Memasak ini jika tak ada idea, mulalah akan cari resipi yang ringkas tapi mesti sedap. Sejak arahan PKPB, ramai yang bekerja di rumah, anak-anak pula tidak ke sekolah. Jadi tentunya ibu-ibu mencari menu yang ringkas tapi sedap untuk hidangan keluarga.
Apa kata cuba resipi kerabu maggi ni.
Jom ikuti resipi berikut.
Korang pernah makan KERABU MEGGI tak? Kak Fidah baru firstime makan malam tadi.. sodappp.Dah lama teringin nak makan bila tengok orang dok post dalam fb tapi malam td baru berkesempatan buat, resepi olahan dari En.Google. Bahannye simple je kalau korang nak try buat.
Bahan-bahan:
1Paket Maggi Kari
1Paket Maggi Tom Yam
Seafood
Kacang Buncis
Tomato
Bawang Besar
Cili Api berapii
Daun Bawang
Limau Nipis
Cara penyediaan:
Rebus maggi. Toskan airnya.
Campurkan semua bahan-bahan tadi ke dalam maggie. Gaul sehingga sebati.
Senang ya amatt.
Selamat mencuba!
Sumber : NoraFidah AbdulRahman
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
***********************
JOM SERTAI KAMI!
Apa kata alang-alang anak kita tiada aktiviti sepanjang PKP ini, jom kita pakat anak beranak untuk sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020.
Manalah tahu rezeki anak anda, dapatlah seisi keluarga bercuti di lokasi yang ditawarkan.
Apa perlu buat?
Mudah je, Sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520
*Cara dan syarat boleh lihat di poster
Cara Buat Ayam Goreng Seringgit Yang Simple Tapi Sedap. Wanita Ni Kongsi Tip Kerak Tebal Tapi Rangup & Isi Juicy!
Ayam goreng menjadi kegemaran ramai anak-anak. Kalau ke pasar malam, pasti tak sah kalau tak singgah gerai yang menjual ayam goreng kan.
Memandangkan sekarang ni tengah lockdown ,nak keluar pun susah, jadi ibu-ibu cuba buat sendiri ayam goreng ala-ala pasar malam. Cukup mudah resipi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi. Yang penting simple dan confirm sedap.
Resepi ayam goreng singgit sebenarnya telah dikongsi oleh adik cikgu, Ben Safwan. Cikgu goreng ayam ni masa sambutan hari lahir anaknya beberapa minggu yang lalu. Cikgu terfikir nak buat menu ini sebab tahu budak-budak suka. Sedekah kat mereka. Ternyata laku keras sambutannya. Sekelip mata licin.
Kenapa cikgu pilih untuk repost lagi resepinya hari ini?
Salah satunya cikgu nak bantu anak-anak ibu di sini melepaskan rasa teringin nak makan ayam kepci. Menu untuk masak sendiri di rumah.
Memandangkan ekonomi kita sekarang dalam keadaan yang susah untuk dijangka masa depannya, cikgu akan cuba untuk berkongsi menu yang menjimatkan.
Nak beli kepci original untuk dua tiga ketul tidak lagi memadai buat masa ini. Perlu fikir banyak kali nak keluarkan duit.
Jadi buatlah seekor ayam tapi boleh makan ramai-ramai. Sebab tu namanya singgit. Saiz ayam ini pun dikerat kecil sahaja.
Haa kalau rupa ayam gorengnya macam ni, tak kata budak je suka. Orang tua pun terliur sama.
Betul tak?
Resepi untuk seekor ayam
– Ayam kerat 18
– Basuh ayam sebersihnya dan toskan.
Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam kepci sebenar.
Cara membuat:
Tepung Murah DI SINI
Dalam satu bekas, masukkan dua senduk tepung bestari perisa asli. Tambahkan sedikit air. Kelikatan tidaklah terlalu cair. Tidak perlu tambahkan apa-apa perisa lagi.
Perap ayam selama lima jam.
Dalam bekas yang lain, masukkan campuran tepung di bawah:
– 500 gram tepung bestari asli Belian Online DI SINI
– 100 gram tepung gandum Belian Online DI SINI
– 100 gram tepung beras Belian Online DI SINI
Gaul rata.
Kemudian ambil seketul ayam yang sudah diperap tadi dilumur ke dalam campuran tepung tadi. Tekap sehingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak.
Ini cikgu buat satu-satu untuk sekali gus masuk ke dalam periuk masa goreng nanti.
Panaskan minyak yang penuh dalam periuk. Kenapa guna periuk? Sebab permukaan periuk yang dalam dan boleh memuatkan kuantiti minyak secara sekata. Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu-persatu. Dalam saiz periuk cikgu gunakan di atas, cikgu cuma masukkan enam ketul sahaja setiap kali menggoreng. Gunakan api sederhana kuat. Balik-balikkan sesekali.
Angkat ayam setelah rupa ayam yang digoreng berwarna coklat keemasan.
Toskan minyak dan sedia untuk dimakan panas-panas. Nampak sedap kan? Jimat pun jimat.
Selamat mencuba.
Boleh bantu cikgu tekan butang kongsi banyak-banyak. Mana tahu amal jariah yang kecil ini sangat membantu kawan yang memerlukan.
Semoga bermanfaat.
Resipi 3 Beradik, Petai, Jering & Kerdas ‘Terangkat’, Buat Rasa Tak Keruan, Kena Cuba!
Petai, jering dan kerdas, makanan tiga beradik ni memang selalu jadi makanan penaik selera. Biarpun mempunyai bau yang kurang enak namun rasanya cukup hebat.
Boleh makan nasi bertambah-tambah jika disajikan dengan menu berasaskan ketiga-tiga bahan ini.
Apa lagi jika dimakan bersama nasi panas. Masyarakat kita terlalu sinonim dengan Sambal Udang Petai, Masak Lemak Petai dan sebagainya sedangkan terlalu banyak resipi yang boleh diolah daripada makanan ini.
Jom kita jadi lebih kreatif di hujung minggu ini. Jadikan menu petai, jering dan kerdas sebagai menu special untuk keluarga. Layan 7 resipi kreatif ini.
GULAI LEMAK KAMBING BUAH KERDAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing
100gm buah kerdas
1 biji santan
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
2sm kunyit hidup |dikisar
1 batang serai |diketuk
2 helai daun kunyit
Air rebusan daging kambing secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging kambing dengan air secukupnya hingga lembut.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga berbau harum.
3. Titikkan serai dan kacau rata.
4. Apabila pecah minyaknya, masukkan daging kambing bersama air rebusannya, buah kerdas dan juga daun kunyit. Biarkan mendidih.
5. Apabila mendidih, tuangkan santan dan kacau sentiasa.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa dan angkat.
AYAM BERLADA MASAK PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |dipotong kecil
100gm petai |dihiris nipis
4 biji cili merah |dikisar
4 biji cili hijau |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
4 ulas bawang putih |dikisar
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
3. Masukkan ayam dan gaulkan sebati.
4. Masukkan petai dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Biarkan masak seketika dan angkat.
ASAM PEDAS DAGING TETEL BUAH KERDAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel |dipotong kecil dan direbus hingga empuk
20ml air asam jawa
100gm buah kerdas |dibuang kulitnya
1 kuntum bunga kantan
1 tangkai daun kesum
1 batang serai |dititik
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
3 sudu makan cili kisar
Daun limau purut secukupnya |untuk hiasan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
2. Tuangkan sedikit air dan ketuk serai bersama bunga kantan, daun kesum serta daun limau purut.
3. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan daging tetel bersama buah kerdas. Biarkan empuk.
4. Masukkan sedikit air bersama air asam jawa. Biarkan hingga mendidih.
5. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya dan angkat.
KERABU KERANG BERSAMA JERING
BAHAN-BAHAN:
200gm kerang |direbus
5 biji jering |dihiris kecil
5 biji kacang kelisa |dihiris
10gm taugeh |dicelur sekejap
5 biji cili padi |dihiris
1 batang serai |dihiris
1 kuntum bunga kantan |dihiris
1 sudu makan kerisik
1 biji limau kasturi
2 helai daun limau purut
1 sudu makan kelapa goreng
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus kerang hingga masak dan ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan hiris dan gaulkan bersama sedikit garam.
3. Masukakan kerang rebus dan perahkan jus limau kasturi di atasnya.
4. Gaulkan mesra dan sedia dinikmati.
KALIO LEMAK NANGKA BERSAMA JERING
BAHAN-BAHAN:
500gm nangka muda |dipotong kecil
1 biji kelapa |diambil santannya
5 biji jering
4 biji bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
1 batang serai
1 sudu makan cili boh
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus nangka dengan air secukupnya hingga lembut. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam periuk kemudian tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik baunya.
3. Masukkan cili boh dan biarkan hingga cili garing dan pecah minyaknya.
4. Apabila pecah minyaknya, masukkan nangka bersama jering. Biarkan masak seketika.
5. Akhir sekali tuangkan santan dan perasakan dengan garam secukupnya.
6. Kacau sentiasa hingga mendidih kemudian angkat.
SAMBAL HIJAU UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN:
500gm udang
100gm petai
5 biji cili padi |dikisar
4 biji cili hijau |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
Sedikit serbuk kunyit |untuk menggoreng udang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng udang hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar hingga pecah minyaknya.
3. Masukkan udang bersama petai dan kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan angkat.
JERING AYAM RENDANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |dipotong kecil
100gm jering |dipotong kecil
1 biji kelapa |diambil santannya
2 batang serai |dititik
2sm halia |dikisar
5 biji bawang merah |dikisar
4 ulas bawang putih |dikisar
2sm lengkuas |dikisar
3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan gula melaka
1 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit |dihiris nipis
2 helai daun limau purut |dicarikkan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama serai dan cili kisar hingga naik minyaknya.
3. Apabila sudah pecah minyaknya, masukkan gula melaka bersama jering dan juga daun limau purut. Gaulkan hingga sebati selama 10 minit.
4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan masak sekejap.
5. Tuangkan santan bersama garam dan juga kerisik.
6. Kacau rata dan biarkan masak hingga kuahnya pekat.
7. Taburkan hirisan daun kunyit dan angkat.
Selamat mencuba!
Ikan Cencaru Sumbat Sambal Resipi Arwah Ibu. Sedap Dan Mudah
Ikan cenceru sumbat sambal adalah hidangan yang terlajap sedap untuk seisi keluarga. Bagi yang inginkan kelainain menu hidangan di raya ke tiga, apa kata masak hidangan ini. Nasi gerenti bertambah. Anak-anak pun suka.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Ok ni resepi arwah mak. Ikan cencaru belah belakang.
Resepi ada setiap gambar.
Bahan-bahan:
–bawang
-cabai kering
-serai
-daun kunyit
-ayax asam jawa
-gula
-garam
Cara penyediaan:
P/s kalo hampa dah buat dan kena dgn citarasa hampa.Saya minta sedekah kan Al-Fatihah kat arwah mak saya.
Selamat mencuba.
Sumber:Eny No