Cuba semak, bagaimana kita merangsang anak bercakap lepas dilahirkan. Nampak mudahkan, tetapi sebenarnya jika salah pendekatan, boleh menjejaskan pertuturan anak.  Inilah yang dikatakan speech delay. Ikuti penjelasan selanjutnya oleh Puan FB Maryam Jamadi,Pediatric Occupational Therapist mengenai hal ini. Walaupun anak sudah besar, info ini berguna untuk kehamilan seterusnya.


Rupanya Begini Rangsang Percakapan Anak Lepas Lahir, Bukannya Nampak Kucing Bunyikan Meow! Semak Balik Cara Anda

MERANGSANG PERCAKAPAN ANAK DARI SELEPAS LAHIR 

“Saya tak pernah ajar anak saya bunyi binatang, kalau nampak kucing cakap terus “kucing” bukan “meow meow”

Teringat saya ada seorang ibu yang mempunyai anak lewat bercakap (speech delay) kata begitu. Saya cuma mampu membebel dalam hati sahaja ?

Mak ayah perlu ingat, setiap skil yang dipelajari anak ada tahapnya, sama juga seperti skil motor kasar mula-mula meniarap, merangkak, duduk, berdiri, selepas itu baru berjalan. Dalam skil bahasa pun sama, bukan tiba-tiba anak akan pandai cakap ‘kucing”, “mama”, atau “papa”. Jika kita terus ajar perkataan yang compleks, kadang-kadang ia terlampau susah untuk anak belajar terutamanya anak yang mengalami masalah kelewatan perkembangan bahasa.

Bagi anak yang berumur bawah setahun, saya pecahkan kepada 3 tahap umur. Pastikan anak belajar mengikut tahap,

TAHAP 1 (0 HINGGA 3 BULAN)

1. Senyum 
2. Buat bunyi “aaaa”, ‘eeee”..
3. Senyap atau senyum setiap kali kita bercakap dengannya. 
4. Mengenal suara orang tersayang (mak atau ayah). 
5. Suara menangis yang berbeza mengikut keperluannya.

IKLAN

Tips:
– Banyakkan berbual dengan jarak yang dekat serta pandang mata (eye contact) sebab masa ini pandangan mereka masih lagi kabur-kabur. 
– Belai-belai dan kerapkan mengurut bayi selepas mandi. 
– Sikat dan usap rambut sambil menyusu. 
– Beli mainan yang ada bunyi dan rangsang anak untuk melihat ke arah bunyi. 
– Bagi anak yang menyusu badan, biarkan 10 saat anak merengek sebelum menyusu supaya dia tahu kepentingan komunikasi (secara menangis) untuk dapat apa yang dikehendaki.
– Kerap menyanyi bersama bayi, buka mulut besar-besar sambil menyanyi, tak payah sopan-sopan sangat supaya anak boleh lihat dengan jelas yang nak berkomunikasi perlu buka mulut .

TAHAP 2 (3 HINGGA 6 BULAN)

1. Ketawa, mengeluarkan bunyi semasa bermain. 
2. Berbual dengan mak ayah menggunakan bahasa “alien” ?
3. Pandai menunjukkan reaksi dan suara suka atau tidak suka (menjerit). 
4. Respon dan pandang ke arah bunyi. 
5. Kenal mainan yang mengeluarkan bunyi. 
6. Fokus terhadap bunyi muzik.

Tips:
– Kerap ketawa bersama bayi. 
– Kerap berbual dengan bayi. Bila anak sedang bercakap bahasa “alien”, angguk mengiyakan konon-konon faham. Selepas itu cakap lagi, angguk geleng-geleng lagi. (Supaya anak belajar tunggu giliran untuk bercakap). 
– Banyakkan bagi rangsangan bunyi, panggil nama anak dari arah yang berbeza. 
– Tunjuk barang atau binatang sambil sebut nama (walaupun orang dulu-dulu tak bagi tunjuk-tunjuk guna jari telunjuk, buat jugak ?). Tunjuk guna jari penting sebab tahap ini anak belum pandai fokus lagi. 
– Menyanyi sambil tepuk tangan.

TAHAP 3 (6 BULAN HINGGA 12 BULAN)
1. Cuba untuk mengikut bunyi mudah. 
2. Menyebut “bababa”, “mamamama” seperti panggilan mak ayah tetapi masih lagi belum spesifik. 
3. Memahami arahan mudah seperti “datang sini”. 
4. Mengenal beberapa barang kebiasaan seperti susu. 
5. Pergi ke arah bunyi. 
6. Menggabungkan bunyi vokal dan konsonan (dadada, nananna, tatatata)
7. Menyebut perkataan pertama seperti “bye- bye”, “hai” atau “mama”.

IKLAN

Tips:
– Minta anak lihat mulut kita sambil sebut nama benda. 
– Ulang-ulang dan ulang. 
– Jangan cakap terlampau laju, anak tak dapat tangkap. Panjangkan setiap suku kata. 
– Elakkan menyebut suku kata depan panjang, atau belakang panjang atau sebaliknya untuk mengelakkan anak sebut perkataan separuh-separuh. Perlu sama panjang suku kata depan dan belakang. 
– Belajar bercakap sambil bermain adalah teknik terbaik. 
– Ajar anak minum air guna straw seawal umur 6 bulan (untuk kekuatan oral motor). 
– Ajar “flying kiss” bersama dengan gerakan mulut dan tangan. 
-Kerap membersihkan dalam mulut bayi, sama ada guna kain lembab atau berus gigi bayi yang lembut. 
– Beri arahan sambil guna pergerakan badan.
– Sama-sama ikut anak bercakap seorang diri “tatatata” atau “nananana” sebagai tanda kita berminat untuk mendengar.
– Tepuk tangan dan senyum setiap kali anak berjaya sebut. 
– Ajar bunyi-bunyi binatang sambil tunjuk ke arah binatang contohnya “Ini kucing, bunyi kucing “meoww””. 
– Abaikan hp semasa anak sedang bercakap, kerapkan mendengar dan melayan. 
– Banyakkan rangsangan deria rasa makanan, seeloknya buah dan sayur yang pelbagai. 
– Jika ada perkataan yang anak salah sebut atau susah sebut. Jangan marah atau salahkan anak, tetapi ulang semula. 
– Jangan cakap pelat dengan anak 

Rupanya Begini Rangsang Percakapan Anak Lepas Lahir, Bukannya Nampak Kucing Bunyikan Meow! Semak Balik Cara Anda

Point paling penting dalam merangsang percakapan anak adalah ELAKKAN GANGGUAN GADGET ATAU TELEVISYEN, banyakkan masa bercakap dengan anak. 

Ada yang mengadu dengan saya,

Client: “Anak saya speech delay, tapi saya selalu bercakap dengan dia”.

IKLAN

Saya: “Berapa jam buka tv dan gadget di rumah?”

Client: “Memang kerap buka, tapi anak saya tak tengok pun tv”.

Jadi mana silapnya?
Anak bawah umur 1 tahun memang akan menyerap segala bentuk rangsangan yang ada terutamanya bunyi sebab bunyi ada dimana-mana. Walaupun kita kerap bercakap dengan mereka, tapi dengan ada ‘background” tv walaupun mereka tak tengok tetap dikira gangguan menyebabkan anak jadi susah untuk fokus bunyi mana yang sepatutnya didengar dan bunyi yang patut dibiarkan (auditory filtering). Perkembangan skill menapis bunyi sangat penting semasa ini.

Sudah ada kajian pada awal tahun 2018 terhadap kesan penggunaan gadget terhadap 900 bayi 6 bulan hingga 2 tahun, hasilnya memang terbukti penggunaan gadget boleh meningkatkan risiko masalah lewat bercakap. Setiap 30 minit terdedah dengan gadget meningkatkan 49% risiko lewat bercakap (expressive speech delay).

Dalam menjayakan setiap tahap ini memerlukan kerjasama semua 7 komponen sensori, kalau salah satu komponen sensori yang terlebih atau terkurang akan menyebabkan anak mengalami kecelaruan sensori. Sebab itu dalam tips di atas ada saya masukkan kerap mengurut bayi dan sebagainya ?

Selalunya anak yang lewat bercakap memang akan ada masalah kecelaruan sensori, jadi disarankan mak ayah untuk berjumpa occupational therapist (OT) untuk penilaian sensori supaya rawatan yang bersesuaian dapat dilakukan secepat mungkin.

Terima kasih, semoga bermanfaat dan silakan SHARE dan tag supaya info ini sampai kepada yang memerlukan. 

Sumber: FB Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI