Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, Irfan Haris membuktikan dia mampu cemerlang dalam pelajaran apabila muncul sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik program Diploma Seni Persembahan di Universiti UOW Malaysia KDU.
Irfan atau Ifran Haris Othman, 20, berkata, dia bersyukur dengan pencapaian tersebut dan menganggap ia hadiah paling bermakna buat kedua ibu bapanya.
“Saya rasa sangat gembira kerana menerima anugerah ini dan ia adalah hadiah buat mama dan abah,” katanya. Irfan berkongsi berita gembira tersebut menerusi hantaran di Instagram dan turut memuat naik beberapa foto pada Majlis Konvokesyen Universiti UOW Malaysia KDU yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada Ahad.
Perkongsian kejayaan Irfan Haris mendapat pujian peminat. Penyanyi lagu Redha tersebut turut memuat naik gambar mencium ibu bapanya yang turut hadir pada majlis berkenaan.
Ads
“Secara rasminya, saya telah tamat diploma,” tulisnya pada unggahan tersebut.
“Akhirnya, tahniah Irfan dapat anugerah pelajar terbaik! Awak memang layak mendapatnya dan saya bangga menjadi rakan awak,” komen pengikut di Instagram.
Ads
Tahniah Irfan Haris, semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat para peminat dan juga artis yang lain.
Memberi gaya pada ruang dinding dengan ilham wainscoting corak geometri kian menjadi trend.
Memandangkan impaknya nampak begitu menyerlah dan apatah lagi andai dibuat sendiri tidaklah sukar.
Bahkan dengan bermodalkan bawah RM 200, sebuah feature wall dapat dijelmakan diruang kediaman.
Ini sebagaimana perkongsian Encik Adam Juni, menurutnya projek DIY yang dihasilkan hanya memerlukan RM 200 sahaja.
Jadi buat anda yang ingin mencuba hasilkannya, jom baca perkongsian daripadanya.
Accent Wall @ Feature Wall dengan modal serendah RM 200!
Kalau rumah tu rasa kosong, nak buat wainscoting atau pangil ID untuk deco belum berkemampuan lagi, boleh la cuba buat sendiri accent wall ni.
At least boleh ada la port untuk bergambar!
Buat yang berminat nak buat sendiri, saya sediakan step by step di setiap gambar.
Kita mulakan dgn ukuran dinding (dalam cm, inci dan kaki) dan yang paling penting ialah design yang mana menjadi pujaan hatimu.
Pemilihan design ni kena berhati hati sikit. Kita tak nak dinding nampak semak, x nak rumah nampak gelap, x nak nampak sama dgn rumah jiran sebelah. Seeloknya ambil lah masa untuk planning.
Bak kata orang fail to plan is planning to fail’. Sambil design tu makan la kuih raya. Bukan boleh terima tetamu pun sekarang ni. So ko hadap la kuih tu sampai habis.
Design ni aku pilih untuk ada efek luas kat ruang tu. Itu yang line memanjang2.
Lepas tu ade potongan sisi atas bawah untuk fokuskan kan kan center line tu.
Ni la tools yang di perlukan (termasuk meja ya).
1. Kertas pasir tu kasar dan halus. Sekeping2 sudah.
2. Sesiku L tu boleh ganti dgn jangka sudut.
3. Penembak gam tu kene beli la, kang nanti jenuh nak tunggu silicon tu x kelua kelua.
4. Gergaji tu pakai je ape yang ada.
5. Pensel dgn pengorek auto tu
penting. Buat garisan kat kayu ni, laju je pensel tu haus.
6. Kalau ade bajet, ganti masking tape tu dengan Nippon Washi Tape. Order kat shopee sudah, hardware ni
memanjang x de stock.
7. Amik la meja yang paling cikai untuk buat alas tempat kerja. Takkan la gergaji kat lantai pulak kan.
8. Cat x masuk sbb belum bali lagi.
Semua ni termasuk cat dalam RM150.
Ni pulak kayu spin nama dia.
Aku ulang kayu spin. JANGAN SALAH BELI.
Hardware yang besar2 sikit ada jual. Kalau boleh pilih sendiri sebab ko boleh la pilih yg lurus dgn smooth permukaan dia.
Tapi time PKP ni, kan x boleh masuk kedai hardware sesuka hati, maka ko redha je la. Beli la lebih sikit buat spare.
Aku beli 22 batang. Sebatang 6 kaki. Saiz 1 inci x 1/2 inci. Harge 2 ringgit lebih sebatang. So total dlm RM 50.
Dah boleh mula lekat2 kan kayu tu ikut design dan ukuran asal.
Boleh je kalau nak cat dulu.
Tapi sebab aku nak bagi wife masa lama sikit nak buat pemilihan warna, kite cat nanti2 pun x pe.
Kayu tu ko kena la sambung2 sikit untuk jadikan panjang. Ye la kan die jual panjang 6 kaki.
Ha dah siap lekat dan potong hujung2 yang berkenaan tu.
Pakai jangka sudut tu lagi senang dari sesiku L sebenarnya. Murah pulak tu.
Sengaja aku bulatkan kat atas tu.Menatang tu namanya spacer.
Ko buat la 2 batang. So bila nak letak kayu tu, parking spacer tu kat belah hujung, maka terletak cantik la kayu tu.
X payah la nak ukur satu2 space antara kayu tu kan.
Sambutan Tahun Baru Cina ini tentu sahaja ramai antara kita ingin mengambil kesempatan untuk bercuti panjang sama ada pulang ke kampung atau melancong ke destinasi menarik bersama keluarga tercinta.
Selain keterujaan untuk bercuti, jangan pula kita abaikan keselamatan kenderaan yang bakal dipandu sepanjang meredah perjalanan panjang untuk ke destinasi dituju. Sebaiknya buatlah pemeriksaan kenderaan tersebut.
Jadi sebenarnya anda masih ada masa untuk berbuat demikian!
Apatah lagi bila PUSPAKOM ada menawarkan hadiah istimewa untuk pelanggannya. Jadi jangan tunggu lagi, jom ke sana!
PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma sempena Tahun Baru Cina sambil memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah lumayan sepanjang tempoh kempen bermula hari ini hingga 20 Januari 2023.
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina”.
”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan. PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.
”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol yang mengikut standard piawaian antarabangsa. Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.
Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kanak-kanak memang terkenal dengan gelagat yang tak suka duduk diam dan cukup aktif, bermain sana sini terutama apabila bertemu dengan kawan seusia mereka. Namun perkara sebaliknya berlaku kepada adik ini.
Semasa ayahnya sembahyang adik kecil ini kelihatan sedang jaga adiknya di bahagian belakang masjid. Apa yang membuatkan hati tersentuh dan kagum bila mana si ayah selesai solat, kanak-kanak tersebut pula mengambil giliran untuk solat.
Perkongsian saudara Shahrin Nasir cukup menyentuh hati. Kagum penulis akan didikan ibu bapa kanak-kanak berkenaan. Semoga anak-anak kita juga memiliki akhlak sebegini. Berdiri kagum aku seketika…melihat anak kecil ini menjaga adiknya ketika ayahnya sedang beribadah kepada penciptaNya…Cantik sungguh akhlak anak ini …tidak melepaskan tnggungjawab kepada adiknya walaupun jelas dya juga masih kecil…setelah ayahnya selesai solat…aku terpegun sekali lagi…melihat dya pula yg beribadah kepada Tuhan…Tahniah kepada ibuBapa anak ini…Didikan anda dan Ilmu mentauhidkan Allah sngat jelas dalam diri anak anda yg comel dan taat ini…rasa cemburu bila melihat anak ini..
#minta izin ambil gmbar ya bang…lupa bgtaw tdi.. “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu.”– – Surah luqman : ayat 14
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus membuktikan komitmennya terhadap kebajikan rakyat apabila menyalurkan RM115,000 hasil daripada kerja sambilan yang dilakukannya bagi...