Sagu banyak kegunaannya antara sajian yang boleh dihasilkan ialah kuih lapis sagu. Nak buat kuih lapis sagu tidaklah sesusah mana pun. Bukan sahaja mudah untuk dimasak tetapi rasanya pun sedap.

Resipi Kuih Lapis Sagu, Rasa Sedap Manis Berlemak

Warna kuih yang pelbagai warna seperti hijau, merah dan kuning yang digunakan pasti menarik minat anak-anak untuk makan. Berikut resipi membuat kuih lapis sagu seperti yang dikongsikan oleh Syana Anuya Manmad

Resipi Kuih Lapis Sagu, Rasa Sedap Manis Berlemak, Nak Buat Pun Senang Sangat

BAHAN-BAHAN:

2 cawan sagu
500 mililiter (ml) air
3/4 cawan gula putih (boleh tambah)
Sedikit garam
1 cawan kelapa parut
200 ml santan
3 pewarna ikut cita rasa
Sedikit minyak masak
1 atau 2 cawan kelapa parut putih (kukus dengan sedikit garam)

Nak Buat Pun Senang Sangat

CARA MEMBUAT:

  1. Cuci sagu hingga bersih. Setelah bersih, rendam sagu bersama 500ml air selama 20 minit. Setelah itu, toskan.

2. Masukkan gula dan gaul sebati. Masukkan garam dan kelapa parut. Gaul lagi.

IKLAN

Resipi Kuih Lapis Sagu, Rasa Sedap Manis Berlemak, Nak Buat Pun Senang Sangat

 

3. Akhir sekali masukkan santan dan gaul sebati. Bahagi kepada tiga bahagian. Letakkan pewarna setiap satu mengikut cita rasa.

4. Sediakan loyang dan oleskan minyak masak.

IKLAN

5. Panaskan periuk kukusan menggunakan api sederhana.6.Tuang satu bahagian dahulu ke dalam loyang. Kukus selama 20 minit.

Resipi Kuih Lapis Sagu, Rasa Sedap Manis Berlemak, Nak Buat Pun Senang Sangat

 

IKLAN

7. Ulang lagi langkah yang sama untuk lapisan kedua selama 20 minit lagi. Akhir sekali lapisan terakhir dikukus selama 30 minit. Setelah masak, sejukkan dulu sebentar.

8.Potong kuih mengikut cita rasa. Guna pisau plastik supaya lebih mudah untuk dipotong dan dapat hasil kuih yang cantik.

Resipi Kuih Lapis Sagu, Rasa Sedap Manis Berlemak, Nak Buat Pun Senang Sangat

9.Gaulkan dengan kelapa parut yang dikukus. Bolehlah dihidangkan.

Sumber: Syana Anuya Manmad

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI