Kepada yang menghadapi masalah ikan bilis tak rangup, boleh cuba petua ini. Ia membantu ikan bilis kekal rangup. Barulah sedap bila nak makan.
Sebagaimana perkongsian ini.
Ramai lagi yang tak tahu rupanya macam mana untuk ikan bilis kekal rangup walaupun dicuci bersih..sebab ramai yang memilih untuk tak cuci ikan bilisterus masuk dalam minyak untuk mantain rangup. “halalan toiyiba” sayangku
Suka saya share disini untuk manfaat semua
CARA
1.Cuci ikan bilis bersih sebersihnya
2. Tapis, tos kan bg kering sedikit, saya tos lebih kurang setengah jam, sebab kalu tak tos nanti bergumpal dengan tepung jadi cekodok pulak ikn bilis korang
3.Lepas dah tos campak je dalam pinggan yang korang dah letak tepung.
GUNA TEPUNG NAK RANGUP
Tepung apa? Tepung gandum je guys..suka hati la cap apa,,cap sauh ke lili ke janji tepung gandum
*Tips : Pastikan korang gaul dengan tepung. Ikan bilis tu tak bergumpal..kalau tak nanti dalam kuali memang tak habis wristling la gamaknya.
*tips : ikan bilis yang tak terlalu basah comfirm tak bergumpal punya..toskan jela elok2
4. Masukkan ikan bilis yang da di gaul dalam tepung td kedalam minyak panas,
Api jangan besar ye,,just nice je,,baru la ikan bilis tu masak elok and rangup..
Ikan bilis ni boleh la mkn dengan nasi lemak / buat sambal..rangup nye tu memang power,,tak caya cubalah.
Biasanya kalau buat cili kisar sendiri, ibu-ibu pasti alami masalah nak asingkan bijinya. Bukan sahaja pandangan mata kurang elok, malah kurang sihat untuk dimakan.
Lihat sahaja warnanya sudah menaikkan selera, belum di makan lagi. Gabungan rasa susu dan mangga yang masam-masam manis memang sangat menyegarkan. Teksturnya yang lembut lebih-lebih lagi kalau makan sejuk-sejuk memang sedap.
Untuk ibu-ibu yang tengah berdiet tapi nak cuba puding mangga susu yang simple ini resipinya. Bahan-bahan pun mudah hanya menggunakan 3-4 bahan utama saja. Hasilnya pula sangat menarik, ala puding mangga KFC tapi lagi sedap!
Jadi, jangan buang masa lagi. Jom kita tengok resepi puding mangga oleh Puan Yang Ku Rodzmah ini.
RESEPI PUDING MANGGA SUSU ALA KFC. KURANG MANIS LAGI SEDAP!
Hari tu ada orang share resepi dadih susu yang viral.
Serius sedap makan sejuk-sejuk. Rasanya ala puding mangga yang dijual di KFC. Mungkin lagi sedap lagi sebab kita boleh olah ikut citarasa sendiri dan pakai pula bahan yang segar. Dah tentulah lagi uummpph hasilnya.
Ini saya sertakan bahan yang saya gunakan dan cara membuatnya langkah demi langkah.
Mula-mula masakkan agar-agar tali menggunakan 1 liter air.
Tunggu sampai agar-agar betul-betul larut dan hancur. Masukkan sedikit gula dan garam.
Bila dah hancur agar-agar tu barulah letak susu kotak full cream 1 liter.
Tunggu sampai meruap dah boleh padamkan api ya. Tak perlu sampai gelegak sebab nanti susu tu tak cantik.
Isi puding susu ke dalam bekas dan tunggu kejap biarkan ia memejal.
Untuk topping tu saya cuma campurkan mangga yang dipotong dadu dan bersama Sunquick perisa mangga. Tak perlu masak, terus campurkan saja.
Ikutlah banyak mana nak guna, boleh agak-agak ikut kita nak manis macam mana.
Bila dah siap, inilah hasilnya. Mudah kan? Nampak warnanya pun menarik.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.