Suami yang romantik ni, kadang tanpa isteri minta pasti ada yang mereka bawa pulang ke rumah setelah habis pulang dari kerja atau sesuatu tempat. Tidak kiralah nilainya atau apa barangannya, pasti dihargai oleh si isteri walaupun hanya makanan.
Baru-baru ini, usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi satu video mengenai pemberian seutas gelang jenama mewah daripada suaminya, pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz tatkala baru saja pulang dari solat Jumaat.
Video tersebut dimuat naik menerusi akaun TikTok rasmi milik Neelofa dan menurutnya di dalam video tersebut, ini bukan kali pertama suaminya membuat kejutan seperti tersebut. Malah, dia juga mendakwa suka menonton video kejutan suami buat isteri yang lain yang ada di sosial media.
Ads
“Kisah hari ini, suami balik dari solat Jumaat bawa balik hadiah. Terkejut, terharu, happy, syukur dan semua perasaan yang baik-baik Alhamdulillah,” ujar Neelofa.
@neelofaMoga Allah sentiasa bagi berkat dalam limpahan rezeki suamiku & mudahkan setiap kerja yang dilakukannya 🤲🏼
Selain dari kejutan yang dibuat oleh PU Riz di dalam video tersebut, perkara lain yang menjadi perhatian adalah komen-komen pengikut Neelofa yang masing-masing tidak kalah mencertakan pengalaman mereka apabila suami pulang dari solat Jumaat.
Yang paling menjadi tumpuan apabila komen-komen tersebut dibalas oleh Neelofa sendiri yang juga terhibur dengan komen dan gelagat suami lain di luar sana.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Akhirnya tamat sudah drama yang buat orang ramai trigged kebelakangan ini, iaitu ‘Aku Tanpa Cintamu’.
Bila sebut je nama Adam, semua orang pasti akan menyampah dengan watak yang dipegang oleh pelakon Zamarul Hisham itu. Mana tidaknya, wataknya yang panas baran, kaki pukul dan mahu orang mendengar katanya sahaja itu membuatkan orang ramai geram dengan wataknya.
Namun, hakikatnya orang ramai perlu sedar, sebenarnya ada individu seperti ini di luar sana. Cumanya tak berlaku di depan mata kita sahaja. malah, orang sebegini sebenarnya tergolong dalam individu Nascissist iaitu Narcisstic Personality Disorder. Nak tahu lebih lanjut? Jom ikuti perkongsian dari Jannah Ithnin ini.
Siapa layan drama ni?
Pandaikan dia manipulate orang lain untuk tutup kelemahan diri.
Nak tau inilah ciri² individu NARCISSIST (NARCISSTIC PERSONALITY DISORDER)
1. Berasa diri sendiri lebih penting
2. Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Sebagai contoh, kerap berasa lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih berjaya dan lebih berkuasa daripada orang lain
3. Rasa bahawa diri sendiri adalah seperti golongan atasan dan hanya layak bergaul dengan golongan tersebut sahaja
Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain
4. Rasa mempunyai hak walaupun tidak mempunyai hak ke atas sesuatu
5. Sanggup untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai tujuan dan matlamat peribadi
6. Kurang memahami individu lain atau kurang bersifat empati dalam memahami perasaan atau apa yang dilalui individu lain
7. Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain
8. Ingin diiktiraf atau dikenali ramai
9. Kerap menyatakan mengenai pencapaian dan bakatnya kepada orang lain
10. Mengawal perbualan dan seringkali perbualan tersebut hanya berkenaan pencapaian dan kehebatan dirinya
Kelemahan individu NARCISSIST ini
1. Mudah berasa tersinggung jika tidak melibatkan dirinya dalam sesuatu perkara
2. Sukar mengawal emosi dan perasaan
3. Sukar menerima kritikan daripada orang lain mengenai dirinya
4. Kerap berasa tidak selamat atau insecure terhadap sebarang perkara yang boleh merendahkan dirinya
Kebanyakan individu narsisistik tidak menganggap bahawa diri mereka sedang mempunyai masalah atau gangguan.
Dengan itu, mereka tidak mendapatkan rawatan atau pertolongan daripada pakar psikologi atau mendapatkan khidmat kaunseling.
Jika anda atau orang yang anda kenali mengalami gangguan ini, dapatkan bantuan profesional bagi mengurangkannya atau mengawalnya.
Umum mengetahui, penyanyi nombor satu negara bakal melahirkan bayi keduanya tidak lama lagi.
Dalam satu perkongsian, Dato Seri Siti Nurhaliza Taruddin memberitahu bakal bersalin pada awal ramadan ini.
Berita itu dikongsikan ketika ditemui dalam majlis pelancaran Wafer Emas Edisi Khas Jubli Siti 25 tahun dengan kerjasaam YaPEIM Gold bertempat di Muzium Kesnian Islam baru-baru ini.
“Insya-Allah jika tiada aral, ini adalah acara terakhir saya hadiri sebelum bercuti panjang sebelum melahirkan anak kedua saya yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Saya dijangka akan melahirkan bayi pada awal ramadan,”ujarnya dalam satu laporan oleh Astro Gempak.
Ditanya perasaaannya kini yang akan menempuh sekali lagi proses bersalin, ujar ibu kepada siti Aafiyah ini, seperti mana wanita lain dia juga turut berdebar.
“Semua wanita mempunyai pengalaman yang sama untuk menempuh proses bersalin. begitu juga saya. Walaupun ini kali keduia namun perasaan gementar itu sama seperti yang saya alami ketika melahirkan Aafiyah.
Siti kini sedang sarat hamil anak kedua dan dijangka bakal berehat panjang sehingga selamat melahirkan bayi lelaki seperti yang dikongsikan sebelum ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai yang suka bercucuk tanam, namun untuk memastikan pokok-pokok sentiasa subur itulah cabarannya.
Ada yang sanggup berhabis membeli bahann-bahan untuk memastikan pokok sentiasa ‘sihat’ tanpa serangan serangga perosak.
Bagaimana pun ada yang tidak menjadi. Melalui perkongsian ini menarik untuk dicuba. Lelaki ini, Azuan Abdullah menerusi facebooknya menunjukan cara untuk membuat racun organik. Hanya mengunakan bahan-bahan masakan aje.
Ikuti perkongsian beliau
Mesti ramai yang stress kan bila pokok cili jadi kerinting. Tiba-tiba je semangat berkebun boleh jadi down teruk! Mungkin ada yang tak tahu, macam mana pokok cili boleh jadi kerinting?
Ada 4 jenis perosak yang boleh menyebabkan pokok cili jadi kerinting
1. Thrip 2. Afid 3. Lalat putih 4. Hamama
Semua perosak ini akan hisap cecair pada pucuk/daun cili dan ini menyebabkan pokok cili kita jadi kerinting. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan pokok cili dijangkiti penyakit virus. Ini yang paling seram.
Bila pokok kena virus, tak akan ada pucuk baru yang tumbuh. Bila tak ada pucuk baru tumbuh, bunga pun tak ada. Bila bunga tak ada, macam mana buah nak ada kan.
Bila buah tak ada, kita pun jadi stress. Bila kita stress, ngan pokok-pokok kita cabut. Wuaaa..
Jangan panik dan risau ya sahabat. Sebenarnya, kita boleh cegah pokok cili daripada jadi kerinting. Caranya guna racun organik buatan sendiri. Kami panggil “Instant Control”.
Kiranya instant control ni la senjata utama saya untuk mencegah pokok cili dirumah daripada jadi kerinting.
Semua perosak tersebut sangat takut dengan cecair oren ni. Pecah perut dan kekeringan la tubuh mereka bila kena cecair ni.
Ianya sangat bagus dan berkesan. Ramai sahabat yang nak beli, tapi saya tak jual. Sebabnya sahabat boleh buat sendiri je.
Caranya sangat mudah. Guna bahan-bahan yang ada didapur rumah kita je. Bahan-bahan tersebut adalah
Ini bahan-bahan yang digunkaan.
1 kg bawang putih @ 1 bahagian 1 kg cili padi @ 1 bahagian 1 ketul sabun buku cap buruh/kapak 10 liter air @ 1 bahagian
Pastikan bawang putih dibuang kulit ya.Masukkan bawang putih ke dalam blender. Isikan air secukup rasa (air diambil dari stok 10 liter).
Blender sampai hancur.
Tapis bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Kita labelkan bekas tu sebagai Bekas A. * Ulang blender dan tapis hingga bawang putih habis.
Masukkan cili ke dalam blender. Tangkai tak perlu buang ya. Tambah air secukup rasa (air diambil dari stok 10 liter)
Blender sampai hancur.
Tapis dan masukkan kedalam bekas. Kita labelkan bekas ni sebagai Bekas B.
* Ulang proses blender dan tapis hingga cili padi habis.
Ricik sabun buku halus-halus. Tujuannya supaya nak cepat hancur bila kita rebus nanti.
Masukkan air ke dalam periuk (air dari stok 10 liter) Panaskan air hingga mendidih.
Bila air dah mendidih, masukkan semua sabun tadi. Kacau hingga semuanya hancur.
Bila dah hancur. Tuangkan air sabun tadi ke dalam bekas C. Tambahkan baki air (daripada 10 liter, jika ada).
Tuangkan semua cecair bawang putih dari Bekas A ke dalam Bekas C.
Tuangkan semua cecair cili api dari Bekas B ke dalam Bekas C.
** Proses campuran ini kena cepat sebab larutan sabun akan jadi pekat dan keras bila dah sejuk dalam keadaan kepekatan yang tinggi.
Kacau campuran tadi hingga sebati.
Yeay.. Dah siap “carrot susu” ni. Boleh guna terus ya, tak perlu nak peram bagai.
Untuk simpanan, letak ditempat redup dan terlindung daripada cahaya matahari. Boleh tahan 6-12 bulan.
Gambar yang dilihat dibawah mikroskop. Afid @ kutu daun jadi pecah perut dan kering.
Kredit kepada Sifu saya, Tuan Ahmad Saif. Beliau yang buat pemerhatian ini.
Cara guna pada pokok timun.
20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut kuantiti air.
Boleh juga dicampurkan bersama dengan
Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air.
Tambahkan 2 ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat
Sembur 1 minggu sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3 hari direct.
Cara guna pada pokok cili
20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut kuantiti air.
Boleh juga dicampurkan bersama dengan
Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air.
Tambahkan 2 ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat
Sembur 2 hari sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3-5 hari direct.
Cara guna pada pokok limau kasturi.
20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut kuantiti air.
Boleh juga dicampurkan bersama dengan
Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air.
Tambahkan 2 ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat
Sembur 1 minggu sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3 hari direct.
Malaysia mencipta sejarah di Olimpik Matematik Antarabangsa 2026 apabila menembusi kelompok 20 terbaik dunia dengan satu pingat emas, tiga perak, satu gangsa serta rekod baharu 142 mata.