Siapa tak kenal dengan pelakon wanita Bollywood terkenal, Kajol yang juga merupakan isteri kepada pelakon Ajay Devgan. Sejak awal pembabitannya dalam industri filem, semua lakonannya boleh dikatakan mendapat sambutan ramai. Gaya lakonan yang bersahaja menambat hati para peminatnya.
Ini ada 15 fakta yang anda perlu tahu mengenai Kajol.
1. Kajol mula berlakon filem pada usia 16 tahun di filem pertamanya Bekhudi. Semasa shooting filem Bekhudi (1992) Kajol masih lagi bersekolah.
2. Kajol lebih memilih untuk berhenti belajar dan tidak melanjutkan pelajarannya bagi mendalami bidang lakonan.
3. Kajol merupakan anak kepada pelakon Tanuja dan pengarah filem Shomu Mukherjee.
4. Kajol merupakan generasi keempat dalam keluarganya yang melibatkan diri dalam dunia lakonan. Kajol datang dari keluarga yang menceburi bidang seni dimana ibunya, makciknya, neneknya, adiknya serta sepupunya, Rani Mukherjee dan Mohnish Bahl juga turut terlibat dalam bidang lakonan dan merupakan pelakon.
5. Filem pertama Kajol yang hits adalah filem Baazigar (1993) bergandingan bersama Shah Rukh Khan.
6. Kajol antara aktres yang paling sukses di Bollywood.
7. Kajol bersama makciknya Nutan memegang rekod sebagai aktres terbanyak yang menerima anugerah di Filmfare Award bagi kategori Aktres Terbaik. Kajol memenangi sebanyak lima kali Aktres Terbaik. Kajol juga turut memenangi anugerah untuk kategori watak jahat di filem Gupt (1997).
8. Kajol mula mempunyai hubungan dengan Ajay Devgan pada tahun 1995 ketika shooting filem Gundaraj.
9. Ajay Devgan tidak pernah melamar Kajol sebaliknya Kajol yang mengajak Ajay berkahwin dengannya. Kajol berkahwin dengan Ajay pada 24 Februari 1999.
10. Pada tahun 2001 Kajol hamil anak pertamanya tetapi mengalami keguguran ketika hamil.
11. Kajol melahirkan anak perempuannya Nysa Devgan pada 20 April 2003 dan anak lelakinya Yug Devgan pada 13 September 2010.
12. Selepas berkahwin Kajol tidak beberapa aktif berlakon. Kajol mengambil keputusan untuk berehat dari berlakon dari tahun 2001 hingga 2005 kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarganya. Kajol mula kembali berlakon selepas anaknya Nysa mula membesar.
13. Kajol membuat comeback pada tahun 2006 menerusi filem Fanaa bergandingan bersama Aamir Khan. Filem Fanaa berjaya meraih kutipan Box Office dan menjadi antara filem yang paling sukses untuk tahun 2006.
14. Kajol merupakan pilihan pertama pengarah untuk melakonkan watak sebagai adik Shah Rukh Khan dalam filem Josh (2000) dimana skrip dalam filem itu disiapkan khas untuk Kajol tetapi Kajol menolak tawaran berlakon filem Josh dan akhirnya watak Shirley itu diberikan kepada Aishwarya Rai.
15. Kajol juga merupakan pilihan pertama pengarah untuk watak yang dilakonkan Manisha Koirala dalam filem Dil Se (1998), watak Amisha Patel di filem Gadar: Ek Prem Katha (2001), watak Preity Zinta di Veer-Zaara (2004), watak Rani Mukherjee di filem Khabi Alvida Naa Kehna (2006), watak Rani Mukherjee di filem Baabul (2006), watak Kareena Kapoor di filem 3 Idiot (2009), dan kesemua filem itu direject oleh Kajol.
16. Kajol dianugerahkan dengan Padma Shri oleh kerajaan India pada 2011.
Sekolah bukan sahaja sebagai tempat anak-anak kita belajar akademik semata-mata, malah di sekolah ini jugalah anak-anak kita dapat belajar pelbagai kemahiran melalui pelbagai kelab atau pertubuhan yang ada di sekolah.
Antara yang kini kian popular mendapat tempat di hati anak-anak malah ibu bapa turut teruja untuk daftarkan keahlian di dalam kelab seni mempertahankan diri. Ini lain tidak bukan adalah impak positif daripada filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
Berkongsi cerita dan pengalaman dari kaca mata seorang guru, berkenaan pembabitan anak-anak murid di dalam seni mempertahankan diri di sekolah, nyata Cikgu Mohd Zuraidi Komari ada kisahnya yang tersendiri.
Beliau merupakan Penolong Kanan HEM, SK Bukit kemuning 2 dan juga merupakan penerima Sandang Kehormat, Bintang Mahkota Pelangi, PSSGMK Negeri Selangor. Semoga perkongsian ini dapat memberi input untuk kita semua berkenaan silat sebagai seni bela diri yang wajar dipelajari oleh anak-anak kita.
Bila diajukan soalan berkenaan kenapa memilih sukan silat dijadikan kemahiran seni mempertahankan diri yang perlu dipelajari oleh anak-anak di SK Bukit Kemuning 2 , ini jawabnya.
“Silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang telah wujud sekian lama di peringkat sekolah. Belajar ilmu silat dapat membentuk pertahanan diri, meningkatkan keyakinan diri, jati diri, mendisiplinkan diri, cabar kemampuan diri, baik untuk kesihatan, kecergasan dan mewarisi silat ke generasi akan datang.
“Ibu bapa perlu istiqamah dalam memastikan kehadiran anak-anak ke sesi latihan setiap minggu. Kehadiran ibu bapa bersama anak-anak semasa latihan dapat memberikan sokongan, dorongan dan galakan.
“Andai berkemampuan, belikan set pakaian silat agar semangat anak-anak lebih dirasai aura pendekar atau pahlawan. Beri galakan kepada anak-anak untuk sertai pertandingan atau kejohanan pencak silat bagi acara silat seni, tempur atau olahraga agar anak-anak dapat menguji tahap kemampuan diri dan mempraktikkan ilmu silat yang telah dipelajari.
“Kini, silat diperkatakan dipelbagai medium sosial oleh semua generasi malah menjadi ikutan anak-anak muda dengan memakai busana melayu bertanjak jika sebelum ini, tidak begitu menggalakkan dan jarang sekali silat ini ditularkan,” terangnya panjang lebar.
Mengimbas kembali di awal-awal penerimaan pelajar dengan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) di Gelanggang SK Bukit Kemuning 2, difahamkan hanya 60 keahlian sahaja diterima.
Namun siapa sangka kini seramai 300 orang ahli berjaya menguasai ilmu persilatan dan jumlah pendaftaran ahli baharu sentiasa bertambah dari minggu ke minggu.
Guru Besar Padu Menyokong
Setiap perancangan untuk memajukan dan mempromosikan keahlian pelajar tentunya tidak mampu digerakkan tanpa adanya ‘orang kuat’ yang berkerja keras dalam memastikan sukan silat di sekolah terus mendapat tempat di hati pelajar-pelajarnya.
“Usaha memastikan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK), Gelanggang SK Bukit Kemuning 2 dapat dilaksanakan dengan cemerlang perlu sokongan penuh barisan pentadbir sekolah diketuai Cikgu Hamidi Bin Shariff, Guru Besar SK Bukit Kemuning 2 dan Pn Nor Hasmah Bt Md Isa, PK Kokurikulum.
“Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Kemuning 2 juga sentiasa memberikan sokongan dan tajaan bagi memastikan segala fasiliti dan kelengkapan latihan pesilat mencukupi.
“Kerja keras barisan gurulatih juga menjadi nadi kebangkitan kejayaan demi kejayaan pesilat di gelanggang SK Bukit Kemuning 2 yang diketuai imam gelanggang iaitu Cikgu Azizur Rafiz. Barisan gurulatih yang sentiasa menyokong penuh usaha memartabatkan silat ini antaranya Ustaz Amri, Cikgu Zakfuan Shahril, Cikgu Ahmad Puad, Cikgu Norman Effendi, Cikgu Zulfarid, Cikgu Hawary Solihin dan barisan gurulatih jemputan.
“Cikgu Mohd Zuraidi Bin Komari, Penolong Kanan HEM juga adalah salah seorang penasihat gelanggang dan merupakan penerima Sandang Kehormat, Bintang Mahkota Pelangi atas usaha membangunkan dan memartabatkan Pertubuhan Silat Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Negeri Selangor,” ujarnya lagi.
Pencapaian dan kejayaan yang telah dicapai oleh Pertubuhan Silat Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Gelanggang SK Bukit Kemuning 2
-JOHAN KESELURUHAN Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022
-JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022
-JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022
-NAIB JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022
-JOHAN Silat Olahraga Kelas A Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022
-JOHAN Silat Olahraga Kelas C Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022
-JOHAN Silat Olahraga Kelas E Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022
-JOHAN Silat Olahraga Kelas B Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022
-JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat NEGERI SELANGOR 2022
-KETIGA Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat NEGERI SELANGOR 2022
-NAIB JOHAN Silat Tempur Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat NEGERI SELANGOR 2021
-JOHAN Silat Tempur Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat NEGERI SELANGOR 2021
-JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat NEGERI SELANGOR 2021
-NAIB JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
Melihat kejayaan demi kejayaan yang dicipta, tentunya ada yang tertanya-tanya bagaimana andai anak-anak berminat untuk menyertainya dan ini antara kriteria yang diperlukan.
1.Murid perlu ada keinginan, kesungguhan dan minat untuk belajar. Semangat, keberanian dan keyakinan pesilat boleh dibentuk semasa latihan yang diadakan setiap minggu dengan pelbagai teknik latihan dan kemahiran.
2.Kesihatan pesilat juga perlu diambil kira bagi memastikan segala aktiviti dapat diikuti dengan baik dan selamat.
3.Pesilat perlu mendapat kebenaran ibu bapa kerana aktiviti yang dijalankan semasa latihan melibatkan pergerakan fizikal, sentuhan dan aktiviti yang lasak.
4.Pesilat juga perlu mengikut arahan dan berdisiplin semasa latihan agar pemahaman dan fokus pesilat semasa latihan dapat dipertingkatkan dan dapat mengelak perkara yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan.
Harapan & Perancangan Masa Depan
Harapan saya, usaha ini perlu dilakukan bersama semua pihak. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan warisan silat ini terus dimartabatkan agar tidak hilang dek zaman.
Pihak sekolah akan memberi sokongan penuh kepada semua usaha yang memberi impak kepada kemenjadian murid untuk menjadi murid yang berbeza, cerdas dan berdikari. Persatuan Ibu bapa dan guru (PIBG) dan komuniti juga turut memberi sokongan berterusan dalam memastikan usaha ini memberi impak yang besar kepada masyarakat khususnya murid-murid di SK Bukit Kemuning 2.
Latihan silat yang diadakan setiap minggu akan dilaksanakan dengan mempelbagaikan latihan serta pesilat turut didedahkan acara silat tanding & silat seni agar semua pesilat mempunyai kecenderungan menyertai kejohanan silat yang diadakan diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Kami juga turut merancang menganjurkan Kejuaraan Silat di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Kami juga sedang melatih pelapis pesilat remaja untuk membimbing pesilat muda agar pesilat remaja ini menjadi sumber inspirasi dan idola kepada pesilat muda untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.
Kami juga turut bercadang menganjurkan Himpunan dan Kem Pendekar Muda dengan pelbagai perkongsian, pendekatan dan pendedahan bagi memberi motivasi dan inspirasi agar pesilat muda ini mampu meneruskan usaha memartabatkan warisan silat ini untuk diwarisi zaman berzaman dan mempunyai matlamat jelas dalam mengembangkan seni warisan ini.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usaha pengacara popular, Pak Nil atau nama sebenarnya Datuk Aznil Nawawi mencari dana membantu membiayai kos pembedahan penyanyi Zamani Slam, akhirnya membuahkan hasil.
Siapa sangka tidak sampai 10 jam tabung tersebut dilancarkan, sudah berjaya mengumpul lebih RM100,000 hasil sumbangan orang ramai.
Kutipan tersebut bertujuan membantu Zamani yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story sebentar tadi, Pengacara popular ini memaklumkan tabung bantuan itu telah pun ditutup.
“Tabung bantuan untuk Zamani dah Pak Nil tutup ya. Itu adalah jumlah penuh yang dapat dikutip.
Memang di luar jangkaan dan memang ramai sayangkan Zamani. Semoga Allah balas kebaikan kamu semua dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Semoga dengan bantuan ini, Zamani dapat disembuhkan. Aminn,” tulisnya.
Sebelum itu, dia ada memuat naik rakaman perbualannya dengan Zamani serta memohon maaf kerana membuat kutipan tanpa pengetahuan penyanyi itu.
“Minta maaf buat kutipan untuk Zamani tak cakap dengan Zamani sebab Pak Nil tahu Zamani kata tak nak meminta-minta
“Tapi Pak Nil kata tak apa biar Pak Nil yang buat. Zamani nak buat ‘show’ banyak-banyak, Pak Nil rasa keadaan Zamani nanti lagi memudaratkan,” katanya.
Zamani yang sebak bagaimanapun enggan menerima wang tersebut serta meminta Aznil menyimpan wang tersebut sehingga tiba waktu penbedahan.
Dia kemudian meminta Zamani mengambilnya untuk kegunaan rawatan kerana tidak mahu Zamani risau dan tertekan kerana boleh memudaratkan kesihatannya.
Sebelum ini, pengurus Zamani meminta pihak yang mahu mewujudkan tabung dana agar tidak berbuat demikian kerana penyanyi itu masih di peringkat awal rawatan serta bimbang jika wujudnya scammer yang mahu mengambil kesempatan.
Perjalanan seorang isteri dalam mencari syurga perlu baginya memperjuangkan ketika hari pertama dirinya berkahwin. Hakikatnya syurga itu menjadi dambaan setiap antara kita dan jalan menuju ke syurga bukan mudah. Ada ujiannya dan perlulah bersabar dan harus diperjuangkan hingga hujung nyawa agar penghujungnya syurga buat yang berusaha.
Itulah juga yang disarankan oleh peguan syarie Roslina Sabiyah, melalui tulisan penuh bermotivasi untuk mengajak wanita terus bangkit dalam memperjuangkan untuk memiliki syurga idaman.
Ini pekongsiannya.
Wanita.. Perjuangkan Syurgamu..
Syurgamu.. pada setianya kau melayan suami yang bertanggungjawab dan memberikan perlindungan padamu.
Syurgamu.. pada lelahnya kau melahirkan dan membesarkan anak-anakmu, mendidik penuh kasih dan memimpinnya menjadi manusia berguna untuk ummah.
Syurgamu.. pada tegasnya kau berkhidmat mencurah bakti di segenap penjuru bidang yang memerlukan sumbangan buah fikiran dan tenagamu.
Syurgamu.. pada taatnya kau melaksanakan semua yang diperintahkan Allah dan Rasul dan meninggalkan segala yang dilarang oleh-Nya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya, dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya)”.
(Hadis Riwayat Ahmad)
Biarpun dalam perjuangan itu kadangkala kita tewas..
Pada tipisnya kesabaran seorang isteri..
Pada letihnya tugas seorang ibu..
Pada peritnya mujahadah melawan hawa nafsu semata untuk menjadi hamba-Nya yang taat..
Pada lemahnya kudrat seorang wanita..Yang kadang-kadang diperlakukan sewenangnya..
Dipukul, dirogol, disakiti, dizalimi hatta dibunuh di tangan suami sendiri yang dirasuk amarah..
Ketahuilah wahai wanita.. perjuangan kita menggapai syurga tidak pernah terhenti di situ..
Walau kudrat lemah, walau jiwa pasrah, walau jasad sudah dikandung tanah..
Ada sedekah jariah yang menjadi penyelamat kita..
Ada ilmu bermanfaat yang terus mengalirkan pahala..
Ada anak-anak dan generasi yang kita tinggalkan yang doa-doa mereka diharap mampu membantu menghantar kita ke syurga..
Setiap amal yang baik, walau hanya sebesar zarah akan kekal bercambah subur..
Setiap air mata, peluh dan darah akan Allah ganjarkan kebaikan..
Maka jangan pernah kecewa dan putus asa..
Teruslah berbuat baik, bersangka baik dan menyebarkan kebaikan.
Maka dengan seluruh kudrat, tekad dan semangat, mari kita terus perjuangkan syurga kita selagi nyawa di kandung badan. Moga Allah redha dan memimpin kita dengan rahmat-Nya dalam setiap tindakan yang kita lakukan.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.