Sup yang satu ini jika sesiapa pernah pergi makan di kedai makanan Cina Muslim mesti pernah menikmatinya. Enaknya sup ini hingga ada yang tidak mahu makan nasi hanya untuk menghirup keenakan rasanya. Lain tidak bukan, sup yang dimaksudkan adalah Shark Fin Sup.
Mungkin dek kerana enaknya sup tersebut ada yang membayangkan ia begitu sukar untuk disediakan. Pun begitu hakikatnya cukup mudah disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas namun rasanya setanding seperti makan di restoran terkemuka.
Jadi buat yang ingin mencuba menu ini untuk dinikmati bersama keluarga, bolehlah buat mengikut resipi yang dikongsikan oleh Melon Tay II ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan
*Crabstick
*Cendawan
*Suhun -sedikit
Kicap lemak-2 sudu
Kicap pekat -setengah sudu
Lada hitam- setengah sudu
Minyak bijian-setengah sudu
Cuka-setengah sudu
tepung jagung
-telur sebiji
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bila buat sendiri kuih lapis, barulah puas hati boleh makan banyak-banyak dan tidaklah berebut. Malah macam-macam warna kita boleh buat, ikut citarasa. Selapis demi selapis dibuat nampak cantik sempurna.
Tapi itu semua nampak mudah bila sudah biasa dan tahu cara untuk memasak kuih lapis tersebut. Namun bila kali pertama ingin mencuba , tentu merasakan agak sukar untuk mendapatkan lapisan demi lapisan adunan yang cantik bentuknya apatah lagi rasanya.
Sebenarnya, tidaklah susah mana pun jika anda ikut cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Mizah Ngatiman ini. Cukup lengkap tips yang diberikan dari mula buat bancuhan hingga kuih siap untuk dipotong.
Jadi tunggu apa lagi, jom kita sediakan kuih lapis untuk menu pencuci mulut untuk keluarga hasil dari air tangan sendiri.
RESEPI KUIH LAPIS LEMBUT BERSAMA TEKNIK DAN TIPS YANG BETUL
Seringkali kita takut nak cuba buat kuih talam kukus terutama yang basic macam ni kuih lapis. Namun, kalau buatnya menjadi separuh loyang laju je dihadap. Nak membuatnya pun kena sabar. Lapis satu persatu kemudian kena dibiarkan sejuk. Seeloknya buat malam kita potong esok paginya untuk hidangan sarapan
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Musim durian kini sudah sampai ke penghujungnya. Maka tidak hairanlah jika dilihat di sana sini semakin berkurangan tidak semeriah awal bulan Julai yang lalu. Dan pastinya juga buat peminat durian sudah puas menikmati durian dengan pelbagai rasa dan jenisnya.
Selain durian enak dimakan begitu sahaja, tidak dinafikan menikmati tempoyak juga menjadi kesukaan ramai antara kita. Lebih-lebih jika dibuat sambal tempoyak, aroma dan rasanya cukup menyelerakan.
Istimewanya tempoyak yang dihasilkan daripada isi durian ini, ianya boleh disimpan hingga bertahun lamanya. Jadi peminat tempoyak tidak akan bimbang bila terasa teringin makan tempoyak walaupun bukan di musim durian.
Memandangkan masih ada saki baki musim durian, dan tidak menyukarkan ibu-ibu mendapatkan durian, ayuh kita buat tempoyak untuk simpanan sendiri.
Menurut Pak Tam ni cara buat tempoyak di rumah yang sering dibuat untuk pastikan bertahan lama.
1. Pilih isi durian yang molek sahaja.
2. Masukkan isi durian itu ke dalam bekas.
3. Gaul rata dengan sedikit garam.
4. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Ini proses peram.
5. Sekurang-kurangnya selepas 2 hari, tempoyak sudah boleh dimakan.
Dan ini pula cara yang lebih detail yang dikongsikan oleh Nielay Husna dan dikatakan inilah rahsia untuk lebih sedap rasa tempoyaknya. Jom semak.
Langkah pertama :
Nak buat Tempoyak kena guna durian. Durian paling baik ialah durian tuang, durian daun @ hijau dan durian berduri panjang. Payah dah nak dapat durian jenis itu. Nak guna durian kampung seperti durian kunyit, durian kucing tidur, durian pangsa atau durian hutan boleh jugalah. Cuma tidaklah sesedap durian kelompok pertama tadi. Nak guna durian klon seperti klon D24 atau Musang King boleh juga. Yang penting durian yang dipilih itu durian segar bukan durian buruk bontot atau durian yang sudah masam baunya.
Langkah kedua :
Bila dah dapat durian segar, berus dulu kulit luar dengan berus. Buang semua hana, pasir dan habuk. Bila dah bersih, baru dikopak pangsa durian. Keluarkan isi durian menggunakan sudu yang bersih dan letakkan ke dalam besen yang kering.
Langkah ketiga :
Asingkan isi durian dari biji durian menggunakan sudu dan garfu. Jangan tujah garfu ke biji durian. Ini mengelakkan air pahit dari biji durian meresap ke isi durian. Kikis isi durian dari biji durian dengan cermat. Jangan asingkan usi durian dari biji durian menggunakan jari jemari kerana boleh memasamkan isi durian. Setiap jari jemari mengeluarkan enzim penghadaman.
Langkah ke empat :
Isi durian yang selesai diasing dari biji dimasukkan ke tapis plastik. Tabur sedikit garam kasar atas isi durian itu. Tapis itu diletakkan ke dalam besen. Perap semalaman @ 10 jam supaya air masam turun ke besen.
Langkah ke lima:
Selesai diperap, masukkan isi durian ke dalam balang botol. Setiap tiga inci ketinggian isi durian di balang botol itu, taburkan secubit garam kasar. Pada kadar dua inci sebelum penuh balang botol itu, berhenti mengisi isi durian. Tabur secubit garam kasar di atas isi durian. Jika isi durian dimasukkan separas mulut balang, isi durian akan meleleh keluar akibat tekanan gas dari dalam bakang botol.
Langkah ke enam :
Tudung balang botol biarkan sahaja pada mulut botol selama 10 jam. Usah ditutup kemas. Biarkan gas durian keluar perlahan-lahan. Selepas sepuluh jam, tutup kemas tudung balang botol itu dan simpan dalam peti ais.
Ekstra Tip
Apabila menggulai tempoyak ikan, ayam, ikan sadin, daging; masukkan secukup cili api, kunyit dan daun kesom. Reneh gulai itu dengan api yang sederhana. Gulai asam tempoyak perlu dirampai dengan terung, ubi atau petai. Gulai itu pula lebih sedap dimakan setelah sejuk.
Begini pula cara puan Sarina Mohd Som menghasilkan tempoyak dan ianya juga turut dikongsi di fb Via MAHN. Katanya, “Lain orang lain caranya, lain negeri lain juga kaedahnya. Asalkan jadi tempoyak, mana-mana pun boleh.”
Proses pembuatan tempoyak.
1. Keluarkan durian dari ruangnya.
2. Keluarkan isi dari biji, campurkan dengan sedikit garam kasar.
3. Tapis semalam. Tutup elak semut dan lalat.
4. Proses penapisan untuk mengelakkan tempoyak menjadi masam.
5. Selepas semalaman, masukkan dalam botol. Jangan tutup rapat khuatir meletup.
6. Jika isi durian tidak lagi menggebu seperti seolah-olah dicampur dengan yis. Boleh tutup rapat botol dan simpan dalam peti sejuk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Bahan yang digunakan tak banyak malah cara membuatnya juga cukup mudah.
Jom cuba Puding Karamel hasil perkongsian dari Mimiey Zuhaa. Selamat mencuba!
Ni dia puding caramel tanpa telur & tanpa perlu kukus.. Alhamdulillah membentuk dengan elok dan jayanya.. Biasa puding caramel letak telur bau hanyir kan.. So boleh la cuba resepi ni nanti.. Yang tak boleh makan mesti boleh makan, budak-budak pun sukaa..
Bahan gula caramel:
¼ cawan gula
3 sudu besar air
Bahan puding:
1 paket agar-agar(10gm)
4 cawan air
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat
¾ cawan gula(nak manis lagi letak 1 cawan)
3 sudu tepung kastard
1 sk esen vanila
Cara membuat:
1.Panaskan gula dan air di dalam loyang dengan api perlahan sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Ketepikan dulu.
2.Satukan kesemua bahan untuk puding didalam periuk dengan api perlahan.
3 Biarkan ia larut dan tidak berketul.
4 Setelah adunan sedikit pekat boleh tutupkan api.
5.Tapis adunan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam loyang berisi caramel tadi.
6.Selepas siap tuang ke dalam loyang bolehlah masukkan kedalam peti selama 2-3jam atau betul² adunan puding jadi keras.
7.Apabila dah keras bolehlah potong , hidang dan makan sejuk²
Sesuai untuk dihidangkan bila tetamu datang Mudah,ringkas dan cepat kan. selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.