Menghias rumah antara yang menjadi kesukaan kaum ibu. Tak perlu deko yang terlalu sarat, memadai atur letaknya yang ringkas namun sempurna. Sejuk mata memandang dan sesuai dengan ahli keluarga di dalam rumah tersebut.
Bagi yang bijak mengatur letak, tiada masalah jika ruangnya agak sempit. Begitu juga dengan wanita ini berjaya mengubah ruang kecil di dapurnya tampak lebih menarik dan hebat.
Jom kita cuci mata dan lihat tip ini dikongsikan oleh saudari Liyana Elly . Mana tahu ibu-ibu berminat untuk mencuba. Kosnya pun tak mahal dan berbaloi untuk dicuba bagi menampakkan kelainan di kediaman anda.
Alhamdulillah..
Berkat rakan2 group ni nye idea,berjaya jugak kami pasang.Low cost budget je sebab rumah PPR je..?So,dapur pun kecik molek cinonet..?
total cost RM65.10 =31 keping ..beli kat Kedai Eco.Harap2 bertahan lama la hendaknya Insya Allah.kalo tak btahan pun kena redha sebab nama pun low budget ?
Ads
tapi nak pasang agak mencabar sebab dapur rumah ni jenis menyenget dan banyak liku2 kehidupan di tepi2.Tp,alhamdulillah 2 jam lebih dah siap..
Ads
thanks again yg sudi bg idea n tnjuk ajar ✌
Perkongsian ini turut dikomen oleh warganet yang memuji hasil yang diperoleh selain turut berminat untuk berbuat demikian.
Nurliza AliSticker ni mmg khas utk lantai ka..apa namanya..teringin jgk nk psg
Pada Ogos lalu, pelakon Remy Ishak pernah berkongsi mengenai ibunya, Basrah Md Dris mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi jantung (CICU) Hospital Serdang dan turut meminta orang ramai mendoakan ibunya.
Terbaharu, Remy memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagram yang menunjukkan dia dan ahli keluarga sedang menyambut hari ulang tahun kelahiran ibunya itu.
Menerusi hantaran tersebut, Remy atau nama penuhnya Mohammad Zalimei Bin Ishak itu meluahkan rasa syukur apabila ibunya sudah beransur pulih dan boleh menyambut hari ulang tahun bersama dengan ahli keluarga.
“Syukur Alhamdulillah, Mak beransur pulih, tahun ni dapat sambut hari ulang tahun yang ke-64 dengan anak-anak. Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, Remy turut mengucapkan terima kasih pada kesemua pakar-pakar bedah, doktor dan petugas di Pusat Jantung Hospital Serdang yang bertungkus lumus membantu dan merawat ibunya.
“Jutaan terima kasih buat pakar bedah Mr Ahmadi, Mr Thonas, Mr Suman, doktor-doktor pakar dan semua petugas di Pusat Jantung Hospital Serdang yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa mak semasa dan selepas waktu pembedahan. Moga Allah memberi rahmat dunia dan akhirat buat kalian,” ujarnya.
Tidak terlupa, Remy turut mengucapkan terima kasih pada pengikutnya yang mendoakan kesihatan dan keselamatan ibunya tempoh hari.
“Terima kasih juga pada anda semua yang sama-sama mendoakan untuk mak tempoh hari, moga dirahmati jua.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa gembira apabila melihat ibu tercinta Remy sudah beransur pulih dan turut mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Malah, ada juga segelintir yang memuji Remy kerana menyepikan diri dari memuat naik perkongsian di Instagram demi menjaga kesihatan ibunya.
Sumber : Instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan adalah permulaan kepada rumah tangga. Ia adalah permulaan kepada suatu perjalanan kehidupan yang baru. Suami dan isteri berkongsi sebuah kehidupan dalam membentuk keluarga yang harmoni.
Dalam tempoh itu menuju bahagia, sebenarnya pasangan akan mengharungi hidup onak duri dalam rumah tangga.
Begitu juga apabila kelahiran cahayamata, tentunya ia lebih mencabar termasuk sumber kewangan.
Sudah pasti, pasngan suami isteri akan memastikan ekonomi keluarga stabil agar anak-anak dapat membesar cukup keperluan.
Begitulah cabaran yang dilalui oleh pasangan ini yang berkongsi suka duka kehidupan kira-kira 10 tahun yang lalu.
Menerusi perkongsiannya di facebook, saudara Akhtar Syamir kehidupannya dulu fokus kepada keperluan yang utama sahaja sehingga alpa untuk membahagiakan isteri.
Sehinggalah suatu hari, teguran rakannya memberi kesedaran kepada dirinya untuk berubah menjadi lebih baik terutama untuk mengembirakan hati isterinya.
Mula menyusun strategi untuk memantapkan ekonomi, hasilnya selepas 10 tahun pasangan ini menjalani kehidupan yang lebih sempurna.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau. Moga ia menjadi motivasi buat pasangan suami isteri lain.
10 tahun yang ‘struggle’
Kami simpan gambar ni dah lama. Gambar ni selalu kami tengok dan gelak bersama-sama. Memang kelakar dan dalam masa yang sama sangat menginsafkan. Gambar ini menjadi bukti kepada usaha kami untuk berubah ke arah yang lebih baik. Bukan hanya dari segi fizikal, tetapi dari segi emosi juga.
Benar, kami struggle dahulu.
Langsung tak peduli pasal penampilan diri. Fokus kepada minggu depan nak makan apa, pampers cukup ke tidak, pakaian pun tak bertukar. Pakai yang sama je. Nak beli rasa macam membazir sangat.
Sedihnya bila tengok isteri pakai baju dan tudung yang sama je. Saya pun sama. Sampai kawan saya pun ada tegur “ko ni takde baju lain ke?”
Sampai satu tahap kami sedar yang kami nak berubah ke arah yang lebih baik. Saya mula fokus kepada mencari rezeki, isteri fokus kepada memudahkan urusan saya mencari rezeki dan dalam masa yang sama, kami sangat mengambil berat tentang kegembiraan dan emosi kami. Ini benda penting yang kami tertinggal sebelum ini.
Fokus bahagiakan isteri, rezeki makin bertambah
Fokus saya untuk sentiasa gembirakan dia. Fokus dia, untuk sentiasa menggembirakan saya. Saya sentiasa utamakan hati dan perasaan isteri. Sebab saya tahu, apabila dia gembira, dia pasti akan menggembirakan semua.
Kami jadi lebih rapat, kami lebih bertolak ansur. Kami sentiasa berkomunikasi. Jika ada masalah, kami terus selesaikan. Siapa betul dan siapa salah bukan lagi keutamaan. Kami sedar, bukan hanya perlukan duit semata untuk gembira.
Menggembirakan pasangan juga boleh membawa ke arah rezeki yang lebih baik.
Sejak dari itu, semuanya menjadi lebih mudah dan dipermudahkan. Alhamdulillah rezeki kami semakin bertambah. Yang dahulunya hanya jadi angan-angan dan gurauan sewaktu sebelum melelapkan mata, mula menjadi kenyataan.
Syukur Alhamdulillah. Rezeki ramai orang ada dalam rezeki kami. Tanpa apa yang kami lalui, tanpa bantuan ramai orang secara sedar atau tidak sedar, besar kemungkinan kami takkan sampai ke tahap ini.
Terima kasih atas challenge ini. Jika anda sedang melalui proses yang perit itu, kekal positif. Ada sinar di hujung jalan nanti. Gembirakan seramai mungkin orang yang boleh. Mulakan dengan yang paling dekat dengan kita. Pasangan, ibu bapa dan anak-anak. Insya-Allah berkat doa semua, pasti akan dapat membantu. Yang penting, jaga hubungan dengan Allah.
Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia, memaklumkan bahawa semua sekolah di kawasan zon merah di Petaling, Selangor, akan ditutup bermula 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020.
Ini melibatkan sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling. Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
Senarai sekolah yang ditutup di zon merah daerah Petaling dilampirkan bersama-sama untuk rujukan ibu bapa, penjaga dan warga sekolah. Untuk makluman juga, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM.
PENUTUPAN SEKOLAH DI KAWASAN ZON MERAH DI DAERAH PETALING
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.