Tentu ramai yang setuju kalau kita terhidu aroma ikan bakar ketika di bazar Ramadan boleh membangkitkan selera dan sekali gus membuatkan perut terus terasa semakin lapar.

Bahkan jika membayangkan  keenakan rasa ikan bakar yang dilumur bersama rempah-rempah terpilih membuatkan kita pula tidak sabar untuk menyediakan menu istimewa ini untuk keluarga.

Jadi andai kata sepanjang Ramadan ini masih belum menyediakan menu ikan bakar dari air tangan sendiri, apa kata hari ini kita sediakannya dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Amy Tomy yang berasal daripada negeri Terengganu ini.

 

 

Menurutnya rempah ikan bakar tersebut boleh disediakan dalam kuantiti yang banyak untuk dijadikan stok bagi memudahkan untuk menyediakan menu panggang yang lainnya seperti ayam, sotong, udang, lala dan sebagainya.

Resipi Rempah Perap Ikan Bakar Terengganu Style, Mudah & Sedap Sangat!

RESEPI REMPAH IKAN BAKOR TERENGGANU

Bahan-bahan :-

1kg Bawang merah besar

1 labu Bawang putih

5 batang Serai

IKLAN

1 kg Cili boh @ cili kering kisar

1 cawan Gula

3 ketul gula nisan

Garam – secukup rasa

1 sudu Belacan Bakar

Air asam jawa/asam keping secukup rasa

1 genggam Daun kesum

Daun Limau

IKLAN

1 cawan Minyak masak

 

Langkah 1

– Blender Bawang besar, Serai dan Bawang putih dan belacan sehingga lumat

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

 

IKLAN

Cara-cara memasak

  1. Panaskan minyak lepas tu masukkan bahan-bahan yang sudah diblender tadi. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh @ cli kering dan tumis sehingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan gula dan gula nisan. Biarkan sehingga cair.
  4. Masukkan garam. Gaul sebati kemudian masukkan air asam jawa
  5. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan hirisan daun limau dan daun kesum
  7. Masak selama 1-2 jam.. jangan biar kacau agar tidak hangus

Resipi Rempah Perap Ikan Bakar Terengganu Style, Mudah & Sedap Sangat!

Ekstra tip semasa bakar supaya rempah tidak kering, tidak  hangit dan boleh makan banyak kuah.

1.Alas alat pemanggang dengan daun pisang atau aluminium foil.

2.Letak sedikit minyak.

3.Letak ikan dan selepas itu letak nipis sahaja rempah ikan bakar atas ikan tutup dengan daun pisang.

4.Bakar seketika. Selepas itu balikkan ikan letak nipis sahaja rempah ikan bakar dan biar seketika..

5.Lepas masak angkat letak atas pinggan barulah tuang kuah ikan bakar selebihnya atas ikan. Perah asam limau atas hidangan sebelum makan.

Resipi Rempah Perap Ikan Bakar Terengganu Style, Mudah & Sedap Sangat!

Selamat mencuba..

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI