Kehadiran anai-anai di kediaman kita sememangnya satu ancaman besar. Mana taknya, bukan hanya perabot dan kayu-kayu habis di makan anai-anai ini bahkan baju-baju yang tersimpan kemas di dalam almari juga turut musnah.
Rekahan dinding atau lubang pada kawasan rumah antara penyebab utama anai-anai mula mendekati kediaman kita. Tak perlu gunakan racun untuk menghalau anai-anai ini sebaliknya usahakan cara ini dulu untuk pulihkannya. Jom cuba.
Petua Halau Anai-anai
1. Tembakau
Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.
Ads
2. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.
3. Air Kapur sirih
Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.
Ads
Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.
4. Air Cucian Beras
Ads
Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.
5. Minyak Tanah
Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.
Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak pandemik ini ramai yang tidak ke mana-mana duduk di rumah saja. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk menghilangkan rasa bosan.
Salah satu aktiviti popular yang dilakukan adalah bermain permainan telefon atau game yang pastinya menghiburkan.
Namun tanpa kita sedar jika bermain dalam tempoh yang lama akan memberi kesan kecederaan kepada pergelangan tangan.
Nak tahu bagaimana ia terjadi Dr Zubaidi Hj Ahmad ada penjelasan mengenai hal ini.
BERMAIN GAME DI HENFON PERMAINAN TERLALU LAMA BOLEH MENYEBABKAN SINDROM QUERVAIN
“Assalamualaikum, doctor. Baru-baru ini jari dan pergelangan tangan saya sebelah kanan saya mengalami kekejangan dan lenguh. Saya memang ada bermain game dalam henfon. Adakah ia berkaitan? Terima kasih”
Bermain permainan, terutama pada telefon bimbit (henfon) adalah aktiviti santai yang banyak dilakukan oleh anak muda sekarang. Ia bagus sebagai melepaskan kebosanan tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan. Bermain dalam jangka masa yang terlalu lama boleh menyebabkan sindrom Quervain yang melibatkan pergelangan tangan dan ibu jari.
Tangan dan jari kita bergerak dengan bantuan tulang, otot, dan tendon untuk memegang henfon dan menekan butang pada henfon. Berlebihan penggunaan tendon akan menyebabkan ia membengkak. Tendon yang membengkak boleh menyebabkan rasa sakit dan merebak sehingga ibu jari dan pergelangan tangan. Keadaan ini dipanggil sindrom Quervain atau de Quervain tenosynovitis.
Tanda yang paling biasa dirasakan adalah rasa sakit yang melampau di pergelangan tangan dan bahagian bawah ibu jari anda. Rasa sakit ini dirasakan apabila memegang atau mencubit sesuatu. Kesakitan ini lebih kuat apabila menggerak-gerakkan ibu jari memutarkan pergelangan tangan.Kesakitan iniboleh merebak ke seluruh lengan.
Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit untuk melegakan rasa sakit ini. Pesakit boleh menekapkan ais pada bahagian yang sakit jika rasa sakit tidak berulang. Jika masih tidak berkurangan, doctor akan mentuntikkan steroid sekeliling tendon bagi mengurangkan kebangkakan.
Pesakit boleh berurut secara perlahan-lahan di bahagian yang sakit bagi mereda bengkakan pada ibu jari dan pergelangan tangan. Jika masih tidak selesai, pembedahan akan dilakukan boleh membuka pelapis tendon bagi menyebabkan tendon bergerak tanpa rasa sakit. Semoga menjawab soalan yang diberikan.
Menanti kelahiran anak pertama sememangnya cukup mendebarkan. Pelbagai persoalan dan perasaan yang mula difikirkan dalam minda. Doa dan amalan surah-surah tertentu antara yang bakal ibu patut amalkan sepanjang sembilan bulan hamil.
Namun tidak hanya isteri bahkan suami juga boleh mengamalkan beberapa bacaan dan ayat-ayat tertentu terutama ketika menunggu isteri yang bakal melahirkan anak di hospital. Ini yang disarankan untuk para suami.
1. Ayat Kursi
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”
2. Surah al-A’raaf ayat 54
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya.
Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.”
3. Surah al-Falaq (dibaca satu kali)
“Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.” Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan puan dalam tempoh ini sehinggalah di saat kelahiran bayi nanti. Amin.
4. Surah an-Naas dibaca satu kali
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.”
5. Surah al-Fatihah dibaca satu kali
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
6. Doa saat menunggu isteri melahirkan
Dalam debaran menanti kelahiran bayi sulung, bakal bapa boleh mempermudahkan urusan isteri dengan doa-doa ini.
“Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik Arasy yang Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik langit dan pemilik bumi dan Tuhan pemilik Arasy yang mulia.” Riwayat al-Bukhari (6345) dan Muslim (2730)
Jangan lupa untuk menenangkan isteri dengan kata-kata semangat dan doa-doa yang baik buat isteri dan anak yang bakal dilahirkan.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Tahniah diucapkan buat kakak kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syafiqa Melvin yang telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata ketiganya pada 26 September lalu.
Syafiqa atau nama lengkapnya Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin yang juga seorang usahawan dan juara rancangan realiti Gadis Melayu ini turut berkongsi momen ketika menyambut kelahiran bayinya yang diberi nama Ameena Sofeea.
“Ameena Sofea, yang bersih dan jujur.
“Membesarlah anak, menjadi wanita yang kuat dan solehah, yang dapat membahagiakan orang sekelilingmu sayang,” tulisnya di kapsyen.
Bahkan menerusi perkongsian videonya di Instagram, ibu kepada tiga cahaya mata ini juga turut memuat naik momen dua anaknya, Zayyan Sufi, 11, dan Zahara Sumayya 8 tahun yang begitu teruja menyambut kelahiran ahli baru yang begitu dinantikan dalam keluarga mereka.
Syafiqa juga turut membingkiskan ucapan paling manis yang menyentuh hati ramai.
“Anak ibu sayang, semua tak sabar nak tengok ‘baby’ adik ni.
“Lama kami tunggu adik, 43 tahun abah tunggu awak. Permata hati kami semua. Amanah buat ibu dan abah, sampai akhir hayat kami,” tulisnya lagi.
Wargamaya turut mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata yang ditunggu-tunggu itu.
Terdahulu, Disember tahun lalu, Syafiqa berkahwin untuk kali kedua dengan pilihan hatinya, Azhar Othman.
Syafiqa pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik iaitu Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada tahun 2012. Namun Zainal Abidin disahkan meninggal dunia pada 2018 akibat kanser darah. Ibu cantik manis ini turut dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Zayyan Sufi, 11, dan Zahara Sumayya, 8.