawan air suam.

Penuh Warna Warni,  Bubur Ni Anak-anak Mesti Teruja Nak Makan!

IKLAN

 

3) Tuang adunan atas helaian tisu tadi (tisu letak tebal-tebal sikit supaya senang air nak meresap) Ni hasilnya selepas adunan disejat airnya

Penuh Warna Warni,  Bubur Ni Anak-anak Mesti Teruja Nak Makan!

 

4) Sapukan pewarna merah di bahagian atas tepung ubi kayu tadi (sy guna sudu je)

 Penuh Warna Warni,  Bubur Ni Anak-anak Mesti Teruja Nak Makan!

 

5) Potong adunan tadi ikut saiz yang diinginkan

Penuh Warna Warni,  Bubur Ni Anak-anak Mesti Teruja Nak Makan!

IKLAN

6) Panaskan air, lepas tu masukkan doh tepung ubi kayu yang dah dipotong tadi sampai masak. Nak tahu dia masak pastikan putih yang kat dalam tu kecik jer.

Posted by Juniyatie Aqilah Mat Jusoh on 31hb Januari 2018

 

Hasilnya selepas masak

 

Penuh Warna Warni,  Bubur Ni Anak-anak Mesti Teruja Nak Makan!

7. Rendamkan dengan air sejuk supaya biji delima tidak melekat.

 

Sumber : Juniyatie Aqilah Mat Jusoh

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI