Tarikh 2 Oktober pastinya menjadi tarikh yang paling dinantikan Fazura dan Fattah. Semuanya bagi menyambut ulang tahun kelahiran cahaya mata mereka, Nur Fatima Aisya.
Tahun ini genap empat tahun usia Fatima dan sambutan tahun ini pastinya sedikit berbeza dek kerana kemelut rumah tangga yang dilalui kedua selebriti ini. Namun ia bukan halangan untuk membahagia si comel Fatima.
Menerusi perkongsian keduanya, hari lahir anak kesayangan itu turut disambut cukup meriah namun dalam dua acara berbeza.
Ads
Menerusi akaun Instagram baharu anak kecil ini, Fazura dilihat memilih tema siri popular kesukaan puteri sulungnya iaitu Wednesday.
“Since my birthday falls on a Wednesday and I love Wednesday Addams, everyone must be in character,” tulisnya dikapsyen.
Ads
Fatima tampil dalam persalinan serba hitam bersama Fazura dan sepupunya yang turut disertakan dengan tema kek Wednesday.
Menerusi perkongsian video, Fatima dilihat begitu pandai membawakan karektor watak utamanya Wednesday. Memang comel.
Direzekikan menjadi tetamu Allah di bulan haji ini tentunya satu rahmat yang tidak ternilai harganya. Sungguh saban tahun kita ternanti-nanti agar dapat menjejakkan kaki di bumi berakah bagi menunaikan Rujun Islam yang ke lima dengan sempurna.
Peluang ini turut sama dirasai oleh Datin Seri Heliza Helmi, apabila berpeluang ke sana untuk menunaikan ibadah haji.
Pun begitu keberangkatan Heliza dan keluarga ke tanah suci tidak ditemani oleh suami tercinta, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
Namun menerusi hantaran komen di akaun Instagram isterinya, Datuk Seri Mahadi ada menitipkan doa agar perjalanan isteri dan keluarga tersayang dirahmati dan dipelihara Allah swt.
Mohon Kemaafan
Menerusi perkongsian di Instagram, Heliza menitipkan kemaafan kepada semua jika ada silap dan salah dan mohon didoakan agar mendapat haji yang mabrur.
Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalakalah
Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu
Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu
Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu
Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan, kesilapan, kekurangan, kekhilafan, kecuaian dan apa apa sahaja, mohon ampun dan maaf. Doakan kami semua. Doakan agar semua jemaah mendapat Haji Mabrur
Kami juga mendoakan kalian dijemput menjadi tetamu Allah tidak lama lagi. Aamiin
Meninjau di ruangan komen, pengikut setia dan sahabat Heliza di instagram mendoakan yang terbaik buat Heliza dan keluarga sepanjang berada di Tanah Suci.
Menghantar dan menjemput anak dari pusat asuhan kanak-kanak menjadi rutin wajib ibu ayah yang bekerja setiap hari. Ketika sedang memandu, anak yang berada di sebelah tempat duduk penumpang biasanya tidak akan duduk diam dan mula bergerak bebas di dalam kereta.
Hal ini mungkin berlaku bagi anak yang tidak mahu kekal duduk di dalam carseat. Ibu ayah yang membenarkan keadaan ini kena buka mata. Cuba fikirkan nyawa anak jika apa-apa berlaku ketika pemanduan. BAHAYA! Itu yang ibu ayah kena tahu.
Walau macam mana cara sekalipun, anak menangis, tantrum dan mengamuk teruk, mak ayah kena pastikan anak sentiasa berada di dalam car seat. Ini yang sebaiknya. Perkongsian oleh Khairul Abdullah mengenai tip nak biasakan anak dalam carseat ini kita kena ikuti. Berbeza cara dan pendekatannya. Jom ikut tipnya.
BIASAKAN SEJAK KELUAR HOSPITAL
“Anak-anak saya kalau masuk kereta nak balik kampung atau ke mana pun, paling lama bertahan sekitar 30-40 minit sahaja. Lepas tu memang akan lelap. Bila dah lelap maka suasana aman damai. Bolehlah borak-borak dengan isteri sekejap sebelum dia pun lelap juga.
Tak kisahlah, janji diorang dapat tidur nyenyak dan saya boleh layan rock kapak kat Sinar FM. Paling penting adalah betapa anak-anak lebih selamat ketika berada di dalam kereta dengan seatbelt terpasang kemas. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi sepanjang pemanduan kita.
Mungkin kita dah cukup berhati-hati, tapi ada orang lain pula yang melanggar kita. Impak pelanggaran kereta ni walaupun perlahan tapi boleh buat kita dan anak-anak tercampak keluar dari kereta kalau tidak memakai seatbelt.
Kalau dah tercampak keluar, peluang untuk mati adalah lebih tinggi.
Memang benar, semuanya kuasa Tuhan, namun sebelum kita menyerahkan segalanya kepada takdir, kita harus berusaha terlebih dahulu kemudian baru bertawakal.
Usahanya ialah memastikan kereta berkeadaan baik, memakai seatbelt dan memandu dengan berhemah.
Ada yang cakap, anak saya susah lah tak nak duduk dalam carseat, nanti menjerit, tantrum dan sebagainya.
Memang tidak dinafikan yang mereka akan memberontak bagi yang tak biasa. Anak-anak saya sudah dilatih ketika hari pertama keluar dari hospital lagi, jadi tiada masalah buat mereka untuk duduk diam di dalam carseat masing-masing.
Bagi anak yang berusia 1-5 tahun dan baru hendak mula belajar menggunakannya maka ianya pasti sukar. Namun ianya tidak mustahil sekiranya kita sebagai ibu
bapa terus berusaha.
Berikut adalah beberapa tips asas yang mudah untuk dicuba.
1. Berikan yang terbaik.
Berikan anak carseat yang paling sesuai dan selesa buat mereka. Kita pun hendak duduk di kerusi empuk dan sedap untuk balik kampung maka mereka pun sama. Kalau beli yang murah tu dan rasa tak cukup empuk maka buatlah kusyen atau pelapik lain agar lebih selesa. Untuk carseat yang ada “3 point harness” ok, kalau booster seat jangan lapik sebarangan. Kalau mampu, belikan yang terbaik. Paling penting beli yang sesuai dengan umur anak.
2. Mulakan dari kecil
Seeloknya, keluar dari hospital terus masukkan dalam carseat. Jangan didukung atau diriba oleh ibu di tempat duduk hadapan. Lagi awal didedahkan dengan carseat ni maka lebih mudah.
Setiap kali hendak menyusu maka berhenti dan keluarkan baby. Dah selesai masukkan balik dan teruskan perjalanan.
3. Biasakan
Kemudian biasakan mereka dengan carseat tersebut. Biar ada rasa “ownership”. Keluar kereta angkut carseat bawa ke dalam rumah, bila dia tengok tv ke layan youtube ke, membaca ke, suruh dia duduk kat dalam tu. Biar dia betul rasa selesa dan seronok di dalamnya. Biar dia hidup dengan carseat dia tu. Takpun waktu beli terus bawak ke dalam rumah biar dia biasakan diri duduk dan bermain dengan seat tu lalu tak berasa takut atau pelik dan kekok.
Biar dia rasa carseat tu dia punya. Lekat nama dia, lekat sticker watak atau karakter kegemarannya. Biar dia bergaduh dengan adik atau abang dia mempertahankan carseat dia.
4. Kelengkapan
Sediakan kelengkapan di dalam kereta. Sediakan mainan atau bahan bacaan atau apa sahaja yang boleh melekakan mereka. Makanan dan minuman juga penting namun pastikan ianya bukan makanan yang boleh membuat mereka tercekik. Ipad atau tab juga adalah item yang melekakan mereka, namun kalau boleh elakkan. Dah terpaksa sangat maka berikan gajet tersebut.
5. Rutin Peringatan
Setiap kali masukkan anak ke dalam carseat dan pakaikan seatbelt maka ceritalah tentang kepentingan penggunaannya. Selalu tekankan yang duduk di dalam carseat dan pakai seatbelt adalah penting dan sangat merbahaya kalau tidak menggunakannya. Cakap juga yang polis marah orang yang tak pakai seatbelt.
6. Waktu rehat.
Anak-anak juga mudah merasa letih dan lenguh apabila terlalu lama di dalam carseat. Kalau memandu jauh di waktu siang, maka berhentilah setiap 2 jam dan keluarkan mereka. Kalau mereka tidur maka boleh teruskan.
Sekiranya meragam, biarkan dahulu, namun apabila tidak terkawal atau hampir muntah ketika menangis maka berhenti dan keluarkan mereka. Biar mereka bertenang dan cuba kembali.
7. Puji-pujian
Jangan lupa untuk sentiasa memuji mereka setiap kali keluar dari kereta dengan mengatakan yang mereka sudah berjaya. Katakan yang anda akan masak sedap-
sedap atau belanja mereka makan dan sebagainya sebagai reward.
8. Tiada pengecualian
Tak boleh hari ni pakai, esok tidak, lusa tidak, minggu depan baru pakai balik dan sebagainya. Walaupun pergi ke kedai yang dekat sahajapun harus menggunakannya juga. Maksudnya, setiap kali anak-anak masuk ke dalam kereta maka mereka wajib duduk di dalam carseat dan memakai seatbelt.
Tiada pengecualian. Jangan si adik di dalam carseat, si abang duduk di depan bersama ibu atau sebaliknya. Jangan sampai ada anak yang merasakan yang dia kena “double standard”.
Anak-anak kena duduk dalam car seat sehingga umur 12 tahun.
*******************
Tips asas di atas adalah rutin. Ianya perlu dilakukan tanpa selang dalam apa jua keadaan sekalipun. Jangan sekejap buat sekejap tidak. Kalau tidak rutin maka anak-anak merasakan yang ianya tidak serius dan mereka boleh “negotiate” dengan anda untuk tidak menggunakannya dengan melepaskan tantrum.
Walaupun diasuh sejak bayi menggunakan carseat, ketika umurnya 8 -16 bulan, mereka akan mula meragam dan tidak mahu duduk lama di dalam carseat. Maka tips nombor 3-7 harus dipraktikkan. Tetapkan hati dan terus mengamalkannya walaupun ribut dan badai melanda.
Namun, selepas anda berjaya melakukannya maka anda akan tahu betapa leganya dan senangnya hati anda memandu tanpa gangguan. Dapat bercinta suami isteri sambil makan jeruk Pak Ali tanpa perlu berkungfu dengan anak-anak.
Paling best nanti bila awak seorang diri, suami atau isteri tak ada pun awak boleh memandu dengan anak dibelakang tanpa gangguan.
Namun paling penting, anda telah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab dengan memberi keselesaan dan perlindungan yang sebaiknya untuk anak anda. Kalau
apa berlaku anda tidak akan ralat lagi kerana telah mencuba sebaiknya.
Akibat tersalah mengambil makanan yang tidak bersih, pelakon Fasha Sandha mengalami keracunan makanan sehingga muntah-muntah.
Malah Fasha juga menepis tanggapan ramai yang mengatakan dirinya kini sedang hamil.
Kongsi Fasha lagi menerusi Insta Storynya, masalah keracunan makanan tersebut berpunca daripada membeli makanan yang dijual di gerai tepi jalan.
“Sekejap sahaja sakit dan muntah. Bukan hamil tau, salah makanan atau minumam yang beli di tepi jalan.
“Selalunya okey sahaja, mungkin nasib tidak baik pada hari tu.
“Makanan atau minuman tersebut terkena kuman atau air yang digunakan tak masak. Hati-hati ya semua,” katanya berkongsi.
Pun begitu, kongsi Fasha lagi keadaan dirinya kini sudah semakin pulih dan akan lebih berhati-hati sekiranya ingin membeli makanan yang dijual di gerai tepi jalan.
“Alhamdulillah semakin pulih dan terima kasih kerana ambil berat tentang saya, maklumlah, jarang sakit.
“Pengajarannya, jangan makan sesuka hati pada ‘cheat day’. Kadang-kadang nasib tidak baik, kena keracunan makanan jua.
“Terima kasih suami sebab jaga saya ketika sakit. Sakit manja-manja,” ujarnya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.