Sedang dunia memberi tumpuan kepada tragedi letupan kapal selam Titan dalam ekspedisi meneroka bangkai kapal Titanic dengan membawa pelancong yang bukan calang-calang orangnya, iaitu ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat kapal selam OceanGate, Stockton Rush, Paul-Henri Nargeolet, seorang penyelam terkenal Prerancis, hartawan dan anaknya serta bilionair British , Hamish Harding.
Difahamkan syarikat kapal selam itu mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.2 juta) bagi setiap seorang bagi menyertai ekspedisi ke bangkai Titanic yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John’s, Newfoundland.
Disebalik insiden ini, turut didedahkan satu kebetulan yang cukup memilukan apabila difahamkan Rush iaitu ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat kapal selam OceanGate tersebut didapati berkahwin dengan Wendy Rush iaitu cicit kepada Isidor dan Ida Straus yang meninggal dunia secara tragis dalam bencana Titanic 1912.
Isidor dan Ida adalah dua hartawan paling kaya yang menyertai pelayaran sulung Titanic sebelum ia karam.
Wendy Rush atau nama asalnya Wendy Minnie Weil, salah seorang daripada keturunan keluarga Straus.
Hubungan isteri CEO dengan pasangan terkenal Titanic itu disahkan melalui rekod salasilah dan telah menjadi perhatian ketika pencarian kapal selam OceanGate yang hilang berhampiran bangkai Titanic.
Isidor dan Ida Straus yang juga pengasas bersama jenama Macy’s memilih untuk terus berada di atas Titanic biarpun telah ditawarkan tempat duduk dalam bot penyelamat.
KETIKA CUBA DISELAMATKAN, ISIDOR DIKATAKAN TIDAK BERGANJAK. LELAKI BERUSIA 67 TAHUN ITU BERKATA DIA TIDAK AKAN PERGI SELAGI SEMUA PENUMPANG WANITA DAN KANAK-KANAK TIDAK DISELAMATKAN.
Dalam situasi cemas antara hidup dan mati, Ida juga enggan meninggalkan kapal tanpa Isidor yang telah dikahwini selama 40 tahun.
Babak cinta sejati mereka turut difilemkan di dalam filem Titanic arahan James Cameron pada 1997.
Dalam filem berkenaan, Isidor dan Ida digambarkan berbaring di atas katil di kabin kelas pertama mereka ketika air sedang naik memenuhi kapal.
Menurut saksi di lokasi kejadian 111 tahun lalu, pasangan itu kekal berpelukan di bahagian dek kapal penumpang paling besar di dunia itu sehingga karam.
DILAPORKAN MAYAT ISIDOR DITEMUI DI LAUT KIRA-KIRA DUA MINGGU SELEPAS BENCANA ITU MANAKALA JASAD IDA TIDAK PERNAH DITEMUI.
Menurut salinan arkib New York Times yang diterbitkan pada 13 Mei 1912, patung peringatan untuk pasangan itu dibina di Dewan Carnegie New York City.
Dua beradik warga Myanmar maut dipercayai selepas memakan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut di Langkawi.
Memetik laporan Bernama, ketika kejadian sekitar jam 5.30 petang, bapa mangsa ternampak kedua-dua anaknya yang dikenali dengan nama Nizambudin dan Ngei Jamaludin berada di kawasan tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang dan mulut berbuih.
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari, si bapa yang panik dengan situasi tersebut segera membawa anak-anaknya yang berusia empat dan dua tahun itu ke rumah jiran berdekatan. Beberapa minit kemudian, penduduk kampung mendapati kedua-dua mangsa sudah tidak bernafas sebelum menghubungi pihak polis.
Hasil siasatan awal mendapati bapa mangsa bekerja mengambil upah membaiki kelengkapan bot selain melakukan kerja-kerja kampung. Keluarga kecil ini juga tidak mempunyai kediaman tetap dan hanya menumpang di rumah jiran.
Difahamkan, mayat kedua adik beradik itu di hantar ke Hospital Sultanah Maliha untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Betapa pantasnya masa berlalu, diam tak diam, anak sulung penyanyi nombor satu negara, Dato’Sri Siti Nurhaliza, Aafiyah kini sudah pun berusia enam tahun.
Melalui Instagramnya, Dato’ Siti memuat naik sekeping gambar Aafiyah yang cukup manis dan ayu.
Kata Dato’ Siti, penantian 11 tahunnya berakhir dengan kelahiran Aafiyah enam tahun yang lalu malah kelahiran yang begitu dinantikan olehnya.
Bahkan kata Siti lagi, Aafiyah jugalah yang mengajarnya erti kesabaran untuk bergelar seorang ibu.
“Alhamdullillah, 6 Tahun yang lalu, lahirlah puteri ibu Siti Aafiyah Khalid.
“Anak yang mengajar ibu tentang kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk menjadi ibu. Sebelah tahun menantimu, masya Allah, Tabarakallah,” tulisnya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut membingkiskan ucapan sempena hari lahir Aafiyah. Doa sentiasa mengiringi agar Aafiyah membesar menjadi anak yang sentiasa disayangi malah dapat berbakti kepada agama dan masyarakat bila besar nanti.
“Doa ibu Aafiyah menjadi anak soleha yang sentiasa dijaga Allah Swt. Anak yang cepat matang, terang hatinya, tegas dalam lembut, caring dan terus lah berbakti kepada agama dan masyarakat bila besar nanti ye.
“Semoga Aafiyah anak ibu disayangi seluruh makhluk Allah swt di langit dan di bumi, menjaga Adab dan Agamamu. Permata hati ayah ibu, Siti Aafiyah .. aamin ya rabb,” katanya lagi.
Terdahulu, si comel kesayangan ramai, Siti Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas hampir 11 tahun menanti. Siti mendirikan rumahtangga bersama Datuk K pada 21 Ogos 2006. Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Muhammad Afwa.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.