Ruang agak sempit adakalanya membuatkan ramai yang mengabaikan ruang balkoni. Memadai hanya menempatkan mesin basuh dan keperluan yang sesuai supaya nampak kemas dan teratur.
Sebenarnya. kalau bijak menyusun atur, secara automatik kelihatan lebih luas dan kemas.
Sepertimana yang dikongsikan oleh puan Esyima Zamri mendekorasi ruang balkoni dengan menggunakan artificial grass dan wallpaper batu bata, membuatkan ruang tersebut nampak menarik.
Manakala untuk bahagian rak yang digunakan untuk meletakkan perkakas seperti sabun dan juga banyak dipasaran. Simple, kemas dan cantik!
Bayi mirip Tengku Mahkota Pahang, Muhammad Arshaka popular di media sosial, Tengku Ampuan Pahang pun komen setuju. Nurul Intan Fadzlyana Mahat, 28, tidak menyangka perkongsian video anaknya, Muhammad Arshaka Idraki di TikTok meraih perhatian ramai.
Warga maya menyamakan wajah anaknya itu dengan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Muhammad Arshaka Idraki Azizi yang baru berusia lapan bulan mula mengecap populariti di laman sosial dan mendapat perhatian warga maya selepas perkongsian video oleh ibunya.
Berkongsi kisah itu, Nurul Intan Fadzlyana berkata, dia dan suami, Azizi Tuah, 28, yang menetap di Merlimau, di sini, tidak pernah menyedari persamaan itu pada awalnya.
“BAGAIMANAPUN, WAKTU UMUR LIMA KE ENAM BULAN, SAYA ADA KONGSI SATU VIDEONYA DI TIKTOK DAN RAMAI TINGGALKAN KOMEN MENGATAKAN WAJAH ANAK SAYA MIRIP TENGKU HASSANAL.
“Saya memang tak perasan persamaan itu kerana yang saya nampak, wajah anak mirip bapanya.
“Jadi perasaan itu biasa saja cuma adalah sedikit teruja orang samakan dengan Tengku Hassanal,” katanya.
Menurut Nurul Intan Fadzlyana, setakat ini, rata-rata komen diterima positif dengan ramai mengatakan wajah anaknya comel dan kacak.
LEBIH MEMBUATKANNYA TERHARU APABILA MENDAPAT KOMEN DARIPADA BONDA TENGKU HASSANAL IAITU TENGKU AMPUAN PAHANG, TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH.
“Tak jumpa pula yang negatif (komen) sebaliknya ramai puji malah Tengku Ampuan Pahang pun komen setuju wajah anak saya mirip Tengku Hassanal.
“SETAKAT ITU SAJA DAN JUJURNYA, SAYA DENGAN SUAMI BERHARAP DAPAT BERTEMU TENGKU HASSANAL, KALAU BOLEH NAK BERGAMBAR SAMA UNTUK KENANGAN CUMA BELUM ADA KESEMPATAN,” KATANYA.
Nurul Intan Fadzlyana berkata, dia berterima kasih kepada yang mendoakan anaknya walaupun tidak mengenali dengan dekat dan hanya mengikuti perkembangan di media sosial.
“Saya doakan semoga yang baik juga berbalik kepada mereka (yang mendoakan).
“Sebagai ibu, saya harap yang terbaik buat anak, semoga dia berjaya dunia akhirat dan kalau boleh mahunya menjadi hafiz apabila dewasa nanti,” katanya.
Kini ramai yang suka bercucuk tanam di halaman rumah. Salah satu tanaman adalah cili padi.
Jika di tanam sepokok dua di laman rumah bolehlah digunakan untuk masakan harian, lebih-lebih buat keluarga yang suka makan padas.
Cili merupakan salah satu tanaman yang selalu ditanam di rumah.
Namun tidak semua, tanaman cili menjadi. Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.
Ini caranya
Menanam cili ada satu perkara yang agak sukar. Tapi kalau kena tekniknya, sebenarnya seronok dan cabaran itu menjadi sebagai guru kita. Sekali tanam tak jadi itu biasa, tanam lagi dan lagi sehingga jumpa cara tersendiri.
Pagi ini saya sempat memetik cili besar yang ditanam secara gantung. Hanya satu polibeg sahaja cili besar yang saya tanam. Selebihnya ialah cili solok, dan cili padi akar. Sengaja buat pelbagai, supaya senang isteri “berbelanja” di kebun encik suami kan. Hihi.
Suka saya kongsikan teknik asas yang digunakan. 1. Buang tunas air. Saya tak kata wajib buang tunas air. Tapi jika nak pokok rimbun macam kanopi, cubalah. Boleh tengok video saya buang tunas air di sini. https://youtu.be/3hMgfs1bJqA 2. Buat kawalan serangga secara berkala dan mesti disiplin. Seminggu sekali mesti sembur. Saya jimatkan masa dengan campur booster untuk gemukkan tanaman dengan bahan kawalan serangga terus. Senang. 3. Pembajaan boleh sama ada organik atau baja bebentuk cecair. Tapi dalam pengalaman saya, penggunaan baja organik lebih melembutkan medium tanah. 4. Jika ada rumput-rumput liar tumbuh, cabut dan buang supaya pokok lebih selasa. Kalau tak, baja tu pergi kepada rumput sahaja. 5. Pastikan juga jarak antara dua pokok (dua polibeg) tidak terlalu dekat supaya ada ruang bagi mengelakkan serangga perosak berkumpul, dan ada ruang pengudaraan yang baik. 6. Pastikan medium tidak terlalu basah kerana akar pokok mudah masam dan reput. Boleh guna hujung jari untuk semak keadaan medium. Tanam sikit sikit, tak berbaloi nak beli alat semak mahal mahal kan. Agak agak jela ya.
Itu sahaja laa teknik ringkasnyaa. Semoga tentuan semua happy dengan tanaman masing masing. Yang beri pokok tumbuh pun Allah, yang bagi lebat pun Allah, kita semua berhajat kepada Allah.
Secara tradisionalnya, ketua keluarga adalah ibu atau bapa tetapi ada juga beberapa kes dimana anak yang menjadi ketua keluarga. Begitulah juga kes “single sister” ini.
Memegang gelaran “single sister”, Nurlina mengakui terdapat pelbagai cabaran yang perlu diharungi terutama sekali tanggungjawabnya sebagai anak sulung.
Menurut temubual bersama mStar, Nurlina, 22, berkata, kehidupannya berubah sepenuhnya selepas ibunya meninggal dunia pada bulan Mac tahun lepas.
Baru-baru ini, Nurlina hadir ke sekolah untuk mengambil kad laporan akademik adiknya, Syawal, yang berumur 10 tahun. Dia juga pernah digelar sebagai “ibu muda” kerana ramai menyangka Syawal adalah anaknya.
“Waktu ambil report card tu, tak ada yang tanya saya apa-apa. Cuma sepanjang dekat sana tu rasa janggal sebab orang sekeliling pandang, lagi pula saya dipanggil sebagai ‘puan’. Majoriti ingat Syawal tu anak saya, susah juga nak terangkan sebab ada sesetengah tak percaya sehingga saya perlu tunjuk kad pengenalan (MyKad),” luahnya.
Nurlina memulakan cerita tentang permulaan kehidupannya sebagai ketua keluarga, bapanya telah meninggal dunia pada tahun 2014 selepas terjatuh dari motosikal akibat cuba mengelak batu ketika berada di kebun.
“Ibu pula meninggal ketika usianya 49 tahun, kerana kesan penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya sebelum ini. Pada masa tu, ibu sedang tidur dan ‘pemergiannya’ hanya disedari oleh Syawal sebab saya berada di hospital” kata “single sister” itu.
Walaupun terkejut dengan khabar yang diterima pada masa itu, dia menerima takdir tersebut kerana tidak sanggup melihat ibunya terus menderita.
“Ada masa saya down dan bila tak okay saya akan bagitahu Syawal yang saya tak okay. Mujur dia faham dan akan datang bertanya keadaan saya selepas beberapa ketika. Awal-awal dahulu, saya tak mahu pandang Syawal sebab muka dia memang macam ibu… barang ibu pun saya tak nak tengok kerana masa meninggal, saya yang mandi dan kafankan. Jadi saya tak boleh nampak barang dia, kalau nampak memang sedih dan bercucuran air mata. Kalau saya, barang arwah ibu akan disimpan dalam almari tapi Syawal akan gunakan,” luahnya.
Nurlina juga mengakui bahawa dia berada dalam dilema kerana bimbang tidak dapat menjaga adiknya, Syawal. Bagaimanapun, dia berusaha sedaya upaya untuk menjaga dan membesarkan adiknya dengan terbaik dan penuh kasih sayang.
“Seminggu dua tu saya rasa terbeban tapi bila fikir balik, Syawal nak pergi mana selain bergantung harap pada saya. Jadi saya chill diri dan akhirnya rasa terbeban tu hilang” katanya.
Bersyukur masih mempunyai tempat berteduh, Nurlina turut meluahkan sedikit kelegaan kerana masih boleh menumpang kasih dengan nenek yang telah berumur lebih 80 tahun.
Di samping itu, kehadiran pakcik dan makcik saudara yang turut bertanya khabar membuatkan dirinya serta adik berasa disayangi.
“Saya dan Syawal tinggal dengan nenek di Petaling Jaya, Selangor. Alhamdulillah saya sudah bekerja sebagai digital marketing dan mampu menyara adik yang bersekolah rendah serta menghulur duit kepada nenek. Belanja dapur tu kadang-kadang saya keluarkan tapi makcik pun akan bagi juga pada nenek walaupun dia tinggal asing,” ujarnya.
Walaupun pendapatannya antara RM1,800 hingga RM2,000 sahaja, Nurlina masih mampu menanggung perbelanjaan harian adiknya termasuk kos pembelajaran seperti pakaian, buku dan alat tulis. Dia juga membayar yuran sekolah dan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru).
“Kalau duit belanja adik, saya akan asing siap-siap. Jika tak sempat, nenek yang bagi dan saya akan bayar balik. Saya sangat bersyukur kerana adik tak banyak kerenah dan minta lebih-lebih seperti permainan. Dia hanya minta makanan, keperluan ataupun buku untuk dia melukis sebab dia suka melukis. Kalau nak beli sesuatu yang mahal, saya akan suruh tunggu dulu sampai dah cukup duit… macam dia nak beli ultraman, jadi kena tunggu dulu,” jelas Nurlina.
2 hari yang lalu, video perkongsian yang memaparkan dia hadir ke sekolah Syawal menjadi tular di TikTok sehingga mendapat lebih 663,000 tontonan.
Rata-rata wargamaya meninggalkan komen sokongan kepada Nurlina dan berharap dia terus tabah untuk menyara adiknya sebagai ketua keluarga.
Semoga artikel ini memberi inspirasi dan manfaat kepada anda semua.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.