Sakit melahirkan anak tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Kepayahan mengusung perut 9 bulan hanya yang bergelar ibu sahaja memahami situasi tersebut.
Sebagai suami seharusnya menghargai segala pengorbanan isteri mereka dari awal sehingga lahirnya zuriat anda.
Perkongsian dari Muhammad Hassan ini cukup bermanfaat terutama buat para suami di luar sana terutama bagi isteri yang baru bersalin.
Memang suami perlu banyak bersama isteri di awal berpantang dan penyusuan. Bukan soal luka bersalin,luka ni akan baik dengan sendiri. Tetapi suami bantu jaga isteri agar emosinya tidak tertanggu dan semakin teruk.
Bantu isteri ke tandas,
Bantu isteri banyakkan berjalan,
Bantu isteri susukan anak,
Bantu isteri tukar lampin anak,
Bantu isteri mandi,buang air,
Bantu isteri makan dan masakkan untuk si dia.
Sebenarnya ini amalan mak ayah tok nenek kita dahulu. Ayah kita dulu jaga semua adik beradik 12 orang,sentiasa bantu mak sehinggakan suapkan makanan. Ini sifat kasih sayang mak ayah kita didik dan tunjuk kepada kita supaya sayang isteri lebih dari diri sendiri.
Apa perlu suami buat?
Dapatkan:
-Ikan yang segar
-Sayuran kampong
-Ayam kampong
-Telor ayam kampong
-Daging lembu segar
Pantau luka .
-Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan darah dan elakkan DVT(Darah beku disalur darah).
-Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup.
Ambil tahu:
-ILMU PENYUSUAN,cari posisi bayi ketika menyusu.
-Amalan@Pantang larang ketika isteri berpantang
-ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor
-Jadual pemeriksaan bayi dan ibu diklinik
-Basic urutan untuk ibu berpantang.
-Cara berbedong/bekong
-jamu/vitamin/ubatan untuk ibu berpantang dan selepas.
Suami kena selalu peluk isteri,ucap terima kasih sayang lahirkan anak kita,terima kasih sebab sabar menahan sakit. Kucup dahi isteri. I love sayang,abang sayang sayang,lemparkan senyuman sehingga cecah telinga dan doa depan isteri.
Ya Allah ini isteri saya,berikan dia syurga,berikanlah dia ganjaran pahala,berikanlah dia kesihatan yang baik,jauhkan dia dari segala penyakit. Suami wajib doa untuk isteri,ucap kata yang baik,tanya ada apa yang boleh kita bantu isteri.
Insyaallah jika kita(suami) sering ucap perkataan yang baik-baik isteri akan seronok,isteri akan tenang.
Dan suami juga perlu faham tanda-tanda isteri melalui fasa post-portum period. Jika ada tanda selalu menangis,termenung,tiba-tiba pukul anak ini perlu dirujuk ke hospital atau dapatkan nasihat doktor.
Mudahan berkat kasih sayang suami isteri lahirnya anak soleh solehah.
Melihat perempuan cantik siapa sahaja yang tidak terpesona. Apatah lagi jika berpenampilan ringkas tanpa secalit makeup, namun tetap terserlah kecantikan semulajadinya. Pasti mencuri perhatian ramai!
Begitulah kisahnya apabila baru-baru ini, isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri menjadi perhatian netizen gara-gara kecantikan yang dimilikinya sehingga mencetuskan pelbagai reaksi ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Fizo Omar di laman TikToknya, dia bersama isteri sedang membeli belah di sebuah pasar raya sambil membincangkan sebuah jenama herba yang telah menjadi isu di laman sosial sebelum ini.
Dalam video tersebut, dapat dilihat Fazeera kelihatan terpinga-pinga dan mukanya jelas nampak begitu cuak sebaik sahaja dia membaca perkataan ‘pork’ yang terdapat pada bahagian maklumat pada produk tersebut.
Sedangkan, ‘pork’ yang dimaksudkan di bahagian maklumat tersebut adalah ia sesuai digunakan untuk digunakan pada daging lembu, ayam, kambing dan termasuklah babi.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL BERKAITAN :
Sebelum ini ramai yang salah sangka bahawa produk tersebut mengandungi babi walhal sebahagian netizen tidak membaca dengan baik apa yang ingin disampaikan oleh produk tersebut.
“Cantiknya… betul-betul natural beauty”
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen lebih terpegun dengan kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh Fazeera dan betapa mulus kulitnya meskipun tanpa dicalet makeup ke wajahnya.
“Ulang ulang tngok sebab bini dia cantik 😭”
“Muka cuak pun cantik”
“tak weh, aku pun terpana masa dia zoom muka bini dia. cantik gila”
“Bini cantik naturallll🥰”
“cantiknya… btl2 natural beauty”
“Tergamam aku tengok skin dia wehhhhhhh🥺”
“Cantiknya wife dia kita yang pmpuan ni pun suka tengok suara pun lembut je”, begitulah antara komen-komen yang diberikan oleh netizen.
Penggunaan pelitup muka kini bolehlah dikatakan sebagai ‘perisai’ paling penting untuk memastikan diri selamat daripada jangkitan Covid, selain memastikan penjarakan fizikal dipatuhi.
Sehubungan dengan itu, sebanyak50,000 helai pelitup muka telah disumbangkan oleh Persatuan Wanita Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada murid kurang berkemampuan di 20 buah sekolah di Daerah Petaling Perdana.
Sumbangan disampaikan Yang DiPertuan PEWANI, Datin Rahiman Abdul Rahman bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini.
Rahimah berkata, sumbangan itu membuktikan PEWANI mengambil berat dan prihatin terhadap murid-murid sekolah yang kurang berkemampuan dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan Covid -19 sejak sekolah mula dibuka pada 1 Mac lalu.
“Program ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial PEWANI dalam membantu murid sekolah patuh kepada prosedur operasi standart (SOP) dalam mendepani pandemik Covid-19.
“Sebagai sebuah persatuan wanita yang bergerak aktif dalam menjayakan pelbagai program pembangunan diri dan kebajikan kepada kakitangan wanita UiTM, kita juga turut bersama-sama memanjangkan keprihatinan kepada komuniti terutamanya murid di sekolah-sekolah berhampiran UiTM.
“Keperluan kepada murid terus diberi perhatian dari semasa ke semasa bagi memastikan murid dapat melalui proses persekolahan dengan lancar dan selamat.
“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang menjayakan program ini dan berharap warga UiTM menjadikan platform sumbangan ini untuk terus menyumbang kepada masyarakat.
“Projek kesukarelawanan sumbangan pelitup muka ini akan terus digiatkan dari semasa ke semasa dan digerakkan oleh pasukan ahli PEWANI seumur hidup yang sentiasa siap siaga mengumpulkan dana sumbangan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan dan melancarkan Program Khidmat Komuniti Pewani : Kembali Ke Sekolah di Dewan Seminar Kesatria, Pusat Kokurikulum UiTM di sini.
Hadir sama Timbalan Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Wan Fauziah Abdullah dan Guru Penolong Kanan Petang Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Mohd Shahrom Talhah.
Sementara itu, Fauziah berkata pihak Pejabat Pendidikan Daerah sentiasa berbesar hati dan menerima pelbagai bentuk sumbangan sejak sekolah mula beroperasi.
“Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban ibu bapa dari berbelanja dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan langkah-langkah pencegahan kendiri.
Mohd Shahrom Talhah menjelaskan, pihak sekolah amat berbesar hati kerana terpilih dalam sesi simbolik penyerahan sumbangan yang bakal diberikan yang bakal diagihkan kepada murid yang kurang berkemampuan.
“Sumbangan ini memberi makna yang sangat siknifikan kepada warga sekolah, selain dapat meyakinkan para ibu bapa murid-murid selamat ke sekolah dengan mematuhi SOP yang ditetapkan terutama dengan pematuhan pemakaian pelitup muka, jelasnya.
Semua pelitup muka akan mula diagihkan ke 20 buah sekolah secara berperingkat dan akan diperluaskan lagi sumbangan ke sekolah-sekolah yang terpilih dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.