Bagi pasangan yang bekerjaya sudah tentu mempunyai masa yang terhad untuk menguruskan rumahtangga.

Tidak mahu persekitaran rumah tidak terurus menjadi penyebab ramai yang mengambil pembantu rumah atau lebih dikenali sebagai bibik.

Namun biasanya banyak yang kita dengar hal yang ‘ tidak enak’ mengenai peel bibik. Tetapi tidak semua. Hanya segelintir saja.

Malah ada bibik yang setia kepada majikannya hingga berkhidmat berbelas tahun. Sudah pasti, sudah dianggap bak keluarga.

Sebagaimana perkongsian Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Dato’ Dr Nor Azimi Yunus di facebook miliknya.

Menurutnya, setelah 14 tahun berkhidmat, akhirnya pembantu rumahnya pulang ke kampung halaman di Jawa Barat, Indonesia. Jauh di sudut hati, sebak meratap jiwa untuk berpisah.

Nyata tempoh yang lama perkhidmatan, sudah tentu ada rahsianya untuk dikongsi bersama agar jadi pedoman dan inspirasi kepada majikan lain.

Seterusnya ikuti perkongsian beliau.

14 Tahun Khidmat, Bibik Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Miliki  Tanah Kebun, 3 Kolam Ikan, 1 Tanah Sawah & 1 Tapak Rumah. Rupanya Ini Rahsia!

14 tahun berkhidmat

IKLAN

Hari ini saya di KLIA menghantar bibik pulang ke Cikalong, Jawa Barat selepas 14 tahun bersama kami. Jangkamasa yang sangat lama. Tentulah perasaan kami bercampur baur. Kali terakhir dia pulang adalah 2018 yang lalu. Akibat Pandemik Covid 10 dia tak boleh pulang lebih awal.

Selalu orang bertanya. Lamanya bertahan dengan seorang bibik. Apa rahsia? Lalu saya bercerita…

Bibik tu bekerja dengan kita. Bukan hamba kita. Juga bukan kuli kita. Dia pun bukan robot. Dia manusia biasa macam kita. Ada hati dan perasaan. Layan dia sebagai seorang manusia.

14 Tahun Khidmat, Bibik Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Miliki  Tanah Kebun, 3 Kolam Ikan, 1 Tanah Sawah & 1 Tapak Rumah. Rupanya Ini Rahsia!

Anggap bagaikan keluarga 

Bab makan jangan dicatu. Apa yang kita makan dia pun makan.
Jangan berkira bab masa makan. Jangan biarkan dia kebulur hanya sebab kita belum makan. Dia sudah bekerja awal pagi. Kalau nak diet kita, bukan bibik kita.
Bibik saya tak cerewet bab makan. Suka sayur dan tak makan daging. Tak habis duit menjaga dia.

Luangkan masa bercakap dengan dia. Tak salah ketawa bersama2. Dia tak ada kawan kecuali kita. Dengarlah seketika walaupun kita pun letih bekerja.
Usah serabutkan kepala hal remeh temeh. Tak perlu sprong untuk cek ada habuk ke tak. Usah berkira sangat masa rehat dia. Dia tidak sempurna. Kita pun sama juga. Hal kecil usah dibesar besarkan.

IKLAN

Sesekali puji lah dia atas kerja dia maupun masakan dia. Dia mesti suka. Sambal belacan dia memang sedap. Terung berlada dia sangat enak. Pasti saya akan merinduinya.
Tak ada ribut taufan ke? Ada. Sedangkan lidah lagi tergigit. Ini kan pula bibik yang bersama saya 14 tahun lamanya. Tapi tak adalah sampai bot tu karam. Tegur dan marah lah jika perlu. Bukan tegur menghina. Pandai lah kita kemudi supaya keadaan tenang semula.

Miliki harta hasil jimat cermat.

14 Tahun Khidmat, Bibik Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Miliki  Tanah Kebun, 3 Kolam Ikan, 1 Tanah Sawah & 1 Tapak Rumah. Rupanya Ini Rahsia!

Hasil jimat cermat, dia berjaya memiliki 7 tanah kebun, 3 kolam ikan, 1 tanah sawah dan 1 tapak rumah. Saya selalu usik dia, harta dia lagi banyak dari saya dan dia janda kaya di Kg dia. “Jaga2 bibik, ramai lelaki tunggu kat Kg tu”, usik saya. Dia ketawa gembira.

Saya bershukur diberikan rezeki bibik yang sangat baik dan. Tak pernah sekali pun dia tangan panjang.

Dia sudah berusia. Sampai masa untuk dia berehat dari terus bekerja. Katanya, nak datang lagi nanti nanti. InsyaAllah. Yang pasti kami sekeluarga akan merinduinya apalagi anak bungsu yang ditatang sedari usia 2 tahun.

IKLAN

Kisah yang sungguh inspirasi!

Sumber: Nor Azimi Yunus

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

14 Tahun Khidmat, Bibik Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Miliki  Tanah Kebun, 3 Kolam Ikan, 1 Tanah Sawah & 1 Tapak Rumah. Rupanya Ini Rahsia!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI