Tempahan Produa Alza Generasi Kedua sungguh luar biasa! Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) memperkenalkan Perodua Alza serba baharu menjelaskan bahawa telah berjaya menerima lebih 30,000 tempahan sejak pembuat kereta kompak itu membuka tempahannya pada 23 Jun 2022, yang mana tertinggi dalam sejarah jenama Alza.
Perodua Alza 2022 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi di Kuala Lumpur Convention Centre.
Hadir sama, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Presiden Daihatsu Motor Co, Soichiro Okudaira dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, hampir 4,000 pelanggan sudah menukar tempahan Perodua Alza mereka kepada versi terkini walaupun sebelum pembukaan tempahannya diumumkan secara rasmi.
Dipamerkan di 195 buah bilik pameran
Katanya, pencapaian itu disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah pelanggan ingin memanfaatkan sepenuhnya inisiatif pengecualian cukai jualan yang tamat tempoh pada 30 Jun lalu.
“Bermula hari ini, beberapa pelanggan kami akan menerima Perodua Alza serba baharu mereka daripada 195 bilik pameran jualan sah di seluruh negara.”
“Selain itu, kami memberi jaminan kepada pelanggan kami yang menempah Perodua Alza serba baharu mereka pada atau sebelum 30 Jun, mereka akan menerima kenderaan mereka sebelum tarikh akhir 31 Mac 2023,” katanya di majlis pelancaran rasmi Perodua Alza serba baharu di sini, hari ini.
Katanya lagi, antara daya tarikan nilai keseluruhan pakej Perodua Alza serba baharu, termasuk ciri keselamatan yang dipertingkatkan seperti enam beg udara, ciri Bantuan Keselamatan Termaju, tawaran digital yang dipertingkatkan, ruang yang luas dan keselesaan pemanduan yang lebih baik.
Ads
Perodua Alza Generasi Kedua ini menggunakan 95 peratus kandungan tempatan dengan pelaburan pembangunan RM770 juta sejak 2018.
Berikut harga Perodua Alza generasi kedua:
Perodua Alza varian X – RM62,500
Perodua Alza varian H – RM68,000
Perodua Alza varian AV – RM75,500
Reka Bentuk MenarikTermasuk Belakang Ala-Ala Wagon
Ads
Sumber: pandulaju, Motoqar, Dream Car Expo, thevocket.com & Harian Metro
Siapa kata rumah lama dan usang tak boleh cantik dan kelihatan seperti rumah baru. Jika ada modal dan juga kreatif semunya jadi. Itulah yang dilakukan oleh Azmeer Yusof yang juga merupakan pemain pertahanan bagi negeri jelapang padi, Kedah.
Dalam satu perkongsian dimuat naik oleh Azmeer di laman Facebook miliknya baru-baru ini nyata menimbulkan kekaguman apabila dia berjaya mengubah usang dengan hanya bermodalkan RM60,000, rumah itu telah berjaya ditransformasikan dengan begitu cantik persis seperti rumah baru.
Jadi apa kata anda lihat perkongsian penuh beliau di bawah ini:
Tanah untuk dijual
“Kegilaan apakah ini beli rumah yg dah ditinggalkan hampir 30 tahun. Dan agent penjual tanah memberi tahu, saya orang yg entah ke berapa datang tengok tanah tersebut. Seseorang memberitahu tanah ini utk dijual.
“Saya terus ambil keputusan utk tengok sendiri tanah ini kerana tanah ini betul2 di tengah Alor Setar. Tambahan pula, tanah ini berkeluasan 4500sqft. So pada saya agak besar kerana tanah saya di Gombak hanya 2000sqft.
Tinggalan rumah usang
“Setibanya saya di tanah ini, mengucap panjang saya. Allah Allah.. Sejengkal tanah langsung tak nampak. Semuanya dah jadi RIMBA ! Saya gagahkan diri juga sambil membaca apa yg patut dalam hati utk masuk ke tanah tersebut & melihat tinggalan rumah usang di tanah itu.
“Seriusly sangat2 teruk & setahu saya rumah tu dah jadi ‘ port.’ Dan ofcoz rumah tersebut sangat2 menakutkan. Pokok sebesar peluk orang dewasa berada di tengah2 ruang tamu rumah. Tandas yg terlalu gelap gelita kerana owner lama tak letak tingkap. Banyak lagi nk cerita benda yg menyeramkan masa saya datang tengok.
Restu mak ayah penting
“But its ok ! Saya nekadkan juga utk beli tanah tersebut kerana pada saya rumah boleh dibina. Tapi tanah tersebut takkan dapat dah di tengah2 Alor Setar. Haaa.. Yg lagi buatkan saya nk beli kerana tembok rumah masih utuh. Tapi senekad-nekad saya pun, restu mak ayah penting.
“Saya call mak ayah minta pendapat. Ayah saya cakap tanya dulu jiran2 berdekatan rumah tu ditinggalkan puluhan tahun kerana hantu atau saja2 tinggal. Its funny right? Tapi kata2 mak ayah kita kena dengar. Saya bertanya kpd jiran terdekat & jiran tersebut mengatakan ‘ kelia-kelia, xdak apa aih ‘
“Selepas itu terjadinya pembelian rumah usang & tanah sebesar 4500sqft, Alhamdulillah Niat sebenar nak hancurkan terus rumah usang tu. Tapi ayah saya cakap bangunan asal masih kuat. So saya & team plan satu rancangan utk menggunakan struktur asal & repair apa yg patut.
Rumah usang menjadi sebuah rumah Betul kata orang. Repair lebih mahal dari membina. Tapi takpa, kepuasan hati apabila dapat repair rumah usang menjadi ‘ SEBUAH RUMAH.’
Personal loan bukan untuk joli
Saya berhabisan 60k untuk repair & lengkapkan segala-galanya. Kepuasan hati tidak boleh dibeli. Skrg saya puas hati dgn apa yg saya buat walaupun ramai yg cakap lebih baik bina rumah baru.
“Dan sekali lagi saya mohon PERSONAL LOAN 50k utk repair rumah ini. SO DALAM HIDUP SAYA PERSONAL LOAN YG SAYA MOHON HANYA UTK PERKARA2 SEBEGINI, BUKAN UTK BERJOLI
Hutang atas tanah
“Ok lupa nak beritahu. Saya beli tanah ini dgn harga 140k. So total semua 200k. Dan in syaa Allah lagi 2 tahun saya habis baya utk semuanya yg saya hutang atas tanah ini. So kpd sahabat2 saya yg membaca ni, JUST BUY TANAH & RUMAH walaupun ianya USANG.
“Takkan rugi kerana semasa saya repair rumah ini, seseorang datang offer nak beli 320k. Can u imagine hanya sebulan 2 someone dtg offer utk beli 320k ! So now berapa agak2 market value tanah & rumah saya ni?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu ini, 18 sehingga 31 Mac di seluruh negara. Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi; pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
Berikut ucapan Penuh PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI MENGENAI COVID-19
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi.
Malam ini, sekali lagi saya berada di hadapan saudara-saudari sekalian untuk memaklumkan situasi semasa ancaman wabak Covid-19 yang telah menimbulkan kebimbangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia.
Sehingga kini, wabak Covid-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai 162,711 orang telah disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia.
Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.
Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.
Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;
Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.
Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;
Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan
Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Saya sedar bahawa saudara-saudari mungkin merasakan bahawa tindakan yang diambil oleh Kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran untuk saudara-saudari menjalani kehidupan seharian. Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.
Kita telah melihat peningkatan wabak Covid-19 secara mendadak daripada puluhan orang yang dijangkiti virus ini kepada ribuan orang dalam masa yang singkat di beberapa buah negara lain. Sudah pasti saudara-saudari tidak mahu keadaan yang sama berlaku di negara kita.
Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing. Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa.
Saya harap saudara-saudari dapat bersabar menghadapi dugaan ini. Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang. Saya percaya dengan langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita mampu menyekat penularan wabak ini dalam masa yang terdekat.
Kita telah melihat beberapa buah negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti negara China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan Covid-19.
Saya juga ingin memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi. Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalah Pergerakan ini berkuatkuasa.
Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak Covid-19. Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan memaklumkan kepada saudara-saudari perkembangan situasi wabak Covid-19 dari semasa ke semasa.
Jika saudara-saudari mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk membendung wabak ini.
Saya berdoa agar saudara-saudari sekalian terus cekal dan tabah dalam menjalankan tugas untuk negara demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini sentiasa terpelihara.
Akhir sekali, saya berdoa agar saudara dan saudari sekalian sentiasa diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T.
Wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memastikan anak lelaki terdidik dengan baik, ibu ayah perlu lakukan beberapa perkara terutamanya ketika anak lelaki berusia seawal 6 hingga 13 tahun.
Kenapa begitu?
Ketahui perkongsian detail daripada Dr. Redza Zainol ini.
Kanak-kanak lelaki usia 6-13 tahun akan mula alami perubahan ketara.
1) Timbul karakter yang lebih maskulin.
– suka main lawan-lawan
– suka buat bising
– suka bergusti
– tiru aksi superhero
2) Tertarik kepada lelaki lain yang lebih dewasa. Boleh jadi ayah, pakcik, datuk atau saudara lelaki yang lain.
Pada usia 6-13 tahun, ayah menjadi lebih penting di mata anak lelaki.
Anak mula berminat untuk belajar bagaimana untuk menjadi seorang lelaki. Di sinilah dia akan tercari-cari siapakah idola lelaki dewasanya.
Jika lelaki dewasa itu ialah ayahnya, dia akan mula mendekati, belajar dan meniru setiap kelakuan si ayah.
Seolah-olah dia memuat turun “software” dari ayahnya dan masuk ke dalam otak kanak-kanak lelaki tu.
Pada waktu ni, secara fitrahnya dia bersedia untuk belajar dan mendengar kata-kata dari ayah.
Inilah peluang terbesar seorang ayah untuk mempengaruhi diri kanak-kanak lelaki. Asas kepada ciri-ciri maskulin seorang kanak-kanak lelaki juga dibina pada waktu ni.
Inilah masanya untuk ayah “Make Time” atau meluang lebih masa dengan anak lelaki.
Contohnya:
– bermain di sekitar rumah atau di padang permainan.
– jalan berdua bersama.
– bercakap tentang kehidupan.
– bercerita tentang kehidupan diri sendiri semasa masih kecil.
Pada usia begini, ayah perlu mainkan peranan supaya dia lebih mudah didekati oleh anak. Kalau ayah tak ada dalam hidup anak, dia akan mencari lelaki dewasa lain sebagai idolanya.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.