Baru-baru ini, pelakon jelita Anzalna telah berkongsi momen terindah bersama anak-anak yatim Nur Qaseh sewaktu sambutan hari lahir anaknya yang kedua, Emirhan.
Anzalna turut berkongsikan beberapa keping gambar di majlis tersebut yang bertemakan Safari.
Melihat suasana majlis tersebut, dapat digambarkan betapa bahagianya anak-anak yatim apabila turut diraikan di dalam majlis tersebut.
Bagi yang mengikuti perjalanan kareir Anzalna, ini bukan pertama kali dia beraikan hari istimewa dalam hidupnya bersama anak-anak yatim.
Ads
Bagi yang menonton video ini, anda pasti akan terasa sebak apabila melihat cara Anzalna menyantuni anak-anak ini.
Melihat anak-anak ini ketawa riang, hati dijentik rasa sayu betapa anak-anak ini menghargai kasih sayang yang diberikan oleh Anzalna.
Ads
Terima kasih Anzalna kerana menggembirakan hati anak-anak yatim. Semoga Anzalna sentiasa dikurniakan rezeki yang mencurah-curah seperti hujan dan impian Anzalna untuk sentiasa menggembirakan anak-anak yatim ini dimakbulkan oleh Allah.
Hendak seribu daya tak nak seribu dalih, peribahasa ini begitu dekat dengan usaha yang ditunjukkan oleh seorang wanita yang juga bergelar ibu kepada seorang anak yang masih kecil dalam usahanya membina sendiri rumahnya dengan keluasan 1,200 kaki persegi.
Apa yang lebih mengkagumkan meskipun tiada pengalaman dalam pertukangan dan seni bina bangunan sekali pun, ia tidak menjadi penghalang buat Auni Haswani Faizun yang juga merupakan pemegang Diploma Dakwah & Pengurusan dari Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) untuk mendirikan rumah dari hasil sentuhan tangannya sendiri.
Kisah ini tular apabila Auni berkongsi video di aplikasi TikTok. Wargamaya terpegun apabila melihat dia tidak sedikit pun kekok dalam melakukan kerja-kerja pertukangan yang lasak. Lagaknya seperti seorang yang profesional dan menyebabkan video tersebut mendapat tontonan hingga 1.8 juta tontonan.
Apatah lagi menurutnya, keputusan dibuat selepas dia dimaklumkan kos untuk membuat kendang kambing sahaja sudah hampir mencecah RM10,000.
Apabila mengenangkan harga barangan binaan yang semakin melambong naik dan ditambah pula kos khidmat tukang rumah juga meningkat, sekali gus dia nekad untuk membina rumah impian daripada usaha kerja tangannya sendiri.
“Saya tak pernah tanya tukang rumah berapa jumlah keseluruhan kalau nak buat rumah, tapi yang pasti kos bahan mentah semua mahal kerana harga barang naik. Kalau upah lagi la (mahal).
“Sebab sebelum ini ada juga tanya kawan berapa upah kalau nak buat kendang kambing dan dia cakap hampir RM10,000.
“Disebabkan itu saya ambil keputusan untuk buat sendiri,” kongsinya.
Tambahnya lagi memetik perkongsiannya di mStar difahamkan disebabkan kesukaran membuat pinjaman bank turut menjadi asbab pembinaan rumah tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang singkat.
“Dah lama saya rancang nak buat rumah ni iaitu selepas mak bahagikan tanah kepada anak-anaknya. Saya ada enam beradik yang mana empat orang menerima tanah di tempat lain manakala tanah rumah mak dibahagaikan kepada saya dan adik. Jadi saya ambil tapak yang ada garaj.
“Disebabkan tak dapat buat pinjaman bank, saya guna sepenuhnya duit gaji yang diperolehi daripada mengajar al-Quran dan fardu ain di asrama.
“Waktu pagi saya berkerja sebagai tukang kayu,” ujarnya yang mengutip pengalaman awal daripada bapanya ketika melakukan kerja ubah suai dapur rumah mereka.
Meninjau di ruangan komen, warganet memuji skill yang dimiliki oleh wanita ini dalam membina rumah. Tidak terkecuali ada juga yang berkongsi pengalaman gunakan keringat sendiri untuk membina rumah impian.
“Alamakkkk…lagi cantik dia ikat batu daripada aku ikat.. 😂😂😂 Btw, saya pun buat rumah sendiri je. 0 pengalaman. Sumua belajar dekat youtube je.😂😂,” komen salah seorang warganet.
“Aku hari-hari guna mesin kerja kayu kak. Tapi sampai sekarang tak berani guna grinder😂. hebak do k,” puji yang lainnya.
“Ni baru betul hantaran 20k..hahaha,” usik netizen.
“Kemas dan teratur ikat batu macam pekerja mahir 👍👍👍👍,” tulis yang lain.
Tiada istilah sudah terlewat untuk belajar asalkan ada keinginan untuk melakukannya. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Bagi vokalis Kumpulan Amuk, Bandi yang berkongsi kisah mengikuti kelas al-Quran dengan bermula dari Iqa.
Tidak malu berbuat demikian walaupun usianya sudah menjangkau 55 tahun, akui Bandi buat apa nak malu kerana itu adalah benda baik.
“Ketika mula menyertai kelas itu, mereka tanya saya nak bermula dari mana? Saya jawab nak mula dari Iqra semula. Dulu waktu belajar, makcik yang mengajar itu hanya menyapu sampah sambil mendengar kita membacanya. Kemudian dia tegur kita salah baca. Dia boleh tahu yang tajwid saya salah. Itu buat saya ambil keputusan belajar semula.
“Saya boleh membaca al-Quran, cuma dulu belajar tak habis. Saya penat apabila orang asyik bercerita hal dunia kerana dari dulu sehinggalah usia saya sekarang, saya belum khatam al-Quran,” kata Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat berkata, dia kini mengikuti kelas al-Quran tiga kali seminggu bermula dari Iqra.
Menurut Bandi lagi, dia mula belajar al-Quran setahun lalu namun kadang-kadang proses pembelajarannya terhenti apabila dia mendapat tawaran mengadakan persembahan di luar Johor Bahru.
“Kadang-kadang saya terfikir perlu menghabiskannya. Baru-baru ini sebaik tiba di rumah selepas balik dari menjayakan persembahan di Sabah, saya segera bersiap-siap dan pergi belajar kerana ia tanggungjawab.
“Saya ada juga mengajak rakan-rakan lain turut serta. Kalau bolehlah dalam usia begini, kita kurangkan cerita hal dunia,” katanya.
Dalam pada itu, Bandi turut bersyukur kerana anak keempatnya, Muhammad Saiful Affique, 22, sudah pulih daripada masalah ketumbuhan di bahagian belakang paru-paru.
Alhamdulillah Affique makin sihat. Saya tidak dapat melupakan insiden cemas itu. Macam tak percaya dia ada ketumbuhan sepanjang 9 sentimeter (sm) dan selebar 15sm kerana nampak sihat. Saya sendiri tak pasti macam mana dia boleh kena penyakit ini.
“Mungkin disebabkan faktor pemakanan dan saya anggap ini dugaan buat kami. Apa yang penting, dia kembali cergas dan menunjukkan perubahan ketara dalam hidupnya.
“Dia semakin rajin ke masjid dan membaca al-Quran. Sebagai bapa, saya sangat terharu dengan perubahan ini dan sering berdoa untuk kebaikannya.
“Alhamdulillah Tuhan permudahkan urusannya dan dia baru selesai belajar di UiTM (Universiti Teknologi Mara) dalam jurusan Komunikasi Massa dan sedang tunggu keputusan diploma.
“Dia berhasrat untuk sambung ambil ijazah sarjana muda dan kini belajar sementara. Berkat doa kawan-kawan dan semua, syukurlah kesihatannya makin baik.
“Saya sekarang jaga pemakanan serta minumannya. Begitu juga makanan tambahan kerana ia perlu diambil oleh anak saya,” katanya.
Sumber: Harian Metro & Ohbulan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Better late than never, mungkin anda pernah baca potongan ayat ini kan. Demikianlah ungkapan yang boleh dberikan kepada Pelakon popular Noorkhiriah.
Dia baru-baru ii berkongsi kegembiraan apabila memaklumkan selepas lapan tahun, akhirnya telah berjaya khatam Al-Quran. Perkara tersebut dimuatnaik menerusi satu potongan video di Instagram miliknya.
“Maka Berakhir Penantian Akak Selama 8 Tahun Lebih Kurang Pukul 9 Tadi..Allah Aje Yang Tahu Perasaan Akak Dik..Dari 2013..Ada Masa Pegi..Ada Masa Mengantuk..Ada Masa Sibuk Dengan Dunia Tapi Allah Maha Baik..Dipermudahkan Malam Ini..
“Moga Quran Yg Dah Koyak Yang Akak Syg ni Akan Jadi Saksi Kat Sana Nanti..Akak Akhirnya Khatam Al Quran Setelah Bertahun..Dok Pi Mari Pi Mari..Berkat Kesabaran Ustaz @shafiq_albi ..Dlm Pening Dalam Tak Sihat Dalam Sibuk Pindah Rumah Tetap Sabar Nak Tgk Akak Khatam Setelah Sekian Lama,” ujarnya.
Malah, pelakon ini turut menitipkan pesanan usah ada perasaan malu untuk belajar Al-Quran dalam usia yang lewat.
“Perkongsian Akak 1 Je..Janganlah Kita Tinggalkan Al Quran..Jangan..Dialah Yang Akak Jadi Kawan Kita Dalam Kubur nanti..Dan Jangan Segan Malu Pada Yang Terlambat Sebab Belajar Al Quran xde Istilah Terlambat..Allah Aje Yang Tau Perasaan Akak Bila Habis Tadi..Sb Akak 0..
“Sampailah Boleh Ngaji Sesikit Berkat Sabar Ustaz @shafiq_albi..Syukur..Itulah Niat Akak Sblm Akak Meninggal Akak Nak Khatam Dalam Umo Skrg..Masa Sekolah Dah Tapi Dah Tua ni..Inilah Kali Pertama…,” ujar Noorkhiriah lagi.
Walau bagaimanapun video berkenaan telah dipadamnya kerana bimbang disalahertikan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.