Sejak kebelakangan ini, isu suami berkahwin dua menjadi bualan hangat di media sosial dalam kalangan warganet. Ianya juga menjadi isu yang sensitif dikalangan masyarakat mahupun artis apabila seorang demi seorang artis membuat pengakuan bahawa ramai yang ‘mencuba’ suami mereka.
Rentetan daripada itu, pelakon pelakon Namron telah berkongsi pengalamannya pernah didekati oleh wanita lain ketika berhubungan dengan isterinya.
Mengulas lanjut, Namron menegaskan bahawa dirinya tidak gemar untuk memiliki dua wanita dalam hidupnya kerana dia akui tidak mampu.
Sekaligus, Namron menyangkal ayat yang menyatakan ‘lelaki semua sama’.
“Sekarang kan banyak isu yang orang kata lelaki ni semua sama saja, kalau nak bermadu semua lelaki suka nak beristeri dua.
“Saya cuma nak katakan bukan semua lelaki macam itu. Ramai lagi lelaki yang memilih untuk seorang dah cukup. Saya salah seorang yang macam itu, sebab saya rasa saya tak mampu untuk ada dua orang dalam hidup saya. Seorang itu dah cukup dah untuk saya. Tak perlu ada dua orang. Itu pandangan peribadi saya,”
Ads
Malah, Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan menyifatkan bahawa poligami atau bersikap curang itu adalah pilihan.
“Saya tak setuju sebab saya tak macam itu dan benda ini semua adalah pilihan kita. Ada orang dia nak macam tu (poligami), mungkin dia ada sebab dia. Bagi saya pula, saya tiada sebab untuk saya ada dua atau tiga atau empat orang isteri,” ujarnya.
Menurut Nomron, pandangannya ini adalah disebabkan pengalaman yang dilaluinya di mana berdepan dengan penceraian ibu dan bapanya sejak kecil.
“Mungkin… saya ada sejarah hubungan ibu bapa saya bercerai waktu saya kecil lagi. Krisis rumah tangga diorang berpisah dan saya hidup dalam family yang macam tu. Jadi, saya hidup dengan mak saya sebab tak dapat daripada kasih sayang seorang ayah.
“Saya dapat rasa ada banyak benda yang tak best sepanjang saya membesar. Saya kenal ayah saya dah umur 17 tahun, baru saya jumpa balik. Itupun sebab saya pergi cari dan sepanjang saya membesar saya tak dapat kasih sayang, perhatian dan tak faham apa itu kasih sayang seorang ayah.
“Sampai saya nak berkahwin, nak ada anak pun saya takut. Mampukah saya nak jadi seorang ayah? Sebab saya tak ada ilmu dan tak ada contoh untuk saya belajar,” jelas Namron.
Ads
Sehubungan itu, Namron menganggap isterinya itu adalah kurniaan Allah atas doa yang dimintanya dan berjanji akan menjaga isterinya sebaik mungkin.
“Saya dapat isteri saya ini, Allah bagi sebab saya minta. Saya ada teman wanita tapi putus, asyik tak serasi ja dengan perempuan. Sampai saya minta setiap kali solat untuk bagilah aku seorang perempuan yang mana aku sayang dan cinta dia serta dia juga sama. Minta betul-betul sampai menangis saya minta.
“Tuhan hadirkan isteri saya dalam hidup saya. Saya memang nampak bahawa ini adalah pemberian Allah pada saya sebab saya berjanji kalau saya dapat seorang perempuan seperti yang diminta, saya akan menjaga dia, takkan tinggalkan dia, akan jaga sebaik-baiknya,” kongsinya lagi.
Semoga pandangan Nomron ini membuka mata para lelaki di luar sana yang cuba untuk berpoligami.
Sabar, usaha, doa. Demikian bait-bait nasihat oleh Adam Corrie buat pasangan di luar sana yang masih menantikan kehadiran si kecil dalam rumah tangga mereka.
Pasangan Adam Corrie Lee dan Fazema Mohd Fuad tidak pernah berputus asa biarpun terpaksa menanti 10 tahun sebelum dikurniakan zuriat, Adam Fateh Lee.
Menceritakan pengalaman dan pandangannya yang menanti lama sebelum dikurniakan zuriat, perkongsian Adam Corrie sebelum ini mendapat perhatian ramai. Tak kurang yang tersentuh dengan kisahnya dan isteri sewaktu mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Sempena 12 tahun usia perkahwinan mereka hari ini, ADAM CORRIE berkongsi tip rumah tangga. Semoga bermanfaat buat semua.
12 tahun . Alhamdulillah usia perkahwinan kami dan selamat hari jadi wahai bidadariku puan_fazi_fuad. . Kenal baru 3 hari sudah melamar . Tak sampai 2 bulan dah sah jadi suami isteri .. Alhamdulillah. . Mungkin oleh krn perkenalan yang singkat, Allah bg kami honeymoon 10 thn dahulu , baru Allah hadirkan @adamfatehlee dlm hidup kami.
. Nak tips perkahwinan. Sebenarnya tak ada pon tips. Mcm org lain juga. Bergurau senda selalu , bergaduh pon selalu.. itu mmg lumrah rumahtangga. Proses kenal diri pasangan dan juga sendiri juga. . Yang penting kita tahu tanggungjawab kita. Kalau pasangan kita buat salah, mmg lah kita rasa marah.. tp jgn marah lama2 . Lepas marah tu, buat mcm biasa balik. Tak payah biarkan marah tu berpanjangan. kalau kita buat salah, cepat-cepat minta maaf. . Ungkit mengungkit elakkan. Cakap jgn berkias-kias.. cakap terus terang, pendek tapi padat dan sampai maksudnya.
. Selalulah buat aktiviti bersama. jangan biarkan pasangan keseorangan. Jgn terlalu ambil hati dgn pasangan. kalau nak hubungan perkahwinan itu kekal hingga ke jannah , agama jgn tolak ke tepi… InsyaAllah. . jika kita rasa rumahtangga kita sudah bahagia luarannya tp jika tak solat, tak jaga aurat, tak tunai perintah Alllah & tinggalkan laranganNya pon tak guna.. tiada berkatnya rumahtangga.. . elakkan bandingkan hidup kita dengan orang lain. . elakkan bandingkan pasangan kita garang dengan pasangan orang lain romantik .. kita sedih. . elakkan bandingkan orang lain ada anak, kita pula tak ada anak.. begitulah sebaliknya.
. Setiap org ada kelebihan & kekurangan yang kita tak tahu ceritanya Saling mendoakan itu lebih baik 😊 . Kita lah yang mencorakkan & menceriakan kehidupan kita. Terus bergantung kepadaNya.
jadikan rumahtangga jambatan kita semua ke syurga. insyaAllah aamin allahumma aamin senyum selalu selalu bersangka baik insyaAllah hati tenang
Dalam persahabatan, yang paling sukar untuk ditemui adalah sahabat yang sanggup bersusah bersama dengan kita.
Ketika gembira, kita pasti akan dikelilingi dengan insan-insan yang turut sama bergelak tawa bersama tapi jika berduka, hanya yang benar-benar memahami sahaja akan setia di sisi.
Namun video yang viral baru-baru ini, seakan mengubah persepsi tersebut. Video yang menunjukkan seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) telah di suapkan makanan oleh rakannya.
Apa yang menyentuh hati adalah rakannya itu setia menguapkan ‘corndog’ sehingga kanak-kanak itu menghabiskan makanan tersebut.
Adegan ini telah berlaku ketika waktu rehat di sebuah sekolah rendah. Jelas terlihat kanak-kanak OKU tersebut tidak mampu untuk memegang makanan tersebut sendiri tanpa bantuan dari rakan.
Bagaimanapun, kekurangan fizikal pada dirinya itu dilengkapkan dengan seorang rakan yang berhati mulia, yang sabar menyuapkan makanan kepadanya.
Dari ruangan komen, ramai yang memuji tindakan rakannya itu memandangkan jika rakan lain seusia mereka ini pasti akan memilih untuk bersama rakan sebaya yang lain untuk menikmati waktu makan bersama.
“Mulianya hati awak dik. Terharu tengok awak bantu mudahkan kawan nak makan tu. Sangat istimewa.”
Dalam pada itu, ramai yang memuji didikan ibu bapa kepada pelajar tersebut sehingga membentuk peribadi yang baik dan mulia yang mungkin sukar untuk didapati oleh kanak-kanak sebaya dengannya.
Ramai yang mendoakan kesejahteraan mereka agar berjaya dan mengharapkan persahabatan ini akan terus kekal.
Saban tahun pelakon cantik manis ini tidak ketinggalan untuk turut sama berpuasa di bulan ramadan seperti mana umat Islam yang lain. Malah, Dr Soo Wincci mengakui, tahun ini merupakan tahun kesembilan dia berpuasa.
Menurutnya, apa sahaja yang diniatkan pada bulan Ramadan sering memberikan keajaiban buat dirinya. Malah lebih utama, berpuasa juga menjadi satu rutin diet terbaik dan ada nikmat tersendiri
Dia melihat bulan puasa ini bukan ruang untuk makan apa sahaja tanpa membendung nafsu diri.
“Semuanya bersifat ala kadar. Apatah lagi kita diuji dengan penularan wabak covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.
“Saya tahu dalam Islam sendiri pun amalan berlebih lebihan itu tak digalakkan. Jadi kuncinya bersederhana.
“Kita pun tidak tahu apa kesudahan kepada ujian yang dihadapi ini nanti. Kita mengharap pengakhiran yang baik. Pastinya kita perlu sediakan payung sebelum hujan,” katanya kepada BH Online.
Kata penyanyi lagu Terus Terang itu, dia turut bersyukur kerana puasa kali ini dilalui di Malaysia. Malah pensyarah sambilan ini juga turut mengajak pelajarnya yang bukan beragama Islam untuk mencuba berpuasa dan menjadikan ia disiplin.
“Sejak mula berpuasa sembilan tahun lalu, saya mendapat banyak nikmat dari banyak segi. Ia membuatkan minda saya lebih ringan dan fokus pada perkara penting.
“Saya juga berkongsi mengenai amalan ini kepada pelajar dari seluruh dunia yang bertanya kenapa saya berpuasa. Disiplin berpuasa sangat baik untuk semua dan bukan buat orang Islam saja.
“Paling menggembirakan, kali ini saya dapat berpuasa di Malaysia dan bukannya di Sepanyol. Maklumlah waktu puasa di sana panjang selain makanannya juga tidak sama seperti di sini,” kata pelajar pengajian peringkat doktor falsafah kedua dalam bidang produksi artistik di Sepanyol itu
Wincci turut bersyukur dirinya terkandas di sini memandangkan situasi wabak berkenaan di Sepanyol cukup membimbangkan.
Bekas ratu cantik Miss World Malaysia itu bagaimanapun tetap meneruskan kerjanya sebagai pensyarah dengan mengadakan kelas dalam talian.
“Sepatutnya saya kena balik ke sana semula pada bulan lalu disebabkan banyak kerja perlu diselesaikan. Bagaimanapun, saya terpaksa lupakan hajat disebabkan kes Covid-19 sangat teruk di negara itu.
“Oleh itu, saya putuskan untuk mengajar pelajar saya menerusi kelas dalam talian saja. Saya rancang untuk kembali ke Sepanyol sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat nanti,” katanya.