Puding antara hidangan pencuci mulut yang simple tapi cukup enak dimakan. Apalagi jika dihidangkan sejuk-sejuk memang terasa di tekak kan.

Anak-anak pasti suka ni. Nak cuba puding mangga susu air tangan puan Mas Cotek. Ini admin kongsikan resipinya.

Selamat mencuba!


PUDING MANGGA SUSU.. opah bersiaran kembali…opah sibuk sikit minggu ni (mcm beranak ghenik le pulak 🤭)..ni nk bgtau, smlm Anggerik Rimba bg pelam epal (30bj ada rasanya) dh msk ranum..buat je lah pape ktnya..ok sis #AnggerikRimba siap dh pun puding aye…😋 😋
nak dtg le Lekio ye.. 

😁 #RESEPINYA 👇🏻

PUDING MANGGA SUSU
(oleh Mas Cotek)

Bahan² Puding Mangga
1 paket serbuk agar² (10gm)
4 cwn air
1 cwn gula
1 tin susu cair
2 cwn isi mangga yg siap diblend

Caranya
~satukan serbuk agar², gula dan air
~masak sehingga larut
~satukan mangga yg diblend tadi dgn susu.. sebatikan
~tuang ke dalam periuk agar² dan kacau sebati
~didihkan dgn api perlahan
~tutup api kemudian tapis
~biarkan wap panasnya hilang
~tuang ke dalam acuan/loyang
~sejukkan/ketepikan

Bahan Puding Susu
2 sdt serbuk agar²
2 cwn susu UHT
1/4 cwn gula pasir
1/2 sdt esen vanilla

1/2 cwn mangga dipotong dadu

Caranya
~satukan ke semua bahan kecuali mangga
~dengan api sederhana masak sehingga mendidih
~biarkan wap panasnya hilang
~masukkan mangga yg dipotong dadu
~tuang ke atas lapisan puding mangga
(cakar² sedikit permukaan puding mangga sebelum tuang puding susu)
~sejukkan

Bahan Sos Kastard
1 tin susu cair
1 cwn air
3 sdb tepung kastard
3 sdb gula pasir
1/2 sdt garam
1 sdt esen vanilla

Caranya
~satukan ke semua bahan, sebatikan
~masak sehingga mendidih
menggunakan api perlahan
~sentiasa di kacau sehingga pekat
~sejukkan
~tuang ke atas puding jika suka

mancuh sikit sos kastard..tuang ats puding.. aje sdp kome oiiii…