Sudah lama kiranya suami isteri tidak dapat keluar rumah bersama-sama sejak arahan PKP diperkenalkan.
Namun bila ada sedikit kelonggaran diberikan seperti mana memetik laporan Berita Harian Online, mungkin bukan sahaja isteri boleh tersenyum kerana dapatlah keluar bersama pasangan untuk membeli keperluan.Maklumlah, terlalu lama rasanya terperap di rumah.
Bahkan suami juga tentu berlapang dada, sekurang-kurang tidak lagi pening kepala sorang-sorang membeli barangan keperluan dengan berpandukan senarai yang ditulis isteri.
Untuk bacaan lanjut tentang kebenaran tersebut, ini artikel penuhnya.
KUALA LUMPUR: Kebenaran pergerakan dua orang satu kenderaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat bermula hari ini, boleh melebihi 10 kilometer (km) jika membabitkan keperluan membeli makanan dan perkhidmatan kesihatan.
Ads
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kelonggaran itu bagaimanapun terhad kepada mereka yang tinggal di rumah yang sama dan daripada keluarga terdekat.
“Kebenaran pergerakan melebihi radius 10 km itu sudah diwartakan melalui PKP keempat,” katanya pada sidang media harian selepas mesyuarat menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.
Ads
Kebenaran itu diberikan kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.
Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa hari ini hingga 12 Mei depan.
Ads
Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.
Ismail Sabri menegaskan, pergerakan melebihi 10 km itu bagaimanapun mesti yang terhampir bagi tujuan dibenarkan.
“Contohnya nak ke klinik, jika ada yang jarak 15 km harus pergi ke situ, jangan pula pergi yang jaraknya 30 km,” katanya.
Tidak lama lagi pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal menimang cahayamata pertama mereka di Perth, Australia.
Bagi menyambut kelahiran bayi pertama mereka itu, Zahirah memilih untuk berada dekat dengan ibunya sepanjang detik kelahiran bayi sulungnya itu.
Zahirah yang dijangka bersalin Disember ini. Walaupun sudah mengetahui jantina anak, pasangan ini memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu kerana ingin memberi kejutan kepada peminatnya.
Terbaru, Zahirah berkongsi pelbagai soalan menarik dari peminatnya mengenai diri dan ibunya.
Lebih manis, Zahirah dan ibunya, Maslinda Yusoff kelihatan begitu akrab dalam sesi soal jawab itu.
Ikuti perkongsiannya.
Gelaran bila dapat anak nanti
Gelagat anak beranak ini kelihatan akrab sekali ketika menjawab soalan-soalan peminat. Menerusi video itu, untuk panggilan anak, Zahirah inginkan gelaran ‘mummy’ , manakala ibunya pula gelaran ‘omma’.
Mudanya mak Zahirah, 46 tahun. Dah macam adik beradik dah!
Malah ketika bersalinkan Zahirah, ibunya baru berusia 21 tahun. Malah Zahirah dan ibunya mengakui dengan jarak umur itu menjadikan mereka bagaikan rakan baik.
Aiman Hakim Ridza menantu pilihan mama!
Perasaan saya sangat gembira, dia harap dia memilih lelaki yang baik. Dan ibunya mengharapkan yang terbaik buat anak.
Untuk makluman, pasangan itu berkahwin pada 20 Februari lalu di Petaling Jaya. Pada 2019, pasangan itu pernah mengikat tali pertunangan dalam majlis ringkas yang diadakan di Perth, Australia yang disaksikan keluarga Zahirah.
Sumber: Zahirah.aiman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular video momen seorang remaja sedang makan dengan seekor anak monyet di sebuah gerai makan. Rakaman video berkenaan memaparkan remaja itu berkongsi sepinggan nasi dengan haiwan berkenaan.
Paparan video berkenaan jelas menunjukkan mereka berdua begitu manja. Malah remaja perempuan itu tidak kekok melayan dan memegang haiwan kesayangannya sambil makan bersama. Malah gelagat anak monyet itu mengambil nasi di pinggan meraih perhatian ramai.
Menurut puan Airin Azlin, anak monyet janrtn itu diberi nama Boboi telah dibelanya sejak berumur 2 bulan. Kini usianya telah 3 tahun.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Namun, siapa sangka niat puan Airin Azlin ibu kepada remaja berkenaan untuk berkongsi moment manis itu bertukar menjadi sebaliknya apabila ada segelintir wargamaya tidak bersetuju dengan tindakannya itu.
Tenang Dengan Kecaman
Namun wanita itu tenang dengan kecaman yang dihadapinya. Hanya pencinta haiwan sahaja yang memahami perasaam sayang terhadap haiwan ini.
Sesungguhnya hidup seorang wanita sebagai seorang isteri mahupun ibu ada ujiannya yang tersendiri.
Ada saat dan ketika hatinya begitu bahagia hidup bersama keluarga tercinta, namun tidak dinafikan hatinya boleh terasa sedih, kecewa , tertekan dan terluka disebabkan oleh mereka juga.
Ini sebagaimana apa yang cuba ditafsirkan oleh Najibah bila terlihat gambar seorang wanita yang sedang menjahit luka di tubuhnya.
Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka, dan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan.
Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya.
Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan.
Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.
Silap silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu.
Saya faham sangat, surirumah memang penat. Oh wanita bekerja pun. Sama je kita ni kan. Lagi lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa. Fuh.
Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan rakan.
Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumahtangga. Terpakai kepada surirumah mahupun wanita yang bekerja.
Insyaallah tips ini membantu ibu rasa kuat, tersusun dan kurang terluka seperti dalam gambar itu.
1. Kuatkan jiwa
Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting.
Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan ada zikir tertentu yang kita amal. Ia beri tenaga luarbiasa kepada jiwa kita masyaallah. Biiznillah.
Ibu ibu, jika tak jaga perkara ini, kita akan mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian. Effect nya jaga amalan begini, hati tenang dan rasa banyak masa. Subhanallah amazing.
2. Kuatkan fizikal
Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.
3. Jaga kesihatan mental
Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je. Bacaan yang sedih, drama, gosip semua tu berbaloi untuk kita tinggalkan.
4. Bab memasak dan makan
Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga. Sayangi diri dulu, baru boleh sayang orang lain.
Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan.
5. Pengurusan bahan dapur
Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein ayam ikan daging semua tu basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.
6. Pengurusan rumah
Mengemas memang penat. Kena pulak anak kecil memang sepah sana sini. Jadi letakkan timing dan setting jadual. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju.
7. Pengurusan anak
Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.
8. Bantuan
Ini sangat penting. Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.
9. Mindset dan rehatlah
Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja surirumah yang memang takkan pernah habis.
10. Nikmati dan bina pengalaman
Anak seorang berbeza dengan anak dua, tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman. Dan syukuri semuanya.
Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala. Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc .
Ibu ibu
Tenanglah ya
Dan berbahagialah.
Jika ada ayah ayah baca status ini. Sama sama ya saling menjaga pasangan dan rumahtangga. Sama sama nak tenang, sihat, bahagia dan mahukan rahmat Allah turun memayungi keluarga kita.
Lain padang lain belalang. Lain orang lain pandangan. Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.
Sumber : Najibah Mustaffa
Surirumah dan Usahawan sepenuh masa sejak 2014.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...