Baru-baru ini Portal Majalah Pa&Ma di bawah naugan Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah menganjurkan sebuah program Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME di bawah tajaan utama KARIHOME. Program ini telah berlangsung di Park Royal Collection, Kuala Lumpur bermula pada pukul 1:30 petang hingga 5:30 petang.

Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME merupakan sebuah program Tanggungjawab Sosial Korporat yang dilaksanakan bagi meraikan pelajar-pelajar anak yatim yang terpilih daripada Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2. Seramai enam (6) orang pelajar yang merekodkan prestasi yang cemerlang telah menerima sumbangan yang berbentuk wang ringgit beserta hamper istimewa daripada Karihome.

Program Bawakan Senyuman Anjuran Pa&Ma Diserikan Oleh KARIHOME, Meriah Rai Anak Yatim!
Bersama pelajar anak yatim yang terpilih daripada Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2.

Sedondon Raya

Selain itu, portal majalah tersebut bersama Karihome telah mengadakan sebuah peraduan Sedondon Raya Pa&Ma X Karihome bermula 20 April 2023 sehingga 9 Mei 2023. Sebanyak 400 perserta yang telah menyertai peraduan ini dan lima (5) finalis yang terpilih bagi memperagakan baju raya sedondon mereka pada majlis tersebut.

Pemenang pertama telah digalas oleh Nordiana Razali dan memenangi hadiah wang tunai RM1500 beserta hamper dan diikuti oleh pemenang kedua iaitu Nur Hashikin Mohd Alifiah yang memenangi wang tunai RM1000. Manakala pemenang tempat ketiga iaitu Marziana Abd Rashid telah membawa pulang wang tunai RM500 beserta hamper. Pemenang tempat keempat dan kelima iaitu Siti Nurdiyana Nabilah Jaffar dan Ella Sierra masing-masing memenangi wang tunai RM500 dan hamper.

IKLAN
Program Bawakan Senyuman Anjuran Pa&Ma Diserikan Oleh KARIHOME, Meriah Rai Anak Yatim!
Barisan pemenang pertandingan peraduan Sedondon Raya Pa&Ma X Karihome

Wan Erni Liza selaku Editor Pengurusan Group Family & Parenting berkata “Sebelum ini, Pa&Ma, aktif terlibat dengan kerja-kerja CSR. Dan inisiatif CSR kami tidak hanya fokus kepada golongan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal, atau anak yatim tetapi kami juga turut memberikan perhatian kepada pertubuhan dan persatuan lain seperti Anak Autism, Anak Down Syndrome, Pejuang Garis Dua, Kucing Terbiar dan banyak lagi”.

Beliau juga turut menyatakan bahawa program seperti ini dapat menggalakkan pertumbuhan dan mengukuhkan tali silaturahim antara warga kerja portal Pa&Ma dan para pembacanya.

IKLAN

Selain itu, majlis turut meraikan barisan rakan strategik yang senantiasa menyokong perkembangan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat yang dianjurkan oleh portal majalah tersebut. Antara rakan strategik yang hadir bagi menerima penghargaan tersebut adalah Persatuan Kucing Malaysia, Ragad Foundation, KUEH, De Anna Creation dan Joy Design Studio.

Program Bawakan Senyuman Anjuran Pa&Ma Diserikan Oleh KARIHOME, Meriah Rai Anak Yatim!
Bergambar kenangan bersama rakan strategik yang hadir

Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd berkata “Apabila kita memberi, bukan jumlah yang paling utama tetapi adakalanya bantuan yang kecil juga sudah memadai untuk membuatkan orang yang menerima itu tersenyum.”

IKLAN

Semua Orang Harus Tersenyum

Berpegang pada misi dan visi SEMUA ORANG HARUS TERSENYUM maka Pa&Ma, menjadikan BAWAKAN SENYUMAN sebagai sebuah program yang memberi manfaat kepada semua golongan yang memerlukan tanpa mengira tua atau muda, bangsa mahupun agama.

Tambah Syamil lagi “Terima kasih diucapkan kepada pihak KARIHOME kerana turut sama menyumbang dan memeriahkan lagi program yang amat bermakna ini. Sumbangan seperti ini dapat memberi laluan kepada kami untuk mengadakan lebih banyak inisiatif seperti ini pada masa yang akan datang.”

Program Bawakan Senyuman Anjuran Pa&Ma Diserikan Oleh KARIHOME, Meriah Rai Anak Yatim!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI