Seorang wanita di Amerika Syarikat berkongsi cerita disahkan hamil anak kedua ketika masih mengandungkan anak pertama. Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laporan akhbar Daily Mail.
Menurut Odalis Martinez, dia disahkan hamil anak sulungnya pada November 2020 selepas mengalami keguguran beberapa bulan sebelumnya.
Begitupun, ketika pemeriksaan kandungan dibuat, doktor mendapati terdapat dua kantung bayi berbeza yang disenyawakan pada yang minggu sama dengan perbezaan hanya lima hari.
Fenomena ini jarang berlaku dan ia dikenali sebagai superfetasi di mana kehamilan kedua berlaku beberapa hari atau minggu selepas kehamilan pertama.
Wanita itu bersalin pada 10 Ogos 2021 dengan Lilo dilahirkan dahulu diikuti dengan Imelda.
Ads
“Mereka seperti pasangan kembar tetapi sebenarnya bukan. Namun rupa sangat mirip antara satu sama lain.
“Kebiasaannya jika orang bertanya adakah Lilo dan Imelda kembar, saya hanya mengiakan kerana enggan mengelirukan mereka,” jelasnya.
Tahniah diucapkan buat bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal yang akhirnya mengesahkan dia dan suami bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Syasya atau nama lengkapnya Nor Syasya Afiqah Shahrizal berkongsi khabar gembira mengenai kehamilannya itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
“Alhamdulillah.
“Baby Emon (panggilan anak sulung) is on the way,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen dan keratan akhbar yang dikongsikannya.
Melalui entri itu, Sasya memuat naik beberapa gambar termasuk foto bersama suami, Nasrullah Mohd Sapie.
Paling ketara pastinya ‘baby bump’ yang cukup jelas kelihatan. Syasya juga turut memegang perutnya di salah satu foto bersama suami.
Pun begitu, Sasya tidak mendedahkan berapa usia kandungan kehamilannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah atas pengumuman berita gembira tersebut.
Terdahulu, Syasya dan Nasrullah disatukan dalam upacara akad nikah pada 20 April lalu.
Kes yang tular semacam mengenai pasangan infleuncer yang memindahkan harta sepencariannya menjadi hak milik kekal isterinya menjadi perbualan dan sorotan ramai.
Soalnya, bolehkan harta yang dicari bersama-sama itu menjadi hak milik mutlak isteri? Penulis, Mohd Ezairol Rezan Zainol turut berkongsi hal ini yang tak pernah isteri tahu. Ikuti perkongsian beliau.
Viral hari ni pasal kes Aisyah. Ramai yang emotional dalam memberikan komen dan pendapat. Tahniah la pada Alif kerana setuju serahkan semuanya kepada Aisyah.
Memindahkan 100% harta sepencarian menjadi hak milik si isteri perlulah dilakukan dengan izin dan redha suami.
Harta yang dibina bersama-sama pasangan, ada haknya masing² disitu. Di situ, ada hak suami dan ada juga hak isteri.
Segala pengorbanan suami atau isteri, tenaga serta keringat yang dia sumbangkan malah mungkin juga ada idea dia dalam pemilikan harta ketika bersama perlu dibahagikan secara adil dan saksama.
Melainkan salah satu pihak redha dan bersetuju untuk berikan kesemua bahagian miliknya kepada pasangan yang pernah tidur sebantal dengannya, itu lain cerita.
Berhati-hatilah dalam membuat keputusan. Buatlah pembahagian harta sepencarian itu dengan adil dan waras. Dalam pada kita gigih melindungi diri agar tidak dizalimi, jangan sampai kita pula yang menzalimi pasangan atau bekas pasangan kita.
Dalam hidup ini, jangan kejar harta yang banyak, tapi kejarlah harta yang berkat untuk bekal di akhirat.
Ramai surirumah sebenarnya tak tahu yang mereka boleh menuntut harta sepencarian walaupun mereka itu adalah surirumah sepenuh masa.
Boleh baca kehendak undang-undang Islam berkaitan harta sepencarian yang dipetik dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.
KEHENDAK UNDANG-UNDANG BERKAITAN HARTA SEPANCARIAN – JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KELANTAN
Di dalam menentukan apa-apa aset/harta sebagai harta sepencarian, kita hendaklah memahami kehendak undang-undang bahawa maksud harta sepencarian itu boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu:-
1) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha bersama mereka;
2) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu; dan
3) Harta yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’ oleh pihak yang satu itu atau dengan usaha bersama suami isteri.
Semoga Allah pandu kita semua dalam berbuat keputusan yang adil dan tepat.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Sebelum ini pernah viral berkenaan kisah anak gadis Melayu dianugerahkan mata berwarna biru yang memukau. Jika orang lain perlu memakai kanta lekap berwarna untuk kelihatan lebih mempersona namun tidak bagi Umi Aqilah Ahmad Zailani, 19 tahun.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Lantaran itu, kisah anak tempatan yang menetap di Kampung Chenerai, Baling, Kedah ini telah mencuri tumpuan umum.
Baru-baru ini difahamkan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kulinari di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Perlis, tercapai apabila dia menerima surat tawaran daripada institusi itu.
Ini sebagaimana memetik berita yang dikongsikan di akhbar tempatan mengatakan bahawa Umi Aqilah Ahmad Zailani, 19, sangat gembira apabila dihubungi pihak PTSS yang mahu datang sendiri untuk menyerahkan surat tawaran kemasukan ke politeknik berkenaan di rumahnya di Kampung Chenerai, Siong, Baling.
“Sekarang saya sedang membuat beberapa persiapan sebagai persediaan untuk pendaftaran Isnin depan. Kehadiran mereka membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar.
“Di PTSS nanti saya akan dapat belajar menggunakan bahasa isyarat seperti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Layar dan Pendidikan Khas Integrasi di Sungai Petani sebelum ini.
“Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya menjadi tenaga pengajar dalam bidang kulinari. Walaupun saya ditakdirkan tidak mendengar, tapi saya tetap bersyukur dapat belajar seperti rakan-rakan lain sehingga peringkat tertinggi, terima kasih kepada PTSS kerana memberi peluang kepada saya untuk belajar di sana,” katanya ketika dihubungi melalui WhatsApp di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Umi Aqilah dan adiknya Muhammad Safwan, 13, memiliki sepasang mata berwarna biru yang diwarisi daripada bapa mereka, Ahmad Zailani Dollah, 52.
Nenek dan ibu Ahmad Zailani juga bermata biru manakala dua sepupunya memiliki sebelah mata dengan warna sama.
Dua beradik ini sering menjadi perhatian di sekolah terutama rakan-rakan sekelas dan guru yang turut menegur dan minat dengan keunikan mata mereka.
Sementara itu, Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan dalam kenyataan, berkata Umi Aqilah adalah di antara lebih 700 pelajar baharu yang akan mendaftar di PTSS pada pertengahan bulan ini.
Beliau berkata, surat tawaran kemasukan Umi Aqilah ke program Sijil Kemahiran Hotel dan Katering sudah disampaikan sendiri oleh Pegawai Pengambilan dan Data PTSS, Syazwani Sobri kelmarin.
“Turut hadir ialah jurubahasa Nor Haslynda Amat Kamisan yang juga pensyarah yang akan mengajar Umi Aqilah dalam program itu nanti.
“Dalam pertemuan ringkas pihak PTSS dengan Umi Aqilah dan keluarganya, beberapa persoalan mengenai hari pendaftaran, dokumen dan keperluan pelajar telah dijelaskan sendiri oleh pegawai kami,” katanya.
Selain itu, Abdul Malek berkata, pihak PTSS juga mengucapkan terima kasih kepada Harian Metro dan Berita Harian kerana menyiarkan artikel Umi Aqilah sebelum ini, sekali gus menyebarkan wujudnya peluang pengajian kepada golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditawarkan di PTSS.