Asyik makan roti telur aje. Roti yang disalut dengan telur memang selalu menjadi hidangan sarapan anak-anak.

Namun jika asyik menu yang sama tentu bosan. Apa kata cuti sekolah ini, ibu-ibu cuba upgrade resipi ini dengan mengunakan bahan tambahan itu keju / cheese. Tentu rasanya lebih sedap!

Apa pun bahan ni paling mudah nak buat. Jom ikuti resipi oleh Yatiekitchen tentu anak-anak teruja nak makan hidangan istimewa ini. Buat banyak-banyak nanti ada berebut, tak cukup. Memang sedap!

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

ROTI TELUR CHEESE BAKAR

IKLAN

Roti Telur Cheese Bakar Paling Senang, Buat Untuk Anak-Anak. Confirm Cepat Habis!

BAHAN

4 biji telur
2 sudu besar planta
Serbuk lada putih
Lada hitam kasar
Mushroom seasoning
1 sudu kecil mayonis
Kepingan cheese

 

IKLAN

CARA PEMBUATAN
1. Rebus 4 biji telur kemudian kupas kulit telor dan masukkan dalam mangkuk, lenyekkan dengan garfu.
2. Kemudian setelah semua telur dilenyek, masukkan planta, serbuk lada putih, lada hitam kasar (black pepper coarse), musroom seasoning, dan mayonis. Gaul semua sehingga sebati.
3. Ambil roti, letak cheese sekeping dan sapu planta di bahagian luar roti
4. Grill atas non-stick kuali, jangan letak minyak ke apa2, pusingkan sampai roti tu garing.
5. Angkat. Potong tepi roti dan belah tengah. Makan panas-panas!

Roti Telur Cheese Bakar Paling Senang, Buat Untuk Anak-Anak. Confirm Cepat Habis!

Selamat mencuba!

Sumber: Yatiekitchen

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Roti Telur Cheese Bakar Paling Senang, Buat Untuk Anak-Anak. Confirm Cepat Habis!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI