Solok lada memang sedap! Biasa kita makan dengan nasi kerabu. Makanan ‘orang Kelantan’ ini bukan sahaja digemari oleh masyarakat tempatan tetapi juga orang luar. Selain dimakan bersama nasi kerabu, solok lada juga boleh jadi lauk atau boleh dimakan begitu sahaja.
Cuma di luar ini tak ramai jual, nak puas makan kena buat sendiri. Caranya ikut langkah yang dikongsi oleh El Musliha Katiman. Cara buatnya pun tidaklah sesudah mana pun.
Resipi Solok Lada, Kalau Beli Memang Mahal
Bahan-bahan:
15 biji cili besar
1/3 biji kelapa parut- ditumbuk
2 cawan santan separa pekat
3 ekor ikan-rebus, buang tulang dan tumbuk
4 biji bawang merah- tumbuk
3 biji bawang putih- tumbuk
1 sudu kecil lada hitam- tumbuk
Sedikit halia- ditumbuk
3 helai gaun pandan
Gula dan garam
Ads
Buat Sendiri Puas Makan
Cara-cara membuat:
1. Bersihkan dan belah memanjang cili besar. Tak perlu buang tangkai. Ketepikan.
2. Gaul kelapa parut, ikan rebus, bawang merah, lada hitam dan halia bersama gula dan garam secukup rasa hingga rata.
Ads
3. Sumbat kelapa yang sudah digaul ke dalam cili.
4. Lapik periuk dengan daun pandan (boleh guna kacang panjang juga) & susun solok lada yang telah ada inti di atasnya. Tutup dengan daun pandan.
Ads
5. Dalam periuk, masukkan santan biar paras separuh dengan solok lada.
6. Masak dengan api perlahan hingga santan kering/solok lada kelihatan dah masak.
Biasanya kalau masak apa sekali pun, mesti kita akan perasakan dengan garam, gula atau serbuk perasa untuk memberi rasa yang enak dan menyelerakan. Namun perkongsian resipi daripada wanita ini, berkenaan resipi istimewa yang biasa dimasak oleh arwah ayahnya menarik perhatian warganet. Berkali-kali wanita ini menyarankan agar tidak perlu ditambah garam, gula dan serbuk perasa untuk menyediakan resipi tersebut.
Wanita ini selain berkongsi resipi istimewa, turut memohon agar warganet dapat sedekahkan al-fatihah buat arwah ayahnya yang baru sahaja meninggal dunia pada Syawal kedua akibat serangan jantung.
Ini perkongsiannya;
Minggu lepas, Syawal pertama, waktu macam ni, tengah berjuraian air mata dalam kereta kerana kami dalam perjalanan pulang ke kampung apabila dapat kebenaran daripada pihak polis (bukan mudah untuk dapat kebenaran) untuk rentas negeri apabila abah tiba² kena serangan jantung pada petang raya. Tengah malam, sampai hospital Temerloh, sempat ‘bercakap’ dengan abah sekejap dalam ICU sebelum abah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.27 pagi setelah dimasukkan ke CCU. Abah meninggal pada Syawal kedua, hari Jumaat yang lepas.
Di sini saya nak share dan sedekahkan satu resipi istimewa daripada abah. Semoga berpanjangan pahalanya buat abah.
Resipi yang sangat simple tapi rasanya sangat enak. Setiap kali balik kampung, memang wajib minta abah masakkan mi special ni. Tak perlu letak garam/gula/serbuk perasa lagi dah. Ngam² sedap dah rasanya.
Bahan-bahannya sangat mudah. Kepada yang dah cuba atau bakal cuba resipi ni, dapatlah kiranya saya mohon untuk sedekahkan Al-fatihah buat almarhum abah saya Hasim bin Andan. Terima kasih semua.
Ini bahan-bahannya:
Mi kuning (celur sekejap dengan air panas), tak kisahlah jenama apa pun. Daging (ini bahan utama), fishball (ini untuk memeriahkan kuah), sawi biasa atau sawi pok choy, cili (dihiris), bawang merah dan bawang putih (ditumbuk), akhir sekali limau nipis (untuk diperahkan jusnya ke dalam pinggan).
Sos cili, sos tomato, kicap manis dan sos tiram. Tak kisah nak guna jenama apa pun. Ada 4 botol sos dan kicap ni, tak perlu tambah garam lagi dah ke dalam masakan.
Air panas menggelegak atau air panas penapis air. Tak kisahlah penapis air jenama apa.
Tumis bawang dengan cili sampai garing. Cili tu, kalau suka pedas, tambahlah lagi.
Masukkan daging. Gaul rata.
Lepas tu terus tambah air panas tadi. Air ni bertujuan untuk mempercepatkan proses melembutkan daging. Reneh sehingga menggelegak. Jumlah air bergantung kepada jumlah mi yang digunakan. Banyak mi, banyaklah air.
Kemudian boleh tuang segala sos2 tadi. Jumlah sos, bergantung kepada kuah tapi selalunya setengah botol jugalah saya letak untuk setiap sos. Kicap agak2 ajelah. Lepas tu boleh tambah fishball, isi ayam, fishcake atau apa sahaja yang digemari. Biarkan sos2 tu sebati dengan kuah seketika.
Selepas itu, masukkan sawi.
Terakhir sekali masukkan mi. Gaul sebati, tunggu menggelegak sekejap, matikan api. Boleh hidang terus macam ni. Mi ni berkuah. Kena makan teruslah konsep dia. Baru umppphh!
Selalu kami akan terus hadap sampai licin kuali. Abah senyum je tengok anak, menantu dan cucu suka makan masakan dia.
Tapi kalau nak makan lambat, boleh asingkan mi daripada kuah macam ni supaya mi tak kembang.
Ini kuah yang dah diasingkan. Warna lebih kurang beginilah. Tak hitam sangat. Selamat mencuba semua. Resipi ni ringkas sahaja. Waktu memasak pun sangat sekejap. Anak² pasti sukakannya.
Dah senduk mi dan kuah ke dalam pinggan, jangan lupa perah limau nipis. Baru terangkat dan sempurna rasanya.
Anda pernah dengar tak atau menikmati hidangan bernama telur goreng kelapa parut? Hidangan ini adalah pertama kali buat penulis, namun konsepnya lebih kurang sama dengan hidangan lempeng kelapa yang biasa penulis makan.
Tidak mustahil sekiranya anda pun tidak pernah tahu kerana tidak terkira banyaknya makanan yang wujud di dunia ini. Justeru itu, jika anda ingin mencubanya apa kata ikut resepi mudah di bawah yang dikongsikan oleh Puan Wan Shaz Hanis berdasarkan resepi emak mertuanya.
Balik rumah emak mertua, pertama kali makan telur goreng kelapa parut. Lepas itu ada bawang merah, ada bawang putih, ikan bilis.
Pelik sangat sebab memang tak pernah makan kelapa dicampur telur.
Selalu yang saya makan lepat pisang campur kelapa parut, lempeng kelapa. Tapi kali ni menu mak mertua.
RESEPI TELUR GORENG KELAPA PARUT!
BAHAN-BAHAN:
Bawang merah.
Bawang putih.
Ikan bilis.
Lada (kalau nak pedas). *tumbuk bahan-bahan di atas tapi jangan terlalu lumat atau hancur.
Telur
Kelapa parut muda.
Garam & ajinomoto
Serbuk kunyit
CARA-CARANYA:
1. Ditumbuk kesemuanya jangan terlalu lumat atau hancur sebabnya nak bagi rasa rasa bawang, ikan, bilis dan lada.
2. Apabila kesemuanya sudah ditumbuk, pecahkan telur dan godak-godak telur.
3. Masukkan kesemua yang telah ditumbuk dan masukkan garam, ajinomoto dan kunyit sikit.
4. Selepas itu gaul kesemuanya termasuk kelapa parut muda sehingga rata.
5. Panaskan minyak masukkan ke kuali, masak dengan api yang sangat perlahan.
Masak sehingga rata sehingga keluar bau kelapa. Sangat-sangat SEDAPPP!
Rahsia keintiman rumah tangga bukan sekadar memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang langsing, tetapi bagaimana cara menjaga dalaman diri supaya pasangan sentiasa mahu dekat dengan kita.
Nak cantik dan sihat tidak perlu keluar belanja yang banyak. Jom cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Mira Baharin ini.
Selain dapat membuang angin dalam badan, minuman berkhasiat ini juga membantu dalam mengatasi masalah bau badan serta memecahkan lemak di perut.
Bagi wanita yang sudah berkahwin atau yang masih bujang pun boleh cuba air jamu ini kerana ia sangat bagus untuk cuci rahim selepas habis haid bagi mencegah lebihan darah haid yang kotor dan tersumbat.
Cukup mudah, bahan-bahannya juga murah dan menjimatkan. Anda boleh peroleh dari dapur saja yang mana khasiatnya tidak perlu kerana sangat berkesan.
Jom sama-sama kita amalkan AIR JAMU “CUCI RAHIM” ni.
RESEPI AIR JAMU “CUCI RAHIM”:
Bahan-Bahan:
2 inci kunyit hidup dihiris atau ditumbuk.
2 inci halia dihiris atau ditumbuk.
2 batang serai dihiris atau ditumbuk.
2 helai daun pandan
Gula batu atau madu.
3 cawan air putih.
Tips 1: Jika yang dah berkahwin boleh tambahkan 2 biji manjakani untuk merapatkan faraj (Tidak sesuai untuk yang belom berkahwin)
Tips 2: Bagi yang ada masalah keputihan boleh ditambah 2 helai daun sireh.
Cara-caranya:
1. Basuh semua bahan-bahan dan terpulang sama ada nak hiris atau tumbuk. Jika nak rasa lagi power sila tumbuk ye.
2. Seterusnya masukkan 3 cawan air ke dalam periuk dan masukkan semua bahan-bahan.
3. Rebus sehingga menjadi 1 cawan air. apabila siap, tutup api dan tunggu sehingga suam boleh terus minum!
NOTA: Cukup hanya sebulan sekali sahaja minum air jamu ini. Janganlah risau tak pahit tau wangi adalah bau dia.
Cuma jika ditambah dengan manjakani akan rasa sedikit pahit tapi tidak lah terlalu pahit sangat.. ngam-ngam jer rasa dia.
Selamat mencuba!
sumber: Mira Baharin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...