Sejak mendirikan rumah tangga sekitar 14 tahun lalu iaitu pada 2008, seri dalam rumah tangga pelakon Beto Kusyairy seakan-akan kosong tanpa kehadiran cahaya mata.Namun, baik dia mahupun isteri, masing-masing tidak menyalahkah takdir. Jauh sekali mahu menuding jari tanda tidak adil kepada Maha Esa, Sebaliknya aktor berbakat besar ini tenang meneruskan kehidupan bersama isteri.
“Kalau dikira, 14 tahun dah saya kahwin dan jadi suami, tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak kami.
“Tapi tak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki,” katanya yang berkongsi pendedahan tersebut bersama HibGlam.
Berpeluang bertentang mata dengan aktor hebat Malaya sewaktu sesi penggambaran khas mempromosikan filem terbaharunya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Beto cukup tenang menjawab soalan bersulam jenaka.
Kata Beto, dia bukan tidak berusaha untuk dapatkan zuriat, tetapi akur rezeki masih belum kunjung tiba.
“Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani.
Ads
“Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tibanya lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada-Nya.
“Seperkara lagi, saya bersyukur kerana memiliki kedua-dua belah keluarga termasuk mentua yang cukup memahami dengan situasi kami.
“Mereka tidak memaksa, menekan atau sering mengajukan soalan sama berhubung anak,” tuturnya.
Tidak berputus asa dalam usaha mendapatkan zuriat, akuinya kini semuanya diserahkan kepada Maha Pencipta.
Ads
Tatkala ditanya perkembangan dalam dunia lakona, Beto mengakui cukup teruja apabila namanya dipilih pengarah terkenal, Syamsul Yusof sebagai salah satu teraju utama dalam Mat Kilau.
Menyentuh mengenai cabaran menjayakan filem tersebut, penerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2015 itu bagaimanapun berharap kehadiran naskhah sarat perjuangan tersebut akan memberi inspirasi kepada para pengarah dan kepada semua penonton.
Hasil kreativiti, boleh jadikan kotak barangan terpakai sebagai hiasan pada dinding, alas tempat solat atau boleh dijadikan tikar piknik.
Simple je tapi nampak kemas dan menarik. Lebih-lebih lagi ditampal dengan lebihan wallpaper. Memang kreatif dan cantik hasil yang dikongsikan oleh Ana Nurfatihah.
Kata pepatah, tidak ada kejayaan jika tidak diawali dengan kegagalan. Mungkin ada benarnya dan hal ini telah ditempuhi sendiri oleh pasangan suami isteri ini yang berusaha mencari rezeki keluarga dengan berniaga kedai runcit pada awalnya.
Namun akibat pendemik perniagaan yang diusahakan terjejas teruk dan pasangan ini terus mencari idea untuk bangkit semula. Dan siapa sangka pasangan suami isteri ini iaitu, Mohd. Fariq Atan, 37, dan isteri, Asmanizazilawati Ahmad, 39 menemui perniagaan yang unik dan istimewa dengan menjual Ais Kepal Milo Itik yang telah pun viral di media sosial.
Memetik berita yang dikongsikan di Utusan Malaysia, Ais Kepal Milo Itik laris terjual sehingga 500 bekas sehari. Demikian hebatnya penangan ais kepal Milo diisi dalam bekas berbentuk anak itik yang dijual pasangan suami isteri di Kampung Pauh Lima, di sini sejak bulan lalu.
‘Kecomelan’ bekas kuning itu tular di media sosial dan mencetus fenomena tersendiri apabila orang ramai sanggup berbaris di kedai Mohd. Fariq Atan, 37, dan isteri, Asmanizazilawati Ahmad, 39, semata-mata mahu membelinya.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Fariq berkata, selepas perniagaan kedai runcit diusahakannya dan isteri terjejas teruk akibat Covid-19, mereka memikirkan pelbagai cara untuk bangkit semula.
Katanya, mereka pada mulanya cuba menambah pendapatan dengan cara berniaga makanan dan minuman di luar kedai runcit namun sambutan diterima agak hambar.
Mencari Kelainan
“Sebelum ini ada peniaga jual minuman dalam bekas seperti baldi. Jadi kami cuba buat kelainan dengan jual ais kepal dalam bekas anak itik kuning. Tidak sangka, percubaan ini mendatangkan hasil lumayan.
“Alhamdulillah, selepas ditularkan di media sosial, rezeki kami murah apabila berjaya menjual sehingga 500 set bekas anak itik setiap hari. Bagi memenuhi keperluan ini, 30 kilogram Milo digunakan sehari,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
“Disebabkan tidak menang tangan melayan pelanggan yang tidak putus-putus, kami kini mengambil dua pekerja selain perlu menempah ribuan set bekas anak itik lebih awal di kilangnya yang terletak di Johor Bahru,” katanya.
Ais kepal Milo dalam bekas kecil dijual pada harga RM8 manakala bekas besar RM30.
Selain bekas anak itik, kedai tersebut turut menawarkan ais kepal Milo dalam bekas beruang sebagai pilihan alternatif.
Isteri selalu komplen, semut selalu naik atas meja. Buka tudung saji, tengok semut tengah kendurikan makanan. Terus tak de mood nak makan then ajak kita makan kat luar. Selalu makan kat luar tak elok tuan-tuan, tak sihat, poket suami demam nanti.
Memang tuhan buat orang lelaki ni pantang dengar masalah, mesti otak berputar mencari penyelesaiannya. Bercampur pulak darah patent dalam diri, lagi lah laju (sebenarnya dah tak larat nak dengar hehe).
Caranya:
1. Mula-mula cari stokin yang kau sendiri dah menyampah nak pakai. Atau kau dah jadi pengikut tegar Wak Doyok yang memang tak pakai stokin lagi senang, ambik je mana stokin kau suka.
2. Pastu potong 4. Lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja kau 6, potong 6 lah. 3. Sarungkan kat kaki meja, pastu spray perfume. Ikutlah jenama apa yang isteri kau suka, Ridsect pun boleh, Baygon pun boleh. Jangan guna Versace sudah lah. Spray keliling untuk kesan yang lebih efektif. Ok sekarang bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun dah malas nak panjat meja makan tu.
Selamat mencuba. “Happy Wife, Happy Life” Dah settle satu masalah, sekarang aku dah boleh fokus kerja.
Sumber : Faizal Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pempengaruh wanita, Nur Syahirah, 28, atau lebih dikenali sebagai SchaYang, meninggal dunia malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas, hanya seminggu selepas mendirikan rumah tangga.