Rahsia cantik sebenar, selain datangnya daripada penjagaan wajah, penampilan diri dan kesihatan tubuh badan, pemakanan yang sihat dan cukup nutrisi merupakan elemen utama untuk tampil cantik luar dan dalam.
Makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kunci kepada rahsia tubuh yang cantik dan sihat. Buah misalnya memang banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita.
Beberapa buah dan sayur yang dikenal pasti punya banyak kelebihannya buat tubuh lebih sihat dan cantik luar dalam. Rugi kalau tak makan buah dan sayur ni!
1. Oren Pembekal Folate
Pertubuhan Jantung Amerika pada satu persidangan mengenai tekanan darah tinggi membuktikan golongan muda dan remaja amat memerlukan asid folik untuk kecantikan dan kesihatan tubuh.
Remaja yang mengambil jumlah asid folik dengan mencukupi dapat menurunkan risiko menghidap tekanan darah tinggi.
Buah oren merupakan sumber terbesar folate yang bukan hanya berupaya menurunkan risiko tekanan darah tinggi malah juga membekalkan nutrien yang baik untuk kesihatan kulit.
Malah, diet tanpa asid folate setiap hari akan berisiko tinggi menghidap kanser. Jadi cegahlah kanser dan miliki kecantikan dalaman yang baik dengan sebiji buah oren segar setiap hari.
Ads
2. Khasiat Sayuran Hijau
Sayuran hijau mengandungi jumlah nitrogen yang berupaya mencegah sel-sel dalam badan kita daripada berkembang menjadi kanser yang merbahaya.
Malah sayur-sayuran hijau seperti sawi, kangkung dan bayam juga mengandungi beta-carotene dan serat tersendiri yang baik untuk tubuh. Malah serat ini juga baik untuk sistem penghazaman makanan dalam tubuh.
3. Peria tinggi khasiat
Buah peria atau nama saintifiknya ‘Momordica charantia’ merupakan sayuran yang cukup tinggi khasiatnya. Biarpun rasanya pahit namun khasiatnya berganda pada tubuh.
Buah peria mengandungi zat dan vitamin yang tinggi. Antara zat yang terkandung ialah protein, karbohidrat, lemak, serabut, kalsium, zat besi, fosforus, kalium, natrium, karotenea beta, vitamin B1 dan B2. Kandungan zat dan vitamin ini boleh diperolehi setiap kali mengambil 100 gram peria.
Ads
4. Buah naga tingkatkan daya tahan
Tidak rugi jika anda mula menggemarinya kerana mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah naga dengan isinya yang merah mempunyai banyak khasiat.
Buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.
Malah buah ini juga dikatakan cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.
Kajian menunjukkan buah naga merah ini amat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.
5. Bayam bantu masalah anemia
Bayam merupakan makanan pilihan untuk membantu kekurangan darah anda. Bayam yang kaya vitamin A, C dan E ini juga mengandungi zat besi yang tingi seperti kalsium, potasium, magnesium, mangan dan zink.
Ads
Bayam mampu membekalkan zat besi yang diperlukan bagi membantu membekalkan darah yang kurang. Kerana itulah ia paling disarankan untuk penghidap anemia.
Selain dimasak rebus, bayam juga boleh dipelbagaikan dengan minum air kisarannya atau dimasak seperti biasa tanpa menghilangkan zat-zatnya.
6. Anggur pembekal kolagen tinggi
Tak perlukan suntikan, cukup hanya dengan makan anggur. Anggur merupakan pembekal kolagen tinggi untuk kulit sihat.
Bukan hanya buah malah minyaknya yang kaya dengan OPC (Oligomeric Proantho Cyanidin) mengandungi bahan antioksida dan unsur semulajadi yang begitu penting untuk kesihatan tubuh.
Di dalamnya juga terdapat bahan semula jadi dan tidak bertoksid. OPC juga kaya dengan protin terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama dalam pembentukan sel dan tisu.
Malah kesan OPC ini juga berfungsi 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C untuk mencantikkan dan menggalakkan pembaikan dan pembentukan tisu.
Dengan fungsi yang begini hebat, mengapa harus anda memilih untuk sakit dengan menyuntik setiap bulan? Tepuk dada tanyalah apa yang terbaik untuk diri anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap akan dijemput-Nya. Tapi tak tahu bila. Ingatlah bahawa mati itu terlalu hampir dengan kita.
Justeru sudah pastinya mempersiapkan diri dengan melakukan amalan ibadah, sedekah dan amalan kebaikkan serta mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.
Namun, bagi yang mempunyai harta, tidak salah untuk memudahkan urusan waris setelah ketiadaan kita nanti. Salah satunya dokumen-dokumen penting untuk digunakan berkaitan dengan pelbagai urusan.
Menarik dengan perkongsian wanita ini apabila menyediakan 10 jenis file yang diasingkan mengikut kategori.
Nak tahu caranya, jom kita lihat untuk dijadikan panduan.
1. DOKUMEN PENTING 2. AKADEMIK 3. KERJAYA 4. RUMAH 5. KENDERAAN 6. PINJAMAN 7. TAKAFUL 8. KESIHATAN 9. FARAID 10. SULIT DAN PERSENDIRIAN
Alhamdulillah, bercinta nak siapkan projek ni. Finally, complete jugak. Untuk kali pertamanya setelah 12 tahun kahwin, baru tengok sijil kelahiran suami dan sijil spm degree dia semua. Sebelum ni tak pernah ambil tau pun mana letak duduknya.
Motivasi untuk siapkan semua filing ni tak lain tak bukan kerana MATI ITU PASTI, HIDUP INSYALLAH. Kalau meninggal seorang, pasangan boleh handle lagi, itu pun susah jugak kalau taktau list hutang, pinjaman, aset, password bagai. Kalau meninggal serentak, kesian kat waris nak uruskan.
Tapi dok minta doa sentiasa, moga Allah panjangkan usia kami untuk melihat anak-anak membesar dan berdikari. Amin
Langkah pertama, fail mesti seragam. Jangan rembat je fail mana kosong. Beli kat shopee ni murah je. Ada free shipping lagi. Sheet protector tu penting untuk isi personally bahagian dalam.
Tulang dan muka depan, boleh order dari link di bawah. Design dan print baru RM5/set. Sila lah order. Kalau label tak cun, tak semangat nak buat filing tau. Haha. Printing service Tuan Anwar
Senarai dokumen
1) Dokumen penting
Sijil kelahiran
Sijil kursus pra-perkahwinan
Daftar nikah (lelaki & perempuan)
Passport
Salinan IC
2) Akademik
Sijil UPSR / PMR / SPM / STAM
Transkrip ijazah
Tawaran KPLI
Diploma pendidikan (cikgu memang pelik sikit, dah ada ijazah baru ambil diploma)
Sijil lain (UCCI cert, induksi, BTN)
Sijil kecemerlangan anak-anak
3) Kerjaya
Surat tawaran pelantikan
Pengesahan penempatan dan lapor diri
Surat pengesahan pelantikan
Surat sah perkhidmatan
Surat skim pencen
Cuti tanpa gaji
Markah penilaian prestasi
Surat pertukaran
Sijil APC
Surat kenaikan pangkat
4) Rumah
Deed of assignment
Sale and purchase aggrement
Pajakan negeri
Deed of mutual covenants
Utiliti (mana-mana yang penting untuk disimpan. Boleh juga simpan online)
5) Kenderaan
Geran kereta
Rekod pembayaran
Rekod servis
6) Pinjaman
Pinjaman perumahan
Pinjaman peribadi
ASBf
7) Takaful
Takaful hayat
Takaful perubatan
Cuepac care
SSPN-i
Koperasi guru
8) Kesihatan
Rekod antenatal ibu
Buku kesihatan anak
Rekod kemasukan ke hospital
Discaj summary
Laporan perubatan
9) Faraid
Salinan sijil kelahiran / kematian waris
Salinan IC dan sijil kelahiran
Salinan sijil perkahwinan dan kad perakuan nikah
10) Sulit dan persendirian
URL, login dan password semua media sosial, akaun bank, urusan kerja dan lain-lain
Nama dan nombor telefon ejen (takaful, Unit Trust, Public Mutual, ASBF) untuk dihubungi
Senarai pendapatan dan perbelanjaan terkini
Hutang atau ada duit kelab (dan lain-lain) yang kita pegang
Boleh dipraktikan untuk kegunaan ketika kecemasan supaya mudah untuk waris uruskan apa yang sepatutnya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak tak nak inilah realitinya, ramai yang susah ketika ini dan masih tertanya-tanya bilakah kita semua akan keluar daripada kemelot pandemik covid-19. Apa yang jelas, dalam kegelisahan melalui hari-hari mendatang ada sebahagiannya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Lantaran itu, setiap antara kita perlu lebih prihatin untuk sama-sama membantu di antara satu sama lain. Ini seperti mana pepatah Melayu ada menyebut, berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Bila kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita pula.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim)
Berkongsi kisah berkenaan tolong-menolong dan mempermudahkan urusan orang lain di laman facebook, seorang guru yang dikenali sebagai Muhammad Yusof berkongsi nukilannya. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi untuk kita semua sama-sama melakukan banyak kebaikan untuk membantu orang disekeliling kita.
Mempermudahkan Urusan Orang
Masa saya tengah angkat beras tadi, ada sorang pak cik datang kat saya. “Banyak lagi ke dik beras?”. Saya ingat dia nak beras. Saya pun bagi dia satu beg beras dan barang dapur. “Eh bukan dik. Pak cik tak nak. Pak cik tengok adik dok angkut beras banyak ni pak ingat nak tolong angkat sekali. Adik ada buat bantuan ya? Pak cik nak bagi duit pak cik tak mampu, tapi kalau tolong adik sikit-sikit ni bolehlah..”.
Allah, Allah pak cik ni buat saya terharu petang tadi.
Dalam masa lockdown ni sebenarnya, kita kena belajar ‘mempermudahkan’ urusan orang lain, macam yang pak cik ni buat.
Kalau kita jadi suami, kita ‘permudahkanlah’ segala urusan isteri dan keluarga kita.
Jika kita jadi isteri, kita usahalah untuk ‘permudahkan’ urusan suami dan anak-anak kita.
Jika kita jadi kakak atau abang, kita ‘permudahkanlah’ urusan adik-adik kita yang mungkin tengah struggle masa pkp ni.
Kalau kita jadi bos, kita ‘permudahkanlah’ urusan pekerja-pekerja bawah kita.
Kalau kita jadi cikgu, kita ‘permudahkanlah’ pdpr anak-anak murid kita.
Kalau kita jadi orang kaya, kita ‘permudahkanlah’ urusan kita untuk bantu orang miskin yang memerlukan.
Kalau kita ada rezeki lebih sikit, kita ‘permudahkanlah’ untuk bantu beli barang-barang kat peniaga tepi jalan atau mana-mana peniaga yang sedang terkesan masa pkp ni.
Kalau kita order food panda atau grab food, kita ‘permudahkanlah’ urusan mereka dan berilah mereka tips sikit.
Kalau kita jadi seorang jiran, kita ‘permudahkanlah’ bantuan kepada jiran-jiran setempat yang memerlukan.
Kalau kita jadi pihak yang berautotiti, kita ‘permudahkanlah’ dan percepatkanlah urusan bantuan kepada yang amat-amat memerlukan sekarang.
Pendek kata, tak kira siapa pun kita, cubalah untuk ‘mempermudahkan’ segala urusan orang lain. Kelak satu masa nanti Tuhan akan ‘mempermudahkan’ urusan kita bila kita sempit, InsyaAllah.
Sebelum saya balik, pak cik tadi datang ketuk pintu kereta saya. ‘Dik, pak cik tak tau nak sedekah apa. Ni pak cik ada air bersih banyak dalam kereta. Adik gunalah buat basuh tangan ke apa ke ye..’
Saya tak terkata apa. Terharu saya. Moga Syurga buatmu pak cik. Ni saya sertakan botol air paip yang pak cik ni bagi kat saya. Nanti ada orang kata saya reka cerita pulak.
Meninjau di ruangan komen, ramai antaranya tersentuh hati membaca kisah yang dikongsikan ini. Bahkan ramai mendoakan agar urusan cikgu ini untuk membantu lebih ramai yang susah dipermudahkan.
Sayur hijau ini bukan sahaja enak dimakan malah ia juga sangat bermanfaat untuk kesihatan diri. Antaranya adalah membantu merawat kencing manis dan selain mengekalkan keremajaan kerana sayur bendi mengandungi antioksidan.
Pengguna Facebook, Mayee Nazrich berkongsi khasiat kacang bendi setelah melihat seorang datuk berusia 86 tahun masih kuat dan cergas mengerjakan hasil tanaman. Ini rahsianya yang perlu anda tahu dan cuba untuk kekal sihat dan cergas.
Atuk 86 tahun tapi masih kuat
Atuk ini mampu mengerjakan hasil ternakan dan ladang seluas 5 hektar. Malah, dia juga tiada sebarang penyakit sejak mengamalkan minuman air rendaman bendi sejak berusia 30 tahun lagi.
Mudah je caranya
Juga dapat melembutkan kulit
Mengurangkan kekejangan sendi
Banyak khasiat dan kelebihan pada kacang bendi ini dan tidak ramai antara kita yang tahu terdapat 16 keistimewaan kacang bendi.
untuk tujuan ini, anda hanya memerlukan 2 batang bendi dihiris kecil dan direndam dalam air putih. Amalkan dalam masa 2 minggu untuk melihat kesan yang menakjubkan.