Perkongsian daripada seorang anak menantu yang berkongsi dekorasi rumah kampung di page Kelab Kaki Dekor menemukan satu kisah menarik untuk dikongsikan di sini. Apa tidaknya jika dilihat pada usia rumah kampung tersebut, siapa sangka rupanya telah menjangkau 100 tahun lamanya.
Pun begitu apa yang lebih mengujakan, keluarga ini mampu mempertahankan rumah tradisi ini kekal keadaannya, malah dihias cantik dan dijaga rapi. Mengetahui lanjut berkenaan rumah pusaka ini jom semak perkongsiannya.
Rumah kampung lama yang berusia hampir 100 tahun aje. Tetap gak nak dideko dengan mengunakkan barang IKEA, ssf dan kaison jugak.
Sharing rumah kampung MIL. Tahun ke 3 diberi amanah untuk menjaga dan membersihkannya. Simpan sini untuk kenangan. Ada rezeki sikit tahun ni nak tukar warna lain.
Ads
Menurut Fad Kusaini lagi, “Sekarang hanya MIL yang tinggal di rumah tu sendiri. Memandangkan kami sekeluarga tinggal tidak jauh dari rumah MIL memudahkan kami kerap berulang alik untuk melihat keadaan MIL selalu.
Ads
“Rumah tu sangat bermakna kepada kami sekeluarga kerana rumah itu dibina sendiri oleh arwah datuk suami saya. Kalau kita lihat zaman sekarang memang susah nak jumpa rumah kayu yang mempunyai ciri-ciri Melayu.
Ads
“Jadinya saya setiap kali perayaan memang saya yang akan mengambil alih tanggungjawap untuk menghias dan membersihkan keseluruhan rumah ini,”
Kisah seorang peniaga durian ini meruntun jiwa warganet. Gara-gara duit tak cukup untuk membeli permainan idaman anak, peniaga durian ini menukarkan durian jualannya dengan permainan berkenaan.
Setelah mendapat persetujuan penjual permainan itu, hasrat anaknya untuk memiliki permainan itu tercapai.
Ikuti perkongsian meruntun jiwa ini yang melambang kasih ayah sepanjang masa untuk anak-anaknya.
Kisah sebak! Durian pengganti bayar mainan…. Semlm time kami on niaga di Jengka, dtg sorg pakcik dgn anak2 dia. Dia cakap nak beli mainan utk anak tp duit x cukup. Dia niaga durian. Jd dia tanya boleh x tukar dengan durian sbb anak dia dah lama teringin nak main dron.
Kami saling pandang. Last2 aku cakap ok lah pakcik. Janji anak happy. Kira2 semua dekat 200+- jgklah campur dron, kete kontrol dan mainan2 kecik tu sbb anak2 dia 4 org. Alang2 blh tukar pakat beli sorg 1.
Dia blk amik durian. Dtg hntr. Sekali musang king..campur2 dgn D24. Tengok muka anak dia happy masing. Waktu kitorg ajar anak dia main dron, masing2 keliling aku. First time. Sekali sekala aku tenung wajah pakcik tu.
Tersenyum puas dapat beli tuk anak. Mungkin kewangan x cukup tp apa yg ada usaha jugak nak bg anak happy. Jerih payah seorg ayah demi anak2. Tersentuh hati aku. Auto sebak tak payah pasang lagu sedih. Tp hati aku puas dapat jgk bantu pakcik ni happy kan anak2 dia. X dapat duit, dapat musang king pun alhamdulillah.
Moralnya, sayang dan hargailah ayah ibu yang membesarkan kita. Kita tak tahu apa yg telah mereka lalui utk pastikan di mana kita hari ni.🥺
Farhatul Fairuzah Terima Tauliah Mengajar Dalam Usia 24 Tahun, “Sama-sama Kita Belajar, Sampaikan Walau Satu Ayat.” Tahniah buat Farhatul Fairuzah apabila menerima tauliah mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun.
Farhatul cukup bertuah apabila diberikan kelayakan untuk mewakili suara anak muda dan berusaha menarik minat golongan ini mencintai al-Quran.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan pleh Farhatul di laman Instagramnya, Farhatul atau nama sebenarnya Nor Farhatul Fairuzah Panut mengucapkan rasa syukur dengan pentauliahan tersebut.
Farhatul telah memenuhi kehendak Jawatankuasa untuk mengajar di Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa.
“Alhamdulillah baru sempat menghadiri Muzakarah Tauliah Mengajar, setelah beberapa kali tertunda disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih para penceramah-penceramah yang hebat. Dan juga Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
“Dengan adanya majlis dan tauliah sebegini, ajaran agama Islam tu dapat dipantau dan diiktiraf.
“Semoga usaha ini sentiasa diberkati dan dapat melahirkan lebih ramai pendakwah-pendakwah untuk meluaskan dan menyebarkan lagi ilmu agama Islam. Sama-sama kita belajar dan menyampaikan walaupun satu ayat.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Farhatul mula belajar al-Quran dan taranum pada usia lima tahun dan menyertai pertandingan tilawah pada tujuh tahun. Gadis ini juga antara penerima termuda darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) pada tahun 2022 sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Lumrah manusia takkan terlepas dari banding membanding. Betul tak?
Termasuklah dalam keluarga sendiri, dah jadi kebiasaan ibu bapa membandingkan anak dengan kanak-kanak lain, bukan? Tapi tanpa sedar, perbuatan itu sebenarnya boleh mengganggu emosi anak.
Sesetengah ibu bapa mungkin berasakan perbandingan yang dilakukan itu mungkin akan meningkatkan lagi keinginan anak untuk berjaya.
Hakikatnya, membandingkan anak dengan individu lain bukanlah cara terbaik membantu mereka memperoleh kejayaan. Sebaliknya, ia lebih banyak mendatangkan kesan negatif terutamanya melibatkan keyakinan diri dan emosi anak.
Berikut adalah 3 perkara yang perlu ibu bapa fahami:
#1 Anak miliki keunikan tersendiri
Setiap individu dilahirkan berbeza, kan? Waima, anak kembar sekalipun mempunyai keperibadian yang tersendiri.
Begitu jugalah anak anda. Mereka mempunyai keunikan dan cara pemikiran yang tersendiri.
Benarkan mereka untuk berfikir secara kritis dan membuat keputusan sendiri, tetapi dalam masa yang sama bimbing mereka untuk berada pada landasan yang betul.
#2 Anak bukan objek
Anak tidak sepatutnya dianggap sebagai objek mahupun aksesori untuk mempamerkan rasa bangga dalam lingkaran sosial ibu bapa.
Dengan membuat perbandingan, anda telah menetapkan sasaran yang tidak realistik tanpa melihat tahap kemampuan si kecil.
Ini juga dianggap cara ibu bapa mengeksploitasi anak untuk kepuasan anda sendiri sekali gus menyebabkan kekecewaan pada emosi anak dan merosakkan kehidupan mereka.
#3 Pendidikan adalah hak anak
Sekiranya anda mampu menempatkan anak di sekolah yang baik dan mahal, ia bukan sebagai bantuan yang perlu dibalas oleh anak.
Sebaliknya, pendidikan merupakan hak anak dan ia adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menyekolahkan anak.
Tujuan utama pendidikan diberikan adalah untuk anak menjadi individu bertanggungjawab dan berdikari.
Kesan negatif perbandingan kepada emosi anak
Adakalanya, tanpa sedar anda telah membandingkan anak dengan kanak-kanak lain dan menganggap ia bukanlah 1 isu besar.
Walaupun anak mungkin tampak seperti tidak kisah dengan perbandingan yang dibuat tetapi kesannya mungkin tidak dapat dilihat daripada pandangan mata kasar manusia.
Sebaliknya ia mengakibatkan kesan negatif melibatkan mental dan emosi anak, seperti:
1. Wujudkan persaingan adik-beradik
Jika anda sebagai ibu bapa membandingkan anak dengan adik-beradiknya, ia mungkin menyebabkan persaingan tidak sihat.
Lebih membimbangkan sekiranya wujud rasa dendam dan sikap agresif antara mereka.
2. Mula menjauhkan diri
Apabila anak sering dibandingkan dengan kanak-kanak lain, kaum keluarga mahupun adik-beradiknya sendiri pastinya mereka akan berasa tergugat.
Lama-kelamaan anak akan mula menjauhkan diri daripada anda dan ahli keluarganya. Ia menyebabkan wujudnya masalah tingkah laku atau menjejaskan perkembangan mereka apabila dewasa nanti.
3. Menyekat bakat
Sekiranya anak mula merasakan diri tidak dihargai apabila sering dibandingkan dengan individu lain, ia boleh mengakibatkan bakat anak tidak dapat berkembang dengan sebaiknya.
Akhirnya, ia hilang begitu saja.
4. Cenderung wujudkan rasa tidak peduli
Apabila mereka mula menyedari bahawa ada individu lain lebih dihargai orang tuanya, sudah tentu boleh menjejaskan emosi anak.
Pada akhirnya, anak mungkin berasa tidak diendahkan dan tidak akan berusaha untuk membanggakan anda.
5. Elak interaksi sosial
Anda mungkin menganggap perbandingan yang dilakukan sebagai kata-kata pembakar semangat. Sebaliknya bagi si anak, ia seperti ejekan dan sindiran yang sering diulang-ulang.
Apabila sering berdepan situasi itu, anak akan mengelakkan interaksi sosial dengan individu di sekeliling.
6. Mengurangkan keyakinan diri
Jika sebelum ini, mereka adalah anak yang periang dan berani mencuba apa sahaja, tetapi sikap tersebut mungkin akan hilang kerana telah wujud kepercayaan bahawa mereka tidak dapat melakukan apa pun dengan baik.
7. Memusnahkan harga diri
Tumbesaran anak dari sudut mental dan emosi mungkin terjejas apabila si anak mula mempercayai tidak mampu memberikan prestasi yang baik.
Lebih malang lagi apabila terpahat dalam minda mereka bahawa walau apa pun yang dilakukan, ia tetap tidak akan mampu mencapai jangkaan ibu bapanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.