Bagi pasangan yang bekerjaya sudah tentu mempunyai masa yang terhad untuk menguruskan rumahtangga.
Tidak mahu persekitaran rumah tidak terurus menjadi penyebab ramai yang mengambil pembantu rumah atau lebih dikenali sebagai bibik.
Namun biasanya banyak yang kita dengar hal yang ‘ tidak enak’ mengenai peel bibik. Tetapi tidak semua. Hanya segelintir saja.
Malah ada bibik yang setia kepada majikannya hingga berkhidmat berbelas tahun. Sudah pasti, sudah dianggap bak keluarga.
Sebagaimana perkongsian Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Dato’ Dr Nor Azimi Yunus di facebook miliknya.
Menurutnya, setelah 14 tahun berkhidmat, akhirnya pembantu rumahnya pulang ke kampung halaman di Jawa Barat, Indonesia. Jauh di sudut hati, sebak meratap jiwa untuk berpisah.
Nyata tempoh yang lama perkhidmatan, sudah tentu ada rahsianya untuk dikongsi bersama agar jadi pedoman dan inspirasi kepada majikan lain.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
14 tahun berkhidmat
Hari ini saya di KLIA menghantar bibik pulang ke Cikalong, Jawa Barat selepas 14 tahun bersama kami. Jangkamasa yang sangat lama. Tentulah perasaan kami bercampur baur. Kali terakhir dia pulang adalah 2018 yang lalu. Akibat Pandemik Covid 10 dia tak boleh pulang lebih awal.
Selalu orang bertanya. Lamanya bertahan dengan seorang bibik. Apa rahsia? Lalu saya bercerita…
Bibik tu bekerja dengan kita. Bukan hamba kita. Juga bukan kuli kita. Dia pun bukan robot. Dia manusia biasa macam kita. Ada hati dan perasaan. Layan dia sebagai seorang manusia.
Anggap bagaikan keluarga
Bab makan jangan dicatu. Apa yang kita makan dia pun makan. Jangan berkira bab masa makan. Jangan biarkan dia kebulur hanya sebab kita belum makan. Dia sudah bekerja awal pagi. Kalau nak diet kita, bukan bibik kita. Bibik saya tak cerewet bab makan. Suka sayur dan tak makan daging. Tak habis duit menjaga dia.
Luangkan masa bercakap dengan dia. Tak salah ketawa bersama2. Dia tak ada kawan kecuali kita. Dengarlah seketika walaupun kita pun letih bekerja. Usah serabutkan kepala hal remeh temeh. Tak perlu sprong untuk cek ada habuk ke tak. Usah berkira sangat masa rehat dia. Dia tidak sempurna. Kita pun sama juga. Hal kecil usah dibesar besarkan.
Sesekali puji lah dia atas kerja dia maupun masakan dia. Dia mesti suka. Sambal belacan dia memang sedap. Terung berlada dia sangat enak. Pasti saya akan merinduinya. Tak ada ribut taufan ke? Ada. Sedangkan lidah lagi tergigit. Ini kan pula bibik yang bersama saya 14 tahun lamanya. Tapi tak adalah sampai bot tu karam. Tegur dan marah lah jika perlu. Bukan tegur menghina. Pandai lah kita kemudi supaya keadaan tenang semula.
Miliki harta hasil jimat cermat.
Hasil jimat cermat, dia berjaya memiliki 7 tanah kebun, 3 kolam ikan, 1 tanah sawah dan 1 tapak rumah. Saya selalu usik dia, harta dia lagi banyak dari saya dan dia janda kaya di Kg dia. “Jaga2 bibik, ramai lelaki tunggu kat Kg tu”, usik saya. Dia ketawa gembira.
Saya bershukur diberikan rezeki bibik yang sangat baik dan. Tak pernah sekali pun dia tangan panjang.
Dia sudah berusia. Sampai masa untuk dia berehat dari terus bekerja. Katanya, nak datang lagi nanti nanti. InsyaAllah. Yang pasti kami sekeluarga akan merinduinya apalagi anak bungsu yang ditatang sedari usia 2 tahun.
Hampir 1,500 orang yang memenuhi Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur demi Zamani yang mengadakan konsert Slam Muncul Lagi.
Selepas tertangguh dua kali akibat pandemik covid-19, akhirnya konsert yang dirancang kumpulan ini berjalan lancar.
Terharu Sokongan Peminat
Terharu dengan sokongan yang tidak pernah putus daripada peminatnya, Zamani yang mempunyai masalah tulang belakang melengkung atau skiliosis, dia tetap melunaskan janji dengan menggagahkan dirinya untuk berdiri dan sesekali duduk.
“Terima kasih setia bersama saya, dalam keadaan straight atau bengkok (merujuk keadaan kesihatan). Anda masih kekal menyokong kami. Semoga anda semua pulang dengan kenangan manis,” demikian ucapan Zamani yang mewakili Kumpulan Slam.
Penyanyi berusia 51 Tahun ini mendendangkan lagu wajib ‘dilayan’ kepada ribuan pengunjung antaranya Biarkannya, Buat Seorang Kekasih, Manisnya Rindu, Rindiani, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Maria Mariana, Kembali Merindu, Suratan, Biarkan Ia Pergi dan Kembali Terjalin.
Selain Zamani, Slam turut dianggotai oleh Shah selaku ketua kumpulan juga pemain gitar utama, Ajak (gitar kedua), Lili (bass), Man (dram) dan Eddie (keyboard).
Nyanyi Duet Bersama Ratu Rock Ella
Sebelum menutup tirai persembahan konsert malam tersebut, Zamani memanggil Ratu Rock Negara iaitu Ella naik ke atas pentas untuk sama-sama menyanyi.
Konsert tersebut turut meninggalkan momen indah buat Kumpulan ini dengan kehadiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman dan juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Rakan artis yang turut hadir memberi sokongan, antaranya adalah Neves Pretty Ugly, Ajai, Shuib, Wany Hasrita dan Radin ERA.
Inginkan Cahaya Mata
Mengulas mengenai sisi peribadinya sebagai seorang suami, Zamani yang mendirikan rumahtangga lebih dua tahun reda dengan ketentuan Ilahi masih belum dikurniakan cahaya mata.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 50 tahun itu mengharapkan doa peminat agar dirinya dan isteri berpeluang menimang cahaya mata suatu masa nanti.
“Saya masih mencuba, tetapi buat masa ini, masih belum ada rezeki lagi.
“Saya berkahwin pada usia yang agak lambat, jadi, apapun doakan saya mendapat baby ‘junior’ suatu hari nanti,” katanya lagi.
Jual Nasi Udang Manila Secara Online
Dia kini turut menceburi perniagaan Nasi Udang Manila secara atas talian sejak beberapa bulan lalu untuk mencari pendapatan tambahan.
Tidak malu berbuat demikian, Zamani tidak kisah apa pandangan orang kerana tujuan utamanya ialah memanfaatkan peluang sementara namanya masih dikenali.
“Tak kisahlah orang nak cakap apa.Pada saya, kita kena bangunkan perkara ini sekarang, waktu kita masih ada populariti dan pekerjaan. Kalau sampai waktu populariti sudah merudum dan terdesak baru nak buat dan mulakan, mungkin akan menjadi satu tekanan hidup pula.
“Kalau bangunkan waktu sekarang, apabila buat perkara ini secara serius nanti orang sudah tahu dan namanya pun sudah kuat. Ia tak jadi masalah untuk pasarkannya,” katanya lagi.
Isteri Masak Resipi Arwah Mentua
Menurutnya lagi, Nasi udang Manila dimasak sendiri oleh isterinya, Julie.
“Ia adalah resipi arwah ibu mentua yang sempat diturunkan kepada isteri Saya. Penghantaran di kawasan terdekat dibuat oleh saya sendiri serta atas permintaan istimewa pembeli, manakala di kawasan agak jauh menggunakan penghantar makanan.
“Alhamdulillah, sambutan untuk menu ini agak okey. Namun kalau saya sibuk dengan aktiviti seni, ia terpaksa dihentikan sekejap,” katanya.
Menurut Zamani, dia akan menyambung semula perniagaannya selepas ini secara dalam talian.
“Kami tak jual di restoran. Kami akan ambil pesanan secara terbuka dalam talian dan tengok pada sambutan. Tengoklah kalau berkembang, kami akan pergi ke arah yang lebih besar seperti buka restoran.
“Saya sebenarnya hantar sendiri tanpa caj dan peminat gembira dapat bergambar dengan saya. Setakat ini paling jauh saya buat penghantaran ialah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.
Perkongsian info bermanfaat daripada Dr. Hamid Arshat ini wajar dipertimbangkan oleh En suami jika mengalami masalah ketidaksuburan. Manakala bagi isteri pula, bantulah suami untuk lakukannya agar masalah ketidaksuburan ini dapat diatasi dengan segera dan impian untuk menimang cahaya mata menjadi nyata.
Ikuti perkongsian ini
Di sini saya ingin memberi sedikit panduan kepada suami yang mengalami masalah kurung subur atau benihnya kurang aktif atau pun banyak yang abnormal. Kita lihat 20% hingga 30% ketidaksuburan berpunca daripada lelaki.
Jadi apa langkah-langkah yang boleh diambil?
Satu lagi faktor yang mungkin mengganggu benih lelaki, sebagai mana kita maklum benih lelaki sentiasa berubah maknanya bila dah keluar, kilangnya akan keluarkan lagi benih-benih baru dalam tempoh 24 jam tapi masa 48 jam untuk aktif untuk kebolehan untuk bercantum dengan telur.
Sikit panduan bagi lelaki Yang kurang subur. Benih kurang bilangan, kurang aktif dan abnormal. Cuba ikut tips ini.
Faktor yang saya nyatakan tadi adalah faktor kepanasan. Contohnya kalau kerja ditempat yang terlalu panas, benih pun berkurangan. Orang yang pergi naik bas atau keretapi dan menggunakan laptop di atas riba, haba yang dikeluarkan oleh laptop ini boleh mengganggu dan mengurang benih lelaki, oleh itu jauhkan amalan tersebut.
Langkah seterusnya
Jadi panas badan juga terjadi kalau guna pakaian seperti seluar dalam yang terlalu ketat, seluar jin yang ketat.Telur akan melekat pada badan yang panas sebab aktiviti kita bekerja. Oleh sebab itu, siapa yang mengalami masalah benih ini elok guna boxer untuk beri telur tergantung tidak melekat pada badan.
Satu lagi langkah adalah dengan menyejukkan buah zakaratau telur pada waktu petang. Khususnya bila isteri subur antara hari ke 12 hingga ke 20. Jadi petang selepas Asar letakkan ice pack di bawah buah zakar. Ice pack boleh di beli di farmasi dan letakkan di freezer dan bila nak guna letak di bawah telur antara 30 hingga 45 minit.
Penyejukkan ini akan meningkatkan pergerakan benih-benih dan bila amalkan sekiranya pada waktu malam bila hendak bersama, benih akan lebih kuat lagi dan kemungkinan bercantum dengan telur dan menghasilkan kehamilan lebih tinggi disamping makan multivitamin, vitamin E, Folic Asid, herba, madu dan telur.
Sekian selamat mencuba.
Sumber : Dr. Hamid Arshat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...