Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan berkenaan perkembangan semasa varian baharu omicron telah mendapati kes pertama positif varian yang dibimbangi itu telah dikesan di Malaysia.
Ia membabitkan pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.
Menurut kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, individu berkenaan menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setibanya di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Individu berkenaan adalah penuntut di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak. Kes diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan disediakan pihak universiti di Ipoh.
“Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti,” jelasnya.
Meninjau di facebook Kementerian Kesihatan Malaysia turut dikongsikan kenyataan media berkenaan garis panduan dan strategi kawalan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam membendung varian baharu omicron ini.
Dalam melayari alam rumah tangga, suami isteri kenalah ada sifat memberi dan menerima. Barulah aman dan bahagia. Saling bekerja sama, bertolak ansur dan terima kekurangan serta kelebihan pasangan.
Satu lagi bab yang tak boleh dipandang enteng adalah pemberian nafkah pada isteri. Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar daripada suami. Namun bab nafkah tidak boleh dibuat main.
Kena juga tahu, nafkah isteri tidak sama dengan duit belanja bulanan rumahtangga. Jadi para suami, haruslah ingat bahagian mana nafkah khas untuk isteri dan perbelanjaan rumah tangga.
Walaupun isteri tidak meminta, namun tetap kena hulur setiap bulan waima RM10. Hadamkan perkongsian dari wanita bernama Maryam Elyas ini.
NAK MURAH REZEKI? JANGAN KEDEKUT DENGAN ISTERI, JAGA NAFKAH SEMAMPUNYA
Sepanjang jadi wartawan, banyak kali CikYam jumpa kes rumahtangga runtuh sebab suami abai bab nafkah. Terutama kat isteri yang bekerja.
Ramai suami zaman sekarang pandang ringan bab nafkah. Bila sebut nafkah je, suami rasa alaaaaa benda boleh bawak bincang. Lagi-lagi kalau isteri bekerja.
Isteri bekerja ni pulak satu hal. Kadang disebabkan korang rasa korang mampu, korang pun buat tak kisah.
Yes, nafkah tu hak isteri. Kita boleh je tak amik hak tu sebab kita mampu. Tapi nafkah adalah tanggungjawab suami. Membiarkan suami pandang remeh bab nafkah akan menjadikan seorang lelaki tu sebagai lelaki lepas tangan.
CikYam tak cakap pasal orang lain. CikYam cakap pasal diri sendiri. Macam mana isteri redha dengan keadaan suaminya, itu terserah pada isteri tu sendiri. Tapi suami kena jalankan tanggungjawab sebaiknya. Tunjukkan effort tu.
Please jangan culas. Jangan ambik kesempatan. Nafkah isteri bukan duit yang korang bagi untuk beli susu anak, beli jajan, beli barang dapur. Bukan. Duit nafkah adalah duit untuk isteri pakai bagi kegunaan sendiri. Misalnya isteri simpan untuk beli gelang emas. Haaaa gitu.
Suami CikYam takde gaji tetap. Duit dia dapat tiap hari hasil niaga burger. So lepas tolak kos barang mentah dan duit gaji hari dia, dia selit la sikit kat benda alah ni sebagai duit jajan CikYam.
Tiap hari kujeling. Syok tengok makin lama makin nak penuh sampai hujung bulan. Dulu CikYam tak amalkan benda ni. Selalu Cik Abang bagi cash time CikYam nak gi keje. Best macam ni sebab nampak duit masuk tiap hari. Macam nak main tikam-tikam pun ada. Haha.
CikYam dengan cara CikYam. Orang lain CikYam tak tau. CikYam just jadi diri sendiri. Ginilah CikYam. Rumahtangga masing-masing kan?
Hati ibu mana yang tak pilu bila melihat sekujur tubuh anak tidak bernyawa lagi. Biar menangis air mata darah sekalipun, namun tidak mampu menghidupkan kembali anaknya. Keriangan mandi manda bersama keluarga bertukar tragedi apabila anak kesayangan keluarga ini lemas dan meninggal dunia di hospital.
Kisah sedih anak syurga ini dikongsikan seorang wanita dikenali sebagai Siti Azlina Lynn. Menurutnya, kejadian tersebut berlaku di kolam mandi di sebuah hotel di Melaka yang mengakibatkan dia kehilangan anak saudara yang sangat rapat dengannya.
PERGINYA TAK KAN KEMBALI, PERJALAN AQIL ANAK SYURGA. RINDU YANG TIADA PENGHUJUNG.
Acik rindu aqil, aqil tinggalkan kami sekelip mata je. Dalam gembira Allah hantar dugaan hebat untuk kami semua semalam. Tak sangka semalam hari terakhir aqil sayang. Ceritanya begini. Kami bukan pergi holiday atau suka suka sebenarnya.
GAMBAR 1. Abah masuk wad, jadinya aku ambil keputusan untuk stay hotel dekat dengan hospital abah. Mula mula aku cuma nak ambil 1 bilik sahaja. Disebabkan aku nak mudahkan urusan mak, adik, kakak nak tengok abah kat hospital tanpa ulang alik ke rumah aku ambil 2 bilik untuk kami stay di the shore melaka. Malam tu sebelum check in hotel, Kami semua tengok abah. Aqil pun ada tu, aqil jumpa atok malam tu. Salam atok, ada sedikit perbualan aqil dengan atok malam last jumpa atok. 😥
GAMBAR 2. Aqil, mama, papa, aleesya, cu dengan abang qimie datang hotel yang aku check in. Mama dia bagitahu dia paling suka sangat nak ke hotel, mama dah janji nanti boleh mandi kolam renang pagi esok. Aqil suka bila semua saudara sebaya dengan dia ada sekali. Malam tu aqil tido dengan family aqil, sebelum ni memang jarang nak tengok semua family aqil kumpul semua. Abang selalu takda. Malam tu, semua sibuk nak tido hotel. Tido ramai ramai.
GAMBAR 3. Bila sampai je bilik, pertama sekali dah excited tunjuk kolam renang yang permandangannya dari bilik hotel. Dalam hati aku, esok mesti dorang semua suka nak mandi kolam renang sebelum tengok atok.
GAMBAR 4. Aqil dalam bilik hotel dengan keadaan sangat suka bila dapat berkumpul ramai ramai.
GAMBAR 5. Pagi sebelum turun ke kolam renang, aqil tengok atok kat hospital jalan Kaki dengan mama. Nak ambil opah sarapan, sebab opah tak tido hotel. Jaga atok malam tu. Sebelum ni pun mama aqil selalu cakap, aqil tak makan dah banyak hari. Selalu aqil paling suka makan. Kalau tengok aqil makan, selera bukan main lagi. Pagi tu nak sarapan aqil jumpa atok. Atok cakap dengan aqil.“Aqil duduk sini dengan atok eh”. Aqil bawak opah sarapan. Pagi Tu aqil makan roti canai suku je. Mama tanya “aqil nak makan tak?” “Taknak mama” “Aqil nak minum ais kosong je” Selalu aqil minum Milo ais, pagi tu Minta ais kosong je.
GAMBAR 6,7,8&9. Semua dah excited tunggu aqil balik hotel balik lepas sarapan. Sebab nak mandi kolam renang sama sama. Aqil balik hotel, rizqi, rifai, rafanda aleesya semua dah turun bawah dulu. Cuma aqil dengan papa je lambat. Aqil cakap dengan papa nak buang air besar dulu, baru turun mandi.
Lepastu aqil turun bawah dalam keadaan sangat gembira tak sabar nak mandi dan bermain. Aku pun join sama mandi. Aqil memang sentiasa di jaga oleh papa aqil. Mana saja aqil pergi papa dia akan ikut. Lepas je kami semua main di kolam kanak kanak yang ada playground. Kami dah tak nampak aqil dengan papa aqil. Aqil pergi bermain jauh sikit dari kami.
Masatu papa aqil masih lagi ikut aqil. Lebih kurang sejam kami mandi. Dan masatu tiba tiba pulak kami semua pergi ke kolam sebelah. Yang takda cuma aqil dengan papa aqil je. Aqil masih bermain dengan papa aqil. Lebih kurang 20minit tu, bibik aku datang dan terus bagitahu.“puan aqil lemas, ada disana” Aku dalam keadaan tergesa gesa terus berlari ke arah yang bibik tunjuk. Sambil aku jerit panggil nama aqil.
GAMBAR 10&11. Lebih kurang pukul 11.30 pagi sampai aku ketempat aqil, aku tengok ramai orang keliling aqil sambil aqil terbaring lembik tanpa sedar dan badan aqil serta merta biru. Orang semua sibuk beri bantuan pada aqil. Kebetulan masatu ada sorang hamba Allah ni nampak aqil terapung dan dia yang tolong tarik aqil ke tepi untuk tolong aqil sambil tanya “anak siapa ni? “anak siapa ni?”
Lepastu kebetulan yang tolong buat cpr pada aqil adalah 2 orang dokter yang memang bercuti di hotel yang sama. Doranglah yang bantu aqil sebelum sampainya ambulans dan paramedik lain. Aku lihat, mereka bersungguh sungguh tolong aqil. Ramai orang menjerit dan cuba bacakan ayat ayat al quran dikeliling aqil.
Semua orang bersungguh tolong aqil sayang😥. Mulut kami semua tak henti semoga Allah beri keajaiban kepada aqil. Tengok pada gambar 11, itulah tempat kolam aqil lemas. Aqil lemas di kolam orang bewasa. Tak sampai beberapa minit pun sebenarnya.
GAMBAR 12. Aqil dikejarkan ke hospital untuk dapatkan rawatan kritikal, dokter cuba sedaya upaya untuk selamanya aqil. Dokter bagitahu keadaan aqil masih tidak beri respond. Aqil masih bergantung pada mesin sebenarnya. T
epat jam 12 malam dokter bagitahu mama dengan mama aqil, kalau terjadi apa apa kena tabah dan redha. Mama dengan papa aqil dah mula redha kalau terjadi apa apa. Jam 12.30 tengah pagi dokter dah bagitahu aqil masih tak respond dan terpaksa habiskan ubat dan cabut segala wayar pada badan aqil.
GAMBAR 13&14. Aqil disahkan tiada, Kami redha dengan pemergian aqil. Aqil pergi dengan keadaan sangat tenang. Muka aqil Indah, senyum, wangi nya ya Allah!
GAMBAR 15 Jam 3 pagi aqil sampai rumah opah dengan atok. Sedihnya, atok sambut aqil sayang. Kebetulan atok discharge semalam juga. Atok singgah tengok aqil pulak kat hospital sebelum atok balik rumah. Sebelum tu atok bacakan yaasin untuk aqil dirumah lepas atok sampai rumah. Atok dengan harapan aqil sedar. Allah maha menentukan segalanya rupanya.
GAMBAR 16,17,18,19&20. Sebak tengok gambar ni, mama dengan papa aqil tido dengan aqil buat kali terakhir dari jam 3.30 pagi sehingga ke subuh. Kami semua tido dengan aqil terakhir pagi tadi. Masih terngiang lagi suara aqil ya Allah.
GAMBAR 21-30. Adalah gambar perjalanan aqil ke syurga😥 Allah sayang aqil, aqil budak baik. Hari hari sembahyang, mengaji. Semua sayang aqil, kalau pergi rumah aqil mesti tengok aqil tengah mengaji dengan papa dia. Allahhu.
Patutlah Allah ambil aqil, sebab aqil budak baik. Aqil ada bagitahu mama sebelum ni, “mama, aqil nak pergi syurga tau” Betul jadi kenyataan untuk aqil. Perjalanan aqil ke syurga semua orang cemburu qil. Indahnya hidup aqil sekarang. Kami semua rindu aqil tau. Aqil tunggu acik dan semua datang sana ya. Takda dah nak dengar aqil gado dengan rifai, rizqi rafanda😥.
Semoga tenang disana anak syurga, kamu dah di syurga sayang. Indah sangat tempat aqil. Aqil pergi buat selamanya. Baru je kita gembira semalam. Atok yang sakit, tapi aqil yang pergi. Aqil ganti atok ya sayang. Sentiasa rindukan aqil tau. Aqil yang montel, last semalam acik mandi dengan aqil. Acik peluk aqil, acik picit badan badan aqil sebab aqil montel sangat.
Dah tak dapat nak tepuk tepuk badan aqil lagi lepasni. Allah kuat kan mental Kami semua. Terima kasih bagi pinjam aqil 5tahun. Minggu depan harijadi aqil. Video harijadi aqil tu tahun lepas. Rindunya ya Allah.
Terima kasih ramai mendoakan aqil sejak semalam. Moga Allah SWT balas kebaikan pada semua. Marilah kita semua sedekah Al fatihah kepada Aqil anak syurga.
Keenakan rasa buah blackberry yang lezat, manis dan sedikit asam seakan sudah ramai yang sedia maklum dengannya. Pun begitu, bila bab menanam pokok blackberry ini mungkin ada yang belum tahu. Bahkan mungkin ada antara kita yang telah beberapa kali mencuba namun gagal.
Jadi buat anda yang masih mahu mencuba atau pertama kali ingin menanam pokok blackberry ini, bolehlah menanamnya berpandukan info yang dikongsikan daripada Pyan Sempoy. Difahamkan lelaki ini sudah banyak pengalamannya dalam menanam pokok buah di dalam pasu dan cepat pula berbuah.
Ini perkongsiannya.
Tanam Pokok Blackberry Dalam Pasu
Nak tanam pokok blackberry dalam pasu? Carilah variety yang dah terbukti mudah berbuah dan tahan lasak dengan iklim di Malaysia..
Saya syorkan variety Prime Ark Freedom (tak berduri) & Black Butte (berduri)
Bila sudah ada pokok nanti boleh lah ikut tips yang saya kongsikan di bawah.
1) Pilih pasu yang besar berdiameter 40cm ke atas
2) Guna media tanam yang sangat gembur. Contoh saya guna tanah hitam sawit + topsoil atau tanah bekas + cocoapeat + sekam mentah + sekam bakar + kompos rumput
3) Letak tempat yang kena cahaya matahari penuh (minimum 5-6 jam sehari)
4) Siram air secukupnya. Tak lebih atau tak kurang
5) baja kena cukup dan konsisten
– npk 16.16.16 setiap 2-3 minggu sekali
– mol buatan sendiri dari sisa-sisa dapur disiram seminggu sekali
– baja tahi kelawar atau lain-lain yang organik sebulan sekali
– baja MKP (Monopotassium Phosphate) 2 minggu sekali (tabur dan sembur)..mula bagi baja ni bila pokok sudah betul-betul subur dan ready berbunga (3-4 bulan ke atas)
6) kawalan serangga perosak / kulat secara konsisten 1-2 minggu sekali..saya guna s-trex dan cuka kayu selang seli..bila dah ada buah saya cuma guna cuka kayu sahaja
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Airit Rayyan Rizqin berjaya mencipta rekod baharu acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026, sekali gus membanggakan ibunya, Rita Rudaini.