Rasa Sakit Pinggang, Jangan Ambil Ringan. Redakan Segera Dengan Ni!

Share

Sakit pinggang, itu antara apa yang biasa kita rasa bila terlalu lama atau kuat melakukan kerja-kerja mengurus rumah tangga.

Bila kerap menanggung rasa sakit di bahagian pinggang akhirnya  membuatkan kita rasa tidak selesa.

Sebelum menjadi lebih kerap kesan sakit yang dirasa, petua orang dulu-dulu ada amalan yang dibuat untuk redakannya dengan menyediakan air rebusan ini.

Nak tahu lanjut ini dikongsikan kaedah penyediaanya dan bolehlah dicuba.

 

Petua Untuk Mengatasi Sakit Pinggang Yang Mujarab

Anda perlu meminum air halia bercampur sedikit gula yang telah direbus.

Cara penyediaannya :

1. Mula-mula, ambil sepotong halia sebesar ibu jari.

2.Tumbuk halus halia, campurkan dengan 2 gelas air dan sedikit gula. Kemudiannya, rebuslah campuran tadi sampai mendidih.

3.Setelah mendidih, biarkan ia sejuk dulu.

4. Lepas itu barulah anda meminumnya 2 kali sehari. Amalkan selama 2 hari berturut-turut.

Sumber :

IKLAN