Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, begitulah ujian yang menimpa pasangan suami isteri ini bermula sejak 2004 hingga kini. Tiada apa yang diharapkan bagi Rosli Itam selain menanti keajaiban untuk isterinya kembali sembuh.
Seakan sekelip mata semuanya berubah, semuanya berlaku secara tiba-tiba. Siapa sangka isteri yang sihat boleh jatuh sakit secara tiba-tiba. 18 tahun koma bukan tempuh masa yang singkat, namun suami ini terus setia dan berkorban menjaga isteri tersayang.
Kisah seperti ini harus dijadikan inspirasi buat pasangan suami isteri yang lain. Membina rumahtangga , sentiasa ada di sini ketika waktu senang dan susah.
Rindu Dipanggil ‘Abang’
Tiada apa diharapkan Rosli Itam, 53, selain keajaiban untuk melihat isterinya, Rusmahwati Wazir Mohamed, 50, yang 18 tahun koma dan terlantar sejak 2004 kembali sedar.
Bagi bekas pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu, seribu rahmat buatnya jika Rusmahwati dapat kembali bercakap dan memanggilnya ‘abang’ kerana detik itu sangat dirinduinya.
Meracau Tidak Sedarkan Diri
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Rosli berkata, kehidupan Rusmahwati yang sebelum itu sihat dan tiada penyakit berubah apabila dia meracau serta tidak sedarkan diri pada Mei 2004.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika isterinya baru lebih tiga bulan melahirkan anak keempat mereka.
“Sewaktu kejadian, saya berada di Butterworth, Pulau Pinang dan pada malam 24 Mei 2004, saya dimaklumkan jiran bahawa isteri meracau dan selepas itu tidak sedarkan diri.
Ads
“Isteri dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan apabila saya tiba di hospital, doktor memaklumkan dia dalam keadaan kritikal dan koma.
“Menurut doktor, isteri saya menghidap penyakit hypoxic encephalopathy atau hipoksia otak dan memerlukan masa yang agak lama untuk pulih di samping rawatan fisioterapi setiap hari,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Sri Mahkota Aman, di sini semalam.
Terdahulu, Rosli menerima kunjungan Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka), Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir yang hadir melawat dan menyampaikan sumbangan.
Hipoksia otak agak asing dalam kalangan masyarakat dan ia membawa maksud, satu bentuk hipoksia atau kekurangan oksigen yang mempengaruhi otak.
Palbagai Ikhtiar Dilakukan
Ia berlaku ketika otak tidak menerima oksigen yang mencukupi walaupun darah masih mengalir, apabila bekalan oksigen terputus, maka ia digelar hipoksia otak.
Ads
Gejala itu menjadi lebih berbahaya apabila aliran oksigen ke otak terputus dan kesan buruknya boleh mengakibatkan koma, sawan dan kematian otak.
Rosli berkata, selain HTAA, isterinya turut menerima rawatan di Hospital Teluk Intan dan Hospital Angkatan Tentera Lumut di Perak namun keadaannya tetap sama.
“Selain rawatan moden di hospital, lebih 50 kali saya cuba menerusi cara tradisional dan alternatif di seluruh semenanjung namun belum berhasil,” katanya.
Menurutnya, Rusmahwati hanya minum susu khas, Ensure Gold melalui tiub di hidungnya yang mana bekalannya setiap bulan diperoleh menerusi bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Perkeso juga bantu membekalkan lampin pakai buang setiap bulan. Selain itu, isteri saya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), RM300 sebulan.
“Terima kasih kepada semua pihak yang membantu isteri saya termasuk TUDM sejak 2004 sehinggalah saya berpencen pada 2013,” katanya.
Ads
Cinta Sampai Syurga
Rosli berkata, biarpun apa pun keadaan isterinya, perasaan cinta dan sayang terhadapnya tidak pernah berkurangan.
Dia juga tidak pernah putus harapan agar Rusmahwati pulih suatu hari nanti dan berharap jika ada pakar dan pengamal perubatan Islam yang boleh merawat penyakit isterinya tampil membantu.
“Saya tidak menagih bantuan kewangan, apa saya harapkan bantuan kepakaran untuk merawat isteri. Boleh bercakap pun sudah memadai, biarlah dia tidak boleh bergerak, saya akan menjaganya sehingga ke akhir hayat,” katanya sebak.
Orang tua dulu-dulu memang banyak amalkan petua dan pantang larang dalam kehidupan hariannya. Petua-petua ini jugalah yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya untuk diamalkan.
Sama kisahnya yang berlaku pada keluarga Puan Faizah Samat, di mana baru-baru ini dia telah merebus ketupat di dalam periuk dan entah bagaimana boleh pula terlupa. Habis hangus ketupat yang direbus dan sekali gus menyebabkan periuk tersebut berkerak tebal.
Tidak tahu apa yang boleh dibuat untuk ‘selamatkan’ periuk tersebut, lalu dia bertanyakan pada ibunya dan ibunya berkongsi petua untuk hilangkan kerak tersebut dengan mudah.
Ujarnya, “Al kisahnya saya rebus ketupat dalam periuk besar ni.. dok ralit sembang tak sedar ketupat hangus dah.. dekat sekilo jugak ketupat tak dapat diselamatkan. Bahagian atas ok la selamat.
“Nak cakapnya punya tebal kerak yang hangit bahagian bawah. Tak tahu dah nak buat macamana. Saya nak buang dah sebab dah cuba gosok-gosok pon tak hilang.
“Sekali bila tanya mak. Mak cakap jangan buang sayang periuk besar tu. Cuba guna soda katanya.”
Saya pon masukkan air bagi mendidih pastu saya masukkan soda dan cuka. Didihkan sampai 5 min. Saya buang air panas tu terus tonyoh dengan berus periuk yang kasar. alhamdulillah tak sampai 5 min settle…
Meninjau di ruangan komen, rata-rata teruja dan bersyukur dengan perkongsian tip ini dan tidak kurang juga ada yang turut sama berkongsi petua lain yang mereka praktikkan untuk membersihkan kerak pada kuali atau periuk yang tebal.
Antaranya perkongsian daripada Ana Maria, menurutnya “Guna Asam keping pun boleh. Rebus Dalam 5keping Dalam Tu. Dah mendidih tutup API biar je Dalam semalam. Esok bersihkan korek guna sudu masak pun boleh. Sebab tak lekat dah.”
Komen Fatin Nabihah pula, “Mak sy ajar buh soda, hg tahaq sehari.. esok bru gosok.. so far berkesan”
Berkongsi pengalaman, Wardah Nasuha berkata, “Sy buat xrendam air panas..just guna cuka n soda bicarbonate..lagi elok klo pakai y jenama arm hammer ke ape tu kotak oren..pastu biarkan semalaman..besok berus pakai berus kasar tu..lagi licin & kilat dr sblom nasi impit hangit dlm tu 🤣boleh guna jugak klo jenis rajin nak sental bontot periuk”
Komen dari WRosni WMesuji pula, “Sy guna sabun champaca/rose…alhmdulillah..”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Komunikasi yang berkesan terjadi apabila satu pihak bercakap dan satu pihak lagi mendengar. Komunikasi 2 hala memerlukan teknik dan trik terutama ketika kita ingin berkomunikasi dengan anak-anak.
Terdapat 4 teknik yang boleh saya kongsikan di sini untuk meningkatkan tahap komunikasi yang berkesan. Ianya tidak perlu sampai anak faham apa yang kita cakapkan, sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar itu sudah cukup baik pada permulaannya.
1) Rendahkan badan untuk bercakap sama paras dengan ketinggian anak
Apabila kita mahu anak mendengar atau ambil perhatian apa yang sedang kita cakapkan kepada mereka, rendahkanlah badan kita agar boleh sama paras mata dengan mata anak.
Kita boleh juga mengangkat anak sambil letak dipangku untuk mulakan komunikasi bersama anak. Seterusnya pandang bola mata mereka dan cakaplah secara tenang, perlahan tetapi jelas tentang apa yang kita ingin katakan.
Jangan gunakan bahasa yang tinggi atau ‘complicated’yang membuatkan mereka menjadi kurang faham apa yang kita katakan.
Untuk umur anak 2,3 dan 4 tahun gunakan kosa kata atau vocabulary yang mudah untuk mereka sebut dan ikut. Kerana, ketika itu juga mereka sedang belajar untuk meniru percakapan kita.
2) Elakkan salah faham
Kadangkala bila kita gunakan terlalu banyak perkataan yang lebih kurang bunyinya sama terutama dalam Bahasa Inggeris seperti ‘three’atau ‘tree’ juga boleh membuatkan komunikasi 2 hala dengan anak terganggu.
Apabila mereka faham perkara yang lain seperti yang kita cakapkan, mula akan terjadi konflik antara kita dan anak.
Mudah kadangkala kita label mereka tidak mendengar kata atau lakukan apa yang kita suruh yang sedangkan mereka tidak faham sebetulnya apa yang ingin kita sampaikan.
Cara terbaik ialah, lihat reaksi muka mereka jika berkerut dahi mereka atau terbeliak mata mereka, tanyakan semula apa yang kita cakapkan tadi. Jika ianya berlainan dengan apa yang kita cakapkan tadi, betulkan mereka dengan perlahankan kelajuan percakapan kita hingga mereka benar-benar faham mesej yang ingin disampaikan.
Jika perlu diberikan contoh untuk mudah mereka faham, berikanlah.
3) Terus kepada mesej yang sebenar
Bayangkan kita mempunyai masa yang sedikit untuk melakukan perbualan bersama mereka, jadi kita perlu cakap apa yang kita perlu cakap sahaja. Sekiranya kita bercakap kepada anak dengan terlalu terperinci, sudah pasti berlaku banyak kekeliruan dan mereka akan bertanya soalan yang tidak kena mengena dengan apa yang kita sampaikan. Jadinya, buang masa dan kita akan menjadi sedikit putus asa untuk ulangnya lagi.
4) Jangan menjerit kepada mereka
Menjerit adalah cara paling buruk dalam berkomunikasi.
Ianya terbukti apabila kita menjerit kepada anak, mereka tidak akan mendengar apa yang kita cakapkan. Walaupun mereka duduk dan melihat mata kita, mereka hanya menadah telinga untuk mendengar dengan penuh rasa sedih dalam diri kerana dimarahi.
Oleh itu, percakapan kita gagal, mereka sedih dan kita juga rasa sedih. Tiada apa yang berjaya disampaikan.
Apabila kita merasakan marah dan ingin menjerit, ubah kedudukan kita ketika itu. Jika berdiri, cuba bertenang dengan duduk. Tarik nafas dalam-dalam dan jika boleh ambil wudhu’ untuk mengurangkan amarah itu.
Cuba sebaik mungkin untuk tidak menjadi ‘singa lapar’ kerana ianya tidak baik untuk emosi dan hormon badan anak kita. Kita sebagai ibubapa perlu cuba sebaik mungkin menjadi seorang yang mereka idolakan yakni mempunyai tindakan yang positif terhadap mereka. Ianya ibarat seorang guru yang mereka sanjungi.