Rahsia muda jelita bukan hanya datangnya daripada pemakaian produk yang mahal dan berjenama tetapi bagaimana kita menjaga tubuh menjadi lebih sihat dan bertenaga. Bila sihat dan bertenaga barulah kecantikan boleh dizahirkan di luarannya.
Cantik luar dan dalam, barulah kecantikan makin jelas kelihatan. Mengamalkan pemakanan yang dapat membantu tubuh terasa lebih kuat dan sihat antara
makanan yang mampu membuatkan tubuh awet muda. Antara salah satunya adalah mengamalkan air rebusan herba-herba.
Amalan minum air rebusan daun pandan dan halia yang dikongsikan oleh Ros Niza di facebook ini merupakan amalan yang dilakukan olehnya sebagai rahsia awet mudanya sejak dulu.
Tak hanya awet muda, malah dapat kempiskan perut dan buang angin dalam badan. Bonus bagi seluruh tubuh. Jom ikut langkahnya.
PETUA AWET MUDA
Ads
Bahan-bahan:
Halia
Daun Pandan
Gula Batu
Air secukupnya
Caranya:
1. Basuh daun pandan bersih dan hiris kecil.
Ads
2. Rebus bersama halia dan gula batu dengan air mencukupi.
3. Apabila mendidih, tapiskan airnya dan sejukkan seketika.
Ads
4. Bolehlah diminum.
Air rebusan ini dapat mengempis perut, hilangkan lenguh-lenguh badan, buang angin dalam badan dan mengecutkan peranakan untuk wanita. Amalkan minum dua kali setiap hari. Saya selalu buat ni, sedapp…kembali dara u…hihi.
Selamat mencuba.
Sumber: Ros Niza
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak kita, acuan kita. Ajari dan didik mereka dengan kasih sayang tapi dalam masa yang sama kena ada ketegasan dan pastikan mereka ikut arahan.
Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja. Dan paling ditakuti, bertukar menjadi anak derhaka, yang dimurkai oleh Allah S.W.T. itu yang cukup kita bimbangkan.
Nak manjakan anak tak salah, tapi jangan keterlaluan sehingga anak boleh ‘pijak kepala’.
Perkongsian oleh saudara Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan untuk semua. Semoga bermanfaat. Ubah sebelum terlambat.
5 Tanda Anak Kita Dah Mula Jadi Raja Kepada Mak Ayahnya.
Banyak sangat yang saya jumpa mak ayah yang dikawal oleh anaknya tanpa dia sendiri sedari. Ni tanda-tandanya bila anak dah mula naik kepala dan jadi raja pada mak ayahnya :
1. Mak ayah mula jadi overprotective
Anaknya tak boleh disentuh dan taknak anak susah langsung! Sifat melindungi ni bagus sebab itu memang fitrah mak ayah yang Tuhan dah bagi tapi kalau dah melampau sangat tu namanya Helicopter Parenting. Anak yang datang daripada Helicopter Parents ni biasanya akan jadi manja melampau, tak pandai berdikari dan mudah mengalami masalah cemas ( anxiety ) bila dah dewasa nanti.
2. Mak ayah tak pernah cakap TAK BOLEH kat anak
Semua benda mak ayah tu terpaksa tunaikan sebab anak meragam tak berhenti bila permintaan tak ditunaikan.Padahal sifat meragam tu muncul sebab anak dah tahu dah bila meragam je mak dan ayahnya akan kalah dan tunaikan permintaannya.
3. Mak ayah bagi je semua makanan yang anak minta
Mak ayah tu dah tak boleh bezakan antara real food dan jajan. Semua makanan yang tak sihat mula memenuhi peti ais rumah masing-masing kerana mak ayah tu tak mampu tolak kemahuan anak-anak. Padahal jajan tu penuh dengan kalori tetapi kosong nutrisi.
4. Mak ayah tak boleh dengar anak menangis
Mak ayah tu jadi gelabah dan gelisah sangat kalau anak menangis. Akhirnya mak ayah tu tunaikan segala kemahuan anak. Padahal tangisan anak tu adalah tangisan manipulatif. Tangisan manipulatif ni bukan tangisan yang real pun. Tangisan manipulatif adalah tangisan yang dibuat-buat kerana anak tahu tangisan tu berjaya membuatkan mak ayahnya tunduk dan patuh pada segala kemahuannya!
5. Smartphone mak ayah selalu berada di tangan anaknya
Kalau sekali sekala tak apa. Yang bahayanya sampaikan 24 jam smartphone tu berada di tangan si anak. Akhirnya anak menjadi ketagih dan mula tak dapat kawal emosi ( lack of self control ) bila berjauhan dengan smartphone mak ayahnya.Pssst. Benda ni tak ramai mak ayah yang tahu tau. Tolong sebarkan pada mak ayah yang belum tahu ye.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Oleh kerana anak aktif, dikatakan mengalami masalah ADHD (attention deficit hyperactive disorder), ayah ini tidak terima dengan mudah.
Dia mendidik anaknya hingga berjaya dengan cemerlang hingga tersenarai sebagai pelajar cemerlang anugerah dekan.
Ibu bapa mana yang tidak berasa sedih apabila melihat anaknya yang dikatakan mempunyai masalah perilaku termasuk hiperaktif, dan sukar untuk menumpukan perhatian.
Malah ada yang mempunyai anak sebegini terpaksa berhenti bekerja untuk menjaga dan mengasuh anak di rumah.
Nyata menjaga anak yang mengalami masalah ADHD ini adalah sangat mencabar. Namun bagi Pakar Otak terkenal, Dr Rizal Abu Bakar
ia bukan menjadi titik noktah untuk dia berpeluk tubuh. Tidak menjadikan ia sebagai kelemahan buat anaknya. Dia mula mendidiknya.
Siapa sangka hasil usahanya itu anaknya merupakan pelajar cemerlang dalam akademik. Dengan ini membuktikan bahawa jika kemenjadiannya itu telah berhasil dengan usaha yang dilakukannya.
Perkongsiannya ini sungguh inspirasi. Moga menjadi teladan kepada ibu bapa diluar sana. Tidak menjadikan kekurangan itu kelemahan buat diri kita untuk terus mendidik anak dengan cemerlang.
Tahniah DrRizal Abu Bakar telah membuktikan, anak itu cerminan ibu bapa.
Orang kata umur 21 dapat lesen besar. Boleh bebas. Mungkin itulah kot yang Akhyar rasa. Hari ni birthday dia yang ke 21.
Akhyar ni no 3 dalam famili. Dia ada dua orang abang kat atas.
Masa tadika dia ni aktif. Tak ada rasa malu. Dia redah saja.
Sebab dia aktif, dia dikata ada ADHD. Saya angguk saja. Acknowledge. “Baik, terima kasih”, kata saya. Tapi tak accept. Dua benda berbeza tu.
Saya percaya dia belajar dengan explore. Kena pegang, sentuh dan hadap. Cara dia belajar tak sama. Bila berbeza orang ingat dia ada masalah. Ada penyakit. Terus bagi label.
Dia tak perlu pun sintetik drug untuk tenteramkan otak dia. Otak dia terangsang bila tengok benda benda baru.
Dia ni suka explore. Suka eksperimen. Dia belajar bukan dengan duduk diam dan baca.
Kalau tengok gambar pertama tu dia pegang buah plum. Masa ni umur setahun lebih. Dia panjat sendiri pokok belakang rumah saya di Alice Street Clayton Melbourne.
Akhyar belajar dengan pegang, sentuh, lihat dan rasa. Bila orientasi belajar dia berbeza, maka diberi label. Nak diletakkan sebaris dengan cara pelajar lain belajar.
Kat sekolah yang majoriti bukan Melayu, dia dapatlah naik pentas untuk straight A’s PT3. Dapatlah wakil sekolah pertandingan sains peringkat negeri.
Kalau ada ADHD tak bolehlah nak dapat macam ni.
Di Akademi Saiful Nang dia jadi Best Student untuk fotografi. Sampai saya dijemput adhoc berucap masa Majlis Graduasi. Kesian kat saya. Tetiba.
Bila ada pertandingan fotografi pun dia yang selalu dapat tempat pertama. Dia ada otak kreatif. Bukan otak ADHD.
Tahun lepas dia dapat scholarship JPA. Sebab CGPA 3.98. Di universiti pun dia duduk Dean’s list saja. Kalau ADHD mana boleh ada pencapaian macam ni.
Apapun, setiap anak anak ni berbeza. Kalau dia tak sama dengan anak lain, jangan label dulu. Jangan ubatkan terus. Dapatkan 2nd opinion.
Bayangkan kalau saya accept label yang diberi. Mungkin dia bukan di universiti tapi ulang alik jabatan psikiatri.
Apapun mohon doanya agar Akhyar kekal dalam iman dan taqwa. Menjadi muslim global untuk ummah. Bebas dari budaya fikir yang memenjara idea dan jasad.
Sejak kebelakangan ini, laporan akhbar banyak melaporkan kes yang berkaitan mental. Malah paling tidak disangka adalah bila orang yang kita lihat normal, turut mengalami masalah ini.
Adakah kerana tekanan hidup menjadi punca atau diri sendiri yang tidak pandai mengawalnya.
Disini kami kongsikan beberapa tip untuk kesihatan mental bagi menjamin kesejahteraan masa depan.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...