Bagi peminat-peminat pizza, anda harus melengkapkan seleksi menu pizza dengan mencuba pizza wagyu oleh Jofliam kerana ianya sarat dengan pelbagai ramuan premium dan berkualiti tinggi.
Sejak ianya dijual, pizza wagyu ini mendapat permintaan tinggi daripada penggemar makanan yang ingin merasa sendiri air tangan suami usahawan yang juga blogger terkenal Cik Epal ini.
Hanya mengambil tempahan menerusi Instagram, Jofliam yang merupakan bapa kepada dua anak ini menerusi media sosial sebelum ini pernah mendapat tempahan mencecah puluhan kotak.
Lebih mengagumkan, dia sendiri yang membuat pizza dari proses mengadun doh, membakar hingga dihantar kepada pelanggan tanpa bantuan staf.
Walau seronok menerima banyak permintaan dan maklum balas positif daripada pelanggan, Jofliam atau dikenali sebagai Jo juga tidak terlepas diuji apabila pizza yang sudah siap tidak diambil oleh pelanggan.
Kekal positif dengan ujian, pizza wagyu Jofliam mula dijual sekitar tahun 2021 dan pasangan suami isteri ini pernah tular di media sosial kerana niat murni mereka mengagihkan pizza berkenaan kepada mangsa-mangsa banjir.
Difahamkan pizza wagyu Jofliam berharga RM150 sekotak. Walau dilabel harga kayangan tapi rata-rata komen daripada pembeli mengakui ia berbaloi kerana sedap, lembut dan daging wagyunya ialah daging gred tinggi dari Australia.
Jelas Jo menerusi ruangan komen di salah satu video yang memaparkan aksi dirinya sedang menebar doh pizza, proses penyediaan pizza tersebut kini turut dibantu beberapa orang jiran.
“Video ni saya record lepas dah hantar kesemua pizza keluar. Dulu boleh nak buat, sekarang tak sempat dah. Saya hanya sempat buat dough pagi-pagi, buat sos dan hantar ke setiap kereta.
Ads
Yang lain-lain stretch pizza, letak topping, letak kotak, jiran-jiran saya ada yang sudi tolong. Thank you semua.
Saya akan stop bila ramai minta stop. Selagi semua happy, insyaAllah saya akan teruskan walaupun dehydrated dan badan saya makin rasa kurang sihat. Belum lagi kulit mula kering dan terbakar. Doakan saya dan moga doa sama dikembalikan pada semua.”
Bukan senang uruskan bisnes pizza wagyu seorang diri. Banyak faktor kena ambil kira tambahan pula melibatkan kesihatan.
Selain menawarkan daging wagyu, pizza ‘viral’ ini juga dilengkapi dengan sos istimewa.
Ads
Ketika ulang tahun kelahiran Jo pada Januari lepas, Cik Epal mendedahkan peribadi suami tercinta yang berjiwa besar, pemurah, kreatif dan suka cuba benda baru.
Semoga Jo dan Cik Epal terus berjaya dalam perniagaan dan kejayaan mereka menjadi kekuatan semangat buat masyarakat.
Tidak dinafikan, ramai hijabi atau wanita yang memakai hijab suka menggunakan jarum peniti yang banyak untuk memastikan tudung yang dipakai kemas dan terletak.
Namun sikap segelintir yang suka mengepit atau mengetap jarum peniti di bibir sewaktu ingin mengenakan tudung akhirnya akan membawa padah dek kerana tertelan jarum peniti.
Sebagaimana tular di aplikasi TikTok, seorang doktor berkongsi pengalamannya merawat pesakit tertelan jarum peniti semasa sedang memakai tudung.
Menerusi video itu doktor berkenaan berkongsi hasil imbasan Xray bagi menunjukkan penemuan jarum peniti dalam badan seorang wanita.
Hingga kini video yang dimuat naik menerusi akaun @hanyafototulang meraih 1.9 juta jumlah tontonan.
“Sekadar mengingatkan, ini imbasan Xray seorang pesakit. Abdomen pesakit itu didiagnosis mempunyai corpus alienum atau kewujudan bendasing dalam tubuh.
“Ini kes wanita berhijab yang meletakkan jarum peniti di mulut. Akhirnya dia tertelan jarum itu.
“Jarum dah masuk ke dalam usus. Kalau tersekat lebih daripada 12 jam, pembedahan akan dijalankan,” katanya pada video berkenaan.
Walaupun kejadian ini dikatakan berlaku di Indonesia, ia boleh dijadikan peringatan buat semua wanita yang bertudung.
Bagi kaum adam yang ternampak perkara sama berlaku depan mata, jangan lupa untuk tegur!
Pelakon Nad Zainal, 30, selamat bersalin cahaya mata keduanya kelmarim. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin melahirkan bayi seberat 2.9 kilogram pada sekitar jam 2.50 petang di sebuah hospital swasta, di ibu kota.
Menurutnya, dia bersyukur proses kelahiran dipermudahkan dan lancar. Bagaimanapun, dia belum memikirkan nama untuk bayinya itu.
Terdahulu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu berkongsi perasaan gementarnya kembali menjaga bayi selepas lima tahun. Akui Nad, semuanya berjalan dengan lancar.
“Bila masuk OT (bilik pembedahan), berborak seolah-olah tengah main batu seremban dengan doktor tu.. walhal perut tengah kena belah.
“Tak rasa stress langsung dalam OT, lagi stress kena swab!” dedahnya.
Nad mendirikan rumah tangga dengan suami, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.
Berpantang adalah tempoh masa untuk wanita memulihkan diri setelah melahirkan anak. Waktu ini adalah masa untuk ibu yang bersalin untuk memastikan mendapat rehat yang secukupnya.
Malah, apabila badan mendapat cukup tidur dan rehat, ibu mudah menguruskan bayi termasuk memberikan penyusuan susu ibu semasa dalam tempoh berpantang.
Bagi puan Nor Azizan yang bakal melahirkan anak ke tiga telah melakukan pelbagai persediaan persiapan termasuk makanan semasa berpantang.
Beliau yang menunggu hari untuk bersalin, telah berkongsi beberapa menu masakan yang akan dihidang ketika berpantang.
Menu pantang yang telah di masak dan disejuk bekukan termasuk sup ikan merah, pindang ikan selar, ayam perap mandy. auam stim halia, siakap stim halia, ayam ungkep, daging goreng kunyit, daging rebus air asam dan daging black pepper.
Katanya cara ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan suami menguruskannya ketika dalam pantang lantaran berpantang sendiri di rumah.
Kesungguhan dan kerajinan beliau mendapat pujian warganet. Apa lagi boleh lihat menu lauk berpantang, boleh jadi inspirasi untuk ibu yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.
Tengah menunggu hari nak melahirkan anak ke 3.
Kali ni berpantang sendiri . Dah siap-siap masak lauk berpantang utk difrozenkan. Masak untuk suami dan anak-anak jugak. Same-sama ler makan lauk berpantang ye
Memudahkan keje suami jugak . Takyah lame-lama at dapur nak sediakan makanan
Inilah menu pantang. Semua lauk yang dimasak disejuk beku.
Meriahnya lauk pantang. Apa pun, suatu usaha yang baik untuk memastikan tempoh berpantang dilalui dengan sempurna.