Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mahu ikatan perkahwinan yang dibina sentiasa bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.

Malah ada yang kekal hingga ke lanjut usia. Tentu ada rahsia bahagia yang ada untuk kita ketahui.

Sebagaimana perkongsian guru ini, Aminah Mat Yusoff berkongsi tip mengenai bahagia till jannah ini.

Amalan terbaik pasangan dulu-dulu yang kekal hingga hari tua.

Suka sangat bila terserempak dengan pasangan suami isteri yang dah pangkat atuk nenek tapi saling berpegangan tangan, ngeteh teh tarik sambil gelak ketawa, si suami pandang isteri macam orang tengah bercinta, isteri duduk rapat2 sambil bersihkan mulut suami yang comot.. Manisnya, orang yang melihat turut merasa bahagia.

Hanya Allah sahaja yang tahu apakah kurangnya pasangan suami isteri sekarang dengan pasangan dulu-dulu.

Cuba amalkan tip orang-orang lama ni, mudahan hubungan kita dengan pasangan tetap utuh dan teguh, sekalipun terpisah di dunia, bersatu semula di Syurga Allah.

1. Doa wajib untuk kekal bahagia dan manis sentiasa.

Surah al-Furqan, ayat 74

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

IKLAN

2. Doa ketika pasangan tengah marah, sejukkan hati dengan hembusan ayat ini.

Surah Al-Hasyr Ayat 21

Maksudnya:

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah-belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

3. Bila pasangan rasa jemu, hangatkan kembali kasih sayang dan rasa cinta dengan ayat di bawah.

Surah Al-Imran Ayat 31

Maksudnya:

IKLAN

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

4. Menepis godaan dari luar, ikat pasangan dengan ayat ini.

Surah Toha ayat 39

Maksudnya: “Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuh-Ku dan musuhnya dan Aku telah tanamkan dari kemurahan-Ku perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasan-Ku.

5. Doa untuk jadikan suami lebih bertanggungjawab dan prihatin dengan keluarga.

“Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Penyayang. Jadikanlah suamiku sebagai pemimpin yang baik bagi diriku dan anak-anak kami. Jagalah suamiku di dalam mencari rezeki-Mu dan bawalah dia kembali dengan membawa reda-Mu. Hanya kepada-Mu kami berserah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Amin ya Rabbal ’ala min.

IKLAN

6. Doa supaya pasangan lebih setia dan kurangnya pergaduhan dalam rumahtangga.

Surah Asy-Syura Ayat 19

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai ketenangan).

7. Hati-hati dengan panggilan

Saya setuju dengan pendapat guru saya, panggilan, gelaran kepada pasangan menjadi faktor penyumbang kepada kukuhnya sebuah perhubungan.

Panggilan ibu ayah, mammy daddy, papa mama kepada pasangan tidak di galakkan dalam islam. Panggilan ini sudah menjadi ghalib, malah ada pasangan yang suka dipanggil begitu.

Tidak mustahil seorang isteri yang dipanggil ibu oleh suami akan terlintas dibenaknya isteri itu seolah-olah ibunya. Begitu juga sebaliknya. Takut sangat jika lintasan ini disuburkan oleh syaitan sehingga hampir menjadi zihar.

Panggilan ini juga menyebabkan tidak ada kedudukan yang special di hati, kerana anak-anak dan pasangan menggunakan panggilan yang sama, ada pendapat yang mengatakan ia memberi kesan negatif kerana suami menjadi kurang prihatin pada isteri.

Bahagia itu datangnya bila dipupuk, dibajai pula dengan amalan pengikat kasih sayang.
Selalu bergantung harap pada Allah SWT.

Sumber: Aminah Mat Yusoff 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI