
Mak, ayah yang ada anak lelaki, selaku-selalulah meminta pertolongan dengan anak lelaki. Jangan ada lagi budaya ‘merajakan’ anak lelaki. Walau sekadar meminta untuk membasuh pinggan di dapur, anggaplah ia sebagai satu latihan sebagai bakal ketua keluarga suatu hari nanti. Anak perempuan, anak lelaki biar sama-sama diajar membuat kerja-kerja rumah.
Mak, Ayah Selalulah Minta Tolong Dengan Anak Lelaki

Anak kecil umumnya lebih mudah disuruh dan diminta pertolongan. Kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya.’ Boleh mulakan dengan tugas-tugas yang ringan. Apabila sudah terbiasa dengan sesuatu tugas makan anak-anak akan mula rasa ada tanggungjawab.
Melalui perkongsian Puan Sarah Saifuddin ibu ini ada memberi peringatan dan seruan buat anak lelaki.
SERUAN BUAT ANAK LELAKI
Kenapa mesti diajar tentang kerja rumah dan kekemasan.
Kita mengajar anak untuk memasukkan baju yg diguna ke dalam bakul.
Tetapi kita lupa mengajar anak untuk mengangkat bakul berisi baju yang kotor ke dalam mesin basuh dan menekan button START.

Kita mengajar anak supaya solat.
Tetapi kita lupa menyuruhnya melipat dan menyusun sejadah selepas solat.
Latih Anak Jadi Ketua Keluarga
Kita mengajar anak membawa pinggan yang diguna ke dalam sinki tetapi kita lupa mengajar mereka on paip dan START membasuh pinggan.
Kita mengajar anak bangun tidur dengan bacaan doa bangun tidur.
Tetapi lupa menyuruhnya melipat dan mengemas bantal selimut di katil.
Kita mengajar anak tutup pintu kereta dengan baik dan masuk rumah memberi salam.
Tetapi lupa menyuruh mereka mengambil semua barang di kereta sebelum masuk ke dalam rumah.
Kita mengajar mereka makan dengan tertib tetapi kita lupa mengajar mereka, menyiapkan tempat hidangan, menyusun pinggan cawan sebelum makan.

Apa yang salah pada kelupaan kita?
Tahukah anda..
Ada seorang insan yang beragama buddha,
Tertarik dengan islam kerana melihatkan seorang Dato’ dan seorang driver berdiri sebelah menyebelah, berlaga bahu, hanya dengan satu saf jemaah?
Tanpa mengira siapa kau dan aku.
Ada pula seorang lelaki,
Tertarik dgn ajaran Islam,
Hanya kerana melihatkan seorang anak kecil menyusun pinggan mangkuk selepas makan di kedai, lalu memasukkan kerusi ke bawah meja.
Sebelum dia berlalu pergi.
Tetapi kenapa pula masih ada masyarakat kita yang beranggapan,
Anak lelaki tidak perlu diajar semua ini, bimbang jatuh keegoannya?
Atau bimbang besar nanti menjadi anak yg di control isteri?
Atau bimbang isteri hilang hormat pada suaminya.

Percayalah.
Membina didikan dengan ketaatan akan dibimbing jua dengan ketaatan.
Anak kecil lebih mudah disuruh dan diminta pertolongan berbanding anak yang sudah besar.
Rajin-rajinlah bersuara pada anak.
Umi penat, boleh tolong umi picit kaki?
Ayah penat, tolong picit kepala ayah.
Abang tak sihat, adik tolong ambilkan air untuk abang.
Ajari mereka menjagamu disaat sakit.
Sekalipun hanya sakit kepala. Agar dia tak lupa, menghargaimu disaat sakit di hari tua.
Ingat pesanan orang lama.
Didik anak masa kecil LETIH TENAGA.
Tapi jaga anak masa besar LETIH OTAK.
Lebih baik letih tenaga dari letih otak.
Letih tenaga, kita masih muda menjaga anak.
Letih otak, kita sudah tua untuk menanggung stres dan beban.
Sumber: Sarah Saifuddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebab Cuai Tempoh Passport Mutawwif Disekat, Hampir Gagal Bawa 42 Jemaah Tapi Ini Yang Terjadi

Sebab Cuai Tempoh Passport Mutawwif Disekat, Hampir Gagal Bawa 42 Jemaah Tapi Ini Yang Terjadi
Setiap antara kita pastinya mempunyai pengalaman hidup yang tidak dapat dilupakan. Malah ia menjadi penguat semangat dan pengajaran bahawa setiap apa jua cabaran ada penyelesainnya jika berusaha.
Begitulah situasi ‘panik’ yang dilalui oleh Muttawwif yang dikenali sebagai Ahmad Isa yang menceritakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan akibat kecuaiannya sendiri akibat tak sedari passport tidak cukup tempoh hayat untuk membolehkan dia ke membawa jemaah ke menunaikan umrah.
Mengakui kesilapannya itu, namun perkongsiannya sungguh inspirasi bahawa dalam kesusahan kita apabila kita berusaha dan memohon kepada -Nya pasti ada bantuan yang datang tanpa diduga.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
TEMPOH PASSPORT TAK CUKUP

Bulan lepas, aku hampir-hampir tak boleh terbang buat Umrah bersama jemaah aku.
Semuanya gara-gara 1 kesilapan yang tak sepatutnya aku buat.
Ya, aku yang bersalah dalam kes ni 100% & aku nak korang jadikan cerita ni sebagai pengajaran.
(Awas : Cerita ni panjang gila, sila baca with your own risk! 🫣)
Kisahnya begini..
“Tuan Ahmad, saya minta maaf, tuan tak dibenarkan terbang” kata cik pegawai manis di kaunter check-in Klia-1.
“Ha? Apa? Tak boleh terbang?” aku tak faham.
“Ya tuan, passport tuan tak cukup 6 bulan..” kata pegawai tersebut perlahan.
Nampak diwajahnya sangat simpati dengan aku.
“Alamak, saya mutawwif ni cik, kalau saya tak pergi, siapa nak bawa 42 jemaah saya?” kata aku sambil meletakkan tangan di dahi.
Gila!
Lagi beberapa jam weh nak terbang dah!
“Minta maaf cik, saya tahu ini salah saya 100%, saya nak minta tolong lepaskan boleh, saya masih ada validity 3 bulan, boleh ke?” aku cuba merayu.
“Saya boleh lepaskan, tapi kat gate comfirm tak lepas punya..” kata pegawai tersebut.
Darah berlumba-lumba naik ke kepala. Terasa bahang kepala sampai ke telinga.
Aku lost, tak tahu nak buat apa, tak tahu nak fikir apa.
“Allahu, ujian apakah ini..”
Mula rasa menyesal tak ambil berat pasal validity 6 bulan passport ni.
Sebenarnya aku dah perasan passport aku tak cukup 6 bulan, tapi aku tak ambil berat pun pasal ni, sebab tak pernah sangkut kat airport, so aku anggap hal ni kecil je.
Sekarang, benda ni jadi kat aku, baru padan muka aku!
“Aku kena buat sesuatu dengan cepat ni” getus hati aku.
Aku tak kisah kalau aku tak terbang, tapi aku kesian dengan jemaah yang berharap aku guide mereka di sana nanti. Kalau aku takde, mereka ibarat anak ayam yang kehilangan ibu. Bukan seorang je jemaah, tapi 42 orang!
“Saya tak boleh terbang Ustaz..” kata aku pada Ustaz Nizam, Mutawwif group 6.
Kebetulan masa tu ada 7 group Tiram Travel yang akan terbang bersama.
Aku dah pakat dengan Ustaz Nizam untuk buat aktiviti dengan jemaah bersama-sama bila sampai di Mekah & Madinah nanti.
Ustaz Nizam group 6 & aku group 7.
“Eh biar betul?” Ustaz Nizam terkejut.
“Saya nak minta bantuan Ustaz Nizam ni, tolong tengok-tengokkan jemaah saya boleh?” kata aku sambil tersenyum kelat.
“Kenapa pulak ni?” tanya Ustaz Nizam terkejut.
“Passport saya tak lepas Ustaz, tak cukup 6 bulan..” kata aku.
Ustaz Nizam terdiam. Mungkin terkejut, tiba-tiba kena handle lagi 1 bas.
Group dia dah la ada 40 orang, kalau kena handle jemaah aku, total 83 orang! Memang guguplah dia!
“Ini last resort kalau saya tak dapat pergi, saya cuba cari jalan jap ya” kata aku pada Ustaz sambil berlari mencari isteri aku.
Ustaz Nizam terkaku. Dia tak jawab apa-apa.
“Yang, sini jap” aku tarik Adilah yang sedang rancak bersembang dengan jemaah lain.
Nampak gembira jemaah lain tak sabar nak terbang.
“Abang tak boleh terbang” bisik aku pada Adilah.
Adilah terkejut.
“Abang tak boleh terbang? Kenapa?” Tanya Adilah.
“Silap Abang, tak tengok validity passport betul-betul, tak cukup 6 bulan Yang..” kata aku sambil cabut serban yang aku pakai.
Kepala aku mula berpeluh walaupun masa tu dalam airport yang fully aircond.
“Sempat tak kalau nak buat passport baru?” Adilah tanya aku.
“Tak tahulah sempat ke tak..”
“Jom teman abang, tanya kat kaunter pertanyaan, mungkin ada Imigresen kat sini boleh bantu” ajak aku. Kami berlari ke kaunter dengan laju. Adilah tertinggal di belakang.
“Haaa Cik, kat mana Imigresen kat sini untuk buat passport baru?” tanya aku pada hakak manis di kaunter.
“Takde Imigresen di KLIA ni tuan, kena pergi ke Putrajaya” kata pegawai tu.
Aku terus buka Google Maps dan tengok jarak ke Imigresen di Putajaya.
30 minit! Pergi balik dah 1 jam! Sekarang jam pukul 11.30 pagi, last check-in jam 2 petang, flight jam 3.30 petang, aku harap sempat!
PERGI IMIGRESEN PUTRAJAYA
“Jom Bang, kena pergi sana terus ni!” ajak Adilah yang turut panik bersama aku.
“Jap, kena beritahu Ummi Abi dulu ni, kamg diorang cari pula” kata aku.
Kami berlari mencari Ummi Abi. Kebetulan masa tu Ummi Abi tengah bersembang dengan jemaah lain.
Kami tarik mereka ke tepi. “Ummi, Angah nak kena pergi Imigresen di Putrajaya jap” kata aku pada Ummi & Abi. “Eh, kenapa pulak?” tanya Ummi.
“Passport Angah dah mati, tak cukup validity 6 bulan” kata aku.
Ummi & Abi terdiam.
Mungkin darah mereka juga berderau.
Aduh, anak dia seorang ni selalu buat darah mak & ayahnya berderau. Kalau tak berderau, bukan Ahmad lah namanya.
“Angah pergi dengan Abi, Adilah kena tinggal untuk tengok-tengokkan jemaah” Ummi beri cadangan.
“Betul juga tu” kata aku sambil tanggalkan jaket Mutawwif & serahkan pada Adilah.
Adilah pakai jaket Mutawwif dalam keadaan tiada pilihan lagi.
“Jap ye Abi, Angah nak kena jumpa Ustaz Nizam jap, nak minta dia buat taklimat dengan jemaah Angah sekali” kata aku pada Abi.
Abi mengangguk.
“Jom yang!” ajak aku pada Adilah.
Kami berlari mencari Ustaz Nizam & jumpa beliau di kaunter check-in.
“Ustaz, nanti group saya taklimat sama-sama dengan Ustaz ya? Adilah ada masa taklimat nanti, saya nak ke Putrajaya jap, doakan saya ya?” kata aku pada Ustaz Nizam.
“InsyaAllah, semoga dipermudahkan..” kata Ustaz Nizam sambil bersalaman dengan aku.
Aku berlari mencari Abi & kami terus ke parkir kereta tempat letaknya kereta Abi.
Kereta Abi berdesup laju ke arah Putrajaya.
Aku tunjukkan arah sementara Abi pandu kereta.
30 minit terasa sangat panjang & jauh!
“Kenapalah kerajaan Malaysia tak buat Imigresen ni kat KLIA je, kan mudah selesai kalau orang yang ada masalah macam aku ni ” bisik aku dalam hati, sempat lagi nak salahkan kerajaan! hahaha.
Sampai je depan Imigresen, aku terus turun kereta.
“Nanti Abi beritahu parking kat mana ya? Dah siap nanti Angah cari Abi” kata aku.
Masa tu dah serabai habis. Dengan serban entah ke mana, dengan butang jubah terbuka sampai ke dada.
“Kat mana nak buat passport?” tanya aku pada pegawai di kaunter.
“Kat bangunan sebelah cik” kata pegawai tersebut.
Lahh, rupanya salah bangunan, patut tak ramai manusia.
Aku berlari macam orang gila ke bangunan sebelah.
“Alhamdulillah, tak ramai orang..” bisik aku dalam hati bila sampai ke bangunan Imigresen untuk buat passport.
CABARAN BERMULA DI SINI
Aku tengok ada beberapa orang tengah beratur di meja pendaftaran, tak sampai 10 orang pun.
Aku beratur dengan sabar.
Sampai je di kaunter, baru aku sedar, aku beratur hanya untuk ambil nombor giliran je.
“Minta maaf cik, nombor giliran untuk harini dah habis” kata pegawai tersebut kepada orang di depan aku.
Aku dah mula menggigil.
Gila!
Kalau harini dah habis, memang tak sempat lahhh!!
“Saya minta maaf sangat-sangat, saya tahu ni salah saya, saya nak minta tolong sangat-sangat ni, boleh tak?” kata aku pada pegawai di depan aku.
Pegawai tu terkejut!
Mungkin dia nampak orang Melayu nampak macam Arab sebab pakai jubah, tapi serabut. haha
“Saya mutawwif yang bawa jemaah, passport saya tinggal 3 bulan, tapi tak lepas nak terbang, jemaah saya ada 42 orang tengah tunggu kat airport, boleh tak tolong saya” aku merayu gila-gila.
Masa tu hilang dah semua Introvert aku, aku dah terdesak.
Pegawai tu berbincang dengan beberapa pegawai lain, mereka sangat simpati untuk bantu aku.
“Saya bagi awak nombor giliran, awak cuba minta tolong pegawai di kaunter ekspress, mungkin mereka boleh bantu awak, ini je yang saya boleh bantu” kata pegawai tersebut.
“Ini pun dah sangat berharga untuk saya, terima kasih banyak-banyak, saya doakan cik dipermudahkan urusan” sempat lagi aku doakan pegawai tu sebelum berlari ke arah lif.
Sampai je di tingkat 3, aku terkejut!
Lautan manusia kat depan aku!
Penuh gila manusia dalam ruang imigresen ni sampai melimpah ke ruang lif!
Aku terus cari kaunter ekspress, masa tu ada orang di kaunter.
Habis je urusan orang tu, aku terus bercakap dengan pegawai tu, aku tahu aku salah sebab potong barisan, tapi aku dah terdesak.
“Minta maaf tuan, saya tahu ni salah saya sebab tak tengok validity di Passport, so harini saya tak boleh terbang, saya Mutawwif, jemaah saya ada 42 orang kat airport tengah tunggu saya, boleh tak tuan bantu saya untuk buat passport baru?” tanya aku sambil menggigil.
POTONG GILIRAN MENUNGGU
Rasa nak menangis weh masa tu. Tapi aku buat-buat cool je.
“Beri saya nombor giliran” minta pegawai tersebut.
Aku pun beri nombor giliran & beri passport aku.
“Nombor awak ni lambat lagi ni, ada berpuluh orang depan awak..” kata pegawai tu perlahan.
“Saya tahu, memang salah saya, saya nak minta tolong tuan bantu saya boleh?” aku merayu lagi.
“Kejap ya” kata pegawai tersebut.
Beliau pergi bertanya dengan pegawai lain mengenai kes aku ni.
Beberapa minit kemudian, beliau datang balik.
“Minta maaf tuan, isu nombor giliran kat sini sangat sensetif, saya takut orang kat sini bising kalau saya dahulukan awak dulu, lagipun awak di kaunter ekspress, kaunter ni khas untuk OKU, warga emas & kanak-kanak..”
“Kalau awak nak cuba, cuba di kaunter biasa yang lain, mungkin mereka boleh bantu” kata pegawai tersebut.
Aku pergi ke kaunter biasa.
Aku ulang ayat aku yang sama pada pegawai tersebut.
Pegawai tu juga sama, tanya kepada pegawai lain tentang kes aku ni.
“Ok awak isi borang online dulu, lepas tu datang balik” kata pegawai tu.
“Kalau tak buat secara online tak boleh ye tuan?” tanya aku.
“Wajib buat online tuan” kata pegawai tu.
Aku bukan tak nak buat, aku tahu aku dalam masalah yang besar.
PAK GUARD TURUT MEMBANTU
Handphone yang aku pakai sekarang ni memang kerap mati atau ‘hang’, kalau tengah isi tu tiba-tiba mati memang buat hal lahh.
Aku cuba juga buat secara online, aku ambil ruang di tepi lif untuk isi.
Tahu apa yang berlaku?
Line slow gila wehhh!!!
Aku tak tahu sebab ramainya manusia kat situ atau aku pakai line UMobile.
Aku turun tingkat bawah sekali untuk cari line yang lebih stabil.
Masih sangkut!
Gambar yang aku upload asik kena reject je!
Sumpah nak menangis dah masa tu.
“Bang, boleh tolong saya daftar online tak?” tanya aku pada Pak Guard yang jaga kat pintu.
Pak Guard tu pun tengok henfon aku.
“Lamanya loading, line awak slow ni..” kata Pak Guard tersebut dengan sabar.
“Jom ikut saya ke luar” ajak Pak Guard tu.
Rupa-rupanya dia nak hisap rokok. Aku ikut je dia.
“Fon awak slow sangat ni, nah pakai henfon saya” offer Pak Guard tu sambil perlahan-lahan hisap rokoknya.
Aku pun mula isi dari awal & upload gambar aku.
Alhamdulillah semunya selesai dalam beberapa minit je!
Pak Guard tu aku rasa macam Malaikat yang Allah hantar untuk bantu disaat aku betul-betul terdesak.
“Terima kasih banyak bang, saya doakan abang dipermudahkan urusan, dilimpahkan rezeki dunia akhirat bang” aku salam dan hulur RM20 pada dia.
“Eh, ni untuk apa?” tanya guard tu.
“Buat minum-minum bang” kata aku sambil berlari balik ke tingkat atas.
Sampai kat tingkat atas, jam dah pukul 12.30 tengah hari. Walau apa pun terjadi aku kena siapkan pasport jam 1 petang!
Aku kena print borang yang aku dah isi online, mujur ada bilik printing di tingkat 3 tu.
Kena beratur lagi wehh!
Sambil beratur tunggu print aku selawat banyak-banyak, terkumat kamit mulut aku masa beratur tu.
“Nak terbang ke mana tuan?” tanya sepasang suami isteri di depan aku memulakan perbualan.
“Saya nak terbang harini tuan, jap lagi pukul 3.30 petang, saya Mutawwif, jemaah saya ada 42 orang tengah tunggu kat airport..” kata aku sambil tercungap-cungap.
“Eh, saya pun mutawwif, tapi saya terbang sebulan lagi..” kata pakcik tersebut.
“Saya hariniiiii..” kata aku sambil berkerut dahi.
Selesai je orang kat dalam bilik tu print, pakcik depan aku suruh aku masuk.
“Awak printlah dulu, saya lewat sikit takpe..” kata pakcik tu.
Makcik di sebelahnya juga tersenyum.
“Terima kasih banyak-banyak, saya doakan kalian dirahmati Allah & dimudahkan urusan, Amin”
Aku terus berdiri di depan wanita yang nak printkan dokumen aku.
“Nak print” kata aku pendek.
Wanita tu tunjuk di pintu.
“Hantar ke emel tu” terlihat sekeping kertas melekat di pintu dengan alamat emel yang perlu dihantar.
Aduh! Kena emel pula ke?
“Ya Allah, janganlah henfon di ‘hang’, janganlah henfon di ‘hang’, janganlah henfon di ‘hang’..”
Aku berdoa sambil taip emel bilik printing tersebut.
Tiba-tiba..
Hanggg!!!!!!!!!! Aku rasa nak menjerit weh dalam bilik tu! Tapi suara aku tersekat di kerongkong. Aku cuba kawal emosi aku. Aku tarik nafas. Aku lepas.
Tarik nafas. Lepas..
Aku relaks kejap. Kasi henfon aku hidup balik dalam masa 5 minit.
5 minit rasa macam 5 jam!!!
Tangan aku berpeluh, rasa macam nak campak henfon! Tapi aku sabar.
Tangan aku mula menggigil.
Hah! Dah terbuka balik!
Aku terus send emel.
“Dah kak” kata aku.
Nafas aku masih mencungap.
Wanita tu pun print sekeping A4, hitam putih.
“RM2.00” kata wanita tu.
Aku dah tak kisah harga berapa, kalau dia minta RM200 pun aku bayar weh!
Aku terus berlari ke kaunter tadi.
Ada orang di kaunter. Aku tunjuk kertas tadi pada pegawai di kaunter.
KAUNTER DITUTUP WAKTU REHAT TAPI INI TERJADI
Pegawai tu minta aku tunggu jap. Habis je urusan pelanggan tu, aku terus jumpa pegawai tadi.
“Alhamdulillah dah siap bang” kata aku.
“Ok saya cuba bantu ya” jawab pegawai tu pendek.
“Awak ambil blazer kat sana dan tangkap gambar dulu” arah pegawai tu.
Aku ikut je apa yang pegawai tu minta.
Selepas selesai, beliau bangun dan jumpa dengan beberapa pegawai lain.
Aku tengok dari jauh, pegawai-pegawai lain semua gelengkan kepala.
Datang seorang wanita dengan pegawai lelaki tadi.
“Flight awak jam berapa?” tanya akak tu.
“3.30petang kak, jam 2 petang kaunter check-in tutup” kata aku.
“Tak sempatlah dik.. paling cepat pun, kami boleh bantu passport awak siap jam 4 petang..” kata akak tu.
Aku terdiam.
Aku tak boleh marah. Ni memang salah aku.
“Kalau jam 4 comfirm tak sempat harini kak..” suara aku menggelegak, bunyi macam nak menangis.
“Ada cara lain tak kak?” tanya aku, merayu supaya ada solusi lain.
“Takde cara lain, awak kena beli flight baru esoklah..” akak tu beri cadangan.
“Betul juga!” getus hati aku.
Sekurangnya jemaah aku hanya kehilangan aku 1 hari je, esok boleh jumpa balik di Madinah.
Aku terus buka apps SkyScanner untuk cari tiket last minit ke Madinah.
Korang tahu berapa harga tiket yang paling murah?
RM4,000 wehhh!!!
Takpelah, memang salah aku.
Tiba-tiba..
Semua lampu di ruang imigresen dipadamkan, suasana menjadi gelap.
Terdengar suara dari corong speaker.
“Minta perhatian, sila kosongkan ruang menunggu untuk beri laluan kepada waktu berehat, anda boleh masuk kembali pada jam 2 petang”
Ah sudah, passport aku macam mana??
“Cik Ahmad, minta maaf sangat, pegawai saya kata paling cepat pun jam 2 petang, itu paling laju kami boleh buat” kata pegawai tadi.
“Jam 2 ya? Memang tak sempat dah, sebab last check-in jam 2 petang, kalau dapat passport pun, saya tak sempat dah nak check-in” jawab aku perlahan.
Aku redha.
Mahal kesilapan & kecuaian aku kalini. Aku terbayang-bayang wajah jemaah aku, apa agaknya yang akan berlaku bila aku takde nanti.
Adakah semua jemaah dah tahu yang aku tersangkut & tak boleh ikut serta dengan mereka? Perlahan-lahan aku tinggalkan kaunter. Terasa kaki sangat berat untuk berjalan keluar Imigresen.
PASSPORT SIAP, TAK SANGKA!

Mata aku masih di telefon untuk membeli tiket pada keesokan hari.
Tiba-tiba..
“Encik Ahmad!” jerit seorang pegawai dari dalam kaunter.
“Passport awak dah siap!!”
Aku terkejut & terus berlari ke kaunter di dalam ruang yang gelap.
“Eh betul ke???” tanya aku terkejut.
Di tangan pegawai tu ada passport dengan muka Ahmad Bin Mohd Isa yang tengah serabut.
“Ahh, betul la ni! Passport aku dah siap!!” jerita aku dalam hati.
Disaat aku dah redha, Allah datangkan keajaiban. MasyaAllah Tabarakallah.
“Terima kasih banyak semua! Saya doakan semoga kalian dipermudahkan urusan, dilimpahkan rezeki & syurgalah untuk kalian semua” aku doa kuat-kuat depan kaunter tu.
Aku ingat nak hulur duit sebagai tanda terima kasih kepada semua pegawai yang tolong aku tu, tapi aku takut jadi rasuah pula.
Aku batalkan niat aku dan berdoa je depan mereka.
Aku berlari ke lif, tanpa disedari air mata aku mengalir. Aku menangis kesyukuran.
Sampai di bawah, aku selisih dengan Pak Guard yang bantu aku tadi.
Aku tunjuk passport baru aku pada dia sambil berlari. Nak je aku peluk pakcik tu, tapi segan la pulak, haha. Pakcik tu angkat tangan dan tunjuk jari ibu pada aku sambil tersenyum. “Doakan saya dapat pergi Umrah ya?!” jerit pakcik tu.
“InsyaAllah aminn” jawab aku sambil berlari keluar bangunan mencari kereta Abi.
AYAH SIAP SEDIA UNTUK KE KLIA
Aku telefon Abi. Rupanya Abi parking tak jauh dari lokasi aku. “Angah tunggu jap, Abi datang” Aku boleh kata Abi adalah hero dalam episod ni, beliau sabar bawa aku ke Imigresen, tunggu di parking sampai selesai & bawa aku kembali ke airport.
“Terima kasih Abi” kata aku pada Abi.
Terasa air mata macam nak keluar balik. Aku tahan.
“Visa kena buat baru tak?” tanya Abi sambil memandu ke arah KLIA.
Traffic light sangat tak membantu di Purajaya ni, semuanya merah!
“Eh, betul juga! Jap angah tanya HQ, boleh tak buat visa sekarang”
Aku terus telefon HQ.
“Salam Tuan, saya ada masalah sikit ni, passport saya tak cukup 6 bulan..”
Tak sempat aku habiskan, beliau potong.
“Alamak haji, macam mana boleh jadi macam tu?” tanya beliau.
“Jangan risau, passport dah siap dah, sempat tak nak siapkan visa sekarang?” tanya aku.
“Boleh-boleh, bagi gambar passport awak, saya bantu buat sekarang” kata pegawai di HQ.
Aku terus bagi semua dokumen yang diperlukan.
Harapnya dapat siap cepat.
“Last check-in jam berapa Angah?” tanya Abi.
“Jap, Angah tanya Ustaz Nizam untuk double comfirm”
Aku call Ustaz Nizam.
“Salam Ustaz, last check-in bag jam berapa? Boleh tanyakan di kaunter tak?” tanya aku.
“Jap saya pergi tanya..”
Beberapa minit kemudian Ustaz respon.
“2.30 petang Haji” kata Ustaz Nizam.
Alhamdulillah, lega sangat masa tu.
“Eh, macam mana dengan passport enta?” tanya Ustaz Nizam.
“Siap dah Alhamdulillah!” kata aku pada Ustaz Nizam.
“Alhamdulillah syukur…” Ustaz Nizam lega.
“Visa dah buat baru ke?” tanya Ustaz Nizam.
“Dah, HQ tengah buatkan” jawab aku pendek.
“Alhamdulillah, jumpa nanti di airport, ana tunggu sini ya” terdengar suara kelegaan Ustaz Nizam.
“Oklah kalau jam 2.30 petang, tak payah lah rushing sangat, sekarang baru jam 1.15 petang” kata Abi.
Nak ke KLIA, perlu masa 30 minit, so aku masih ada lebih kurang 1 jam 15 minit sebelum kaunter tutup.
“Abi turunkan Angah kat pagar depan ya, Angah kena lari terus untuk check-in” pinta aku pada Abi.
Kami bersalaman dan berpelukan. Sebab takut lepas ni tak jumpa lagi.
“Terima kasih Abi” peluk aku erat.
Aku turun dan terus lari mencari Adilah, beg aku semua ada pada dia.
Tiba-tiba telefon aku berdering..
“Haji, visa Haji dah siap tau, saya dah hantar ke Whatsapp” kata pegawai di HQ.
Alhamdulillah syukur!
Sambil berlari, mata aku melilau mencari Adilah.
Bila Adilah nampak aku, air matanya terus mengalir laju.
“Minta maaf Abang, Ayang tak tengok passport Abang betul-betul, sebab Ayang cuai tak tengok passport abang, Abang terpaksa lari sana sini” kata Adilah sambil peluk erat aku di tengah-tengah airport sambil suaranya tersedu-sedu.
“Eh takkkk, bukan salah Ayang, ni salah Abang..” aku pujuk Adilah.
“Ayang tunggu sini jap, Abang nak cari kedai printing, abang kena print visa dulu sebelum check-in” kata aku.
Adilah mengangguk.
Misi aku belum selesai, aku terus berlari mencari kedai printing di KLIA.
Selepas tanya ramai orang, akhirnya aku jumpa di kawasan surau KLIA, kedai beg ada mesin printing, betul-betul depan 7 Eleven.
Harga printing untuk sekeping kertas A4, hitam putih, bernilai RM2. Aku dah tak kisah, janji semuanya selesai.
Aku kembali berlari ke kaunter check-in dan berjumpa dengan pegawai wanita yang tak beri aku check-in pagi tadi.
Aku tunjuk passport & visa baru pada dia. Dia tersenyum dan uruskan bagasi aku sehingga selesai.
Aku check-in tepat jam 2 petang!
Alhamdulillah syukur..
Adilah pulangkan kembali vest Mutawwif kepada aku. Air matanya masih belum kering.
“Ayang dah beritahu jemaah ke yang Abang tak lepas masa taklimat tadi?” tanya aku pada Adilah.
“Ayang tak beritahu pun, Ayang cakap, kejap lagi Mutawwif Ahmad sampai, dia kena uruskan sesuatu” kata Adilah.
ISTERI SIMPAN RAHSIA ELAK JEMAAH PANIK
Rupa-rupanya Adilah simpan rahsia, semua jemaah tak tahu.
Adilah tak nak jemaah panik.
Aku kembali & jumpa jemaah seperti tiada apa perkara yang berlaku.
“Ummi mana?” tanya aku pada Adilah.
“Ummi tak balik solat lagi..” kata Adilah.
Aku tunggu nak salam Ummi sebelum aku masuk ke balai berlepas.
“Eh, Abi dah sampai!”
Syukur sempat jumpa balik Abi sebelum berlepas, tadi salam tak berapa nak proper.
“Ya Allah, Ahmaaadddddddddd”
Tiba-tiba Ummi sampai & terus peluk aku.
“Budak nama Ahmad ni memang tau, selalu buat Ummi nerves, lama Ummi solat hajat tadi supaya Allah swt mudahkan urusan Angah” kata Ummi sambil usap kepala anak bertuah dia ni, haha.
“Minta maaf Ummi, banyak susahkan hati Ummi Abi” bisik aku perlahan.
“Takpelah, dah selesai semuanya, Alhamdulillah”
“I love you Ummi, I love you Abi”
Aku bersalam dan peluk Ummi Abi sebelum masuk ke balai berlepas.
Sebelum aku masuk, aku pastikan semua jemaah dah check-in dan aku orang terakhir yang masuk ke balai berlepas.
Selepas dapat duduk di dalam kapal terbang, aku menarik nafas lega.
Fuhhhhhhhhhh…
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar.
Tanpa disedari air mata aku mengalir laju..
Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih Ya Allah..
Tuan puan yang mulia..
Aku juga manusia biasa yang kadang-kadang lalai dan buat silap.
Apa yang terjadi pada aku, jadikan pengajaran.
Pakat share cerita ni dengan ahli keluarga & kawan-kawan.
Ramai lagi yang tak tahu sebenarnya kalau validity passport 6 bulan, maksudnya passport dah mati.
Wallahualam.
Sumber: Ahmad Isa
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Doakan Keampunan Untuk Beliau.” Dr Maza Kongsi Berita Duka, Ayah Meninggal Dunia. Al-Fatihah!

Ayah kepada pendakwah terkenal yang juga Mufti Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin meninggal dunia hari ini.
Menerusi perkongsian daripada ‘Insta-Story’ miliknya, beliau memaklum berita sedih tersebut dan memohon orang ramai untuk mendoakan keampunan untuk Allahyarham ayahandanya.
Berita sedih berkenaan turut dikongsikan oleh beberapa laman facebook sebentar tadi.
Sebelum ini Dr Maza ada memuatnaik perkongsian berkenaan situasi arwah ayahnya yang dalam kritikal.

Perkongsian berita duka itu mendapat reaksi warganet. Rata-rata melahirkan rasa sedih dan menitipkan doa serta ucapan takziah buat Dr Maza sekeluarga.



Salam takziah dari kami di Majalah Keluarga buat seluruh keluarga Dr MAZA Atas kepulangan ke negeri abadi ayahanda
Sumber: drmaza_official
ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!
ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cara Paling Kedekut Nak Simpan Duit Gaji RM1500 Sebulan

Apabila dapat duit gaji ramai yang merungut tidak dapat membuat simpanan. Dengan alasan pelbagai jenis perbelanjaan yang kena diselesaikan sehingga gagal untuk menyimpan.
Sebenarnya ada cara ‘paling kedekut’ yang boleh digunakan untuk bantu kita menyimpan duit setiap bulan.
Nak tahu caranya, ikuti perkongsian Marlia Ramli pengalamannya yang sanggup displin diri untuk memastikan dapat menyimpan duit setiap bulan. Moga menjadi inspirasi buat semua.
Artikel Berkaitan: Begini Cara Nak Didik Anak Solat, Ibu Ini Guna Gambar Dengan Batang Mancis. Sungguh Inspirasi!
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini

1 – Akak graduated ketika usia muda remaja. Terima ijazah pada tahun 2004, umur 22 tahun. Mana tak nya, siang malam kejar pointer, amik paper banyak-banyak setiap semester. Sebab akak nak cepat-cepat bekerja. Akak tahu, lagi lambat bekerja lagi banyak kerugian masa yang akak tanggung.
2 – Tiga bulan sebelum tamat belajar akak dah hantar resume ke banyak-banyak tempat. Tak kira le kilang ke, pejabat ke, kedai perabut ke. Dan semuanya akak mohon kat KL. Sebab akak tahu, lubuk pekerjaan adalah KL. Akak perlu mulakan kerjaya di bandar yang besar. Peluang lebih banyak!
3 – Akak dengan muka tak malu minta pensyarah tolong ajarkan cara buat resume walaupun belum tamat belajar. Memandangkan time tu akak muda remaja, pensyarah lelaki yang bujang itu pun dengan senang hati sudi membantu.
4 – Lepas dua minggu akak dapat interview kat KL. Dengan yakin nya, akak bawak beg siap-siap. Mak dan abah yakin akak pasti dapat kerja masa interview. Mana tak nya, seminggu akak hafal dialog dan buat persediaan untuk temuduga. Pulun sungguh! Dan alhamdulillah akak memang dapat pekerjaan pertama sebagai Sales Support Coordinator.
5 – Jawatan ini tak de kaitan dengan subject yang akak belajar. But, who cares? Janji dapat kerja rezeki yang halal. Jual CCTV dan alarm system. Ketuk pintu pejabat dan pujuk orang beli produk. Fuh! Tebal kulit muka tak yah cerita. Balik opis prepare proposal, slide material dan esoknya jumpa lagi potential clients. Muka perlu sentiasa senyum sebab hari-hari buat presentation.
6 – Taraf jawatannya cam atas sikit daripada Kerani Am walaupun punya ijazah. Malu tak penting asalkan rezeki halal. Gaji? Basic RM1,500. Dan akak paksa saving minimum RM250 bersamaan 16.66% setiap bulan. Komisen sales, elaun dan insentif bulanan akak tak guna. Semuanya humban ke saving. Punya lah kedekut!
7 – Tapi saving RM250 x 12 bulan = RM3,000 adalah sedikit. Akak perlukan 10 tahun (tidak termasuk dividen) baru dapat sentuh wang tunai RM30,000. Lambat eh! Maka akak tersedar bahawa tak kira bagaimana akak mengikat perut dan cari pendapatan kedua, gaji kecik sangat susah nak diurus. Perlu korbankan banyak perkara.
8 – Maka, setahun kemudian akak mula berfikir cara kapitalis. Tingkatkan skills dan cari pekerjaan yang lebih tinggi. Usung resume dan sasarkan setiap kali kenaikan gaji 30% hingga 50% gaji. Dan kenaikan gaji itu tidak disentuh. Akak lambakkan ke saving dan mulakan pelaburan.
9 – Ianya matematik mudah. Jika bergaji RM1,500, akak perlu mengikat perut untuk saving RM250 dan ianya cuma mencecah 16.66%. Increment tahunan cuma dalam purata 5% bersamaan RM75 hengget.
10 – Tapi jika bergaji RM3,000, saving sebanyak RM1,500 hingga RM1,750 adalah mudah. Dan ianya adalah 50% daripada pendapatan. Caranya? Waktu bergaji RM3,000, akak kekalkan cara hidup gaji RM1,500. Dan saving membiak dengan cepat. Increment tahunan jika 5% dah RM150. Okay la tu buat cover kos inflasi tahunan.

11 – Nak lagi cepat join saja ASBF. Tukarkan wang kepada harta sebenar atau asset. Beli rumah seawal usia. Perlahan-lahan bunuh semua hutang jahat. Kekalkan cara hidup sengkek bila pendapatan bertambah. Simpan, labur, simpan dan labur. Biar nampak miskin daripada bergaya yang papa.
12 – Ya, ini kisah 13 tahun dahulu. Waktu itu jawatan akak level officer. Atas sikit daripada kerani. Akak belajar bahawa ratusan ribu sahabat lain juga punya ijazah. Tak de beza dan istimewa pun punya ijazah di zaman sekarang. Yang membezakan cuma cara berkomunikasi, presentation skill, positive attitude, menjaga hubungan baik dengan bos dan sanggup bermuka tebal demi rezeki yang halal.
13 – Yang paling penting English communication. Di private sector grammar tak penting. Hentam je cakap, lama-lama jadi pandai. Mat Salleh pun grammar berterabur, kita yang makan belacan acah-acah nak jaga grammar. Last-last malu nak bercakap. Last-last lambat pandai. Ntah apa-apa ntah! Ceh!
14 – Kalau ada kawan yang kutuk English kita berterabur dan kita ini pembodek bos, tinggalkan kawan tersebut. Kawan si kaki kutuk yang melemahkan semangat ibarat virus. Perlahan-lahan mereka akan memasuki minda dan menjamah semangat. Jangan dekat dengan mereka ini.
15 – Paling akak ingat masa kerja HR Executive kat sebuah kilang. Bos akak Chinese lady dan GM nya Singaporean. Ianya 10 tahun lepas. Waktu tu akak muda, communication berterabur. Tapi sorry la, jangan harap akak nak cakap Melayu. Sebab akak nak bos akak speak English dengan akak. Daripada reply mereka akak belajar dan improved my communication skill. Eksekuihhh me! Haha…
16 – Walaupun English akak tak sehebat bos Singaporean, akak usahakan juga bercakap dengan bos dan tiru slang beliau. Buat saja segala kerja yang bos bagi. Hati memang sakit sebab rasa cam bos ambik kesempatan. Tapi setahun di situ jawatan akak naik daripada HR Executive kepada Senior HR Executive. Dan akak dapat kenaikan gaji hampir 15% time tu. Senyum sampai telinga! Juma’ati Paizu dan Anita Azrinawati E-Shoppe tentu tak lupa ni 😁
17 – Maka, akak faham bahawa perkara penting dalam kerjaya adalah hard work, usaha, hubungan baik dengan bos dan deliver result. Asalkan ada tugasan kerja, buat je. Jangan beremosi dan jangan buat perangai. Muka selalu senyum, barulah rezeki berani mendekat.
18 – Lagi satu, dalam pekerjaan tak perlu setia sangat. Jika memang tak de passion dalam pekerjaan, bos tak bagi peluang, bonus suam kuku dan increment terkadang ada terkadang tak ada, tak payah tunggu lama-lama. Buang masa juga tenaga. Namun, pastikan diri bersedia dengan skills dan lompat pasaran pada kadar kenaikan 30% hingga 50%.
19 – Akak berpendapat bahawa jika bergaji kecik banyak benda perlu korbankan untuk wujudkan simpanan. Mungkin perlukan pendapatan kedua, tingkatkan skill dan cari pekerjaan lain. Contohnya jika bergaji RM1,500, jenuh la cari pendapatan kedua korban masa dan ikat perut. Nak saving RM1,000 sebulan pun jenuh.
20 – Namun jika bergaji RM3,000, saving bulanan RM1,500 bukanlah sesuatu yang mustahil atau susah sangat. Kekalkan gaya hidup, belanjakan RM1,500 dan saving baki lagi 50%. In fact kalau pemalas, tak perlu pun cari pendapatan kedua. Balik kerja, lepak je main game. Bulanan masih saving RM1,500.
21 – Karang mesti ada yang cakap, mana cukup RM1,500 belanja bulanan. Kalau yang dah kahwin, ada anak juga isteri. Pampers, susu, ubat bagai. Adoii sayangku sahabat. Jangan lurus sangat. Jika dah berkahwin, pendapatan suami isteri gabungkan saja dan uruskan dengan berhemat. Gaji suami belanja keluarga, gaji isteri simpan dan labur. Suami tak kira isteri pangkat Manager, nafkah jangan abai kerana hukumnya wajib. Baru rezeki berkat, rumahtangga bahagia.
22 – Akak cuma beri contoh perbandingan antara gaji RM1,500 dan RM3,000. Anda boleh sesuaikan antara gaji RM5,000 dan RM10,000. Atau RM15,000 dan RM20,000. Gaji anda, pandai-pandai la buat pengiraan. Manalah akak tahu berapa gaji keluarga anda. Dah nama pun contoh.
23 – Maka, duhai anak muda yang berijazah juga berdiploma. Sentiasa rajin berusaha dalam kerjaya. Jangan malu. Dapatkan pekerjaan yang di level bawah dulu. Dengan pengalaman, anda akan meluaskan idea juga pemikiran. Dan anda akan tersedar bahawa gaji besar lebih mudah diurus jika berdisiplin.
24 – Hari ini ada pasangan yang dah belasan tahun bekerja dengan sepasang anak. Walaupun saban tahun increment best dan bonus lima angka, namun mereka kekalkan hidup kekal sederhana dan kurangkan gaya. Mereka tahu hanya itu caranya untuk mampu bersara muda.
25 – Ehh lagi satu… Gaji kecik ke gaji besar ke, kalau jenis boros dan tak minat menabung, ke laut lah juga. Lesap semua gaji sebulan. Lagi pula, hidup kita adalah dalam kawalan kita. Maka, kitalah yang tentukan!
26 – Oh ya, ada anak Bujang yang mengadu. Dah lima tahun bekerja masih belum punya enam bulan dana kecemasan. Maka, akak contengkan saja contoh perbelanjaan anak muda yang bujang jika bergaji RM1,500.00. Sesuaikan mengikut kehidupan masing-masing.
27 – Mak aiiih! Susahnya nak atur belanja jika gaji kecik! Haa… sebab itu lah akak cakap GAJI BESAR LEBIH MUDAH DIURUS. Kalau gaji kecik, nak tak nak perlu bawa bekal, drive kereta kecik, naik public transport, cari pendapatan kedua, sewa bilik dan potong segala perbelanjaan.
28 – Tak kira gaji besar atau kecik, dengan disiplin, dijamin paling lewat 3 tahun bekerja dah punya 6 bulan dana kecemasan. Kalau suka, ikut saja. Kalau tak suka, abaikan ia. Aiman tak kesahhh.
Sumber: Marlia Ramli
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

