Dua bulan menyembunyikan wajah si kecil, akhirnyap pelakon Ozlynn Waty mendedahkan sebahagian wajah cahaya mata perempuannya yang diberi nama sebagai Cherdiq.
Ozlynn yang juga isteri Johan rajalawak memuat naik sekeping foto anak perempuannya itu. dalam perkongsian tersebut, pelakon berusia 40 tahun itu ‘menceritakan’ ragam dan tingkah laku anak keenamnya itu.
“Assalammualaikum.. nama saya Cherdiq, hari ni saya berumur 2 bulan 6 hari. Saya dah mula pandai hisap jari masa usia sebulan.. mama kena potong kuku saya setiap minggu sebab risau saya luka.
“Ye rambut saya lebat, kening warna brown.. mama panggil saya Shinchan. Saya tak suka tapi kena buat2 suka sebab nak mama happy. Saya suka tidur atas dada papa.. mungkin sebab papa ada kontrak dengan tilam Vono sebab empuk.
“Saya dah pandai berbual.. susu badan kegemaran saya. Tapi kalau mama penat, papa suapkan botol. Nanti saya pujuk papa saya supaya bagi tengok muka penuh saya okey,” tulis Ozlynn Wati menerusi kapsyennya.
Selalunya orang akan tunggu cuti panjang untuk pulang ke kampung, barulah rasa puas hati duduk lama-lama ziarah ibu ayah. Kan? Kalau balik hujung minggu sahaja, masa terlalu terhad belum kira masa yang diambil di atas jalan untuk sampai.
Namun lain pula cerita dengan anak jiran yang seorang ini, apabila dia kerap pulang menziarahi ibu bapanya di kampung tanpa perlu menunggu cuti yang panjang.
Mari ikuti kisah yang dikongsikan semula oleh saudara Zairi Ibrahim daripada perkongsian Cikgu Abd Ghani Haron untuk sama-sama kita renung sebagai satu tauladan.
AJAIB KERAP BALIK KAMPUNG!
Sebuah renungan untuk kita.
Semasa membeli kuih untuk menyorok (bahasa Kedah untuk sarapan), saya terlihat seorang anak jiran saya yang tinggal di Seremban manakala orang tua masih di kampung.
Saya menegurnya, “Kerap balik kampung, tak menunggu raya atau cuti sekolah?”
SERIBU AMAL JARIAH DILAKUKAN TIDAK AKAN SAMA DENGAN SATU KUNJUNGAN…
Dia berkata, “Cikgu, walau seribu rakaat solat sunat saya kerjakan, walau beribu sedekah jariah saya berikan, walau seribu kebaikan saya tunaikan ketika saya berjauhan dari orang tua saya,
“tidak akan sama dengan satu kunjungan melihat emak ayah saya yang telah tua, tak akan sama dengan senyuman mereka berdua bila melihat saya melangkah ke pintu rumah,
“tak akan sama dengan renungan puas emak saya melihat saya menyuap nasi berlauk asam pedas, gulai batang pisang yang dimasaknya.
“Kepenatan, keletihan meredah hujan dan panas dalam perjalanan yang jauh, ratusan ringgit terkorban untuk petrol dan tol adalah pengorbanan yang tak ternilai pada sisi Allah hanya kerana untuk menggembirakan mereka berdua.
“Itu saya rasa lebih baik dari berehat di rumah di depan TV, memenuhi hobi dan sukan atau melangut di kompleks perniagaan di hujung minggu.”
SubhanALLAH…
JANGAN BERKIRA WANG RINGGIT UNTUK MENZIARAHI IBU BAPA
Jawapannya bagai satu tazkirah yang cukup bermakna untuk menjelas betapa besarnya ganjaran bagi pengorbanan seorang anak, bahkan ia melebihi jihad.
Pada anda yang berjauhan dengan ibu bapa, ambillah iktibar dari hal ini.
Jangan berkira wang ringgit, penat lelah untuk balik berziarah ibu bapa. Jangan tunggu raya, jangan tunggu cuti sekolah tetapi carilah ruang sekerap mungkin.
Jika tidak pun, buatlah panggilan untuk bercakap sepatah dua sebaik ada kesempatan.
LEBIHKAN ZIARAH IBU BAPA BERBANDING ORANG LAIN
Lebihkanlah memberi keutamaan untuk berziarah ibu bapa dari ziarah yang lain. Bagi anak yang tinggal dekat pun, kunjungilah ibu bapa seketika.
Emak saya dahulu yang tinggal berdekatan dengan rumah saya, akan bertanya jika satu hari saya tidak mengunjunginya.
Maka setiap hari saya In Shaa ALLAH, akan ke rumahnya walau sekadar berpusing motor di laman rumahnya dan dia mendengar bunyi motor saya, cukuplah.
Hanya orang yang telah tua akan merasai betapa mereka merindui anak-anak yang tidak terzahir dengan cara memeluk cium seperti zaman mereka kanak-kanak, tetapi memadailah dengan mengisi pandangan di mata tuanya.
RENUNG-RENUNGKAN LAH…
Saya bentangkan kepada anda untuk memikirkan dan mungkin anda boleh menyelami lebih jauh dengan membaca nukilan saya.
Pada yang masih ada ayah bonda, ziarahlah mereka sekerap kesempatan yang ada sementara kamu boleh melihat mereka.
Kepada ibu bapa kita yang telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya, maka basahkan lidah mu dengan Zikrullah dan niat hadiahkan kepada mereka.
Semoga bermanfaat.
*Terima kasih kepada penulis asal,
Almarhum Cikgu Abd Ghani Haron yang memberi kesedaran kepada kami. ~Al-Fatihah~
Sumber: Facebook Zairi Ibrahim / Abd Ghani Haron
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap wanita pasti tidak terlepas dari mengalami masalah kulit wajah. Antaranya bintik-bintik hitam, jeragat, kulit kering, kulit kusam dan sebagainya. Jika anda tidak tergolomg dalam masalah ini, sememangnya anda seorang yang cukup bertuah.
Selain pemakaian produk yang sesuai dengan kulit wajah, terdapat juga kaedah dan petua yang boleh anda praktikkan dalam mengatasi masalah tersebut hanya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Berikut adalah 5 bahan semula jadi yang baik untuk penjagaan kulit yang patut anda amalkan di rumah.
Tomato
Tomato dapat memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah anda dan dapat kembalikan kulit yang kusam menjadi berseri-seri. Ambil sebiji buah tomato merah, belah dua dan potong kecil-kecil atau lenyek sedikit kalau anda nak keluarkan air tomato itu seperti masker.
Selepas itu sapu seluruh wajah seperti membuat mask dan biarkan selama 10 minit bagi tomato itu serap dalam kulit anda. Jangan lupa bilas dengan air suam dan anda akan nampak hasilnya
Yogurt Asli Dan Madu
Untuk kulit wajah lebih lembab anda ambil yogurt asli campur dengan madu 1 sudu kecil. Selepas itu sapu seluruh wajah anda dan biarkan sampai kering atau beberapa minit.
Kemudian, bilas dengan air suam. Anda akan rasa kehangatan kulit yang lembut seperti bayi.
Putih Telur
Putih telur dapat menghilangkan jeragat-jeragat, pori-pori dan liang roma yang tersumbat. Langkah-langkah yang perlu dibuat ialah ambil 1 biji telur dan gunakan telur putih sahaja.
Kemudian, sediakan tisu muka 2 helai untuk buat seperti topeng muka pada wajah anda. Setelah itu, sapukan telur putih pada seluruh wajah.
Biarkan sampai kering dan buka topeng muka anda itu. Kemudian bilas dengan air, anda akan nampak kesannya pada hidung, pipi dahi dan muka akan kelihatan berseri-seri.
Soda Bikarbonat
Untuk kecutkan jerawat atau hilangkan kesan-kesan parut jerawat anda boleh mengatasinya dengan soda bikarbonat. Caranya ambil 1 sudu soda bikarbonat dan sapukan pada kulit bermasalah. Biarkan selama mana anda nak dan anda akan nampak kesan dalam masa 3 hari.
Selepas 3 hari jerawat anda makin mengecil dan hilangkan kesan-kesan parut jerawat dengan sedikit demi sedikit.
Uncang Teh Hijau
Untuk hilangkan sembab di bawah mata atau kulit bawah mata seperti lebam. Caranya ambil 2 uncang teh hijau dan rendamkan kedalam air panas.
Kemudian biarkan sejuk sedikit uncang teh hijau dan selepas itu letak pada bawah mata sebelah kanan dan kiri. Untuk nampakkan lebih berkesan anda mestilah kena rajin, iaitu paling kurang 1 minggu 3 kali dan anda akan nampak kesan dia dengan secara tidak langsung.
Tip:
Walaupan anda lihat banyak tip dan bahan yang digunakan, sebenarnya anda tidak perlu membuat semua diatas dalam satu masa. Anda hanya perlu pilih 1 tip diatas bergantung pada jenis masalah wajah anda.
Sumber: Balqis AR. Pengamal Kecantikan & The Vocket
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika namanya suka bercucuk tanam, pasti pelbagai jenis tanaman ada ditanam di laman rumah. Tidak terkecuali menanam tanaman jenis memanjat seperti pokok telang, pokok anggur dan sebagainya.
Apa yang penting, tumbuhan jenis memanjat ini memerlukan para, dinding atau struktur lain dan untuk itu, di sini disediakan cara mudah untuk menyediakan struktur untuk tumbuhan memanjat andai ditanam di dalam pasu. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh D’Pro A’Nas.
Membuat penahan pokok dan tempat pokok memanjat.
Bahan-bahannya :
Dawai Tebal…Dawai untuk buat string Pagar hijau..Segolong 10 meter RM4
Cable Tie.
Tape Penyukat
Cara-caranya:
Buatkan 3 bulatan dawai yang diikat dengan menggunakan cable tie mengikut ukuran berbeza iaitu 30 inci, 12 inci dan 10 inci.
Sediakan 3 dawai untuk dijadikan tiang dengan ukuran 30 inci.
Kemudian ikat 3 bulatan pada bahagian tiang dengan bahagian kecil di bawah dan besar di atas menggunakan cable tie dengan kemas.
Semoga dengan perkongsian ini memberi idea kepada anda yang suka bercucuk tanam untuk tumbuhan jenis memanjat agar lebih nampak kemas dan sekali gus cantik dipandang. Selamat mencuba.